‘Harimau Berantai’ – silat seru

Penulis seringkali berasa ingin dan tak ingin untuk memasukkan posting/ artikel pengalaman daripada salah seorang pengamal persilatan di Tanah Melayu ini. Namun demikian, untuk tidak menghampakan permintaan daripada sidang pembaca, penulis lampirkan jua artikel ini. Namun, perlulah diingat. Mana yang baik diambil, mana yang tidak baik dibuang. Penulis percaya, sidang pembaca yang budiman pastinya tahu membezakan antara bathil dan haq. Berikut di bawah ialah pengalaman silat seru Harimau Berantai yang diceritakan sendiri oleh Pak Azmi di dalam sisipan pengalamannya.

Baru-baru ini saya terbaca kisah salah seorang artis (seniman) tempatan yang terkenal ditahun-tahun 60an dan awal 70an iaitu Allahyarham Ed Osmera ( 1942 – 2005). Pada zaman tersebut, kalau ada wayang lakonan beliau seperti Panglima Harimau Berantai atau Panca Indera Harimau Berantai, pasti saya akan menontonnya. Kadang-kadang, kalau tak cukup wang, saya dan kawan-kawan akan mencari botol untuk di jual. Wang ini kami akan gunakan untuk menonton wayang. Kadang-kadang saya kejabat pos untuk mengeluarkan wang simpanan saya sebanyak RM1, jumlah minima yang dibenar untuk dikeluarkan semata-mata untuk menonton wayang.Pada zaman tersebut, pejabat pos berfungsi seperti Bank Simpanan Nasional hari ini.

Pada masa itu bapak saya bertugas di Kuala Kerai, Kelantan. Panggung wayang (pawagam) pula terletak berdekatan dengan stesen keretapi. Masa tu keretapi kebanyakannya masih menggunakan arang batu. Harga tiket untuk kelas ke3 ialah 40 sen sahaja. Kerusi kelas ke3 berada kira-kira 7 atau 8 depa dari skrin wayang. Kalau nasib tak baik, dapat kerusi disebelah paling kiri atau kanan, jadi kena tengok wayang yang menyengetlah nampaknya.

Apa yang ingin saya perkatakan disini ialah mengenai satu seni silat ‘ghaib’ atau silat ‘menurun’. Silat ini pernah saya mengikutinya ketika saya ditingkatan 5. Waktu itu saya tinggal disekolah berasrama di Perak. Pada malam Selasa dan malam Jumaat adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu. Pada malam-malam begini, saya dan kawan-kawan akan membuka gelanggang pada jam 12.00 tengah malam keatas. Dengan berbekalkan sedikit kemiyan, bara , mangkok bara dan keris kami akan kegelanggang. Saya pula adalah ketua gelanggang.

Dengan berpakaian silat yang serba hitam, kami akan berdiri dibelakang seorang ‘jinjang’. Dia akan menyeru nama seorang panglima  seperti Hang Jebat, Hang Tuah, Harimau Berantai, Sang Adi Putra dll. dengan membaca beberapa isim yang tertentu dan seterusnya akan ‘menurun’. Jinjang ini akan bersuara dan bertutur dalam bahasa Melayu lama. Apabila menyedari akan kedatangan panglima yang ‘dipanggil’, selaku ketua gelanggang, saya akan memulakan dengan memberi salam. Apabila salam telah dijawab, saya akan bertanya “siapa gerangan’. Sijinjang akan memberi tahu namanya seperti Jebat, Balong Hitam dsbnya. Ini perlu dilakukan kerana kadang-kadang orang yang ‘dipanggil’ tidak dapat ‘datang’.
Pada kebiasaannya, panglima yang diseru ini akan berinteraksi dengan kami dan gemar mengajak kami untuk ‘bermain’ (bersilat) dan ada juga yang akan hadir untuk menjadi guru dan mengajar silat. Guru ‘ghaib’ silat kami adalah Panglima Harimau Berantai. Katanya dia berasal dari Melaka dan berada dizaman selepas zaman Hang Tuah. Kami memanggilnya ‘datuk’. Datuk panglima Harimau Berantai telah mengajar kami sejenis silat ‘express’ yang boleh tamat dalam 60 malam. Dalam proses perguruan, kami telah diajar dengan berbagai-bagai teknik persilatan dan pantang larang yang mesti kami lalui. Kami juga diajar bagaimana untuk ‘bertempur’ dengan mata ditutup, mandi minyak dan bertempur dengan menggunakan deria telinga, dll. Bagaimana pun saya telah tidak dapat menamatkan ‘persilatan’ saya kerana pada keesokan harinya saya mudah mengantuk terutama didalam kelas.
Jika terdapat lebih dari seorang yang boleh menjadi jinjang, kami akan memanggil dua atau tiga orang panglima. Kadang-kadang terdapat kedua-dua panglima ini mengenali satu sama lain seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat ini kalau ‘dipanggil’, dia akan menjerit-jerit dan meminta sesiapa diantara kami yang boleh ‘memanggil’ Hang Tuah. Katanya ia ingin membalas dendam atas kematiannya ditangan Hang Tuah. Hang Kasturi pula jika ‘dipanggil’, akan mudah sebak apabila ditanya tentang Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Lekir dan Hang Lekiu pula tidak begitu agresif macam Hang Jebat. Hang Tuah , jika ‘dipanggil’, lebih beperwatakan seperti orang tua. Selain dari itu, terdapat juga panglima-panglima yang boleh mengurut dan menenung. Selain dari bersilat, mereka juga suka bergurau dan bergelak ketawa.
 
Sesuatu yang agak menghairankan ialah ‘mereka-mereka’ yang ‘dipanggil’ ini tidak boleh didedahkan dengan cahaya yang terang seperti lampu atau api. Jika ini berlaku, mereka akan memalingkan muka mereka kearah lain. Mereka juga akan bergegas ‘pulang’ sebelum subuh menjelma.
Untuk menjadi jinjang bagi kali pertamanya, isim yang digunakan untuk ‘memanggil’ panglima-panglima adalah sepertti berikut:
1) Berwuduk
2) Membaca surah-surah ringkas tertentu ( surah Al-Quran)
3) Membaca : ” Ya Allah, ya Tuhan ku, kau datangkanlah ….Datuk Panglima ( sebutkan nama panglima) akan daku dengan berkat syufaat Sheikh Abdul Kadir Jailani kerana aku dalam bala tentera Imam Mahadi.
Kemudian si Jinjang hendaklah berpusing dalam keadaan tertentu sehinggalah ia ‘didatangi’ oleh panglima yang dimaksudkan. Tidak semua orang berupaya untuk menjadi jinjang. Jika seseorang itu telah berjaya menjadi jinjang dan jika ia ingin ‘memanggil’ mana-mana panglima, jinjang tersebut hanya perlu berdiri tegak mengadap kiblat dan seterusnya berniat ‘memanggil’ sebarang panglima yang diinginkan.
Selepas saya meninggalkan bangku sekolah dan bertanyakan beberapa orang ustaz dan bijak pandai dalam hal-hal ugama Islam, saya mendapati perbuatan ‘memanggil’ atau ‘menurun’ panglima-panglima ini adalah perkara kurafat dan bertentangan dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. Ia adalah satu perbuatan yang memuja jin ( jinjang adalah gabungan perkataan jin dan jang – orang Melaka kata awak – jadi jinjang adalah jin dan awak ). Semoga Alllah mengampun kami yang dulunya menganggap ia adalah sesuatu dari cabang ilmu persilatan Melayu yang perlu diperjuangkan.
Kami diberitahu oleh ‘panglima-panglima’ ini , mereka adalah merupakan roh panglima dahulu kala yang telah kembali kebumi untuk mengajar silat kepada anak-anak muda bagi mempertahan ugama, keluarga dan tanah air kerana pada masa ini kononnya sudah tidak ramai orang yang ingin menurunkan seni persilatan kegenerasi yang seterusnya. Sebelum proses ‘memanggil’ panglima ini dilakukan, saya dan kawan-kawan , antara jam 12.00 mlm keatas, akan berkumpul sama ada duduk bersila ala panglima atau berdiri dibelakang jinjang ( orang yang ‘menurun’ ). Jinjang akan mengadap kiblat dan membaca isim seperti yg saya terangkan sebelum ini. Jinjang akan memegang kedua belah tangannya ( tapak tangan kanan atas tapak tangan kiri ) dan berdiri dalam keadaan ‘pasang kuda-kuda’. Kedua tapak tangan akan diletakkan didahi. Tidak lama kemudian, jinjang akan membuka langkah dgn pantas. Saya, selaku ketua gelanggang, akan memberi salam dan bertanya ” Siapa gerangan Tuk?”. Jinjang akan menjawab salam dan berkata “Harimau Berantai”.

Kemudian Datuk Panglima Harimau Berantai akan membuat gelanggang ‘imaginary’. Kami akan terus duduk dan berdiam diri. Dia akan membaca mentera dan mengelilingi padang, dimana diadakan tempat bersilat, dalam bentuk empat segi. Terdapat 3 jenis gelanggang ; gelanggang ‘permanent’ yang dindingnya dibuat dari kayu, zing dll ; gelanggang sementara yang di ‘buat’ oleh ketua gelanggang dan gelanggang yg ‘dibuat’ oleh “Tuk Panglima”. Biasanya gelanggang yg ‘dibuat’ oleh ketua gelanggang adalah gelanggang yg ‘telus’ iaitu ketika bersilat Panglima yg dipanggil akan nampak apa-apa saja yg berada diluar gelanggang tetapi jika gelanggang yg ‘dibuat’ oleh Tuk Panglima, ia adalah gelanggang yg tidak telus bermakna ketika berlatih atau bersilat, Tuk Panglima atau mana-mana panglima yang dipanggil tidak akan nampak apa yg berlaku diluar ‘gelanggang’.

 

Kemudian Tuk Panglima akan mengulang kaji ‘buah-buah’ yg lepas. Selepas itu, dia akan mengajar buah-buah yg baru. Kemudian dia akan uji setiap anak muridnya. Inilah masa yg sangat tidak disukai oleh saya dan kawan-kawan sebab Datuk Pang lima Harimau Berantai ini agak serius sedikit, kalau dia pukul , dia akan pukul betul-betul. Saya pernah kena tumbuk dan diterajang sampai tak boleh nak bangun. Ada diantara kami, bila terkena tumbukan akan pura-pura sakit dan Tuk Panglima akan suruh dia berehat. Jadi yang lain tu kena sabar je le. Kami juga disuruh ‘bermain’ diantara kami. Biasanya kami dah sepakat antara sendiri supaya ‘jangan tumbuk betul-betul’.

 

Salah satu teknik yg diajar, yang saya rasa tak ada pada silat-silat lain – sebab sebelum ini saya ada juga belajar silat biasa tapi tak pernah tamat, ialah teknik tikaman atau tumbukan ‘bersulit’ , contohnya; jika menikam seseorang, kita akan menikam tepat kebadannya dan jika kita dapati dia mengelak kekiri atau kekanan, kita akan gunakan tikaman bersulit iaitu dengan menikam kekiri atau kekanan dan tidak lagi tepat kebadannya atau kita acah untuk menikam dan apabila dia mengelak baru ditikam tepat kedadanya. Silat Harimau Berantai ini adalah silat yang memerlukan kekuatan sendi kaki yang kuat kerana teknik silat ini ialah sesorang itu perlu ‘berkuda’ serendah yang boleh seperti seekor harimau, jadi musuh akan hanya boleh menyerang dari atas dan tidak dari bawah atau dari hadapan.

Satu lagi teknik yg saya dapati ialah jika diserang oleh 4 atau 5 orang. Saya ada melihat demonstrasi silat masa kini dimana apabila seseorang itu diserang, mereka menyerang seorang demi seorang macam cerita Bruce Lee, walhal jika seseorang itu diserang, kebiasaannya mereka akan menyerang dengan serentak. Dalam hal ini, kami diajar supaya sebelum mereka menyerang, kita yang mesti menyerang terlebih dahulu. Kita akan menyerang orang yg paling kanan atau kiri dengan ‘mengalahkan’ orang tersebut dan terus lari ketempat yang lapang. Kemudian jika diserang lagi, kita akan serang dahulu seorang lagi yg paling kiri atau kanan dan cuba ‘mengalahkannya’ dan begitulah seterusnya. Sebaik-baiknya kita berlari ketempat seperti dinding , pokok kayu dsb sebab sekurang-kurangnya tidak ada orang yg boleh menyerang dari belakang. Saya rasa teknik ini adalah lebih prktikal.

 

Selain itu, kami juga diajar bersilat dalam keadaan berlutut, ini berlaku apabila seseorang itu sudah keletihan atau sebagai satu strategi dalam menewaskan musuh. Kami juga diajar untuk melemahkan musuh dengan sekali pukulan, juga beberapa pukulan dan tendangan maut.Kami juga mesti berpantang seperti tidak boleh lalu dibawah penyidai kain atau bawah rumah. Minum atau makan makanan orang bukan Islam tidak dibenarkan. Selepas dari itu, Tuk Panglima akan minta untuk ‘berperegian”( pulang). Kalau dia ada mood dia akan berehat dari bersilat dan kami akan duduk secara bersilang panglima menghadapnya dan akan bertanya mengenai zamannya seperti pakaian, minuman, rumah dll. Kalau Tuk Panglima kurang sedikit moodnya, beliau akan segera pulang. Kadang-kadang apabila ada ’emergency’ ( ada orang digelanggang lain yang memerlukannya ), bila akan minta diri dengan tergesa-gesa. Kadang-kadang bila berlatih dan dahaga, kami akan minum air yang kami bawa dan kami ‘offer’ kepadanya tapi biasanya beliau akan berakata “Untuk apa kalian berikan air ini kepada aku, sudah tak berguna lagi”.

 

Sebelum Tuk Panglima pergi , dia akan mengadap kerah kiblat dan membuat sedikit tarian silat dan akan jatuh meniarap keatas tanah. Salah seorang dari kami akan pergi kerahnya dan membaca selawat sambil mengurut tengguk jinjang tadi sebanyak 3 kali. Kemudian barulah sijinjang akan tersedar. Kalau ini tidak dillakukan, jinjang tadi tidak akan sedar sehinggalah kesubuh hari. Terdapat beberapa panglima yang selalu kami panggil iaitu Gajah Purba, Sepintar Lidah, Balong Hitam dan Sang Sapurba. Gajah Purba berasal dari Melaka dan jika dia dipanggil dia akan bersilat dengan mengentakkan kakinya ketanah. Sepintar Lidah berasal dari Pulau Burung Bersinggah ( Pulau Pinang), Balong Hitam, saya tak berapa ingat dimana asal beliau, Tuk Gajah dari Inderapura ( Pahang ), Sang Sapurba berasal dari Jawa, dia kalau dipanggil akan bercakap Jawa kuno.Kawan saya tu, sijinjang, berasal dari Negeri Sembilan dan memang tak tahu Bahasa Jawa langsung. Sang Sapurba cuma tahu sedikit sahaja Bahasa Melayu. Dia selalu menasihatkan kami supaya bangga dengan bangsa kami ( Melayu ). Selain itu kami juga gemar memanggil Sheik Ahmad, beliau bukan panglima tetapi pandai mengurut. Saya pernah terseliuh ketika bermain ragbi, tapi tak pernah dapat mewakili sekolah, dan meminta Sheikh Ahmad untuk berurut. Urutannya memang menyakitkan tetapi selepas mengurut, kesakitan yg dialami akan 90% hilang.

 

Ada seorang lagi panglima, saya tak ingat namanya , beliau ini pula boleh “menenung” ( bukan tenung kain ) . Satu hari kawan saya ( bukan kawan sepersilatan tapi kawan seasrama ) telah kehilangan jam, lalu meminta beliau untuk menenung. Beliau telah mensyaratkan supaya membawa telur, limau nipis, pisau, mangkuk air dll ( tapi pulut kuning, ayam panggang macam dalam filem Melayu tidak pula diminta ). Jadi pada malam yang dijanjikan , panglima ini telah dipanggil untuk menenung dan semasa beliau sedang memegang telur, tiba-tiba dia terus berdiri dan menempik ” Cis, kalian ingin mempermainkan aku, aku tidak berkesudian lagi, ayuh aku ingin berkepergian!”, lalu beliau pun pulang. Kami semua tercengang-cengang. Kemudian kami dapati mengapa panglima ini marah ialah disebabkan telur yang dibawa oleh kawan saya adalah telur rebus! Yang diperlukan ialah telur mentah – tak boleh salahkan kawan saya juga kerana Tuk Panglima hanya minta telur . Beberapa hari kemudian, kami telah memanggil panglima ini kembali dan kami telah meminta maaf. Sebenarnya panglima ini agak baik karakturnya dan satelah menenung, beliau telah memberitahu dimana tempat jam itu boleh dijumpai. Tak lama kemudian kawan saya telah berjaya menjumpai jam tersebut tapi jam tu dah tak boleh digunakan lagi, dah rosak dan dah dimasuki air.

Saya juga ada membuka gelanggang di Kuantan, gelanggang di Perak dikenali sebagai Gelanggang Perantau, jadi sebelum pulang dari Perak ( saya tinggal diasrama ) , saya akan berpesan kepada panglima-panglima yang mungkin akan ke”Kuantan” ( nama gelenggang saya dah lupa ) untuk memberi tahu kawan2 saya yang saya akan pulang bercuti dan meminta mereka menunggu ditempat tertentu. Apabila saya pulang bercuti, kawan-kawan saya memang dah sedia menunggu ditempat yang saya maksudkan. Tak payah pakai telefon! ( zaman tersebut belum ada telefon bimbit). Apabila saya bertandang ke gelanggang dikampung saya dan apabila , jinjang ( kawan saya dikampung ) memanggil Panglima Harimau Berantai , beliau akan pasti mengenali saya. Dalam persilatan saya bergurukan Panglima Harimau Berantai, saya diberi nama Harimau Hitam atau SiPanjang ( tinggi saya 6 kaki dan paling tinggi diantara kawan-kawan saya seperguruan).

Kalau nak cerita memang banyak lagi seperti “kemasukan Tun Fatimah” kedalam jinjang lelaki, panglima terpaksa memakai spek mata hitam ketika nak pergi beli keris-keris lama yang dijual digerai yang menjual barang -barang lama, bila salah seorang dari kawan kami membaca quran dengan nyaring untuk ‘menakut’ panglima-panglima, panglima-panglima ini membantu untuk menghalau hantu ditempat-tempat yang keras dll.

Itulah pengalaman saya, sekarang saya tidak terbabit lagi dalam hal-hal seperti ini yang sebenarnya adalah merupakan perkara kurafat yang menyalahi ugama Islam. Alangkah bodohnya kami memanggil jin-jin ini dengan panggilan yang dihormati seperti Datuk dan kami pula membahasakan diri kami sebagai cucu. Sesungguhnya jin-jin ini adalah makhluk yang berakal seperti manusia dan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Wallahuwa’lam.

(Rujukan: http://pakazmi.blogspot.com/)

73 Respons

  1. wah!!!!sye mmg mnt bab2 silat ni.~~
    sbb sye own penuntut seni silat.!.:)

  2. oh tpi klu kite dah seru die die akan kacau kite tak

    • Saudara ayie, tak perlu seru-seru. Belajar ‘skill’ nya dahulu hingga benar-benar mahir. Sebenarnya, apa yang ada di ‘dalam’ kita lebih HEBAT daripada yang diseru yang kebanyakkannya di kalangan jin. Keluarkan ‘Diri’ yang terkurung daripada diri.

      …di mana aku berada di sana ada DIA..

    • mcm mne klau seru pkai ayt berikut,boley x?summabaasnakummimba’dihimautikumla’lakumtaskurun atu wamakulinnaissimalayukminunnaissima kmudian bca ya sheikh abd khadir al jailani aku mohon izin msukkan lh gerak silat(yg diinginkn) kedalam diriku ini!!

      • Saudara Alif. Apa jua ayat boleh digunakan asalkan ada gurunya dan tidak menyimpang dari ajaran Islam. Sudah dicuba?

        …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Nak sangat belajar silat harimau berantai sejak dari kecil lagi skrg dah 19 tahun tak dapat2 belajar cbb tak tahu mana ada orang yang mengajar huk3 sedihnya

    • Perguruan silat harimau berantai ini ada di beberapa negeri. Di mana lokasi saudara? Kita cuba bantu.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

      • sy mmg da lame nak belajar seni silat harimau berantai,,walaupun dah umur 18thn sy nak sngt belajar seni silat,,,,cuma tak tau kt mane nak belajar ,,,,,

      • muhammad zaid :
        sy mmg da lame nak belajar seni silat harimau berantai,,walaupun dah umur 18thn sy nak sngt belajar seni silat,,,,cuma tak tau kt mane nak belajar ,,,,,

        sy mmg da lame nak belajar seni silat harimau berantai,,walaupun dah umur 18thn sy nak sngt belajar seni silat,,,,cuma tak tau kt mane nak belajar ,,,,,

      • lebih kau belajar quran daripada belajar silat.lebih baik kau berjuang kan islam dari pada dipeluk dari orang yahudi kalau kau silat macam manapun atau guna jin kena tembak mati jugak atau kena bomb orang yahudi ni lagi bahaya dari jin >_<

  4. nak belajar jugak lah hemmm!!!!!

  5. cuppp!!!!aku nak gak.

  6. saya ada belajar silat yang menggunakan ayat al-quran serta menyebut nama panglima untuk mengerakkan silat tersebut…dan ketika gerak badan/bersilat itu saya sentiasa berzikir..adakah ianya tidak seleweng atau melanggar hukum agama??

    • lebih kau belajar quran daripada belajar silat.lebih baik kau berjuang kan islam dari pada dipeluk dari orang yahudi kalau kau silat macam manapun atau guna jin kena tembak mati jugak atau kena bomb orang yahudi ni lagi bahaya dari jin >_<
      \

    • Tidak. Kita dituntut untuk berzikir setiap detik agar menjadi darah daging.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • namenya tetap silat seru

  7. Sesungguh ilmu itu hak mutlak allah swt..berselawat keatas nabi juga dituntut.setiap perlakuan itu bermula dengan niatnya,setiap ilmu itu ada kuncinya.

  8. klau kt pontian,johor ni ad x guru yg mngajar seni silat ni harimau ni?? lg 1,.klau kte dh seru-seru tu smua..mcm mna nk hntr balik??

  9. assalamualaikum, baru saya diperkenalkan dgn panglima harimau berantai yg ingin mendampingi saya dan anak lelaki saya yang baru berumur 14 thn ketika ustz menyeru panglima ini dtg. masalah saya tak jelas berkaitan anak saya masih mengalami muntah-muntah apabila hendak ke sekolah. kenapa jadi begini? siapa boleh bantu kami?

  10. saya disuruh bersihkan diri dlm tempoh 21 hari sblm layak menerima ilmu berkenaan. anak saya sehingga umurnya mencapai 20thn baru dapat menerimanya. saya ingin kami dpt menjalani kehidupan spt biasa dan anak saya dpt ke sekolah. sgt memerlukan nasihat utk memahami situasi pelik dan baru ini. blh menghubungi kami di talian 09 7656524.terima kasih

  11. saya nak jumpa pakcit boleh

  12. di pulau pinang ada tak??

  13. Assalamualaikum,..sy penah mngalami kejadian pelik sewaktu sy di tingkatan 5,..

  14. salam,sye prnah sru isim dan silat mggunakn ayt ‘summabaasnaku”mimbakdihi”laallaku tashkurun”ya sheikh abdl khalid aljalani aku mhon izin masukkan lah ‘isim yg hndk dpilh atau gerak silat yg hndk dpilh’ke dlam dri ku ini

    bnde ni bleh mnjdi saka ?

  15. mmg btol ayt 2.bole mnjdi saka,klau ko owg minat,msuk la kude kepang.

  16. kt terengganu ad tak silat harimau berantai?

  17. kt mne hang kwan blajar ni?

  18. nak tanye ckit kengkawan kt maner nak belajar silat .sbp kawan kt cni beminat sgt nk belajar\

  19. Sya mmg dr kecik lg nk bljr HARIMAU BERANTAI ni , Cma x thu tmpt jerr . saya duduk di perak

  20. Pndai bkak tp x nk selalu

  21. Alhamdulillah. Nampaknya ramai juga bangsa kita memandang tinggi dan ingin mendalami ilmu silat pusaka nenek moyang. Perguruan silat harimau berantai terdapat di beberapa negeri tertentu dan amat ‘low profile’. Sekiranya ada di kalangan pembaca yang mencari seni perguruan ini silalah emailkan ke shah_arjuna@yahoo.com. Kita akan hubungi melalui email akan lokasi dan kaedah pembelajarannya. Kekalkan pusaka bangsa ini selamanya. Bak kata Tok Tuah:

    “Takkan Melayu hilang di dunia”

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • Assalamualaikumm. Saya wardah dari penang . Sya nak tanya. Di mana bole saya belajar silat harimau berantai nii. Saya memang minat sanggat dengan silat silat ni semua. Boleh saya tahu di mana tempat nye. Kat belah penang ada tak.?

  22. salam…sy juge pernah mempelajari ilmu silat yg lebih kurang same seperti ini…dlm mase 1 minggu sy sudah pandai bersilat…bait2 ayat sebelum mule silat memang same…dn mmg ad panglima-panglima dahulu kala yg membimbing sy silat…tp percayalah.. kuasa ALLAH itu mengatasi segalanya…

  23. raja nur ridzwan (@rajanurridzwan1) :
    nk blaja kuda kepang kt mne?? ad 6be phone x ,, siape yg ley ajarkn..

    raja nur ridzwan (@rajanurridzwan1) :
    nk blaja kuda kepang kt mne?? ad 6be phone x ,, siape yg ley ajarkn..

    raja nur ridzwan (@rajanurridzwan1) :
    nk blaja kuda kepang kt mne?? ad 6be phone x ,, siape yg ley ajarkn..

  24. Nak. Contek sape ni
    Bgi lh nombor.

  25. saya bermimi sya berlajar silat harimau putih ada kew sya jgk sorg silat harimau???

  26. MANA NK BELAJAR?? GRRR.. PANAS X NANATI???

  27. MahmudShah :
    Perguruan silat harimau berantai ini ada di beberapa negeri. Di mana lokasi saudara? Kita cuba bantu.
    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  28. assalamualaikum.saya berminat ingin mempelajari persilatan ini..bolehkah sadara bagitahu dimana saya perlu menuntut untuk belajar demi mempertahsnkan diri? saya harap saudara dapat membantu…terima kasih.///

  29. taman plentong utama masai johor..

  30. Sy ingin bljar silat harimau ni. Tp sy x tahu dimana area johor ni ade perguruan. Sy berada di pasir gudang johor

  31. It’s an awesome piece of writing in support of all the online users; they will take benefit from it I am sure.

  32. Salam.kat mne blh blaja seni silat harimau berantai.kawan sye ad blaja silat ini.tapi mase tu saye bkrje di kajang.kawasan keramat ad ke tidak.sye mmg mnat nk blja.

  33. Kalau bleh sye nkkn no phone.

    • Wlaupn ibu sye pnh blja slt.ttpi dye xmau mngajr sye.knpe ye

      • Saudara, org tua-tua terutamanya ibu bapa kita mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka tidak perturunkan ilmu. Tetapi alasan yang paling biasa ialah, saudara belum bersedia untuk menerimanya lagi. Buatlah persediaan rohani dahulu.

        …di mana aku berada di sana ada DIA…

  34. walapn sye brsal dri n9.ttpi xtau asl n9 yg sbnr.ble bce artical bru la tau.thank.wlpn sye dri ktrunan minang ttpi xdpat nk fham ckp ming.

  35. salam….kt terengganu (area k.terengganu/kemaman), ada tak persatuan silat harimau berantai kat sana? sy orang trganu, nk mncuba silat jenis ni. walaupun saya tak pernah blajar silat sblum ni, tapi sya nk cuba…klau boleh bagilah alamat, no.telefon, dll. InsyaAllah saya akan belajar…

  36. MACAM NABE NAK MASUK

  37. orang kate harimau berantai ada dalam kuda kepang?

  38. Alhamdulillah.. nampaknya ramai generasi muda sudah mula sedar akan keindahan dan ke’guna’an silat warisan bangsa. InsyaAllah, penulis akan tunjukkan ‘jalan’ guru-guru berkenaan yang bagi penulis mempunyai kewibawaan mengajar silat harimau berantai ini. Silat ini agresif dan ganas. Buah pukulnya membawa ajal. Jadi, sekiranya ingin mempelajarinya, saudara-saudara sekalian perlulah bersedia dari segi rohani dan fikiran. Tingkatkan kesabaran di dalam diri, dan jangan tinggal solat 5 waktu. InsyaAllah, jika berpegang pada itu, saudara-saudara sekalian tidak akan tersasar semasa menuntut nanti.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  39. hanif :

    lebih kau belajar quran daripada belajar silat.lebih baik kau berjuang kan islam dari pada dipeluk dari orang yahudi kalau kau silat macam manapun atau guna jin kena tembak mati jugak atau kena bomb orang yahudi ni lagi bahaya dari jin >_<

    Hujah dari manusia yang tidak punya akal. Pertajamkan akal anda dahulu sebelum memberi komentar yang seolah-olah andalah yang terbaik di muka bumi ini. Sayangi warisan bangsa, anda sudah hafal Qur’an kah?

    …di mana aku berda di sana ada DIA…

  40. hbt btl silat ini

  41. camne ye klau sy nak msuk blajar silat????

  42. asallammualaikum,sya dri umur 11 tahun,sya dah mula minat nk belajar silat….sekarang saya dh berumur 15 thn…sya hndk mncri guru yg boleh mngajar sya,dgn baik…

  43. assalamualaikum..sy d sini ingin brkngsi pengalaman..sy pminat setia ilmu kebatinan ni..sy ade pkai pendamping panglima harimau berantai ni..sekadar pembantu luaran..tp ianya berat utk dibawa kerana kemarahan kita perlu dkawal jika tidak ianya akan menyebabkan kemudaratan kepada org yg kita lawan tu shingga xsedarkn diri dan bleh sbbkan kematian yg tdk disengajakan..dan scara autOmatik kite akan mnjadi seorg yg panas baran..bkan semua org bleh mempelajari nya kerana panglima ini seorg yg panas baran,jd sdikit sbyak mempengaruhi jiwa kita..jgn smpai gila isim sdah la..PRINGATAN UTK ADIK2 YG INGIN BERJINAK DGAN DUNIA SILAT NI ADALAH LG BAIK CARI ILMU TENAGA DALAM YG BEBAS KHADAM..

    • Melayu dan Kebatinan adalah sinonim. Tiada salahnya belajar asalkan jangan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Panas baran itu adalah normal, walaupun org itu tak belajar apa2 silat. Tapi harus di ingat, panas baran biar kena pada tempatnya, sudah terkena buku dan ruas, ketika itu barulah tahu di tinggi rendahnya langit yang dijunjung, bumi yang dipijak. Panas baran baik untuk berperang, tapi jgn sebarangan, silap haribulan diri sendiri yang merana. Jadi, nasihat penulis, perkasakan tiang agama – solat yang wajib. InsyaAllah, ‘panas’ itu tidak ke mana, melainkan ‘menjadi’ pabila sampai masanya.🙂

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  44. ayat ape prlu dibaca untk mnyeru

  45. Dalam bdn sy ada panglima tu pn sy thu sbb ada ustaz scan sy trus sy buka silat.tp xpenah mudaratkan sy @ fmily.saya cm nk thu ne nk komunikasi ngn pglima.ada ayt x?

  46. But if you want your practice, your business and your blog to succeed you need to stay focused.
    Select the date range of the posts that you would like to include in the book.

  47. ASSASALAMM…SAYA INGIN BELAJAR UNTUK BANGSA DAN AGAMA HANYA KERNA ALLAH….MOHON JASA BAIK T.GURU UNTUK MENILAI SAYA….BOLEH BAGI SAYA CONTACT NUMBER MELALUI EMAIL…WASSAALMM

  48. Kat mana . Boleh belajar main kuda lumping.
    Kuda kepang ada mantera sendri ke.klu bca sendri mantra kuda kepang.boleh ker

  49. Assalamualaikum saudara mahmud shah..
    saya sudah 30-an..tapi sy berminat untuk belajar silat kosong (syariat)..
    Di mana sy boleh menuntut?
    Boleh bagi no fon?

  50. assalammualaikum..saudara mahmud, sya juga sudh lama tringin belajar silat harimau berantai ini sejak sye mngetahui sye merupakan keturunan panglima harimau berantai..sye dpt thu bnde ni dari seorng ustaz semasa sye pergi berubat, kerana dlu waktu sye marah sye hilang kawalan dan berkelakuan seperti seekor harimau buas.

  51. aku nak saka harimau

  52. Dkt negeri sembilan ade ke silat harimau ni..Sy penah menuntut silat cakar harimau tp blaja x abis..Kiranye sy nk sambung balik dlm silat harimau ni..

  53. assalamualaikum..
    bagus dan praktikal juga nampaknya seni persilatan ini,,
    saya degawan .. pengamal perubatan traditional n alternative mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas j\kepada pengasas.. mahaguru n ahli persilatan ini..
    d kesempatan ini saya ingin berkongsi .. saya mempunyai sebauh beliung sakti berkhodam untuk saya maharkan,
    saya dah memiliki dan menggunakan beliung ini melebihi 15 tahun untuk tujuan . perubatan.. scan.. mkt. n mcm mcm kegunaan,..
    bila d ajukan soalan berbentuk objektif.. beliunbg ini akan bergerak dengan sendirinya .. tanda komunikasi khodam dengan pemilik .. dengan ini saya memohon maaf sekiranya sedikit tersasar.. mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kebesaran tuhan sang kholiq di sini..
    anda yg berminat boleh wassap saya dtalian 0193631116. untuk saya terangkan n tunjukan foto n demo video ini .. wassalam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: