Wanita dan Kesihatan

Kebanyakkan wanita amatlah teruja untuk memiliki lekuk tubuh yang cantik dan sempurna terutamanya apabila usia sudah memasuki zon senja🙂. Melihat kepada budaya dan kehidupan rakyat Malaysia ini yang terlalu banyak makan merupakan faktor utama kepada obesiti (terutamanya) selain susuk badan yang berlemak di sana sini. Hal inilah antara faktor penyebab kepada suami yang mula menjadi jemu dan mencari wanita lain di luar sana (kenyataan).

Di sebab kan faktor inilah, para isteri digalakkan oleh Nabi SAW untuk sentiasa menjaga penampilan di hadapan suami. Sentiasa kelihatan cantik, seksi dan sempurna, walaupun sudah 5 – 7 orang anak. Tak salah menjaga kecantikan, semua untuk suami tercinta juga bukan?🙂

Terdapat berbilang cara untuk menjaga kecantikan seorang wanita. Hal ini termasuklah mengambil supplement atau makanan tambahan untuk kecatikan dalaman, memakai cream penjagaan tubuh, memakai korset wanita, dsb nya. Dalam hal penjagaan kecantikan dalaman ini, terdapat berbagai-bagai produk kecantikan di pasaran yang boleh kita cuba dan pakai. Tapi, sayangnya , banyak juga produk yang indah khabar dari rupa. Ini bukan kesalahan produk, tetapi adalah kesalahan pengguna yang tidak mengkaji dahulu kesesuaian sesuatu produk kepadanya sebelum membuat keputusan membeli produk tersebut.

Dalam hal ini, contoh terdekat ialah isteri penulis. Penulis memberikan berbagai-bagai produk kesihatan untuk kesihatan dalaman dan luaran isteri penulis. Namun, kebanyakan produk tersebut, adalah tidak sesuai, makan sekali dua, dah sakit perut, timbul ruam2 dsbnya yang kadang-kadang menjadikan penulis fed-up untuk mempercayai apa2 jua produk kecantikan di Malaysia. Manakan tidak, sudahlah harganya mencecah ratusan malah ada ribuan ringgit, kesannya pula hanya sementara.😦

Dalam episod WANITA DAN KESIHATAN ini, penulis ingin berkongsi maklumat tentang beberapa produk yang penulis pernah cuba dan belikan untuk isteri penulis. Alhamdullillah, ada juga produk yang BAGUS BANGET. Muka isteri penulis bertambah ‘glowing’, gebu dan cantik. Selain lekuk tubuhnya yang seperti anak dara walaupun belum punya anak😉 (InsyaAllah tak lama lagi). Tapi, penulis minta maaf, penulis tidak akan tunjukkan gambar isteri penulis di sini. Namun, penulis hanya mencadangkan beberapa produk yang terbaik untuk digunakan oleh para isteri dan wanita di luar sana berdasarkan beberapa testimoni pengguna yang berkesan menggunakannya. InsyaAllah, sidang pembaca sekalian dialu-alukan untuk menyusuri mukasurat baru ‘Wanita dan Kesihatan’ ini, yang diwujudkan khas buat para isteri dan wanita di luar sana, selain menjana pendapatan (memang trend pembelian di Malaysia, beli barang dapat point/ cash back etc.).

Semoga Bermanfaat.

 

%d bloggers like this: