Solat Sunat yang Dituntut

Sebagai seorang Muslim, sememangnya dituntut untuk melakukan banyak amalan-amalan sunat sebagaibonus tambahan kepada amalan-amalan wajib. Untuk fakta, terdapat beberapa solat sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan (muakad). Kejayaan menunaikannya dengan konsisten, ikhlas, khusyuk dan tawadho’ dijanjikan dengan pahala dan fadhilat yang besar di sisi Allah. Antara solat-solat sunat muakad, yang sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari adalah:

1. Solat Sunat Rawatib (10 Rakaat)

Dari Ibnu Umar r.a. berkata, “Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi s.a.w.; 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat Fajar).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

‘Aisyah r.a. dalam sebuah hadis menyatakan, “Tidak ada nafilah (solat sunat) yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi s.a.w. melebihi dua rakaat solat sebelum Fajar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada ulama’ yang mengatakan bahawa solat sunat Fajar dan solat sunat Qabliyyah Subuh adalah solat yang sama, ada juga yang berpendapat mereka adalah dua solat yang berbeza. Wallahu’alam.


2. Solat Sunat Dhuha (2 Rakaat)

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w., “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah s.a.w.) tiga macam pesanan; puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang Dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu mengerjakannya adalah ketika matahari sedang naik (selepas matahari terbit hingga sebelum matahari tegak di atas kepala).

3. Solat Sunat Witir (1 Rakaat)

Sebuah hadis berbunyi, “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir. Maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Ditunaikan sekurang-kurangnya satu rakaat sebelum tidur.

 

4. Solat Sunat Tahajjud (2 Rakaat)

“Dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji.”(Surah al-Isra’: 79)

 


5. Solat Sunat Taubat (2 Rakaat)

Dari Ali k.w.j., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan solat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Manusia tidak pernah daripada melakukan dosa dalam sehari. Seelok-eloknya ditunaikan sebelum tidur.


Jika dihitung, jumlah rakaat solat-solat sunat adalah 17 rakaat, bersamaan dengan jumlah rakaat solat-solat wajib. Tujuan ditunaikan solat-solat sunat adalah untuk ‘menampal’ mana-mana kecacatan yang terjadi dalam solat-solat wajib yang kita kerjakan. Umpama kain yang koyak ditampal dengan cebisan kain yang sama, begitulah juga solat yang ‘cacat’ akibat kelemahan dan kelalaian kita ‘ditampal’ dengan solat-solat sunat.

Waktu-waktu Yang Dilarang Solat

1. Habis waktu solat Subuh hingga matahari terbit.
2. Ketika matahari sedang terbit.
3. Ketika matahari tegak di atas kepala.
4. Habis waktu Asar hingga matahari terbenam.
5. Ketika matahari terbenam.

Sama-samalah kita berusaha mencari keredhaan-Nya.

Islam itu indah, indahkan hidupmu dengannya.

 

(Rujukan: http://izzuddinmohd.blogspot.com/)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: