Cara Buat Duit TANPA MODAL – Cara 1

312478-marketglory-marketglory

Marketglory adalah permainan online percuma yang membolehkan anda menjana wang yang banyak.ya memang betul! Permainan ini membayar anda dalam Euro dan tugas anda , anda hanya perlu memainkan permainan ini setiap hari . Dalam seminggu anda boleh mendapat lebih daripada 2 euro dengan hanya bermain 10 minit setiap hari. Anda boleh membuat lebih banyak jika anda menghabiskan lebih banyak masa atau jika anda boleh menggandakan wang anda dengan beberapa cara di dalam permainan ini. Inilah sebab mengapa permainan ini sangat popular dan salah satu permainan yang menjana pendapatan yang terbaik dalam talian. Permainan ini sangat mudah untuk dimainkan dan mempunyai antara muka pengguna yang amat mudah. Sila klik DI SINI untuk membuka akaun percuma marketglory dan mula menjana wang. Dalam permainan ini, anda bekerja, berjuang dan kemudian anda boleh menubuhkan syarikat, menubuhkan kerajaan, mendapat pangkat tentera dan membina organisasi anda sendiri. MarketGlory menggunakan mata wang global “€” dan “GOLD” dan mata wang tempatan negara anda. Kalau kita Malaysia ni ringgitlah. Apabila anda mencapai 20 € pada akaun anda anda boleh mengeluarkan wang ini ke akaun PayPal anda. Anda boleh mencapai jumlah ini dengan mudah dalam masa yang singkat jika anda aktif setiap hari (hanya satu minit sehari adalah mencukupi jika anda kesuntukan masa). Bermain MarketGlory setiap hari boleh memberi anda pelunag untuk menjana pendapatan yang besar .

STRATEGI:

Apa yang anda perlu lakukan adalah ‘fight’ dan ‘work’ setiap hari . Untuk bekerja anda hanya perlu menekan butang ‘work’.perlu diketahui anda hanya boleh bekerja sekali setiap 24 jam.Untuk ‘fight’ pada 2 minggu pertama,anda perlu berlawan di ‘referral fight’maksimum 10 kali setiap hari.Pada 2 minggu pertama, bekerja dan berlawan adalah sumber utama untuk anda menjana wang. Anda akan mendapat bonus tambahan jika anda bekerja secara berterusan selama 3 hari berturut-turut. Juga terdapat bonus yang berbeza dianugerahkan setiap hari secara automatik yang akan menambah sehingga baki anda. Jika anda mencari referral untuk permainan ini anda boleh menjana dengan banyak lagi. Anda akan diberi gold setiap hari jika anda mempunyai referral yang aktif dan juga untuk setiap referral anda, anda akan dibayar beberapa jumlah euro sebagai bonus pada setiap 21 haribulan setiap bulan.Kuncinya disini anda perlu mendapatkan seberapa banyak referral aktif yang anda mampu kerana referral bonus yang diberi agak lumayan. Saya telah mendapat 6 euro sebagai bonus dengan hanya mempunyai 20 referral aktif…jadi bayangkan jika anda mempunyai 50 atau 100 referral. Apabila anda membuat sedikit wang, anda perlu mendapatkan beberapa pakaian yang berlangsung selama 10 hari setiap satu. Pakaian akan memberikan energy tambahan dan membolehkan anda menjana lebih banyak wang apabila anda bekerja dan berlawan. Apabila anda mempunyai wang yang cukup, anda boleh menggunakannya untuk menjana banyak lagi wang (contohnya, dengan memulakan syarikat anda sendiri) atau berlawan di arena. Anda boleh mencapai 20 euro untuk dikeluarkan ke akaun paypal (melalui Neteller atau Skrill) anda tidak lama lagi, jika anda aktif setiap hari.

Semoga Berjaya!

p/s: Kredit to http://tintamtom.blogspot.my/

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “

    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

Plitvice_Lake
5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup”  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Saduran

(Rujukan: http://www.melurhasanah.com/)

Yahudi di Tanah Melayu – Bab 4

 

Yahudi dan Hindu sama-sama menyembah patung lembu.

Sebagaimana yang kita ketahui, semua agama dan fahaman di dunia ini selain dari Islam seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Shinto, Jainism, Ahmadiah, Bahai, Qadiani, kapitalis, sosialis, komunis, fasis, syiah, wahabi, demokrasi, liberalisme dan lain-lain adalah ciptaan Yahudi. Tujuannya ialah untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad saw yang membawa Islam sebagai hanya satu-satunya agama yang diiktiraf Allah SWT untuk sekelian umat manusia.

Agama menyembah berhala walaupun dimulakan oleh dan pada zaman Firaun dan Babylon, tetapi ia telah dikembangkan oleh Yahudi ke seluruh dunia untuk menghalang manusia daripada memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ia berpunca di dalam semua kitab termasuk Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran sudah dinyatakan akan datang seorang rasul di kalangan bangsa Arab iaitu Nabi Muhammad saw yang akan membawa agama Islam yang berdasarkan akidah Tauhid kepada seluruh umat manusia. Jadi ribuan tahun sebelum kedatangan nabi itu kaum Yahudi telah mencipta pelbagai agama untuk bangsa-bangsa di dunia ini bagi tujuan menghalang mereka daripada memeluk Islam apabila dakwah Islamiah mula tersebar.

Matlamat utama kaum Yahudi ialah untuk menguasai dunia, memperhambakan semua kaum bukan Yahudi bagi menguasai segala harta kekayaan yang terdapat di dunia ini. Ia disebabkan falsafah Yahudi yang mengatakan “Wang adalah Tuhan Yahudi yang cemburu”. Jadi kaum Yahudi sangat takut kalau umat manusia menganut agama Islam berikutan kedatangan Nabi Muhammad saw. Mereka tahu hanya umat Islam sahajalah yang tahu akan selok-belok penyelewengan Yahudi dari akidah tauhid, kejahatan Yahudi yang telah membunuh beratus-ratus nabi Allah, meminda ayat-ayat Allah dari kitab-kitab suci, melaga-lagakan manusia supaya timbul peperangan sesama sendiri, membiakkan segala jenis maksiat seperti judi, arak, pelacuran, perhambaan abdi, amalan usury (bunga), seks bebas, homo, lesbian; seterusnya mereka mencipta berbagai-bagai agama supaya jangan sampai umat manusia memeluk Islam.

Kaum Yahudi Menyembah Raja Jin Azazil/Lucifer

Orang Yahudi mendakwa mereka menyembah Tuhan yang Satu sama seperti Islam, tetapi sebenarnya mereka berbohong. Kalau mereka menganut akidah tauhid sama seperti Islam sudah tentu mereka sudah lama memeluk Islam berikutan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Sebaliknya, mereka enggan memeluk Islam apabila akidah mereka yang sebenar bukan tauhid. Mereka bukan menyembah Tuhan Yang Satu seperti yang didakwa seperti Hashem atau YHWH atau Edonai. Mereka bukan mengamalkan ajaran Taurat (Torah) yang sebenar kerana kalaulah mereka mengikut ajaran Taurat yang sebenarnya kenapa mereka boleh mewujudkan segala jenis maksiat dan perkara-perkara kotor di atas muka bumi ini?

Kaum Yahudi mendakwa agama mereka Judaismlah agama mereka yang betul dan kitab Taurat (versi Yahudi) adalah kitab ikutan dan punca kekuatan spiritual dan kesatuan mereka. Soalnya, apakah punca yang sebenar bagi kekuatan spiritual dan kesatuan orang-orang Yahudi selama beribu-ribu tahun ini? Adakah kerana Judaism dan Taurat?

Orang Yahudi mendakwa mereka Bangsa Terpilih dan punca mereka kuat dan bersatu selama ini kerana kekuatan spiritual agama Judaism dan kitab Taurat (versi Yahudi) mereka. Jadi Taurat dikatakan membawa kaum Yahudi kepada “nilai-nilai” murni orang Yahudi yang membolehkan mereka menguasai dunia.

Ajaran Kabbalah

Sebenarnya, punca kekuatan spiritual kaum Yahudi bukan dari Taurat atau Judaism. Puncanya adalah ajaran mistik Kaballah, di mana rabbi-rabbi Yahudi menyembah dan berkomunikasi dengan jin dan syaitan untuk mendapatkan maklumat, ramalan, sihir dan jugak kekuatan spiritual serta hasil daripada kesimpulan berkomunikasi dengan jin kafir dan syaitan ini maka terciptalah Kitab Talmud, iaitu Kitab Syaitan Yahudi.

Kitab Talmud Yahudi

Kalau orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Allah swt, iaitu agama Islam mereka dipanggil ulama Islam oleh orang-orang Islam. Bagi orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama syaitan atau agama Azazil atau agama Raja Jin Kafir di muka bumi ini ialah rabbi-rabbi Yahudi. Rabbi-rabbi Yahudi inilah ‘ulama-ulama’ Azazil, iaitu ulama-ulama iblis, ulama syaitan bagi orang-orang yang mempraktik dan mengembangkan ajaran syaitan untuk menyesatkan kaum Yahudi selama beribu-ribu tahun sehingga sekarang.

Pemujaan terhadap raja jin kafir Azazil/Lucifer atau raja syaitan yang dilakukan oleh rabbi-rabbi Yahudi melalui ritual Kabbalah di Synagog-synagog adalah berdasarkan dari ayat-ayat syaitan kitab Talmud. Jadi Rabbi-rabbi Yahudi inilah ‘ulama-ulama’ syaitan. Synagog adalah kuil atau rumah syaitan dan Talmud adalah kitab syaitan yang diterbitkan hasil dari komunikasi dengan raja jin kafir Azazil atau raja setan/iblis ini.

Lambang Illuminiti atau Freemason dengan ‘Mata Satu’

Kenapa lambang illuminiti atau freemason atau dajjal yang kita tengok pada kuil-kuil Freemason atau illuminiti menggunakan ‘MATA’ sebagai lambang mereka? Apakah makna ‘Mata Satu’ itu? Kenapa digunakan lambang ‘Mata Satu’ dan tidak digunakan lambang-lambang yang lain?

Lambang piramid dan mata di gereja seluruh dunia

Ini kerana raja jin kafir Azazil/Lucifer atau raja satan ini merupakan tuhan yang disembah oleh kaum Yahudi bermata satu kerana satu daripada matanya buta apabila dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as setelah Azazil cuba memperdayakan baginda ketika sedang menjahit kain. Nabi Idris as merupakan orang yang pertama menenun kain. Jadi, Azazil mencabar kalau Allah swt benar-benar berkuasa bolehkah dimasukkan dunia itu ke dalam lubang jarum yang sedang digunakan oleh nabi Idris as?

Nabi Idris as kemudian meminta Azazil datang hampir untuk melihat bagaimana beliau memasukkan dunia ke dalam lubang jarum itu – dan secara tiba-tiba dicucuknya mata Azazil sehingga buta. Asal mata Azazil ada dua, tetapi telah buta sebelah mata kesan dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as. Jadi sebab itulah mata Azazil hanya tinggal satu sehingga sekarang. Para penganut Judaism dan Kaballah yang menyembah Azazil itu mengenali Azazil sebagai tuhan mereka yg bermata satu dan dijadikan lambang pada illuminiti dan freemason mereka. Sebab itulah lambang ‘Mata Satu’ itu merupakan lambang kehadiran Azazil di ritual-ritual freemason yang mengawasi setiap tindak-tanduk pengikut agama Judaism dan ajaran Kabbalah ini.

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?

Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as itu maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina. Sila lihat Surah Al-Baqarah yang bermaksud Lembu/Sapi Betina. Apabila Nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.

Tuhan lembu bagi penganut Hindu

Di sinilah Yahudi Samiri memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum Hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yang memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum Hindu di India dan terus sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama Hindu yang menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan oleh penganut-penganutnya.

 

(Rujukan: http://warisanlukmanulhakim.blogspot.com/)

Makna di sebalik Kita – Bab 2

Semakin lama semakin payah perhubungan ini. Aku cuba sabar, tetapi kesabaranku sering tercabar. Semakin aku cuba sabar, semakin kuat pula dugaannya. Kadang-kadang terfikir juga untuk ku lepaskan semuanya. Biar tenang hati ini. Biar aku boleh buat apa sahaja. Tapi, semakin aku rasa ingin tinggalkannya semakin rindu pula aku padanya. Apakah ini yg dinamakan sebuah silaturrahim yang umpama air dicincang tidak kan putus?

 

Hidup di dunia yang fana ini terlalu banyak dugaan dan pancaroba. Hidup yang benar2 hidup adalah sebuah ‘kematian’ di dalam jasad bernyawa. Aku pernah terfikirkan. Bagaimanakah hidup ini hendak dilayarkan? Bagaimanakah hidup ini hendak dikemudikan tanpa nyawa? Berbagai persoalan bodoh yang mula timbul tidak keruan. Di bahagian hatiku yang lagi satu menanyakan pula padaku. Kau sudah bersediakah untuk sebuah ‘kematian’? Dan hatiku yang sebelah lagi pula berkata, eh, jangan dulu, kau belum bersedia. Apakah kau mahu menjadi penghuni celaka? Itu ujarnya hatiku yang satu lagi.

Apabila kulihat kembali kehidupanku 10 tahun kebelakangan ini, begitu banyak ujian, kegagalan dan kejayaan. Kejayaan? Ya, disebalik kegagalan, terbenam sebuah kejayaan tidak terperi. Dan di sebalik kejayaan, terselindung sebuah kegagalan pula yang maha jahanam. Pernah ku minta pada Pencipta, berilah daku kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Cukuplah dengan ujian kegagalan. Namun, sedikit demi sedikit, DIA sudah khabulkan apa yg aku minta. DIA sudah beri apa yang aku harapkan. Tapi, apabila berkait dengan ikatan silaturrahim, aku jadi terkedu. Aku jadi bimbang. Aku jadi risau. Adakah aku akan mampu menempuh onak ujian kejayaan? Adakah aku mampu memikul tanggungjawab yang berat yang aku pikul? Aku sudahpun mencipta tanggungan dari kayangan. Mampukah aku?

 

Aku tak mahu terkorban dan dikorbankan. Cukuplah aku berkorban sahaja. Cukuplah sehingga itu. Aku malu dengan malaikat yang tidak putus-putus menyuruhku bermalu. Tetapi, aku yang mmg dari dahulu bermuka tembok, tidak pernah malu-malu menempa bara api dari neraka. Apakah aku sudah cukup hebat? Oh, ujiankah ini? Pencipta, KAU lah yang Maha Bijaksana menciptakanku. Dan KAU juga tahu setara mana kemampuanku. Bantulah aku dengan rahmat-MU. Berkatilah kehidupanku di alam fana ini. Dengarlah suara hatiku. Dengarlah peperangan di dalamku yang tidak putus-putus mencari sebab dan akibat. Ya Allah, Yang Maha Lembut dan Yang Maha Kasih Sayang.

 

…bersambung….

Solat Sunat yang Dituntut

Sebagai seorang Muslim, sememangnya dituntut untuk melakukan banyak amalan-amalan sunat sebagaibonus tambahan kepada amalan-amalan wajib. Untuk fakta, terdapat beberapa solat sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan (muakad). Kejayaan menunaikannya dengan konsisten, ikhlas, khusyuk dan tawadho’ dijanjikan dengan pahala dan fadhilat yang besar di sisi Allah. Antara solat-solat sunat muakad, yang sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari adalah:

1. Solat Sunat Rawatib (10 Rakaat)

Dari Ibnu Umar r.a. berkata, “Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi s.a.w.; 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat Fajar).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

‘Aisyah r.a. dalam sebuah hadis menyatakan, “Tidak ada nafilah (solat sunat) yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi s.a.w. melebihi dua rakaat solat sebelum Fajar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada ulama’ yang mengatakan bahawa solat sunat Fajar dan solat sunat Qabliyyah Subuh adalah solat yang sama, ada juga yang berpendapat mereka adalah dua solat yang berbeza. Wallahu’alam.


2. Solat Sunat Dhuha (2 Rakaat)

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w., “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah s.a.w.) tiga macam pesanan; puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang Dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu mengerjakannya adalah ketika matahari sedang naik (selepas matahari terbit hingga sebelum matahari tegak di atas kepala).

3. Solat Sunat Witir (1 Rakaat)

Sebuah hadis berbunyi, “Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir. Maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Ditunaikan sekurang-kurangnya satu rakaat sebelum tidur.

 

4. Solat Sunat Tahajjud (2 Rakaat)

“Dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji.”(Surah al-Isra’: 79)

 


5. Solat Sunat Taubat (2 Rakaat)

Dari Ali k.w.j., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan solat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Manusia tidak pernah daripada melakukan dosa dalam sehari. Seelok-eloknya ditunaikan sebelum tidur.


Jika dihitung, jumlah rakaat solat-solat sunat adalah 17 rakaat, bersamaan dengan jumlah rakaat solat-solat wajib. Tujuan ditunaikan solat-solat sunat adalah untuk ‘menampal’ mana-mana kecacatan yang terjadi dalam solat-solat wajib yang kita kerjakan. Umpama kain yang koyak ditampal dengan cebisan kain yang sama, begitulah juga solat yang ‘cacat’ akibat kelemahan dan kelalaian kita ‘ditampal’ dengan solat-solat sunat.

Waktu-waktu Yang Dilarang Solat

1. Habis waktu solat Subuh hingga matahari terbit.
2. Ketika matahari sedang terbit.
3. Ketika matahari tegak di atas kepala.
4. Habis waktu Asar hingga matahari terbenam.
5. Ketika matahari terbenam.

Sama-samalah kita berusaha mencari keredhaan-Nya.

Islam itu indah, indahkan hidupmu dengannya.

 

(Rujukan: http://izzuddinmohd.blogspot.com/)

Makna di sebalik kita – Bab 1

Hidup ini penuh dengan duri ranjau tidak bertepi. Entah bilakah berakhirnya segala bebanan dan kesulitan. Bila diingatkan balik, alangkah eloknya jika ketika kita berada di usia muda, kita tidak melakukan kesilapan dan kesalahan. Kadang-kadang hukum karma, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat, itu tidak boleh dipakai. Persoalannya sekarang, adakah jika berbuat baik pada seseorang yang sudah kita anggap adik beradik, maka dia juga akan berbuat baik kepada kita? Dan adakah kita berbuat jahat pada seseorang, makanya dia pun akan berbuat jahat pada kita?

Persetankan itu semua. Zaman sekarang lebih banyak syaitan bertopengkan manusia, dan sebaliknya, manusia bertopengkan syaitan. Kita mahu yang mana? Kehidupan yang senang dan serba mewah memanglah menjadi idaman dan cita-cita setiap insan. Namun, pernahkah kita terfikir, adakah bila kita senang dan kaya raya, kehidupan kita akan senang zahir dan batin? Mengapa agaknya Nabi SAW menolak untuk dijadikan raja yang kaya raya ketika pada mula-mula baginda diangkat menjadi Nabi dan Rasul? Begitu banyak pertanyaan dan persoalan yang difikirkan. Begitu banyak kesulitan dan kekusutan yang perlu diuraikan. Namun semakin ingin diuraikan kekusutan itu, maka ia menjadi semakin berbelit. Semakin rumit.

Kita mula menjadi sedar. Kita mula teringat kembali firman dari Yang Maha Esa, Allah tidak akan menguji sesuatu kaum itu dengan perkara yang dia tidak sanggup hadapinya. Ya, itu kata-kata Allah Azzawajalla. Maka kita semakin yakin, kita mampu menyelesaikan segala kerumitan dan permasalahan yang diuji. Allah SWT tidak zalim pada hambanya. Kita mampu tempuh, kerana itu kita diuji. Orang lain waimah ayahanda kita pun tidak diuji seperti kita diuji. Kita cukup bertawakkal disusuli dengan usaha yang tidak henti-henti. Mudah-mudahan ada sinar harapan untuk menjumpai jalan penyelesaian kesulitan ini.

Kita tidak seperti org lain. Org lain normal kehidupannya. Kita tidak normal walaupun zahir kita normal. Kita selalu membayangkan tejumpanya ‘anugerah’ dari Yang Maha Esa. Anugerah untuk mendapatkan rahmat dan hidayahnya menjumpai ‘kunci’ perbendaharaan bumi dan langit. Bilakah agaknya kita akan terjumpa? Dalam mimpi sudah ada alamat. Dalam berhidup sudah ada tanda. Namun, peliknya buah tidak jatuh-jatuh. Entahkan masak entahkan tidak buahnya. Adakah semua ini hasil dari sumpahan guru? Bagaimana guru begitu jugalah anak muridnya. Tidak banyak sedikit akan terkena calitnya. Kerana itu org tua pernah berpesan. Mencari guru jgn dicari yang susah melarat, kerana guru yang demikian akan mewujudkan anak murid yang begitu juga. Maka berguru jaga-jaga. Jangan sampai tersalah guru.

Penceritaan ini tidak akan habis. Peluahan ini tidak akan ada hujung tepinya. Mungkin ini suatu cara untuk mendapat ‘anugerah’ yang dinanti. Mudah mudahan tercapai jualah angan-angan Mat Jenin. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu jualah aku berserah dan kepada-Mu jualah aku menyembah. Kita yakin dengan ketentuan Allah, dan kita terima dengan apa jua impaknya. Harapnya impak yang baik dan suci, hilang segala warna hitam diganti dengan jernihnya intan berlian. – bersambung

Isteri @ Surirumah

Isteri diumpamakan ‘tulang rusuk’ lelaki. Untuk disayangi selain melengkapi apa yang kurang pada seorang suami. Isteri juga dikatakan perdana menteri di dalam rumahtangga. ‘Coordinator’ utama dalam mendidik anak-anak dan juga urusan seharian. Suami pula dikatakan sebagai Sultan/ Raja/ Khalifah di dalam rumahtangga. Yang menjadi ‘mastermind’ atau ‘leader’ dalam meletakkan objektif atau misi utama di dalam sesebuah keluarga menjadi kenyataan. Selain daripada pencari nafkah untuk kemaslahatan rumahtangga.

Pagi semalam penulis ada membuka sebuah siaran radio semasa dalam perjalanan ke pejabat. Penulis terdetik dengan mulut wanita yang bernama ‘isteri’ ini. Mereka suka membuat bantahan serta ‘complain’ tentang kerja mereka, keadaan suami mereka, keadaan rumahtangga mereka di radio. Yang si DJ nya pula kadangkala menyokong kadangkala mengapi-apikan. Sebagai contoh ada seorang pemanggil (isteri) mengeluh kerjanya banyak. Suami tak mahu tolong dia mengemas rumah, membasuh baju dsb. Sedangkan dia beritahu bahawa dia adalah surirumah sepenuh masa! Suami bekerja, tiap2 hari pergi kerja pukul 8 balik kerja pukul 6. Sudahlah tak bekerja, yg si isteri ini pulak mengeluh dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Mahukan keadilan. Mahu suami membuat kerja-kerja rumah menolongnya sepenuh masa. Abis dia buat apa kat rumah? Duduk bersolek tengok tv? Shopping sana sini? Pelik.

Pemanggil kedua pula adalah seorang isteri bekerja. Mengutuk terus suaminya di radio. Mengatakan suaminya tak mahu menolong langsung di rumah, tak mahu mengambil tahu urusan di rumah sedangkan si isteri bekerja sepertimana suaminya. Hmm… apa motif si wanita ini ya? Mahu meminta simpati? Mahu se-Maaysia menyokongnya mengatakan suaminya bersalah? Wow!

Kingdom Heart

Para isteri yang bernama wanita. Janganlah diwar-warkan keburukan suami kepada satu dunia. Siapa yang malu kalau bukan anda dan suami anda, keluarga anda? Kita seharusnya tahu fungsi kita masing-masing sebagai suami mahupun isteri. Jika isteri tak puas hati dengan tindakan suami yang hanya ‘tidak menolong kerja-kerja rumah’, senang sahaja. Ceritakan terus terang pada suami. Cari jalan penyelesaian. Susah sangatkah mengemas rumah, memasak dan menjaga anak? Jika perkara-perkara itu dirasakan terlalu berat, ambillah orang gaji. Kan selesai masalah.

Hakikatnya, penulis berasakan, tanggungjawab di rumah i.e. menjaga anak, mengemas rumah, membasuh baju dsb adalah tanggungjawab bersama. Suami dan isteri. Tapi isteri lebih lagi. Kerana wanita telah diberikan kelebihan oleh Allah lebih sensitif, lebih teliti, lebih bagus dalam menjaga rumahtangga. Ya, suami boleh membantu. Tapi sekadar yang dia ketahui. Tanggungjawab suami mencari nafkah. Memastikan keselamatan rumahtangga dan pemimpin keluarga. Kerana dosa isteri dan anak2 yang belum baligh adalah di bawah tanggungan suami. Bayangkanlah betapa beratnya tanggungjawab suami. Tak selesai di dunia sahaja. Isteri baru diberi tanggungjawab sedikit, nak merungut, complain, kalau sesama keluarga tak apalah. Ini satu dunia. Sedarlah, tanggungjawab isteri paling besar ialah menjaga maruah suami dan rumahtangga. Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya suatu persinggahan.

Fikir-fikirkanlah.

Iran tawan 7 pesawat intipan Amerika, Israel

TEHRAN: Iran sudah menawan empat pesawat kawalan jauh Israel dan tiga milik Amerika Syarikat setakat ini dan merancang untuk mempamerkan peralatan pengintipan ciptaan dua musuh ketatnya pada masa depan. Sumber memberitahu media di sini, pesawat rejim Zionis itu menceroboh ruang udara sempadan timurnya manakala pesawat Amerika menceroboh sebelah timur atau selatannya.

 
Tentera mereka (negara Barat) melakukan tindakan agresif dan kami menembak jatuh beberapa pesawat pengintip canggih mereka. – Amir Ali Hajizadeh, Pengawal Revolusi Iran. Malah, wartawan dan duta asing juga akan dibenarkan mengunjungi dan melihat sendiri pesawat berkenaan, lapor Tehran Times yang memetik laporan dari agensi berita Nasim.

Selain itu, bagi membuktikan keupayaannya mencipta pesawat pengintip, Iran juga akan menunjukkan kepada dunia pesawat ciptaannya di pameran yang sama. Beberapa negara dilaporkan sudah meminta kebenaran Iran untuk memeriksa pesawat itu. Pesawat pengintip asing paling canggih ditawan oleh Iran ialah RQ-170 Setinel milik Amerika. Kejayaan angkatan tentera Iran itu diumumkan pada 4 Disember lalu.

RQ-170 Sentinel digelar ‘Beast of Kandahar’ kerana banyak digunakan di kawasan utama Taliban di Afghanistan. Televisyen Iran menyiarkan pesawat berkenaan yang ditawan itu pada 8 Disember lalu. Pesawat itu memasuki Iran dari timur Afghanistan. Sekalipun ditawan, Amerika akan terus menggunakan pesawat berkenaan dalam misinya di sempadan Iran-Afghanistan, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta ketika diwawancara Fox News, 13 Disember lalu.

Pada 2 Januari lalu, pemerintah tentera udara Pengawal Revolusi Iran, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh, mengumumkan kejayaan tentera Iran menawan dua pesawat pengintip asing tetapi tidak memberitahu bila dan lokasi kejadian. “Tentera mereka (negara Barat) melakukan tindakan agresif terhad terhadap Iran dan kami menembak jatuh beberapa pesawat pengintip canggih mereka. Kami tembak jatuh dua pesawat berkenaan.

“Kami sering bertempur dengan pesawat pengintip dan pemantau musuh,” kata Hajizadeh ketika itu sambil memaklumkan pakar Iran sudah meniru dan menghasilkan pesawat seperti yang ditembak jatuh itu. Pada Jun lalu, Hajizadeh mengumumkan bahawa pakar Russia sudah memeriksa dua pesawat pengintip itu milik Amerika. Katanya, pakar Russia juga meminta kebenaran Iran untuk memeriksa lokasi tempat ia ditembak jatuh. – Agensi

Poligami

Apabila kita bercerita tentang kahwin dua, tiga atau empat apakah yang kita fikirkan terutamanya para wanita? Sudah pastilah anda akan melenting. Ialah bila lelaki itu kahwin lebih dari seorang, berbagai-bagai tohmahan yang akan dilemparkan. Terutamanya dari kemampuan zahir dan batin. Mengapa agaknya begitu? Dan mengapakah di dalam Islam dibolehkan kahwin lebih dari seorang ‘sekiranya mampu’? Apakah maksud di sebalik pelepasan yang Allah berikan kepada lelaki?

 

Penulis suka untuk mengajak para pembaca sama-sama berfikir kerasionalannya berkahwin lebih dari seorang untuk lelaki. Rata-rata kaum Hawa, boleh dikatakan 99.99 % tidak bersetuju lelaki diharuskan kahwin dua. Isu hangat ini. Apa agaknya pendapat kaum Hawa di luar sana. Hmm..

 

Sebelum penulis melampirkan Hadith serta Firman Allah berkenaan perkara ini, penulis suka untuk memperbandingkan perkara ini dengan pendapat agama lain. Penulis pernah bertanya penganut agama Kristian akan pendapat mereka tentang lelaki yang berkahwin lebih dari seorang. Rata-rata menyatakan tidak setuju, malahan ada juga mereka yang mengutuk poligami ini.  

 

Poligami

Poligami

Kemudian, penulis ada bertanya juga penganut agama Hindu dan Buddha. Juga jawapan yang sama. Menentang dengan sekeras-kerasnya. Alasannya, manusia tidak dibolehkan kahwin melebihi seorang kerana CINTA adalah ABADI. Tak boleh tukar-tukar. Dan mereka juga menyatakan balu yang ditinggalkan suami tidak boleh kahwin hingga ke akhir hayat. Apa agaknya yang akan terjadi ya?

 

 

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 3:

 

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

 

Dari terjemahan secara terus daripada Surah An-Nisaa’ ayat 3 di atas, telah dinyatakan di situ bahawasanya lelaki dibolehkan untuk kahwin dua, tiga atau empat. Dan sekiranya lelaki itu takut tidak mampu berlaku adil, dituntut hanya berkahwin seorang sahaja. Kerana ia adalah jalan yang lebih selamat daripada lelaki itu membuat aniaya kepada isteri-isterinya yang lain. Apakah aniaya yang dimaksudkan itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah kemampuan lelaki itu samada mampu atau tidak berlaku adil dan mencukupkan nafkah zahir dan batin kepada para isterinya.

 

Penulis teruja untuk menyatakan di sini salah satu kes kahwin empat yang berlaku di Terengganu (alamak!) baru-baru ini. Penulis berasa sungguh kagum dengan tahap ‘sporting’ isteri-isteri beliau yang 3 untuk membenarkan beliau kahwin yang keempat. Dan penulis begitu kagum dengan semangat kerjasama dan redha para isteri kepada suami tercinta. Dan yang paling dasyat lagi bagi penulis, beliau mampu pula memberikan nafkah zahir dan batin kerana kesemua isteri beliau duduk dalam satu bumbung. Apakah formulanya agaknya? Ha, ini bukan bermaksud penulis berhasrat pula berkahwin empat. Cumanya penulis terkesima dengan kewibawaan si suami untuk menjadikan keempat-empat isterinya hidup aman harmoni dalam satu bumbung. Adakah ia menjadi masalah? 

 

Poli

Poli

 

Manusia memang telah dijadikan Allah serba kekurangan. Bersifat kikir dan tidak mapu berlaku adil dengan sebenar-benar adil. Mengapa? Ya, kerana manusia dalah insan. Serba kekurangan sebagaimana sebahagian firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ ayat 128 dan 129 di bawah:

 

… walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.. (4:128)

 

dan

 

…Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri- istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian,… (4:129)

 

Bagaimana mungkin suami yang beristeri melebihi dari satu mampu berlaku adil sekiranya telah Tuhan wahyukan kepada Nabi SAW bahawasanya manusia tidak sekali-kali berlaku adil kerana tabiatnya?

 

Persoalan yang ingin dibangkitkan penulis ialah, apakah hikmahnya Tuhan membolehkan lelaki  berkahwin melebihi dari seorang. Apakah tujuan dan bagaimanakah caranya berlaku adil? Inilah persolan yang kita harus kupas sama-sama.

 

Menjurus kepada persolalan BAGAIMANA caranya menggauli isteri-isteri tersebut; penulis suka untuk melampirkan terjemhaan Firman Allah dariapada Surah Al-Ahzab ayat 33 di bawah:

 

Kamu boleh menangguhkan (menggauli) siapa yang kamu kehendaki di antara mereka (istri-istrimu) dan (boleh pula) menggauli siapa yang kamu kehendaki. Dan siapa-siapa yang kamu ingini untuk menggaulinya kembali dari perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk ketenangan hati mereka, dan mereka tidak merasa sedih, dan semuanya rela dengan apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

 

Begitulah hikmahnya peraturan yang diajar secara langsung daripada Pencipta kita berkenaan cara yang baik menggauli isteri-isteri. Sekadar berdialog… Betulkan mana yang tak betul. 😉

 

Cinta Terhalang

Assalammu’alaikum wbt

Saya terpanggil untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi oleh rakan karib saya berkenaan masalah percintaannya. Kesian juga bila dia ceritakannya kepada saya. Diharapkan ada para pembaca terutamanya yang ‘berpengalaman’ dalam menghadapi masalah ini memberikan sedikit pandangan dan pendapat berkenaan permasalahan rakan saya itu. Beginilah kisahnya:

“Saya adalah lelaki seperti lelaki normal yang lain, mempunyai perasaan dan inginkan kasih sayang daripada seorang wanita. Sudah banyak kali saya putus cinta. Dan akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang cukup baik dan menawan hati serta kedua ibu bapa saya. Malahan ibu kepada wanita pilihan saya pun turut merestui hubungan kami pada mulanya.

Selepas beberapa lama, lebih kurang setahun perhubungan kami ini, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan kami juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan. Dan seterusnya menikah. Namun, disangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. Tiba-tiba ibunya tidak suka pula pada saya. Dia telah hasut seluruh sanak saudara sebelah perempuan supaya membenci saya.

Ibunya itu telah memberi kata dua kepada anak perempuannya yg menjadi teman wanita saya; samada pilih antara saya dan dia (ibu perempuan). Teman wanita saya memilih saya, dan sanggup berbuat apa sahaja janji dapat bersama saya. Di sebabkan pilihannya itu, teman wanita saya telah di ‘buang’ dari keluarganya. Dan sekarang cinta teman wanita saya ini kian menebal, dan dia tinggal berasingan dari keluarganya.

Saya memang benar2 menyintainya sepenuh hati. Dan antara kami semakin hari cinta kami kian tebal dan kami yakin dengan jodoh antara kami. Namun, yang menjadi masalah ialah keluarga sebelah perempuan yang terlalu membenci saya. Khabar yang saya terima dari apa yang diceritakan oleh teman wanita saya ialah ibunya telah terkena sihir. Ada org lain suka pada teman wanita saya. Dia cuba menyihir teman wanita saya, tetapi agaknya di sebabkan amalan zikirrullah teman wanita saya itu menjadi amalan sehariannya, sihir itu tidak mengena. Dan tempiasnya kepada ibunya kerana ibunya kurang amalan agama, katanya.

Yang menyedihkan, saya turut ditumbuk oleh adik lelaki teman wanita saya ketika menghadiri kursus perkahwinan kami. Saya tidak melawan kerana memikirkan adiknya itu, bakal aidik ipar saya juga kelak. Tapi sekiranya kali kedua dia melakukan kesalahan yang sama, sudah semestinya saya tidak akan berdiam diri. Tapi sehingga kini saya masih mampu bersabar walaupun sudah dimalukan.

Apa yang perlu saya buat? Saya menyintai dan ikhlas menyayangi teman wanita saya dan dia pun begitu. Keluarga sebelah saya tiada masalah. Menerima teman wanita saya seadanya. Cumanya keluarga sebelah perempuan pula yang terlalu membenci saya. ”

Itulah di atas serba ringkas masalah yang bergolak dalam hati sahabat karib saya itu. Saya pun tak tau nak nasihatkan apa, keana saya tidak berpengalaman menghadapi kes sebegini. Diharapkan para pembaca dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ‘kronik’ yang dihadapi oleh sahabat karib saya ini. Pandangan dan pendapat Saudara/ Saudari amatlah dialu-alukan. Sekian.