Farmasi dan Perubatan

Nabi SAW bersabda:

“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”.
disambung lagi dengan Hadith Rasulullah SAW di bawah yang berbunyi (maksudnya):
“Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang HARAM”.

Apabila berbicara berkenaan Farmasi dan Perubatan, perkara pertama yang terlintas di kepala kita ialah ubat-ubatan. Benarkah demikian? Ya. Benarlah. Tapi ada sedikit yang tidak berapa benar iaitulah kadang-kadang ubat bukan merupakan perubatan, manakala farmasi pula tidak semestinya membekalkan ubatan.🙂

Dalam Page Terbaru penulis ini, penulis terpanggil untuk berkongsi beberapa jenis ubatan secara universal untuk membuka pemikiran pembaca akan peri pentingnya memilih ubat yang betul bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi. Berbagai-bagai jenis ubat di pasaran yang kadang-kadang bukanlah ubat, tetapi suatu ‘method’ untuk menahan sakit. Inilah yang amat penulis risaukan perihal ubat ini. Terbukti. ubat sintetik selalunya amat berbahaya kepada badan manusia.

Sebagai pengguna dan manusia, kita seharusnya mengkaji dengan terperinci setiapa ubat atau supplement yang kita ingin ambil. Penting untuk memastkan BUKAN RACUN yang kita minum setiap hari. InsyaAllah, di dalam mukasurat ini, penulis ingin kongsikan beberapa ‘supplement’ atau ubatan yang terbukti berkesan dan baik untuk kita ambil. Selain daripada ubatan fizikal, penulis juga terpanggil untuk berkongsi perubatan secara ‘bukan fizikal’ terutamanya yang bersangkut paut dengan ‘tenaga’ yang tidak dikehendaki. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat.

 

 

%d bloggers like this: