Takdir dan Kita

Assalammu’alaikum wbt kepada sidang pembaca yang masih setia mengintai blog ini. Akibat insomnia yang agak parah, maka, lebih baiklah penulis memenuhkan cerita pagi ini berkenaan beberapa perkara yang mungkin ada masuk sedikit bab tauhid dan keyakinan kita kepada Rukun Iman yang terakhir, Percaya kpd Qada’ dan Qadar. Ramai org Islam di luar sana dan mungkin juga diri penulis sendiri yang secara tidak sedar, mempersoalkan perkara yang terjadi kepada urusan kehidupan sehari-hari. Yalah, hidup di bumi Allah ini begitu banyaknya dugaan dan cabaran selagi nafas mengisi raga sukma kita. Sentiasa ada sahaja perkara yang datang yang kadang-kadang baik dan ada juga kadang-kadang ‘jahat’ dan nakal. 🙂

Bila bercerita bab Rukun Iman yang ke-6 ini, seperti yang kita sedia maklum, Qada’ dan Qadar ini adalah suatu ketetapan yang sudahpun ditakdirkan Allah semenjak kita di alam roh lagi. Agaknya semasa bila ya kita berada di alam roh? Ya, ramai para cendiakawan serta para cerdik pandai menghuraikan bahawa kita berada di alam roh, sebelum kita dijadikan manusia. Ketika di alam roh, kita hanya menunggu perintah-Nya untuk ke jasad, di mana roh kita ini adalah berasal daripada-Nya. Maka apabila roh ini meraga sukma, maka terjadilah Rohani kita yang mengisi jasad yang asalnya tidak bernyawa. Namun demikian, pengetahuan tentang roh ini amatlah ‘sedikit’ yang diberitakan melalui lisan Baginda Rasullullah SAW; sepertimana yang termaktub di dalam Terjemahan Surah Al-Israa’ ayat 85:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan SEDIKIT sahaja”.

Apakah ilmu pengetahuan yang ‘SEDIKIT SAHAJA’ yang dimaksudkan itu? Maka, itulah yang dinyatakan bahawa adalah roh itu merupakan asalnya dari-Nya melalui kalimah ‘KUN’. Mungkin ada berbeza pendapat di sini yang berkenaan asal muasal ‘roh’ itu, namun itulah yang dinamakan ‘yang menghidupkan’. Namun, harus hati-hati. Jgn kata roh itu adalah Tuhan pula seperti kaum Kristian. Roh adalah terang-terangan ‘CIPTAAN’ Allah yang Maha Bijaksana sepertimana yang termaktub di dalam Al-Qur’an Termahan Surah Al Hijr ayat 29 yang berbunyi:

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku TIUPKAN padanya roh dari ciptaan Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Terang lagi bersuluh. istilah TIUPKAN itu sudah terang-terangan menyatakan bahawa ‘roh’ adalah ciptaan-Nya. Sambungan cerita tadi, adapun ketika kita di alam roh, Allah sudahpun menentukan Qada’ dan Qadar kita (takdir) kita iaitulah Rezeki kita, Jodoh kita, Ajal kita serta Bahagia atau Celakanya kita kelak. Itulah TAKDIR yang sudahpun ditentukan Allah sejak sebelum kita diciptakan sebagai manusia.

Penulis seringkali hairan melihat kepada keadaan manusia dan kadang-kadang hairan juga melihat keadaan diri sendiri. Manakan tidak, kita telah diberi cukup sempurna segalanya. Cukup sempurna. Hanya tinggal kita gunakan akal sebaik-baiknya untuk menghidupkan kehidupan kita di dunia. Ada kisah sahabat penulis yang sudah lama tidak ditemui. Akhirnya, ditemukan melalui Group Whatsapp yang secara tidak langsung penulis diturutsertakan di dalam group tersebut. Al-maklumlah, nak mengeratkan semula silaturrohim yang lama tidak disilatkan. :-). Penulis pun membuarkan sahaja, yelah, sahabat-sahabat lama, apa salahnya reuinion sekali sekala. Bagus juga kan?

Pada mulanya, penulis rasakan mungkin sahabat-sahabat penulis ini sudah semestinya mempunyai kematangan pemikiran dan pastinya ada suatu anjakan paradigma dalam berkata-kata malahan di dalam cara berfikir. Peliknya, semakin tua semakin terperosok ke dalam. Bak kata pepatah, umpama lalang dan umpama katak. Tahu-tahu sendirilah maksud yang hendak disampaikan itu. Lalang, semakin tinggi semakin sombong, manakala katak, semakin selesa di dalam tempurung buruknya. Idea yang disampaikan amatlah sarchastic dan sungguh negatif. Pelik. Berpuluh tahun tak berjumpa, bila berjumpa, masih di takuk lama.

Bukanlah penulis katakan bahawa penulis ini bagus. Tapi, sangkaan penulis untuk sekurang-kurangnya belajar dari pengalaman sahabat2 itu tidak ada. Penulis cuma mampu diam seribu bahasa. Biarlah mereka tahu bahawa penulis juga seperti mereka. Maka terpeliharalah persahabatan. Apa ya idea mereka yang bagi penulis itu seperti lalang dan katak?

Begini. Berbalik kepada soal TAKDIR dan Alam Roh yang penulis kupaskan sebelum ini tadi. Pada pendapat mereka, kita haruslah berpuas hati dengan apa yang kita ada. Dan jikapun ada peluang yang lebih baik, ditawarkan kpd mereka, dan mereka menolak tawaran tersebut, maka itu adalah TAKDIR nya. Maka, seharusnya dihormati keputusan mereka tersebut. Kisahnya, jika nelayan, biarkan jadi nelayan. Jika, petani, biarkan jadi petani. Jangan diusik. Jangan diganggu. Nanti tidak ada yg nak mencari ikan dan menumbuhkan tanaman. Benar? Pada pendapat penulis, mengapa nelayan tidak dijadikan ‘nelayan’ berkapasiti besar, contohnya nelayan laut dalam? Dan mengapa petani tak dijadikan petani berkapasiti besar? Jadi petani moden. Inilah yang dikatakan katak itu, disamping lalang yang ego tak bertempat. Inilah yang dikatakan TAKDIR. Benar. Hanya setakat itu sahaja kemampuan si nelayan dan si petani. Tak boleh lebih. Nanti ambil rezeki orang lain. 🙂

2014-10-02_045119

Pada pendapat penulis, pertama-tama untuk mengubah TAKDIR kita ialah sentiasa berSYUKUR dengan apa yang kita ada, disamping sentiasa BERFIKIRAN POSITIF untuk maju ke hadapan. Ikhtiar, usaha, gunakan kapasiti otak kita yang bak kata saintis barat, baru guna 2% sahaja. Kenapa kita takut dengan bayang-bayang sendiri? Mengapa kita sentiasa dimomokkan dengan ketakutan dan risiko? Bagi penulis, imaginasi kita itu TIDAK ADA SEMPADAN. Imaginasilah yang menduniakan bumi. Tak salah rasanya jika kita melaksanakan suatu perkara yang LEBIH BAIK dari kebiasaan. Inilah TAKDIR penulis juga, mungkin. Dan inilah yang perlu penulis laksanakan, menyumbang kepada Alam dan Manusia. TAKDIR yang menunggu WAKTU untuk disempurnakan. Dengan izin Allah, dan dengan ‘rezeki’ yang Allah tentukan di alam roh dahulu. Tepat sepertimana di dalam Terjemahan Surah Ra’d ayat 11 di bawah:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah TIDAK MENGUBAH apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka MENGUBAH apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka SELAIN daripadaNya.

Yakinlah dengan Qada’ dan Qadar kita. Berusaha dan berpositiflah sentiasa. Jadilah lalang berbuah padi dan jadilah katak di atas siput gundang, melihat dunia sekalian alam 🙂

frogsnail

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s