Tujuh Petala Bumi – Bahagian 1

Terjemahan Surah At-Talaaq ayat ke 12:

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi SEPERTI ITU; perintah Allah berlaku terus menerus DI ANTARA alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

alam-semestaAssalammu’alaikum wbt. Sekali lagi tangan penulis berasa amat seronok untuk terus menulis dan menulis. Idea dan firasat sekiranya dibiarkan terlalu lama, akan terus berkarat dan berhabuk. Makanya, amatlah penulis terpanggil untuk menulis penceritaan yang berdasarkan Surah At-Talaaq ayat ke 12 itu. Bahawasanya, apa sahaja persoalan kita di dunia ini, segalanya mempunyai jawapan di dalam Al-Qur’an dan Hadith Rasullullah SAW; daripada sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. Kerna itulah Rasullullah SAW pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya ‘Gigitlah Qur’an dan Sunnahku dengan gigi geraham, maka kamu tidak akan sesat selamanya’. Jadi, apa sahaja yang ingin kita kaji, apa sahaja ilmu yang ingin kita pelajari, waimmah ilmu sekular sekalipun, maka, janganlah kita ignore apa yang Allah turunkan kepada Rasullullah SAW.

Baru-baru ini, penulis berhasil menerokai alam bumi yang tujuh. Dengan cara apa, biarlah menjadi rahsia penulis sahaja. Cumanya, di wakalah ini, penulis ingin berkongsi kepada sidang pembaca tentang apa yang penulis lihat sepanjang penerokaan itu. MasyaAllah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa ajaibnya penerokaan itu yang sudahpun berjaya penulis laksanakan. Mungkin tidak sepenuhnya, namun, cukuplah sekadar apa yang penulis jumpa dan lihat sepanjang penjelajahan tersebut. Ingat, penceritaan ini hanyalah sebagai perkongsian sahaja, bukan bermaksud untuk menyatakan ia atau tidaknya. Cukup sekadar pengetahuan kita untuk kita jadikan tauladan, pengajaran dan manfaat akan betapa agungnya kuasa Allah SWT.

Awalnya, penulis ada terbaca suatu wakalah yang bagi penulis, penuh dengan imaginasi. Hebat. Itu asalnya. Apa ya yang terkandung di dalam wakalah itu? Cukup penulis rumuskan, berdasarkan wakalah itu, Allah ciptakan TUJUH petala langit dan TUJUH petala bumi – berdasarkan Surah At-Talaaq di atas. Namun demikian, penulis wakalah itu menyatakan bahawa terdapat TUJUH BUMI selain TUJUH LANGIT. Bagaimana TUJUH BUMI dan TUJUH LANGIT? Dan penulis wakalah berkenaan menyatakan bahawa terdapat sebuah Hadith Rasulullah SAW yang menyatakan perkara sedemikian. Apa kata kita baca sama-sama:

Sunan Tirmidzi 3220: Telah bercerita Al Hasan dari Abu Hurairah, ia berkata; ketika Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang duduk bersama para sahabatnya, tiba-tiba datang awan kepada mereka. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Apakah kalian tahu apakah ini?” Kemudian mereka berkata; Allah dan rasulNya lebih tahu. Beliau berkata: “Ini adalah awan, ini adalah mendung yang akan menyirami bumi, Allah tabaraka wa ta’ala menggiringnya kepada suatu kaum yang tidak bersyukur kepadaNya dan tidak berdoa kepadaNya.” Beliau bersabda: “Tahukah kalian apa yang ada di atas kalian?” mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih tahu. Beliau bersabda: “Sesungguhnya itu adalah raqi’ (nama langit dunia) yaitu atap yang dijaga, serta gelombang yang tertahan.”

Kemudian beliau bersabda: “Tahukah engkau berapa jarak antara kalian dan langit tersebut?” mereka berkata; Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Beliau bersabda: “Sesungguhnya di atas hal itu terdapat dua langit, jarak diantara keduanya adalah perjalanan lima ratus tahun.” Hingga beliau menyebutkan tujuh langit, jarak antara setiap dua langit seperti jarak antara langit dan bumi. Kemudian beliau bersabda: “Tahukah kalian apa di atas hal tersebut?” Mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau bersabda: “Sesungguhnya di atas hal tersebut terdapat ‘Arsy dan diantara ‘Arsy dan langit setelah itu adalah jarak antara dua langit.”

