Doa Nabi Ayub AS ketika menderita sakit

Manusia tidak boleh lari daripada menderita penyakit tak kiralah penyakit yg kronik atau tidaknya. Kerana terlalu moden, kebanyakan manusia sentiasa meminta bantuan doktor yang merupakan kaedah terbaik untuk menghalang atau mengubati penyakit daripada menular. Sedihnya, bukan sedikit kes dunia perubatan moden sekarang ini yang menyebabkan penyakit bertambah serius malahan mengakibatkan kematian. Apabila rawatan dunia moden masih lagi tidak berkesan untuk mengubati penyakit,  di mana lagi kita hendak mencari perubatan ‘Super Moden’ selain daripada Pencipta kita? InsyaAllah, mukjizat Al-quran adalah penawar yang paling baik dan teknologi moden yang paling hebat sehinga ke hari Kiamat.

Kisah Nabi Ayub AS yang diujikan dengan penyakit kulit yang teruk dan dasyat iaitu dari hujung kepala sehinggalah kehujung kaki adalah sbg contoh terbaik untuk ikutan kita. Baginda dinamai sebagai Nabi yang paling sabar menghadapi penyakit sehingga pada akhirnya yg tinggal pada badannya hanya lidah dan hatinya yg digunkannya untuk berzikir pada Allah.

 

Nabi Ayub A.S menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:

“Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 44)

Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan baginda memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah SWT padanya.
Al-Quran tidak menyebutkan bentuk dari penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya. Baca kisah Nabi Ayub A.S. Di sini penulis ingin berkongsikan ilmu rahsia penyembuhan Nabi Ayub AS kepada sidang pembaca sekalian. Semoga beroleh kesihatan.
Bahan-bahan untuk rawatan:
1. Daun bidara atau daun sireh – 7 helai. (Jika ada daun bidara lagi baik).
2. Garam segenggam oleh pesakit (Genggam garam sehingga rapat jari itu adalah sukatan bagi seseorang.
3. Air suam sebaldi besar (standard).
Surah-Surah yang dibaca:
1. Shalawat Nabi -10 kali.
2. Al-Fatihah -7x.
3. Ayatul Kursi -7x.
4. Surah Shaad: Ayat 42 (Bacaan 7x – utk 7 helai daun bidara atau sireh) semasa diramas di dalam air suam.
5. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 83. (Zikir 100x setiap kali selepas solat).
DOA DIBACA SEMASA MERAMASKAN DAUN (SIREH ATAU BIDARA).
Maksudnya:
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).(Surah Shaad: Ayat 42)

 
DOA INI DIZIKIRKAN SELEPAS SETIAP KALI SOLAT (100x).
Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Surah Al- Anbiyaa: Ayat 83)
Minum air dan mandi dan gosok seluruh badan dengan air bacaan yang telah dicampur dengan garam dan ramasan daun bidara atau sireh itu. Lakukan disebelah waktu petang. Selepas 30 minit kemudian barulah mandi dengan air biasa. Sekurang-kurangnya lakukan sehingga rasa badan itu kurang gatal. Terpulanglah kepada individu itu untuk melakukan sehingga benar-benar sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, insyaAllah ikhtiar secara ini telah banyak memulihkan beberapa individu sebelum ini.
Selamat beramal.
(Rujukan: http://redzwang.blogspot.com/)

13 Respons

  1. Hi . Bgaimana harus baca jika tidak sembahyang?

    • Hi Sha, solat adalah salah satu syarat malahan merupakan kewajiban kita sebagai org Islam. Namun demikian, jika Allah berkehendak untuk memberikan kesembuhan, tetap sembuh jua adanya dengan pengamalan doa2 tersebut di atas.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

      • Assalamualaikum, saya ada penyakit gegata ataupun sopak garam yg baru saja menyerang… Kalau amalkan cara di atas ini boleh sembuh x? Ataupun perlu dapatkan rawatan doktor ye?

  2. Wa’alaikumussalam saudara Yunus. Buatlah kedua-duanya. Kita harus berikhtiar dan bertawakkal agar penyakit kita itu sembuh. InsyaAllah.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Mudah2anAlloh memberi kesembuhan,setiap hasil lab tg nya tinggi ,ngga tinggi puyeng,lemes,apalagi th kebelakang kepala sakitnya bukan main ,ttp sya mencoba utk tabah sabar sampe dokter dalam didatangi,psyihkaterpun didatangi,setiap orang ngasih tahu dicoba,anak saya ngsih saran utk secara nabawi dg bekam dan rukiah,obat 2herbal diminum,alhamdulillah dg penuh keyakinsn kpd Alloh,hati merasa tenang,berdikir berdoa,apapun yg dihadapi,kadang hati sensitip thdp sesuatu,ya Alloh tabahkanlah hati kasmi,sembuhkanlah penyakitku ini,engkaulah yg maha penyembuh dg tidak meninggalkan bekad apapun amiin

  4. Assalamu’alaikum, saya ingin bertanya mengenai air suam tu, adakah guna air yg telah dimasak atau air paip dicampur dgn air panas. Syukran jiddan

  5. assalamualaikum , saya mengalami kayap di badan saya , cara mcm mana boleh menghilangkan penyakit ini ? t

  6. Daunnya di masak apa hanya di kasih air panas saja…terima kasih

    • Diramaskan di dalam air suam sambil membacakan doa di atas. Bukan dimasak. InsyaAllah, semoga beroleh kesembuhan.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  7. Asalamu alaikum..
    Sy hampir setahun mengalami penyakit gatal..udh berbagai obat yg sy minum,ataupun salep yg sy oleskan kesetiap yg gatal..tp hsilnya blm bs menyembuhkan..trkadang sy bingung harus bgmn…

  8. kalau untuk penyakit jerawat,bs gk dpke doax?.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: