Bursa Malaysia Intra Day Short Selling Basic Understanding

Recent announcement by SC and Bursa Malaysia launching IntraDay Short Selling (IDSS), many investors and traders may be interest to know more about IDSS. However, no idea where to start off or find out more.

Before we go into the details of Malaysia IDSS, lets run through some basic explanation about short selling for those who do not understand it.

What is Short Selling

Short selling is where you have a view that a certain financial instrument price will go down and you sell it at the current high price first then buy back at the low price in the future.

The profit is measure by the selling price at high side – the buy back price = profit.

Bursa Malaysia

A layman example :

You run a business of selling coca cola, you sell your coca cola at RM 2.50 by taking stocks from your coca cola supplier first at a cost price of RM 1.

You sell your coca cola to your customer first at RM 2.50. End of the month you pay your supplier at RM 1. So you make profit from the difference.

However, some market offer different type of short selling.

Examples,

1) some have no terms, take the coca cola first and pay the invoice later. Which means, you borrow the coca cola from the supplier first then you pay them back in the future.

(NORMAL SHORT SELLING)

2) you don’t have any coca cola in hand. You received an order from your customer to buy 10 cartons of coca cola. You take the payment from your customer and you place an order with your supplier.

(NAKED SHORT SELLING)

What is IntraDay Short Selling (IDSS)

Currently Bursa Malaysia is offering intra-day short selling. Which means you get to short sell a list of counters approved by Bursa Malaysia within a day (See below for the list of stocks available for short selling). At the moment there are only 280 counters are allowed for short selling.

Your trading account will not have access to IDSS by default. Traders & investors have to request with your broker and require to sign a Securities Borrowing And Lending Agreement (SBL), Request Form & Risk Disclosure Agreement by the broker.

Examples: You enter a short selling position on BERJAYA in the morning on Monday, 16th of April 2018, without having any BERJAYA shares. Before the end of trading days, you are required to close the short position before the end of trading hours on 16th April 2018.

Here’s something every short selling traders have to take note, try to close the short position by 4:45PM. Reason is because the market will enter into matching time(Pre-closing), if you have not close the position before 4:45 PM, you might not able to buy back your short selling shares by 4:59PM, because after 4:50 PM to 4:59PM is trading at last, all stocks are to be traded at last price.

What If You Failed To Closed The Short Position Within the Day?

If fail to closed the position, you will have to borrow shares from the license shares lender approved by Bursa Malaysia (or transfer from your other CDS account to cover the short position or from your IMMEDIATE family members CDS account only), such borrowings incur charges and interest. Charges (transfer charges of RM 10.60 is fixed charges by Bursa Malaysia) and interest vary from brokers and the agreed price to borrow the said shares are subject to agreed price too, therefore traders have to take note on the charges and make sure it doesn’t affect your profitability. Confirmation of borrowing must be done on 5pm and by 6pm.

However, the borrowing shares are subjected to availability. If your existing broker do not have enough of shares to lend to you, they are required to request from other brokers, but still subject to availability.   

Borrowing shares doesn’t mean that you can continue to keep your short selling position open forever. According to regulation, traders who borrow shares from licensed lender must return the shares back to lender latest on T6 and borrower have to buy back the shares within T6, take note : interest will be charged daily within T6.

This is the reason why you need to sign SBL agreement mentioned above.

Traders & Investors Responsibility

Different broker will have different arrangement for short selling in terms of trading limits, cut off time, borrowing interest, penalty for fail trades, & others.

As a traders, we have to make sure we understand all the charges and procedure before we commit to short selling trades. Don’t be afraid to ask your dealer and remisier!

Keep your brokerage low for IDSS

Additional charges to take note, because short selling is only allow for day trade at the moment. Therefore, low brokerage rate is very important, at the moment in the market only cash account (which means, you only allow to trade up to the fund you deposit in, eg : deposit RM 10,000, can trade within the RM 10,000 only.).

So make sure your brokerage rate is low. You may contact us to open a trading account with Kelvin Yap under Mplus Online broker.

They are offering Intra day trade brokerage rate at 0.05% or RM 8 whichever is higher. Buy & hold at 0.08%or RM 8 whichever is higher.

If we have missed out some important information in this blog, feel free to let us know and feel free to share this information out but it will be much appreciated if you can put us as the reference for our effort and respect, thank you in advance!

Ref: kelvinyap.remisier

Penyelamat Abadi

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. 

 

(diubahsuaikan daripada http://mengenaliislam.blogspot.my)

By MahmudShah Posted in Agama

Cara Buat Duit TANPA MODAL – Cara 1

312478-marketglory-marketglory

Marketglory adalah permainan online percuma yang membolehkan anda menjana wang yang banyak.ya memang betul! Permainan ini membayar anda dalam Euro dan tugas anda , anda hanya perlu memainkan permainan ini setiap hari . Dalam seminggu anda boleh mendapat lebih daripada 2 euro dengan hanya bermain 10 minit setiap hari. Anda boleh membuat lebih banyak jika anda menghabiskan lebih banyak masa atau jika anda boleh menggandakan wang anda dengan beberapa cara di dalam permainan ini. Inilah sebab mengapa permainan ini sangat popular dan salah satu permainan yang menjana pendapatan yang terbaik dalam talian. Permainan ini sangat mudah untuk dimainkan dan mempunyai antara muka pengguna yang amat mudah. Sila klik DI SINI untuk membuka akaun percuma marketglory dan mula menjana wang. Dalam permainan ini, anda bekerja, berjuang dan kemudian anda boleh menubuhkan syarikat, menubuhkan kerajaan, mendapat pangkat tentera dan membina organisasi anda sendiri. MarketGlory menggunakan mata wang global “€” dan “GOLD” dan mata wang tempatan negara anda. Kalau kita Malaysia ni ringgitlah. Apabila anda mencapai 20 € pada akaun anda anda boleh mengeluarkan wang ini ke akaun PayPal anda. Anda boleh mencapai jumlah ini dengan mudah dalam masa yang singkat jika anda aktif setiap hari (hanya satu minit sehari adalah mencukupi jika anda kesuntukan masa). Bermain MarketGlory setiap hari boleh memberi anda pelunag untuk menjana pendapatan yang besar .

STRATEGI:

Apa yang anda perlu lakukan adalah ‘fight’ dan ‘work’ setiap hari . Untuk bekerja anda hanya perlu menekan butang ‘work’.perlu diketahui anda hanya boleh bekerja sekali setiap 24 jam.Untuk ‘fight’ pada 2 minggu pertama,anda perlu berlawan di ‘referral fight’maksimum 10 kali setiap hari.Pada 2 minggu pertama, bekerja dan berlawan adalah sumber utama untuk anda menjana wang. Anda akan mendapat bonus tambahan jika anda bekerja secara berterusan selama 3 hari berturut-turut. Juga terdapat bonus yang berbeza dianugerahkan setiap hari secara automatik yang akan menambah sehingga baki anda. Jika anda mencari referral untuk permainan ini anda boleh menjana dengan banyak lagi. Anda akan diberi gold setiap hari jika anda mempunyai referral yang aktif dan juga untuk setiap referral anda, anda akan dibayar beberapa jumlah euro sebagai bonus pada setiap 21 haribulan setiap bulan.Kuncinya disini anda perlu mendapatkan seberapa banyak referral aktif yang anda mampu kerana referral bonus yang diberi agak lumayan. Saya telah mendapat 6 euro sebagai bonus dengan hanya mempunyai 20 referral aktif…jadi bayangkan jika anda mempunyai 50 atau 100 referral. Apabila anda membuat sedikit wang, anda perlu mendapatkan beberapa pakaian yang berlangsung selama 10 hari setiap satu. Pakaian akan memberikan energy tambahan dan membolehkan anda menjana lebih banyak wang apabila anda bekerja dan berlawan. Apabila anda mempunyai wang yang cukup, anda boleh menggunakannya untuk menjana banyak lagi wang (contohnya, dengan memulakan syarikat anda sendiri) atau berlawan di arena. Anda boleh mencapai 20 euro untuk dikeluarkan ke akaun paypal (melalui Neteller atau Skrill) anda tidak lama lagi, jika anda aktif setiap hari.

Semoga Berjaya!

p/s: Kredit to http://tintamtom.blogspot.my/

Pengenalan Kepada Tanaman FERTIGASI

Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro. Fertigasi. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

ASAS FERTIGASI

Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan

Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cili.

KELEBIHAN FERTIGASI

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional. Di antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient yang lengkap diberi boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur tumbuhan
2. Media dan persekitaran yang bersih menjamin dan menghindar masalah penyakit
3. Mengatasi masalah tanah ( tidak subur, perumah penyakit dan perosak )
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya
5. Tiada masalah merumpai/rumput
6. Kualiti hasil yang lebih baik
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi
8. Penjimatan tenaga buruh dengan system automatic
9. Kurang penggunaan racun
10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik
11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok

Kebaikan Sistem Fertigasi

1. Meningkatkan hasil per unit dengan kepadatan tinggi
2. Mengatasi masalah tanah yang tidak subur
3. Nutrien dapat diberi mengikut peringkat pertumbuhan
4. Dapat menghindar penyakit pokok
5. Masalah rumpai kurang
6. Penggunaan racun dapat dikurangkan
7. Hasil yang lebih tinggi dan berkualiti

Masalah/halangan

1. Modal permulaan yang tinggi
2. Kos baja tinggi
3.Risiko kerugian yang tinggi dan tenaga buruh yang intensif
4.Kekurangan pengetahuan aspek baja dan penjagan rapi
5. Memerlu kualiti airyang baik
6. Memerlukan varieti yang sesuai dengan cuaca setempat
7. Memerlukan media, suhu dan kelembapan yang sesuai

Fertigasi – Penanaman sayur-sayuran adalah merupakan aktiviti yang lazim dilaksanakan oleh peladang-peladang di kawasan Muda sebagai satu sumber pendapatan sampingan. Kaedah yang dilakukan adalah menggunakan kaedah konvensional iaitu menanam di atas tanah. Kaedah ini hanya sesuai untuk sayuran yang mempunyai nilai rendah seperti sayuran berdaun dan berbuah yang berkualiti rendah. Penanaman dijalankan di tanah-tanah kosong dan di ban-ban sungai serta taliair.

Fertigasi – Kini tumpuan adalah diberi kepada tanaman sayuran berteknologi tinggi menggunakan kaedah fertigasi. Objektif projek tanaman sayuran fertigasi di Kawasan Muda ialah menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan peladang melalui tanaman sayuran di kawasan yang sesuai dan di kalangan peladang yang berpotensi. Sasaran projek ini ialah untuk meningkatkan pengeluaran hasil sayuran yang berkualiti dalam negara dan mengurangkan import dan meningkatkan eksport sayuran negara.

Fertigasi – Bagi merealisasikan program ini, konsep pelaksanaannya adalah dengan memperkenalkan teknologi penanaman sayuran bernilai tinggi di dalam rumah perlindungan hujan kepada peladang-peladang dan membaikpulih kawasan penanaman sayuran tradisi sedia ada melalui memperkenalkan teknik-teknik penanaman yang lebih produktif seperti penggunaan sistem pengairan fertigasi / titisan. Sehingga tahun 2005, sebanyak 8 buah PPK telah melaksanakan projek ini yang melibatkan 23 buah rumah fertigasi.

Jenis tanaman yang diberi tumpuan ialah tomato dan Golden Melon Langkawi. Ini adalah disebabkan oleh permintaan pasaran yang tinggi dan boleh diterima oleh pengguna.

Fertigasi – Sayuran atau buah melon yang ditanam dalam bahan media bukan tanah akan dibekalkan dengan larutan baja secara pengairan titis ke setiap tanaman di dalam polibeg pada kadar 2 liter / jam dalam tempoh kekerapan 4 hingga 6 titisan/hari (5 minit / titisan).

Bekalan larutan baja adalah secara automatik, dipam terus dari tangki utama ke paip bekalan utama, ke paip agihan kedua dan terus ke tiub bekalan titisan sehingga ke beg/bekas tanaman.

Peranan media campuran adalah merupakan sokongan mekanikal secara pegangan akar tanaman, mengekal kelembapan di sekitar akar, membentuk ruang udara pada akar, mengekal kelembapan air dan membekal air serta mineral
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Fertigasi: Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.


Fertigasi: Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Kenapa anda perlu mengunakan sistem ini?

Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.

Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.

Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang.Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

* Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
* Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
* Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
* Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
* Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
* Kualiti hasil yang lebih baik.
* Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%
* Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
* Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
* Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

(Rujukan: http://fertigasipdns.weebly.com/konsep.html)

Tujuh Petala Bumi – Bahagian 2

01

Adapun selepas dua hari, penulis terkesima dengan beberapa isu semasa di Malaysia yang menghubungkaitkan suatu pergolakan yang memerlukan kebijaksanaan pemimpin tertinggi Malaysia. Isu tersebut memungkinkan suatu ancaman kepada negara Malaysia yang kita cintai, di mana isu ini bagi penulis merupakan suatu muslihat dan al-sebab untuk mengkambinghitamkan negara Malaysia sebagai sasaran. Terdahulu sebelum itu, kita sudah sedia maklum tentang isu kehilangan pesawat awam, pengeboman pesawat awam, dan beberapa rentetan tragedi pesawat, diikuti dengan kisah-kisah politik yang semakin membuatkan kita meluat dan termasuk juga bencana alam yang Allah turunkan sebagai suatu amaran yakni jerebu, banjir (seolah-olah separuh semenanjung tenggelam), gempa bumi di Sabah, taufan di Melaka dan negeri utara tanahair dsbnya; yang merupakan suatu kesinambungan keseimbangan alam yang Allah mahu kita telitikan dan muhasabahkan. Betapa banyak negeri-negeri yang Allah hancurkan akibat daripada tangan manusia itu sendiri? Ini bertepatan dengan Firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 79 yang bermaksud:

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua BENCANA yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

Lihatlah. Bagaimana Allah sudahpun memberi peringatan. Apa sahaja BENCANA yang melanda sesebuah negeri adalah dari kesalahan diri kita sendiri. Maaf jika penulis tersilap. Penulis hanya menghuraikan beberapa bencana yang Allah kirimkan kepada negara kita berdasarkan firasat dan pemerhatian penulis yang bagi penulis secara adil dan neutral. Kita lihat bencana jerebu dahulu. Seluruh semenanjung diselaputi jerebu yang tebal. Hingga ramai yang sakit dan tak kurang juga yang menemui ajalnya akibat symtom jerebu. Silap kita menuduh negara lain menjadi puncanya. Bukan begitu yang sepatutnya. Selepas jerebu, kemarau dan Allah turunkan nyamuk Aedes yang mengakibatkan ramai yang menemui ajal juga kerana nyamuk yang halus ini. Adakah ini juga kebetulan? Tidak, tidak sama sekali. Bagi penulis, apa juga ‘sesuatu’ yang Allah turunkan, sebenarnya untuk menyuruh kita berfikir dan kembali kepada-Nya.

Begitu juga selepas beberapa ketika, banjir yang menenggelamkan Pantai Timur dan beberapa negeri di selatan dan utara. Salahkan juga pembukaan empangan negara jiran. Mengapa? Betulkah? Adakah hujan dari langit berpunca dari empangan? Kelakar. Cuba perhatikan semula punca al sebab mengapa banjir tersebut terjadi? Mengapa hingga kini tidak ada sebarang kajian untuk mengatasi masalah? Dan ajaibnya Negara Belanda yang beberapa ratus meter di bawah paras laut tak pernah banjir. Di mana silapnya pemerintah? Bukan itu yang penulis ingin sampaikan. Seharusnya rakyat di tempat yg dilanda banjir hendaklah sedar, mereka ada melakukan kesilapan. Apa dia? Nanti penulis akan huraikan. Begitu juga Sabah. Tak pernah dalam sejarah ada gempa bumi di Malaysia. Mengapa tiba-tiba ada gempa bumi? Mengapa Sabah sahaja bukan Sarawak? Mungkin kenyataan penulis ini agak tajam untuk dihadam dan diterima. Tapi, tidak ada salahnya untuk kita muhasabah diri, melihat kembali kesilapan kita. Jgnlah kita terlalu ego dengan sekularisme hingga segalanya dicari ‘kambing hitam’. Dan sekarang? Siapa yang dah jadi kambing hitam?

Maaf cakap. Sebelum ini sahabat-sahabat penulis ada membantu memberikan bantuan kepada sahabat-sahabat kita yang teruk dilanda banjir di Kelantan. Malangnya, banyak pakaian yang diderma DIBUANG begitu sahaja. Di manakah sifat syukur dan penghargaan kepada susah payah dan jerih perih orang yang memberi? Adakah ini sifat mukmin yang bersyukur? Bukan itu sahaja yang ingin penulis sampaikan. Itu hanya sedikit pemerhatian sahaja sebagai ‘kambing hitam’ dalam wakalah kali ini. Hakikatnya, isu besar yang melanda negara sekarang sepatutnya menjadikan setiap warganegara Malaysia bersatu dengan kerajaan untuk memberikan sokongan dan doa agar negara ini terus dipelihara Allah akan keamanannya; bukannya mengutuk pemimpin negara, bukannya meminta BR1M, bukannya menyalahkan pemimpin, bukan, bukan begitu caranya seorang yang bertakwa. Penulis berasa sedih dengan beberapa rentetan warga Malaysia yang seolah-olah tidak mempunyai sifat cintakan negara. Dan inilah antara sebab mengapa BENCANA diturunkan Allah kepada negara kita bertimpa-timpa. Kesilapan kita yang TIDAK TAHU BERSYUKUR.

Maaf, awal pagi ini penulis berasa perlu pula menyampaikan apa yang terbuku di dalam firasat penulis berkenaan situasi negara kita. Doa penulis, semoga Allah terus memelihara kedaulatan negara daripada dijajah dan bala bencana yang kita tidak jangka. Mudah-mudahan suatu masa kelak Allah akan memberikan ilham yang TERBAIK kepada pemimpin sedia ada untuk saling bersyukur, beramanah dan beriman di dalam apa sahaja keputusan yang hendak dilaksanakan. InsyaAllah dan Aamiin…

____________________________________________________________________

Dan tiba-tiba ada seseorang yang memegang kakiku daripada terus terbang ke saujana mega langit. Aku terkejut. Dan aku terus menoleh ke bawah. Dan aku lihat ada seorang lelaki yang cukup tampan, memakai pakaian ala-ala panglima di zaman silam berbaju kuning emas dan merah. Aku bertanya, siapakah engkau wahai makhluk Allah? Terus dia menjawab, aku adalah hamba Allah yang diutuskan untuk membantumu menembusi tujuh petala bumi. Aku terperanjat dan tergamam. Seterusnya si hamba Allah tadi menarikku terus ke puncak gunung siguntang. Katanya, di puncak gunung itulah ‘pintu’ ke Bumi yang seterusnya. Mungkin ramai yang tidak tahu di manakah itu sebenarnya gunung siguntang. Dan gunung itu berada si wilayah Sumatera Selatan, di amna suatu masa dahulu merupakan ‘stesyen’ untuk menembusi galaksi. Itulah yang dikatakan oleh Si Hamba Allah tadi.

Alam-yang-indah-jalantikus.com-as

Sesampainya di puncak gunung tersebut, aku diarahkan untuk duduk di atas suatu dipan yang tebal dan lembut. Kali pertama aku melihatnya. Aku melihat dan memerhatikan sekelilingku. Dan di hadapanku rupanya ada seekor naga yang besar, diikuti ribuan burung garuda yang mengiringi sang naga. Aku bertanya kepada Hamba Allah tadi; mengapa begitu banyaknya garuda dan ada seekor naga yang besar di sana? Kata Sang Hamba Allah, itulah bala tenteramu. Mereka akan mengiringimu untuk menembusi tujuh petala bumi dengan kekuatan yang luar biasa. Kau mesti ingat, amalkan ayat ini “xxx” sebaik sahaja dirimu melangkah ke pintu di sebalik pokok besar di sana. Itu arahan Si Hamba Allah.

Aku tertanya-tanya. Siapakah dia yang sebenarnya. Dahulu, semasa ayahandaku masih hidup, dia sering menyatakan bahawa dia pernah ketemu dengan Tok Tuah dan Tok Jebat. Kedua-dua panglima ini pernah berkata-kata dengannya. Aku telitikan bentuk tubuh Si Hamba Allah. Persis seperti gambaran Tok Tuah yang pernah ayahandaku gambarkan kepadaku. Dan pernah juga ayahandaku berpesan kepadaku, sekiranya sudah sampai masanya, kau akan di bawa masuk ke alam lain untuk memberimu suatu keyakinan kepada kuasa Allah yang Maha Bijaksana. Di kala itu, ingatlah, engkau sudah bersedia segalanya. Itulah pesan ayahandaku. Aku tergamam. Terus aku berdoa kepada Allah agar Allah memberikanku kekuatan dalam menempuhi perjalanan yang penuh keajaiban ini.

foto pemandangan yang menyejukkan mata, indah_thumb

Sebelum aku melalui dan melangkahi lubang di tengah-tengah pokok besar itu, Si Hamba Allah membawaku ketemu Sang Naga yang sebesar bangunan KLCC tersebut. Taring dan matanya sahaja sudah membuatkan ku cukup gentar dan menggigil. Si Hamba Allah tadi memberitahuku, janganlah tuan hamba gentar dan takut. Sesungguhnya naga ini adalah khadammu di dunia. Bersama naga ini ada ribuan garuda sebagai tentera suruhanmu nanti. Kemudian, Si Hamba Allah tadi menyentuh kepala naga yang besar tadi. Dan tiba-tiba naga itu semakin kecil dan kecil sebesar kucing dan berwujud seperti kucing merah peliharaanku di rumah. Manakala ribuan garuda tadi juga turut mengecil dan mengecil sebesar rama-rama yang sering hinggap di pokok kesidang dan pokok kenangaku di rumah. Kesemua Kucing dan rama-rama tadi berjalan ke arahku dan mendekati dan merenungku, seolah olahnya menunggu arahanku utuk meneruskan perjalanan bersamaku.

Si Hamba Allah, selanjutnya megusap ubun-ubunku dan memberiku sebentuk cincin delima merah untuk ku pakai. Katanya, cincin itu akan menjadi sumber tenagaku dan sumber makananku di sepanjang perjalanan nanti. Aku hanya mengangguk faham. Dia selanjutnya berkata, bahawa dia hanya mampu menghantarku hingga ke pintu bumi yang kedua. Selanjutnya nanti kau harus pergi sendiri bersama khadammu, katanya. Aku hanya mampu mengangguk tanda aku mengerti. Dan dengan lafaz Bismillah dan doa yang diajar tadi, aku bersama khadamku terus melangkaui pintu ‘portal’ di pokok besar tadi bersama-sama Si Hamba Allah. Sebaik sahaja aku melangkah dan membaca doa yang diajarnya tadi, dengan serta merta pakaianku bertukar seolah olah, aku memakai pakaian lengkap hulubalang istana. Serba merah dengan keris panjang di belakangku dan dua bilah keris di kanan kiriku. Lengkap dengan capal ajaib serta tanjak yang seolah-olah bersenyawa dengan tubuhku. Satu langkahku seolah-olah 1000 langkah manusia biasa. Dan begitu juga Si Hamba Allah dan semua khadamku tadi. Sebaik sahaja kami melangkah ke pintu tadi, aku berasa seolah-olah tubuhku mencair dan berubah bentuk. Tapi sebenarnya adalah kerana kekuatan tenaga di pintu tersebut. Aku terus membaca doa yang diajar tadi, dan tiba-tiba aku telah sampai di sebuah tempat baharu yang amat indah. Tempatnya sejuk dengan kewujudan beberapa haiwan-haiwan purba, seolah-olah di zaman dinasour.

dinosaurs_wallpaper-29125

(bersambung ke Bhagian 3)

 

 

 

 

Tujuh Petala Bumi – Bahagian 1

Terjemahan Surah At-Talaaq ayat ke 12:

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi SEPERTI ITU; perintah Allah berlaku terus menerus DI ANTARA alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

alam-semestaAssalammu’alaikum wbt. Sekali lagi tangan penulis berasa amat seronok untuk terus menulis dan menulis. Idea dan firasat sekiranya dibiarkan terlalu lama, akan terus berkarat dan berhabuk. Makanya, amatlah penulis terpanggil untuk menulis penceritaan yang berdasarkan Surah At-Talaaq ayat ke 12 itu. Bahawasanya, apa sahaja persoalan kita di dunia ini, segalanya mempunyai jawapan di dalam Al-Qur’an dan Hadith Rasullullah SAW; daripada sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. Kerna itulah Rasullullah SAW pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya ‘Gigitlah Qur’an dan Sunnahku dengan gigi geraham, maka kamu tidak akan sesat selamanya’. Jadi, apa sahaja yang ingin kita kaji, apa sahaja ilmu yang ingin kita pelajari, waimmah ilmu sekular sekalipun, maka, janganlah kita ignore apa yang Allah turunkan kepada Rasullullah SAW.

Baru-baru ini, penulis berhasil menerokai alam bumi yang tujuh. Dengan cara apa, biarlah menjadi rahsia penulis sahaja. Cumanya, di wakalah ini, penulis ingin berkongsi kepada sidang pembaca tentang apa yang penulis lihat sepanjang penerokaan itu. MasyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa ajaibnya penerokaan itu yang sudahpun berjaya penulis laksanakan. Mungkin tidak sepenuhnya, namun, cukuplah sekadar apa yang penulis jumpa dan lihat sepanjang penjelajahan tersebut. Ingat, penceritaan ini hanyalah sebagai perkongsian sahaja, bukan bermaksud untuk menyatakan ia atau tidaknya. Cukup sekadar pengetahuan kita untuk kita jadikan tauladan, pengajaran dan manfaat akan betapa agungnya kuasa Allah SWT.

Awalnya, penulis ada terbaca suatu wakalah yang bagi penulis, penuh dengan imaginasi. Hebat. Itu asalnya. Apa ya yang terkandung di dalam wakalah itu? Cukup penulis rumuskan, berdasarkan wakalah itu, Allah ciptakan TUJUH petala langit dan TUJUH petala bumi – berdasarkan Surah At-Talaaq di atas. Namun demikian, penulis wakalah itu menyatakan bahawa terdapat TUJUH BUMI selain TUJUH LANGIT. Bagaimana TUJUH BUMI dan TUJUH LANGIT? Dan penulis wakalah berkenaan menyatakan bahawa terdapat sebuah Hadith Rasulullah SAW yang menyatakan perkara sedemikian. Apa kata kita baca sama-sama:

Sunan Tirmidzi 3220: Telah bercerita Al Hasan dari Abu Hurairah, ia berkata; ketika Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang duduk bersama para sahabatnya, tiba-tiba datang awan kepada mereka. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Apakah kalian tahu apakah ini?” Kemudian mereka berkata; Allah dan rasulNya lebih tahu. Beliau berkata: “Ini adalah awan, ini adalah mendung yang akan menyirami bumi, Allah tabaraka wa ta’ala menggiringnya kepada suatu kaum yang tidak bersyukur kepadaNya dan tidak berdoa kepadaNya.” Beliau bersabda: “Tahukah kalian apa yang ada di atas kalian?” mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih tahu. Beliau bersabda: “Sesungguhnya itu adalah raqi’ (nama langit dunia) yaitu atap yang dijaga, serta gelombang yang tertahan.”

Kemudian beliau bersabda: “Tahukah engkau berapa jarak antara kalian dan langit tersebut?” mereka berkata; Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Beliau bersabda: “Sesungguhnya di atas hal itu terdapat dua langit, jarak diantara keduanya adalah perjalanan lima ratus tahun.” Hingga beliau menyebutkan tujuh langit, jarak antara setiap dua langit seperti jarak antara langit dan bumi. Kemudian beliau bersabda: “Tahukah kalian apa di atas hal tersebut?” Mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau bersabda: “Sesungguhnya di atas hal tersebut terdapat ‘Arsy dan diantara ‘Arsy dan langit setelah itu adalah jarak antara dua langit.”

Kemudian beliau bersabda: “Tahukah kalian apa yang ada di bawah kalian?” Mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih tahu. Beliau bersabda: “Sesungguhnya di bawah kalian adalah bumi.” Kemudian beliau bersabda: “Tahukah kalian apa yang ada di bawah hal tersebtu?” mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih tahu.

Beliau bersabda: “Sesungguhnya dibawah bumi terdapat bumi lain, di antara keduanya berjarak perjalanan lima ratus tahun.” Hingga beliau menyebutkan tujuh bumi, jarak antara setiap dua bumi adalah perjalanan lima ratus tahun.

Kemudian beliau bersabda: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad di tanganNya, seandainya kalian mengulurkan tali kepada seseorang ke tanah yang paling bawah, niscaya akan turun di atas Allah.” Kemudian beliau membacakan ayat: “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Alhadid 3) Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits gharib dari sisi ini. Ia berkata; dan diriwayatkan dari Ayyub dan Yunus bin ‘Ubaid serta Ali bin Zaid mereka berkata; Al Hasan tidak mendengar dari Abu Hurairah. Dan sebagian ahli ilmu mentafsirkan hadits ini, mereka berkata; sesungguhnya tali tersebut turun di atas ilmu Allah, kemampuan dan kekuasaanNya. Ilmu Allah, kemampuan serta kekuasaanNya ada di segala tempat dan Dia berada di atas ‘Arsy sebagaimana yang telah Dia sebutkan di dalam KitabNya.

Perkara ini sudahpun dijelaskan oleh Rasullullah SAW bahawa terdapat Tujuh Langit dan Tujuh Bumi pula. Di dalam ilmu sains, kita sudahpun diajar bahawa Bumi itu bulat. Tetapi Bumi yang kita ketahui ialah hanya satu Bumi. Di mana pula Bumi yang selebihnya (ada enam Bumi lagi) di mana jarak perjalanan di antara satu Bumi ke Bumi yang lain ialah 500 tahun? Apa yang penulis ingin sampaikan di sini ialah adakah Bumi yang selebihnya itu berada ‘di dalam’ perut Bumi, ataukah apa yang dimaksudkan ‘Bumi yang Lain’ ini ialah mmg benar-benar lain. Bumi di dalam dimensi yang tak mampu kita lihat dengan mata kasar. Ada manusia seperti kita. Wujudnya haiwan seperti yang kita tahu. Mana satu yang anda rasakan paling tepat?

Nah, di sinilah bermulanya pengembaraan penulis. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan Baginda Rasulullah SAW itu, ialah jarak antara dimensi. Setiap dimensi berjarak 500 tahun. Yang kita tahu, dan yang kita nampak pada mata kasar sekarang ini ialah TIGA dimensi sahaja. Adakah pembaca sekalian tahu, berapa dimensikah sebenarnya yang wujud? Dan setakat yang diketahui dan yang pernah dijumpai maksimum Empat Dimensi. Itulah dimensi Bumi. Hingga Empat Dimensi yang mungkin belum dikira di dalam hitungan jarak 500 tahun sepertimana Sabda Baginda Rasullullah SAW. Jadi, dimensi ke tujuh dan seterusnya itulah yang mewakili jarak dan Bumi selebihnya. Mungkin.

Mari kita jelajahi lagi. Dan inilah kesimpulan penerokaan penulis:

  1. Bumi yang Pertama: Bumi kita yang kita tahu.
  2. Bumi yang Kedua: Paralel Bumi kita yang jaraknya 500 tahun.
  3. Bumi yang Ketiga: Bumi Paralel Bumi yang kedua.
  4.  Bumi yang keempat: Bumi yang Paralel Bumi yang ketiga.
  5. Bumi yang Kelima: Bumi yang Paralel Bumi yang keempat.
  6. Bumi yang Keenam: Bumi yang paralel Bumi yang kelima (bermaksud Bumi yang paling bawah dan yang paling dasar) – mungkinkah inilah buminya di mana roh kita selepas mati akan di tempatkan. Mungkin.

ciricara-com-tujuh_planet_alternatif_bumi

Penulis teruskan lagi penjelajahan berdasarkan sedikit teori daripada Hadith dan Wahyu yang penulis lampirkan sebelum ini tadi. Dan akhirnya penulis telah berjaya menemukan sebuah penemuan yang mungkin hanya imaginasi penulis, dan mungkin juga menjawab kepada persoalan yang kita bincangkan sebelum ini. Jika sidang pembaca tidak bersetuju atau mungkin mempunyai imaginasi atau pendapat yang lagi tepat, penulis mengalu-alukun untuk dikongsi di sini ya! Jom, kita telusuri penerokaan dan penjelajahan penulis. Mana yang baik diambil manfaat dan mana yang tidak baik biarkan sahaja.


Ketika Sang Suria menancapkan sinarnya ke mukaku, aku berasa sudah hilang arah tujuku. Ketika itulah baru ku sedari bahawa diriku sudah terlepas dari ragaku. Sukmaku sudah berpisah dari bekasnya yang asal. Aku terawang awang di saujana alam. Aku terbang ke sana ke sini. Aku mampu. Ah, apakah perasaan ini? Adakah ini yang dinamakan aku hilang dari Bumi? Aku mampu terbang sepantas cahaya. Sekali aku terbang, saujana mata memandang. Pada mulanya, aku melihat jasadku kaku tidak bergerak. Aku tersenyum melihat wajah jasadku sendiri. Alahai lemahnya.

Aku cuba mengangkat diriku. Dan aku terawang awang di udara. Dan nafasku, umpama terhenti (tidak langsung bernafas). Dan semua jantung dan organ tubuhku juga terhenti. Tapi, aku masih hidup. Siapakah sebenarnya aku ini? Dan aku teringat kata guruku, itulah yang dinamakan Rohani@Diri mu. Ya, mungkin. Tiba-tiba, aku terlihat 3 ekor makhluk serba hitam dengan mata kemerahan merenungku. Siapa ini? Aku hanya memandang pada mereka. Ada yang bertanduk, ada yang lidahnya panjang bercabang dua dan yang satunya lagi botak dengan hidung seperti babi. Dan terus aku katakan, inilah iblis. Makhluk alam rendah. Aku sedikitpun tidak gentar, malahan aku renung ketiga tiga makhluk ini. Dan berkat pembelajaranku, ketiga-tiganya berjaya ku usir dari menggangguku. Aku ingin mulakan penjelejahan. Setelah melihat iblis yang bertiga tadi, aku ketemu pula manusia berkepala anjing, ungka berbulu biru dan sebagainya daripada sekecil-kecil makhluk hinggalah ke sebesar-besar makhluk. Mungkin inilah makhluknya untuk alam Bumi yang tidak mampu dilihat manusia. Semuanya ini kulihat disekitar rumahku. Syukurlah, di sekelilingku, isteriku dan anakku yang comel itu, seperti ada yang melindungi. Seperti sebuah cahaya berlapis-lapis yang menyelubungi mereka termasuk jasadku. Mungkin inilah berkat amalan yang aku sentiasa amalkan setiap kali ingin beradu. Syukur pada Allah.

Aku mula terawang awangan. Semua makhluk alam bawah melihatku dengan tajam. Sepertinya mahu menelanku bulat-bulat. Yang hairannya, aku sedikitpun tidak merasa takut dan gentar. Mungkin inilah berkat beberapa petua yang aku amalkan, maka mereka-mereka tidak mampu hampir langsung kepadaku. Aku terus terbang menembusi dinding rumahku. Dan di luar rumahku banyak lagi pula makhluk yang pelik-pelik. Ketika itu, aku merasakan benarlah apa yang Rasullullah SAW sabdakan, bahawasanya, bilangan jin adalah 3 kali ganda bilangan manusia. Ya, aku masih lagi di Bumi yang Pertama. Bumi tempat diamku. Bumi yang kita sekarang yang kita hidup bersama para jin dan makhluk2 lain yang kita tak mampu lihat. Aku terus terbang dan terbang.. hingga kulihat rumahku kian kecil kutinggalkan. Semakin tinggi dan tiba-tiba…!!!

 

(bersambung ke Bab 2)

p/s: Tiba-tiba penulis ingin berhenti sekejap. Anak meragam :-). Sambungannya selepas ini.

Takdir dan Kita

Assalammu’alaikum wbt kepada sidang pembaca yang masih setia mengintai blog ini. Akibat insomnia yang agak parah, maka, lebih baiklah penulis memenuhkan cerita pagi ini berkenaan beberapa perkara yang mungkin ada masuk sedikit bab tauhid dan keyakinan kita kepada Rukun Iman yang terakhir, Percaya kpd Qada’ dan Qadar. Ramai org Islam di luar sana dan mungkin juga diri penulis sendiri yang secara tidak sedar, mempersoalkan perkara yang terjadi kepada urusan kehidupan sehari-hari. Yalah, hidup di bumi Allah ini begitu banyaknya dugaan dan cabaran selagi nafas mengisi raga sukma kita. Sentiasa ada sahaja perkara yang datang yang kadang-kadang baik dan ada juga kadang-kadang ‘jahat’ dan nakal. 🙂

Bila bercerita bab Rukun Iman yang ke-6 ini, seperti yang kita sedia maklum, Qada’ dan Qadar ini adalah suatu ketetapan yang sudahpun ditakdirkan Allah semenjak kita di alam roh lagi. Agaknya semasa bila ya kita berada di alam roh? Ya, ramai para cendiakawan serta para cerdik pandai menghuraikan bahawa kita berada di alam roh, sebelum kita dijadikan manusia. Ketika di alam roh, kita hanya menunggu perintah-Nya untuk ke jasad, di mana roh kita ini adalah berasal daripada-Nya. Maka apabila roh ini meraga sukma, maka terjadilah Rohani kita yang mengisi jasad yang asalnya tidak bernyawa. Namun demikian, pengetahuan tentang roh ini amatlah ‘sedikit’ yang diberitakan melalui lisan Baginda Rasullullah SAW; sepertimana yang termaktub di dalam Terjemahan Surah Al-Israa’ ayat 85:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan SEDIKIT sahaja”.

Apakah ilmu pengetahuan yang ‘SEDIKIT SAHAJA’ yang dimaksudkan itu? Maka, itulah yang dinyatakan bahawa adalah roh itu merupakan asalnya dari-Nya melalui kalimah ‘KUN’. Mungkin ada berbeza pendapat di sini yang berkenaan asal muasal ‘roh’ itu, namun itulah yang dinamakan ‘yang menghidupkan’. Namun, harus hati-hati. Jgn kata roh itu adalah Tuhan pula seperti kaum Kristian. Roh adalah terang-terangan ‘CIPTAAN’ Allah yang Maha Bijaksana sepertimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an Termahan Surah Al Hijr ayat 29 yang berbunyi:

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku TIUPKAN padanya roh dari ciptaan Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Terang lagi bersuluh. istilah TIUPKAN itu sudah terang-terangan menyatakan bahawa ‘roh’ adalah ciptaan-Nya. Sambungan cerita tadi, adapun ketika kita di alam roh, Allah sudahpun menentukan Qada’ dan Qadar kita (takdir) kita iaitulah Rezeki kita, Jodoh kita, Ajal kita serta Bahagia atau Celakanya kita kelak. Itulah TAKDIR yang sudahpun ditentukan Allah sejak sebelum kita diciptakan sebagai manusia.

Penulis seringkali hairan melihat kepada keadaan manusia dan kadang-kadang hairan juga melihat keadaan diri sendiri. Manakan tidak, kita telah diberi cukup sempurna segalanya. Cukup sempurna. Hanya tinggal kita gunakan akal sebaik-baiknya untuk menghidupkan kehidupan kita di dunia. Ada kisah sahabat penulis yang sudah lama tidak ditemui. Akhirnya, ditemukan melalui Group Whatsapp yang secara tidak langsung penulis diturutsertakan di dalam group tersebut. Al-maklumlah, nak mengeratkan semula silaturrohim yang lama tidak disilatkan. :-). Penulis pun membuarkan sahaja, yelah, sahabat-sahabat lama, apa salahnya reuinion sekali sekala. Bagus juga kan?

Pada mulanya, penulis rasakan mungkin sahabat-sahabat penulis ini sudah semestinya mempunyai kematangan pemikiran dan pastinya ada suatu anjakan paradigma dalam berkata-kata malahan di dalam cara berfikir. Peliknya, semakin tua semakin terperosok ke dalam. Bak kata pepatah, umpama lalang dan umpama katak. Tahu-tahu sendirilah maksud yang hendak disampaikan itu. Lalang, semakin tinggi semakin sombong, manakala katak, semakin selesa di dalam tempurung buruknya. Idea yang disampaikan amatlah sarchastic dan sungguh negatif. Pelik. Berpuluh tahun tak berjumpa, bila berjumpa, masih di takuk lama.

Bukanlah penulis katakan bahawa penulis ini bagus. Tapi, sangkaan penulis untuk sekurang-kurangnya belajar dari pengalaman sahabat2 itu tidak ada. Penulis cuma mampu diam seribu bahasa. Biarlah mereka tahu bahawa penulis juga seperti mereka. Maka terpeliharalah persahabatan. Apa ya idea mereka yang bagi penulis itu seperti lalang dan katak?

Begini. Berbalik kepada soal TAKDIR dan Alam Roh yang penulis kupaskan sebelum ini tadi. Pada pendapat mereka, kita haruslah berpuas hati dengan apa yang kita ada. Dan jikapun ada peluang yang lebih baik, ditawarkan kpd mereka, dan mereka menolak tawaran tersebut, maka itu adalah TAKDIR nya. Maka, seharusnya dihormati keputusan mereka tersebut. Kisahnya, jika nelayan, biarkan jadi nelayan. Jika, petani, biarkan jadi petani. Jangan diusik. Jangan diganggu. Nanti tidak ada yg nak mencari ikan dan menumbuhkan tanaman. Benar? Pada pendapat penulis, mengapa nelayan tidak dijadikan ‘nelayan’ berkapasiti besar, contohnya nelayan laut dalam? Dan mengapa petani tak dijadikan petani berkapasiti besar? Jadi petani moden. Inilah yang dikatakan katak itu, disamping lalang yang ego tak bertempat. Inilah yang dikatakan TAKDIR. Benar. Hanya setakat itu sahaja kemampuan si nelayan dan si petani. Tak boleh lebih. Nanti ambil rezeki orang lain. 🙂

2014-10-02_045119

Pada pendapat penulis, pertama-tama untuk mengubah TAKDIR kita ialah sentiasa berSYUKUR dengan apa yang kita ada, disamping sentiasa BERFIKIRAN POSITIF untuk maju ke hadapan. Ikhtiar, usaha, gunakan kapasiti otak kita yang bak kata saintis barat, baru guna 2% sahaja. Kenapa kita takut dengan bayang-bayang sendiri? Mengapa kita sentiasa dimomokkan dengan ketakutan dan risiko? Bagi penulis, imaginasi kita itu TIDAK ADA SEMPADAN. Imaginasilah yang menduniakan bumi. Tak salah rasanya jika kita melaksanakan suatu perkara yang LEBIH BAIK dari kebiasaan. Inilah TAKDIR penulis juga, mungkin. Dan inilah yang perlu penulis laksanakan, menyumbang kepada Alam dan Manusia. TAKDIR yang menunggu WAKTU untuk disempurnakan. Dengan izin Allah, dan dengan ‘rezeki’ yang Allah tentukan di alam roh dahulu. Tepat sepertimana di dalam Terjemahan Surah Ra’d ayat 11 di bawah:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah TIDAK MENGUBAH apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka MENGUBAH apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka SELAIN daripadaNya.

Yakinlah dengan Qada’ dan Qadar kita. Berusaha dan berpositiflah sentiasa. Jadilah lalang berbuah padi dan jadilah katak di atas siput gundang, melihat dunia sekalian alam 🙂

frogsnail

 

 

Dasyatnya Shalawat

Shalawat dan salam marilah kita sanjungkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikutnya.
Ada empat perbuatan ringan yang apabila kita lakukan, maka kita termasuk golongan orang yang tidak terpuji.
1. Seseorang yang membuang air kecil sambil berdiri, 2. Seseorang yang mengusap dahinya sebelum selesai dari shalat, 3. Seseorang yang mendengar adzan tetapi ia tidak menirukan seperti apa yang diucapkan muadzin, 4. seseorang yang apabila mendengar nama Nabi Muhammad Saw disebut, tetapi tidak membacakan shalawat atasnya.
Sabda Nabi Muhammad Saw:

أربع من الجَفَاءِ أن يبول الرجل وهو قائم، وأن يمسح جبهته قبل أن يفرغ من الصلاة، وأن يسمع النداء فلا يشهد مثل ما يشهد المؤذّن، وأن أذكر عنده فلا يصلي عليّ. (رواه البزار والطبراني)
Artinya:
“Empat perbuatan termasuk perbuatan yang tidak terpuji, yaitu (1) bila seseorang buang air kecil sambil berdiri, (2) seseorang yang mengusap dahinya sebelum selesai dari shalat, (3). Seseorang yang mendengar adzan tetapi ia tidak menirukan seperti yang diucapkan muadzin, (4) seseorang yang apabila mendengar namaku disebut, tetapi ia tidak membacakan shalawat atasku. (HR. Bazzar dan Tabhrani)

Dalam ibadah sehari-hari, sebenarnya ada sebuah perbuatan ringan yang apabila kita lakukan mendatangkan akibat yang maha dahsyat, dan apabila kita tinggalkan maka kita termasuk golongan orang yang tidak berbalas budi.
Pada saat kita telah diberi bantuan oleh orang lain, sudahlah pasti akan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga, atau mungkin mengucapkan doa untuk kebaikannya. Begitu pula dengan Rasulullah Saw yang telah mengeluarkan kita dari lembah kegelapan menuju alam terang benderang, maka sudahlah pantas bagi kita untuk selalu mengucapkan sholawat dan salam atas beliau, sebagai ungkapan rasa terima kasih dan kecintaan kita atas segala jasa dan perjuangan yang tak tertandingi di alam jagad ini.
Dalam ibadah-ibadah lain, Allah Swt memerintahkan kepada hamba-hambaNya untuk mengerjakannya, namun khusus dalam perintah membaca shalawat, Allah Swt menyebutkan bahwa Allah sendiri bershalawat atasnya, kemudian memerintahkan kepada malaikatNya, baru kemudian pada orang-orang yang beriman untuk bershalawat atasnya. Dengan hal ini semakin menunjukkan bahwasanya melakukan shalawat atas Nabi muhammad saw, tidak cuma sekedar ungkapan terima kasih, tetapi ia juga menjadi ibadah yang utama.
Bila kita ingin mengetahui bahwa shalawat termasuk ibadah yang utama, maka perhatikan dan renungkan firman Allah Swt dalam al-Quran:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya, bershalawat atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkan salam penghormatan kepadanya”. (QS. Al-Ahzab 56).

Dari ayat tersebut kita mengetahui, Allah Swt saja sang Pencipta jagad raya dan mahkluk seluruh dunia termasuk diri kita yang kecil ini, mau bershalawat terhadap Nabi Muhammad Saw, dan juga para malaikat yang telah dijamin tak akan berbuat kesalahan turut bershalawat terhadap nabi, mengapa diri kita yang telah diselamatkan beliau masih melupakan ibadah yang teramat mulia ini. Sesungguhnya perbuatan seseorang menunjukkan pada perangai dirinya.
سيرة المرء تنبأ عن سريرته

Shalawat adalah sebuah ibadah yang tidak berbatas alam, jarak ataupun waktu. Artinya bila diucapkan maka akan menembus alam langit yang sangat jauh, didengar para malaikat, lalu turut menyampaikan doa bagi manusia yang mengucapkannya, dan menembus Alam kubur menyampaikan salam yang diucapkan manusia kepada Nabi Muhammad Saw.
Nabi Saw bersabda:
ما منكم من أحدٍ سلّم علي إذا متُّ إلا جاءني جبريل فقال جبريل يا محمد هذا فلان ابن فلان يُقرئك السلام، فأقول وعليه السلام ورحمة الله وبركاته. (رواه أبو داود).
Artinya:
“Tidak ada salah seorang di antara kamu yang mengucapkan salam kepadaku sesudah aku mati melainkan malaikat jibril datang kepadaku seraya mengucapkan: ‘wahai Muhammad, ini Fulan bin Fulan mengucapkan salam untukmu, maka aku menjawab: “dan atasnya salam dan rahmat serta berkah dari Allah”. (HR. Abu Daud)
Lalu apa fadhilah mengucapkan shalawat dan salam atas junjungan kita Nabi Besar Muhammad Saw?
Ada beberapa riwayat dari hadist Rasulullah Saw, Atsar sahabat Radiallahu anhum dan pengalaman beberapa ulama yang mengisyaratkan imbalan bagi mereka yang mau bershalawat.

1). Shalawat membersihkan dosa
Sabda Nabi Saw:
صلّو عليّ فإن الصلاة علي زكاةٌ لكم واسألوا الله لي الوسيلة، قالوا وما الوسيلة يا رسول الله؟ قال: أعلى درجةٍ في الجنة لا ينالها إلا رجلٌ واحدٌ وأنا ارجو أن يكون أنا هو. (رواه أحمد في مسنده)
“bacalah shalawat atasku karena sesungguhnya shalawat atasku membersihkan dosa-dosamu, dan mintalah kepada Allah untukku wasilah”. Para sahabat bertanya: “apakah wasilah itu?” beliau menjawab: “derajat yang paling tinggi di sorga yang hanya seorang saja yang akan memperolehnya dan aku berharap semoga akulah orang yang memperolehnya”.

2). Shalawat berpahala sepuluh rahmat Allah dan menghapus sepuluh kesalahan
Sabda Nabi Saw:
من صلّى علي صلاةً واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحطّ عنه عشر خطيآت (رواه النسائي)
“barangsiapa yang membaca shalawat atasku satu shalawat maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya dan menghapus sepuluh kesalahannya” (HR. Nasai)

3). Dikabulkan hajat di dunia dan akhirat
Sabda beliau Saw:
من صلى علي في اليوم مائةَ مرّةٍ قضى الله له مائةَ حاجةٍ، سبعين منها في الآخرة وثلاثين في الدنيا
“barangsiapa yang membacakan shalawat untukku pada suatu hari seratus kali, maka Allah akan memenuhi seratus hajatnya, 70 di antaranya nanti di akhirat dan 30 di dunia. (Kitab Jam’ul Jawami’, Hal: 796)

4). Terangkatnya derajat manusia
Sabda beliau Saw:
من صلى عليّ من أمتي مخلصاًَ من قَلبِه صلاةً واحدةً صلّى اللهُ عليه عشر صلواتٍ ورفع عشر درجاتٍ ومحا عنه عشر سيئاتٍ. (رواه النسائ)
“barangsiapa di antara umatku yang membacakan shalawat atasku satu kali dengan ikhlas dari lubuk hatinya, maka Allah menurunkan sepuluh rahmat kepadanya, mengangkat sepuluh derajat kepadanya, dan menghapus sepuluh kesalahan”. (HR. Nasai)

5). Menjadikan doa cepat terkabul
Bahwasanya Umar bin Khattab Ra berkata: “Saya mendengar bahwa doa itu ditahan diantara langit dan bumi, tidak akan dapat naik, sehingga dibacakan shalawat atas nabi Muhammad Saw”. (Atsar Hasan, Riwayat Tirmidzi)

cropped-image008.jpg
Ada sebuah cerita, bahwasanya ulama besar Sufyan ats Tsauri sedang thawaf mengelilingi ka’bah dan melihat seseorang yang setiap kali mengangkat kaki dan menurunkannya senantiasa membaca shalawat atas nabi. Sufyan bertanya: “Sesungguhnya engkau telah telah tinggalkan tasbih dan tahlil, sedang engkau hanya melakukan shalawat atas Nabi. Apakah ada bagimu landasan yang khusus? Orang itu menjawab: “Siapakah engkau? Semoga Allah mengampunimu. Sufyan menjawab: “Saya adalah sufyan ats tsauri”. Orang itu berkata: “seandainya kamu bukanlah orang yang istimewa di masamu ini niscaya saya tidak akan memberitahukan masalah ini dan menunjukkan rahasiaku ini”.

Kemudian orang itu berkata kepada sufyan: “sewaktu saya mengerjakan haji bersama ayahku, dan ketika berada di dekat kepalanya ayahku meninggal dan mukanya tampak hitam, lalu saya mengucapkan “innalillah wa inna ilahi rajiun” dan saya menutup mukanya dengan kain. Kemudian saya tertidur dan bermimpi, dimana saya melihat ada orang yang sangat tampan, sangat bersih dan mengusap muka ayahku, lalu muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih. Saat orang yang tampan itu akan pergi, lantas saya pegang pakaiannya sambil bertanya: “wahai hamba Allah siapakah engkau? Bagaimana lantaran kamu Allah menjadikan muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih di tempat yang istimewa ini?. Orang itu menjawab: “apakah kamu tidak mengenal aku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah yang membawa al-Quran. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang melampaui batas (banyak dosanya) akan tetapi ia banyak membaca shalawat atasku. Ketika ia berada dalam suasana yang demikian, ia meminta pertolongan kepadaku, maka akupun memberi pertolongan kepadanya, karena aku suka memberi pertolongan kepada orang yang banyak memperbanyak shalawat atasku”. Setelah itu saya terbangun dari tidur, dan saya lihat muka ayahku berubah menjadi putih. (Dari Kitab: Tanbihun Ghofilin, as-Samarqhondi, hal: 261)
Begitu dahsyatnya balasan shawalat terhadap Nabi Saw. sehingga bagi siapapun yang mengucapkannya akan melibatkan Allah, para malaikat dan Nabi Muhammad Saw langsung membalasnya, tidak cuma balasan pahala, imbalan atau keselamatan di akhirat, tetapi juga mendapat syafaat dari Nabi Muhammad Saw.

Orang yang mendengar shalawat atas nabi, tetapi tidak menjawabnya lalu ia meninggal dan masuk neraka, maka Allah menjauhkan dari RahmatNya.
Sabda Nabi:

“Jibril datang kepadaku dan berkata: “wahai Muhammad, barangsiapa yang mendapatkan bulan ramadhan namun ia tidak diampuni dosanya, lalu ia mati dan masuk neraka, maka Allah akan menjauhkan dari RahmatNya. Aku menjawab: “amin”. Jibril berkata lagi: “barangsiapa yang masih bertemu dengan kedua orangtuanya atau salah satu diantaranya kemudian tidak berbuat baik pada orang tuanya, lalu mati dan masuk neraka, maka Allah menjauhkan dari rahmatNya. Aku menjawab: “Amin”. Jibril berkata lagi: “barangsiapa yang disebutkan namamu (muhammad) namun ia tidak membacakan shalawat lalu ia mati dan masuk neraka, maka Allah menjauhkan dari rahmatNya. Aku mengucapkan “Amin”. (HR. Ibnu Hibban).

Ucapkanlah shalawat kepada Nabi Muhammad Saw, disaat kita senggang, disaat akan menggubah posisi kegiatan kita, disaat kapanpun, dimanapun selagi kita mampu. Dan bila ada yang mengucapkan shalawat:
اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد
Maka kita menjawab:
اللهم صلى وسلم وبارك على محمد

Jangan lupakan shalawat, karena bila kita lupa berarti kita telah melupakan seseorang yang telah menunjukkan kita kejalan yang lurus yaitu Nabi Muhammad Saw. bila kita telah melupakan shalawat berarti kita telah melupakan dan keliru dari jalan yang seharusnya kita tempuh menuju sorga.

“barangsiapa yang lupa membaca shawalat atasku, berarti ia telah keliru dari jalan ke sorga” (HR. Ibnu majah).

(Rujukan: http://www.pesantrenvirtual.com/)

Riwayat Bismillah – Bab 1: Pengenalan

Assalammu’alaikum wbt kepada semua sidang pembaca sekalian. Adapun setiap apa yang Allah SWT turunkan kepada Rasullullah SAW memberikan seribu hikmah walaupun sekecil-kecil perkara. Contohnya perihal membaca Bismillahhirrahmannirrohim. Amat mudah untuk disebut waimah budak kecil yang baru pandai bertutur kata juga mampu membacanya jika diajar. Marilah kita lihat fadhilat Bismillah ini berdasarkan Hadith Sahih dan Wahyu Illahi. Semoga menjadi amalan kita seharian, InsyaAllah.

  1. Nabi SAW bersabda: Adalah Jibril apabila datang kepadaku pertama yang diberikan kepadaku ialah Bismillahirrohmannirrohim.
  2. Nabi SAW bersabda: Itulah isim dari asma Allah Ta’ala, tidak lain antara dia dengan nama Allah “Akbar” kecuali seperti hitamnya biji mata dengan putihnya, begitulah dekatnya.
  3. Nabi SAW bersabda: Ketika turun Bismillahirohmannirrohim bergembiralah ahli langit dari bangsa malaikat, bergoncanglah arsy kerana turunnya. Dan turun pula sertanya 1000 malaikat. Dan bertambah iman para malaikat. Dan tunduk mukanya segala jin dan bergetar segala planet, gemetar segala sendi kerana turunnya.
  4. Dari Siti Aisyah RA bahawa ia berkata: Ketika turun Bismillahirohmannirrohim lalu mengucap tasbih gunung-gunung sehingga penduduk Makkah mendengarnya dan orang-orang disekitarnya. Lalu kata mereka, “rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu”. Kemudian Allah bangkitkan awan sehingga meneduhkan penduduk Makkah. Kemudian Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca Bismillahhirohmannirrohim dengan YAKIN akan bertasbihlah gunung-gunung itu, cuma saja ia tidak dapat mendengarnya.
  5. Dari Ali RA ia berkata: Apabila engkau terjatuh ke dalam lumpur yang menghisap (selut) maka ucapkanlah Bismillahhirahmannirrohim dan Laa haulawala quwata illabillahhil’aliyil’azim, maka sesungguhnya Allah lepaskan dia dengan sebab ucapan itu dari macam-macam bahaya.
  6. Rasullullah SAW bersabda: Barangsiapa mengucapkan Bismillahhirohmannirrohim dan Laa haulawala quwata ‘illabillahhil’aliyil’azim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bermacam-macam bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan.
  7. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa ingin dipelihara Allah dari siksa neraka Zabaniah yang sembilan belas, maka hendaklah ia mengucapkan Bismillahhirahmannirrohim, kerana Allah jadikan tiap-tiap huruf Bismillah menjadi perisai.
  8. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca Bismillahhirahmannirrohim, ditulis baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan daripadanya 4000 keburukan dan diangkat dia mempunyai 4000 derajat.
  9. Nabi SAW bersabda: Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh kerana itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian ucapkanlah Bismillahhirrohmannirrohim, kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan stempel.

bismillah

Keutamaan Bismillah:

  1. Nabi SAW bersabda: Andaikata pohon-pohon dijadikan pena, semua lautan menjadi tinta, lalu berkumpul semua jin, manusia dan malaikat membuat buku, terus mereka menulis arti Bismillahhirohmannirrohim sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau pun hanya satu per  sepuluhannya.
  2. Nabi SAW bersabda: Bahawa ada suatu kaum yang datang pada hari kiamat sambil mengucapkan Bismillahhirrohmannirrohim, lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain; Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka. Sesungguhnya menjadi sedemikian itu kerana mereka memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahhirrohmannirrohim, kerana dia namanya Isim Allah yang Maha Agung. Kalau sekiranya diletakkan langit dan bumi di dalam piring timbangan serta segala isinya dan apa yang ada dalam timbangan itu, niscaya beratlah atasnya Bismillahhirrohmannirrohim. Dan sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi umat ini Bismillah itu, keamanan dari tiap bencana dari intaian syaitan yang terkutuk, dijadikan ubat dari segala macam penyakit, dari kehinaan, kebakaran, keburukan, dengan berkah Bismillahhirrohmannirrohim.
  3. Cerita Nabi SAW ketika Mikraj: Ketika aku Isra’ dan ketika aku naik ke langit yang tinggi, Jibril memberi kesempatan kepadaku melihat-lihat keadaan semua syurga. Maka, aku melihat empat buah sungai yang besar-besar yang airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak mabuk, ada airnya dari madu, dan ada airnya tidak masin. Sepertimana Allah terangkan dengan Firman-Nya di dalam Qur’an yang ertinya;”Di dalamnya syurga ada sungai-sungai airnya tiada masin. Ada sungai-sungai dari susu yang tidak pernah berubah rasanya, ada sungai-sungai dari arak yang lazat bagi yang meminumnya dan ada sungai-sungai dari madu pilihan.” Sabda Nabi SAW, aku bertanya;”Dari manakah datangnya sungai-sungai ini dan kemana terusnya? Jibril menjawab;”Aku cuma tahu terusannya mengalir ke telaga ‘al-Kautsar’ dan aku tidak tahu dari mana asalnya”. Lalu aku memohon petunjuk Allah, maka tiba-tiba saat itu datang seorang malaikat memberi salam dan aku balas salamnya. Kata malaikat itu;”Cubalah pejamkan mata engkau”. Lalu, aku pejamkan mataku. cropped-407c710dded384fcf5fdcf834e8103dd.jpgKemudian setelah aku buka mataku , tiba-tiba aku sudah berada di dekat sebuah pohon besar. Dari situ aku melihat sebuah kubah yang amat besar, dari permata yang putih berkilau-kilau. Pintu-pintunya dari yakut berwarna hijau dan kunci-kuncinya dari emas. Jika orang berkumpul berada di kubah itu tiada bezanya seperti burung-burung kecil yang hinggap di gunung. Demikian bandingannya keadaan besarnya kubah itu. Dan aku lihat empat macam sungai itu mengalir dari bawah kubah itu. Tatkala mahu kembali, malaikat itu bertanya:”Tidakkah engkau ingin melihat di sebelah dalamnya?” Kataku;”Bagaimana aku dapat masuk ke dalamnya lantaran pintunya terkunci?” Malaikat tersebut menjawb kembali;”Kuncinya dalam tanganmu” Kataku;”Mana dia?” Malaikat seraya berkata lagi;”Cukuplah engkau membaca Bismillah”. Lalu aku ucapkan Bismillahhirohmannirrohim, maka secara tiba-tiba pintu itu terbuka sendiri. Terus aku masuk ke dalamnya. Kemudian apa yang aku lihat di situ? Sungguh ajaib sekali cipataan Allah. Aku lihat sungai-sungai itu sumbernya berada di sini mengocor dari empat buah liangnya yang besar-besar. Ketika aku mahu keluar, malaikat itu berkata lagi, apakah engkau cukup puas melihat pemandangan ini? Masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah perhatikan dan lihat sekali lagi dari apa sungai-sungai itu mengocor airnya?” Kemudian aku perhatikan sekali lagi. Maka aku lihat ada tulisan Bismillahhirrohmannirrohim di antara empat tiangnya. Aku lihat dari lubang mim Bismillah, air sungai tawar. Dari lubang ha, Allah keluarkan air sungai susu; dari lubang mim Arrohman air sungai arak dan dari lubang mim Arrohim air sungai madu. Itulah asal empat buah sungai di dalam syurga. Jadi, siapa membaca Bismillahhirrohmannirrohim dari umat Nabi SAW pasti akan dapat minum air sungai ini. Demikianlah Nabi SAW menceritakan pengalamannya ketika beliau mengunjungi syurga. Empat buah sungai di dalam syurga asal mataair atau sumbernya dari kubah yang besar itu. Itulah salah satu dari keajaiban di syurga.

(Rujukan: Buku Mujorrobat Madinatul Aswar)

…bersambung ke Riwayat Bismillah Bab 2: Hikmah dan Khasiat Huruf Bismillah.

Ayat Ruqyah – untuk org awam

APA ITU AYAT RUQYAH?

Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya.

HIMPUNAN AYAT RUQYAH TERDIRI DARIPADA :

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-‘Araf 54-56
9 Al-‘Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Kalau nak download mp3 ni pun boleh..Kat 4shared…atau lau kita baca sendiri tak

sampai 15 minit pun..Yang penting kita berusaha dan bertawakal kepada allah… lau nak dalam bentuk adobe reader…beleh je tekan google terus…so ain download dalam dua2 bentuk…adobe dan mp3…

Biasanya, lau kita bacakan pada orang yang sakit…akan terdapat la simptom2 seperti berikut..

1)DENYUTAN JANTUNG MAKIN KENCANG
2)BADAN BERGEGAR
3)ADA BENDA BERGERAK-GERAK BAWAH KULIT
4)MENGANTUK/MENGUAP
5)BATUK
6)GELISAH
7)PANAS DI TENGKUK

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk….

seperti mana yang kita tau, dalam dunia perubatan islam, ayat-ayat alquran merupakan senjata penting untuk mengubati pesakit. Ain sendiri pernah membacakan ayat ruqyah ini pada orang yang terkena gangguan jin selama 4 malam dah berturut2 sebelum dia tidur..dan ternyata badannya sakit…panas membahang satu badan…dan ..yang sakit tu bukan orang lain dengan ain..melainkan orang yang ku cinta… memang kesian dekat dia kepanasan dan kesakitan.. namun apa yang mampu ain lakukan.. hanya doa daripada jauh…dan Allah yang melindunginya… so, untuk pengetahuan U allz, dia dah sakit selama 2 tahun 3 bulan.. Selama dia sakit tu, bermacam2lah dugaan kami..dan sekarang pun masih sakit jugak.. berubat dah ngan Dato Harun Din…tapi mugkin benda ini ambik masa yang lama..tapi me masih sabar menunggu dia..tapi yang peliknya dia xtau dia sakit gini…penat me..mmm… nanti lah cerita pasal dia…
so, untuk mengamalkan ayat ni untuk sesuatu tujuan:-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

(Rujukan: http://sosialviral.blogspot.my/)