Kemudian beliau bersabda: “Tahukah kalian apa yang ada di bawah kalian?” Mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih tahu. Beliau bersabda: “Sesungguhnya di bawah kalian adalah bumi.” Kemudian beliau bersabda: “Tahukah kalian apa yang ada di bawah hal tersebtu?” mereka berkata; Allah dan RasulNya lebih tahu.

Beliau bersabda: “Sesungguhnya dibawah bumi terdapat bumi lain, di antara keduanya berjarak perjalanan lima ratus tahun.” Hingga beliau menyebutkan tujuh bumi, jarak antara setiap dua bumi adalah perjalanan lima ratus tahun.

Kemudian beliau bersabda: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad di tanganNya, seandainya kalian mengulurkan tali kepada seseorang ke tanah yang paling bawah, niscaya akan turun di atas Allah.” Kemudian beliau membacakan ayat: “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Alhadid 3) Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits gharib dari sisi ini. Ia berkata; dan diriwayatkan dari Ayyub dan Yunus bin ‘Ubaid serta Ali bin Zaid mereka berkata; Al Hasan tidak mendengar dari Abu Hurairah. Dan sebagian ahli ilmu mentafsirkan hadits ini, mereka berkata; sesungguhnya tali tersebut turun di atas ilmu Allah, kemampuan dan kekuasaanNya. Ilmu Allah, kemampuan serta kekuasaanNya ada di segala tempat dan Dia berada di atas ‘Arsy sebagaimana yang telah Dia sebutkan di dalam KitabNya.

Perkara ini sudahpun dijelaskan oleh Rasullullah SAW bahawa terdapat Tujuh Langit dan Tujuh Bumi pula. Di dalam ilmu sains, kita sudahpun diajar bahawa Bumi itu bulat. Tetapi Bumi yang kita ketahui ialah hanya satu Bumi. Di mana pula Bumi yang selebihnya (ada enam Bumi lagi) di mana jarak perjalanan di antara satu Bumi ke Bumi yang lain ialah 500 tahun? Apa yang penulis ingin sampaikan di sini ialah adakah Bumi yang selebihnya itu berada ‘di dalam’ perut Bumi, ataukah apa yang dimaksudkan ‘Bumi yang Lain’ ini ialah mmg benar-benar lain. Bumi di dalam dimensi yang tak mampu kita lihat dengan mata kasar. Ada manusia seperti kita. Wujudnya haiwan seperti yang kita tahu. Mana satu yang anda rasakan paling tepat?

Nah, di sinilah bermulanya pengembaraan penulis. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan Baginda Rasulullah SAW itu, ialah jarak antara dimensi. Setiap dimensi berjarak 500 tahun. Yang kita tahu, dan yang kita nampak pada mata kasar sekarang ini ialah TIGA dimensi sahaja. Adakah pembaca sekalian tahu, berapa dimensikah sebenarnya yang wujud? Dan setakat yang diketahui dan yang pernah dijumpai maksimum Empat Dimensi. Itulah dimensi Bumi. Hingga Empat Dimensi yang mungkin belum dikira di dalam hitungan jarak 500 tahun sepertimana Sabda Baginda Rasullullah SAW. Jadi, dimensi ke tujuh dan seterusnya itulah yang mewakili jarak dan Bumi selebihnya. Mungkin.

Mari kita jelajahi lagi. Dan inilah kesimpulan penerokaan penulis:

  1. Bumi yang Pertama: Bumi kita yang kita tahu.
  2. Bumi yang Kedua: Paralel Bumi kita yang jaraknya 500 tahun.
  3. Bumi yang Ketiga: Bumi Paralel Bumi yang kedua.
  4.  Bumi yang keempat: Bumi yang Paralel Bumi yang ketiga.
  5. Bumi yang Kelima: Bumi yang Paralel Bumi yang keempat.
  6. Bumi yang Keenam: Bumi yang paralel Bumi yang kelima (bermaksud Bumi yang paling bawah dan yang paling dasar) – mungkinkah inilah buminya di mana roh kita selepas mati akan di tempatkan. Mungkin.

ciricara-com-tujuh_planet_alternatif_bumi

Penulis teruskan lagi penjelajahan berdasarkan sedikit teori daripada Hadith dan Wahyu yang penulis lampirkan sebelum ini tadi. Dan akhirnya penulis telah berjaya menemukan sebuah penemuan yang mungkin hanya imaginasi penulis, dan mungkin juga menjawab kepada persoalan yang kita bincangkan sebelum ini. Jika sidang pembaca tidak bersetuju atau mungkin mempunyai imaginasi atau pendapat yang lagi tepat, penulis mengalu-alukun untuk dikongsi di sini ya! Jom, kita telusuri penerokaan dan penjelajahan penulis. Mana yang baik diambil manfaat dan mana yang tidak baik biarkan sahaja.


Ketika Sang Suria menancapkan sinarnya ke mukaku, aku berasa sudah hilang arah tujuku. Ketika itulah baru ku sedari bahawa diriku sudah terlepas dari ragaku. Sukmaku sudah berpisah dari bekasnya yang asal. Aku terawang awang di saujana alam. Aku terbang ke sana ke sini. Aku mampu. Ah, apakah perasaan ini? Adakah ini yang dinamakan aku hilang dari Bumi? Aku mampu terbang sepantas cahaya. Sekali aku terbang, saujana mata memandang. Pada mulanya, aku melihat jasadku kaku tidak bergerak. Aku tersenyum melihat wajah jasadku sendiri. Alahai lemahnya.

Aku cuba mengangkat diriku. Dan aku terawang awang di udara. Dan nafasku, umpama terhenti (tidak langsung bernafas). Dan semua jantung dan organ tubuhku juga terhenti. Tapi, aku masih hidup. Siapakah sebenarnya aku ini? Dan aku teringat kata guruku, itulah yang dinamakan Rohani@Diri mu. Ya, mungkin. Tiba-tiba, aku terlihat 3 ekor makhluk serba hitam dengan mata kemerahan merenungku. Siapa ini? Aku hanya memandang pada mereka. Ada yang bertanduk, ada yang lidahnya panjang bercabang dua dan yang satunya lagi botak dengan hidung seperti babi. Dan terus aku katakan, inilah iblis. Makhluk alam rendah. Aku sedikitpun tidak gentar, malahan aku renung ketiga tiga makhluk ini. Dan berkat pembelajaranku, ketiga-tiganya berjaya ku usir dari menggangguku. Aku ingin mulakan penjelejahan. Setelah melihat iblis yang bertiga tadi, aku ketemu pula manusia berkepala anjing, ungka berbulu biru dan sebagainya daripada sekecil-kecil makhluk hinggalah ke sebesar-besar makhluk. Mungkin inilah makhluknya untuk alam Bumi yang tidak mampu dilihat manusia. Semuanya ini kulihat disekitar rumahku. Syukurlah, di sekelilingku, isteriku dan anakku yang comel itu, seperti ada yang melindungi. Seperti sebuah cahaya berlapis-lapis yang menyelubungi mereka termasuk jasadku. Mungkin inilah berkat amalan yang aku sentiasa amalkan setiap kali ingin beradu. Syukur pada Allah.

Aku mula terawang awangan. Semua makhluk alam bawah melihatku dengan tajam. Sepertinya mahu menelanku bulat-bulat. Yang hairannya, aku sedikitpun tidak merasa takut dan gentar. Mungkin inilah berkat beberapa petua yang aku amalkan, maka mereka-mereka tidak mampu hampir langsung kepadaku. Aku terus terbang menembusi dinding rumahku. Dan di luar rumahku banyak lagi pula makhluk yang pelik-pelik. Ketika itu, aku merasakan benarlah apa yang Rasullullah SAW sabdakan, bahawasanya, bilangan jin adalah 3 kali ganda bilangan manusia. Ya, aku masih lagi di Bumi yang Pertama. Bumi tempat diamku. Bumi yang kita sekarang yang kita hidup bersama para jin dan makhluk2 lain yang kita tak mampu lihat. Aku terus terbang dan terbang.. hingga kulihat rumahku kian kecil kutinggalkan. Semakin tinggi dan tiba-tiba…!!!

 

(bersambung ke Bab 2)

p/s: Tiba-tiba penulis ingin berhenti sekejap. Anak meragam :-). Sambungannya selepas ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s