APO?

Blog ini adalah penceritaan dan pengkajian mengenai berbagai aspek kehidupan termasuklah yang melibatkan agama, kerohanian, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, sejarah, masalah kehidupan dan sebagainya. Diharapkan blog ini bermanfaat kepada mereka-mereka yang masih ingin MENCARI. Insya’allah. Apa pun, terima kasih kepada Saudaraku Hikmatun yang memberi tunjuk ajar dan panduan dalam pengurusan blog ini jua adanya.

 

...

54 Respons

  1. tahniah…awk dah ada blog sendiri.sy suka bahagian batu permata mengikut kelahiran. sy harap blog ne dpt dtambah lg dgn maklumat2 terkini tentang isu2 semasa.

  2. Terima kasih Saudari Atom. Insyaallah… saya akan update lagi artikel2 ini dari semasa ke semasa. Sesungguhnya ilmu Alllah itu Maha Luas. Ha, jika ada apa2 yang hendak dikongsi bersama, just highlight dan beritahu sahaja ok. InsyaAllah… saya akan invite pula saudari nanti…

  3. Assalamualaikum..wbt..

    A POINT TO PONDER

    blog saudarani banyak penumpuan ttg sejarah ek? sy fikir mungkin saudara agak ariif tg kebanyakan sejarah2 dunia kot 😛 ….

    but anyway..sy nak tanye..kalau2 saudara tau serba sedikit tentang cara / teknik atau rahsia pada zaman dulu2….macamna diaorang hantar surat guna burung merpati…. ( sy selalu terfikir camana diorang latih burung tu…camne burung tu leh tau alamat tuju surattuh..macam2 lagilah..)

    sy dah try search lama dah pasal ni..sy dah tanye PAK CIK GOOGLE..tapi still tak jumpe huhuh..
    so, sy tengok saudara ni macam agak2 terror sejarah..so saje try tanye kalau tau kisah sebaliknya…

  4. alamak..kelakarlah plak ikon gambar sfr tuuu…dengan mulut die terlopong…huhuhu..makhluk apa tu ek??

  5. SFR: blog saudarani banyak penumpuan ttg sejarah ek? sy fikir mungkin saudara agak ariif tg kebanyakan sejarah2 dunia kot …. but anyway..sy nak tanye..kalau2 saudara tau serba sedikit tentang cara / teknik atau rahsia pada zaman dulu2….macamna diaorang hantar surat guna burung merpati…. ( sy selalu terfikir camana diorang latih burung tu…camne burung tu leh tau alamat tuju surattuh..macam2 lagilah..)

    Ulasan: Wa’alaikummussalam Saudari SFR. Sebenarnya saya sendiri pun ada hobi mengkaji teknologi dan peradaban umat terdahulu. Mungkin sebab tu kot penumpuan di blog saya ni banyak tentang sejarah. Apa pun saya tidaklah begitu arif. Cuma ada minat sahaja.

    Hmm.. tentang topik tu, insyaAllah akan saya kaji dan huraikan jua nanti. Betul jugak ye. Mcm mana burung tu dilatih kan. Hmm…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  6. SFR: alamak..kelakarlah plak ikon gambar sfr tuuu…dengan mulut die terlopong…huhuhu..makhluk apa tu ek??

    Ulasan: Hehe.. automatik tu saudari. Tapi tula gambar makhluk halus. hehe…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  7. Hmm… Selamat selamat…

  8. nice pic….🙂

  9. salam mahmud shah..remeber me..?

  10. aDiza: salam mahmud shah..remeber me..?

    Ulasan: Salaamm… of coz laa… ha ha..😉

  11. Salaam brother Mahmud Shah,

    Ni apehal ni syik tukar2 icon tu… Peminat Naruto eh…heee..

  12. Assalamuallaikum.
    Selamat menunaikan puasa bulan ramadhan.
    Waalaikumsallam.

  13. Salaam semuanya…

    Saya mmg minat cite Naruto ni. Followed since siri 1 sampaila skrg. Bes. Kartunnya lawa, pastu ada banyak cerita tentang cakra. Ha ha…

    Waálaikummusslam Karscirebon. Selamat juga utk awk dan semua yang sudi berkunjung ke blog saya yg baru bertatih nih.😉

  14. Assalamualaikum wbt….. Neiji kun!! koniciwa….( betul ker koniciwa tuh..?? hantam sajalah…)

    Ait …. ape cite skang…sonyaap ajo Jang…….. Apa khabar para lintah…?

    hmm pasal merpati tuu..rupe rupenye..memang ade tercatat dlm sejarah ttg kepentingan khidmatnye…..terutama dalam ketenteraan waktu zaman perang dulu.. sy ingatkan hanya digunakan oleh rakyat biasa..hantar surat biasa -biasa jer…tapi digunakan diperigkat pentadbiran dan ketenteraan untuk maklumat risikan..uish.. terror merpati nih…huhu

    skarang ni masih ade satu negeri je yg gune khidmat merpati utk hantar surat…kat negeri Orissa , timur india…hmmmm….

    sy just kumpul dulu link yg ade pasal merpati ni..tapi tak baca abih lagi ..bace gitu2 jer.. so, takleh nak kongsi bnyk…susah gak nak carik maklumat die..terutama on how they train the pigeons..hmmmm

    k lah Selamat berpesta ibadah…semoga sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH..amiin

  15. Salaaam. tu laa, dah lama saudara mahmud Shah x update blog ni. Abang mahmud agaknya bz bebenor dengan lintah2 dio tu. Nanti kalau untung besar, jangan lupo belanjo kito orang tau!!!

    Semogo akhi mahmud sihat2 dan handsome2 sokmo …….

  16. Salaam semuanya… Alamak Saudara Hikmatun dah soundla… hehe.. yela.. sebulan dua ni agak sibukla… banyak perkara yg perlu diselesaikan. InsyaAllah, berkat doa sahabat2 sekalian harapnya maju jualah bidang ternakan saya ini… Belanja2.. No Hal.. haha…

    Waa… Saudari SFR cakap Jepun la pulak.. hehe… Hmm… bagus juga pencarian Saudari SFR tentang Merpati itu. Agaknya boley juga Saudari Linkkan jua di sini. Saya masih mencari data lagi. Tapi saya berfirasat, penggunaan merpati ini sebenarnya adalah satu teknologi biologi; sama juga agaknya dengan penggunaan kuda menggantikan kereta suatu masa kelak. Tak begitu Saudaraku Hikmatun?

  17. Salaaam. Betul betul betul … <– walaupun aku tak tahu apa2 pon 😀

  18. Salaam semua.

    Apa khabar Sdra Mahmud?

    Dah dia tukar lagi daaa. Tu rambut tu endorsement untuk shampoo ape tuuuu??? Serabai seh.. Cam nak aku kontotkan jer. (cam cite panji semerang) hee.. jangan marah ahhh.. nanti potong markah posa…

    Sejak sesi dialogue blog teman kita Sdra Hikmatun tu “close down” sepi pulak. Dah takde tempat nak lepak. Rindu pulak ngan semua family kat situ. Sdra Shahil dah busy tangkis menangkis kat sesi forum lain, Sdra Kunam plak akan timbul bila ada Alexious. Haizzz.. Nothing lasts forever kan kan kan??

    Ahhh ni, ternakan lintah ni (yuckssss..) Bila Sdra Mahmud nak ajak kami semua menziarah ke ladang lintah tu… Geli geli jugak, tapi kan kepingin gak nak gi tengok camna gaya process ternakan ni…

    Pasal kuda gantikan kereta tu mungkin akan dimulakan kat Trengganu kot?? Power gak tu kan?? Pasti keren seh.. Cowboys reborn!!!!!

  19. Salaam kepada rakan2 serta sahabat2 sekalian yg sudi mengunjungi blog saya ini. Hai SaudariAl-Hikam. Saya mmg suka tukar2 rambut. Maklumla nak jd model pantene… hehe…

    Yela, sejak dialog tu dah dibungkus rasa sepi ada juga. Saya ada juga mencucuk dalam tajuk Isa AS diangkat ke langit tuh. Tapi nampaknya cucukan tak berapa menjadi. Ha ha… Memang diakui, saya pun agak bosan juga bila takde keje kat ofiz ni. Dulu ley lepak2 kat situ. Seronok melihat kerenah alexious yang kene bantai selalu tuh.. haha…

    Saudari Al-Hikam pula bagaimana? Ada sihat? Hm.. ttg ternakan lintah saya tu, setakat hari ni Alhamdulillah… nampaknya ada peningkatan. Saya anytime sahaja kalau saudara saudari nak melawat. Bgtau jek kat sini… nanti saya bagi alamat. Datangla melawat… Mana tau ley dapat ilham.. camner? ok tak?

    Hmm… ari tu saya nampak kuda 5 ekor kat Istana Negara. Dah stat da kat situ naik kuda… mesti gara2 sultan nak save minyak nih.. haha… Ha.. bilanya Saudari Al-Hikam nak buka blog sendiri? hmm?

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  20. Salaam buat semua. Ramadhan Kareem.

    Haizzz. diam tak diam sudah masuk hari ke 15 kita berpuasa ya? Lepas ni cam space shuttle lah masa memecut. Sayang rasanya nak tinggalkan bulan yang mulia dan yang penuh barokah ni. Terasa sangat kasih dan rahmat Allah, nikmat2 dan kelebih2an yang diberiNya. Tiada ternilai dgn satu ape jua pun didunia ni.

    Ohh..sdra Mahmud nak jd model pantene eh.. nape tk gunakan jenama yg digunakan Wardina tu?? Suci lagi menyucikan. Pasti cun melecun nnti.. Hee..

    Nottie eh awak. Seronok melihat kerenah Alexious yg kena bantai selalu tu. BANZAI eh. Ntah kemana lah perginya siAlexious tu. Semuga mendapat taufik dah hidayah Allah. Amiin. pssstttt.. sy pun actually seronok bila dia kena ngan awak dan sdra Kunam tu… (sshhhh.. ni rahsia tau..nnti marah pulak tuan guru). K daaa…Klau awak ade topik2 yang bernas, Insya Allah pasti umpan mengena brother!!! No worries tuuu..

    Sebenarnya sdra Mahmud, its a good idea klau kita mula berkuda tau. Setidak2 nya dapat mengurangkan pencemarah alam sekitar. Lagipun gaya hidup sihat tu. Dunia ni dah terlalu maju. Dah tak bleh gostan lagi. Vroom sana, vroom sini. Lebih banyak menimbulkan masaalah dari kebaikan. Sesekali tu baik kita fall back and reflect sejenak.

    Ahah!!! Idea.. Ni ade peluang perniagaan!!! TERNAKAN KUDA… Amacam.. bagus tak orang bugis nye otak?? Heee… Malaysia boleh…

    Saya nak start blog sendri ni ade LIAT sikit ah. Takut tk termaintain. Silap haribulan, blog tutup saya yang jadi goBLOG… Klau saya tumpang2 kat blog sdra Mahmud ni boleh kan? Skrg ni pun saya slalu gak sibuk2 kat blog teman kita sdra Hikmatun tu. Dia lah guru blog saya. Tapikan.. saya ni lah anak murid dia yang paaaling bandel.. Jgn marah ya tuan guru.

    Okey deh… Selamat meneruskan ibadah puasa pada semua teman2. Semuga semua amalan2 kita pada bulan ini diterima Allah SWT dan mendapat keredhaan Nya. Amiin.

    Maaf dzahir dan bathin. Ma’asalamah…

  21. Salaam. Ih ih ih aku berbau orang bercakap belakang aku, hhhmmmmmmmmm

  22. Lebaran sebentar lagi. Minal aidzin wal faidzin.
    Bang, titip salam buat SFR.
    Terpikat kata aku.

  23. Salaam to all.

    Lamak… cikgu saya dah comment ahhh… Jangan lah marah…

    Minta ampun mintak maaf ya tuan guru. Maaf zahir dan batin.

    Brother Mahmud… garang nampak kat blog hikmah tuuu??

    Sesekali nak gak tunjuk taring kan kan kan???

    Berbangga saya ngan awak2 semua. Sungguh. Ni lah yang di harap2kan dari hero2 kita. Pelapis generasi Islam yang baru. Berilmu, berhikmah dan berani ketengah untuk memperjuangkan agama yang dicintai… Alhamdulillah… Semuga dirahmati dan di berkati Allah selalu.

    Cam nenek kebayan pulak saya ni iyyyerr.. sorii..

  24. Salam semua saudara saudari

    Walau hanya tulisan-tulisan yang dapat dibaca namun hati ini terasa mesra dengan nama-nama yang selalu terpampang memberi komen di blog ini atau di blog Hikmatun. Banyak yang dapat dipelajari untuk membersihkan lumpur-lumpur yang masih banyak terpalit.
    Apa-apa pun ucapan terima kasih untuk semua termasuk la alexious.

    Selamat Menyambut Hari Lebaran untuk semua.

    …….Yahooooooo yahooo lusa gua dah nak balik Malaysia dah…..

  25. Assalammuálaikum warohmatulloohiwabarokatuh…

    Kepada saudara muslimin dan muslimat sekalian. Saya ingin mengucapakan Selamat Berpuasa dan Selamat Beráidilfitri yang tak berapa lama lagi nih. Cepat benar Ramadhan berlalu. Terkadang sedih jua di hati dek penyesalan kerana tidak digunakan sebaik-baiknya kurniaan Ramadhan ini.

    Hmm.. cadangan Saudari Al-Hikam untuk ternak kuda adalah amat bagus. Di tempat saya sudah ada yang ternak unta. Tapi untanya spesis peliklah. Kecik sket dari unta arab. Bulunya pun kerinting dan berkepul-kepul. Mungkin spesis unta afrika kot. Kuda pula setakat yang saya tahu belum ada lagi yang ternak. Tapi di Johor kalau tak silap saya ada sejenis kuda yang turut dipelihara. Kuda kepang kalau saya tak silap. Bagus juga tu untuk kesenian. Janji namanya kuda.

    Saudaraku Hikmatun kita pula dah dapat detect tu kita bercakap tentang dia. Hahaha… sekali sekala bergurau apa salahnya. Untuk memantapkan setiakawan juga. Tak begitu Saudaraku Hikmatun?

    Apa pun saya minta maaf juga jika terkasar bahasa terutamanya sepanjang melibatkan diri dengan blog Hikmatun itu. Bukan apa, terkadang bila kita marah tertunjukkan la pulak taring yang lama tidak diasah. Tapi dah tumpul da taring tu… huhu… Silalah tegur saya jika tersalah… saya pun masih belajar…

    Selamatt pulang ke tanah air jua buat Saudara Azrie…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  26. Karscirebon: Lebaran sebentar lagi. Minal aidzin wal faidzin.
    Bang, titip salam buat SFR.
    Terpikat kata aku.

    Ulasan: Saudari SFR, apa lagi. Tak nak jawab ke?

  27. Salaam ‘alaikum wbt buat semua teman2 di blog tuan Mahmud Shah ni.

    Saya pun mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kata2 atau gurau2an yang kurang enak.

    Eidul Fitr Mubarrak

  28. Ulasan: Saudari SFR, apa lagi. Tak nak jawab ke?

    >>>>Saya tolong jawapkan untuk ukhti kita tu boleh tak sdra Mahmud?

    Sdri SFR lagi sibuk tuuuu.. Dah tukar udara ke pantai timur. Jadi, buat masa ni beliau terlalu sibuk dengan kerja nya, di tambah lagi tenet pun blum install lagi.

    Dah wokey nanti timbul lah dia kembali menyeri dan menyemarak kan blog2 kalian. Cam si ikan kaloi tuuuu.. hehe.. (jgn marah eh sister.. nanti hari raya kita bermaafan k??)

    Jadi.. sesiapa yang rindukan Sdri SFR tu sabar lah iyyerr.. Next change atau coming soon… Nanti saya tolong sampaikan salam kalian pada nya eh… Salaam

  29. Al-Hikam: Saya tolong jawapkan untuk ukhti kita tu boleh tak sdra Mahmud?

    He he… dah menjawab da dia.😉

  30. Assalaamu’alaikum w.b.t…. Saya pun begitu jua, sbg manusia ni x lari dari buat salah dan silap sama ada secara sedar atau tidak. Yang sedar pun dah banyak dosa kita apa lagi yang tidak sedar. Astaghfirullah ………. Sesungguhnya kita ini hamba2 yang berdosa.

    Apa2 pn saya susun jari yang sepuluh ini alhamdulillah, tp bukan style hindustan laa, style islamik laa hehe, yang perempuan bukan muhrim tu x payah susun jari la dengan saya, cukup la sekadar memohon maaf sama2 yer. Saya maafkan semua orang andai ada salah silap, dan begitu lah ku pohon maaf dari antum semua agar maafkan saya jika ada salah dan silap.

    Sedih juga tinggalkan Ramadhan kerana amal tidak seberapa, walaubagaimana pun terpaksa jua meredah Syawal kerana masa terus berlalu.

    Selamat menyambut Aidil Fitri yang mulia, maaf dari lahir dan batinku, taqobbalallahu minkum 🙂

  31. Assalamualaikum …Salam Pantai Timur😀 …Salam Lebaran…hmm sume org dah berucap dan maaf2an..tak aci nih..sy nak jugak..uhuhu

    hmm..sypun mohon AMPUN andai ade tersalah bahasa/ kata.. tersalah tingkah..tersalah anggap..ape- ape jelah….selain mohon ampun sy nak memohon ANG PAU juge heheheh..terutama dr yg lebih usianya dr sy….hehehe sesiapa yg terasa tu sahut2 lah seruan ek..😛

    My lovely sis al hikam..thanx ye jwb salam tu…hehehe.. hmmtulah.. la ni mmg agak terhad sket masa nak online…
    curi2

    dear Karscirebon…, Salam kembali..macam biasa dengar nama kamu ye..tapi di mana? huhu

    uiiihh oklah..sy tak boleh lama2..customer dah mendatang..aite…Salaam…rindu kat sumer…

  32. Salaam buat semua,

    Soriiiii…. Tertinggal sikit jer niiii…

    Mahmud Shah: Tapi di Johor kalau tak silap saya ada sejenis kuda yang turut dipelihara. Kuda kepang kalau saya tak silap. Bagus juga tu untuk kesenian. Janji namanya kuda.

    >>> Lerr.. woit brother. Apehal nak ternak kuda kepang? Kuda jenis ni bahaya. Makan kaca, boleh angkat kerusi dengan gigi, bila dah menurun pakai lah baju merah, abis dia buru… – ni cerita benar. Saya minat benar ngan kuda kepang. Dah nampak dengan bijik mata sendiri camna ‘kuda kepang’ ni kejar orang yang pakai warna merah…Kesian pompuan tu.. Lintang pukang dia calibut..

    Mahmud Shah: Di tempat saya sudah ada yang ternak unta. Tapi untanya spesis peliklah. Kecik sket dari unta arab. Bulunya pun kerinting dan berkepul-kepul. Mungkin spesis afrika kot.

    >>> Tak kisah lah tu… kecik sket ke, kerinting ke, berkepul2 ke, berasap ke.. Yang penting boleh dijadikan kenderaan alternative. Unta boleh pecut tauuuuu…Unta dan kuda klau pecut tak lah sampai tabrakan cam kenderaan sekarang. Ade gak maaf. Kemalangan sekarang haizzz.. hancussss…

    Aikkkk.. dah timbul dah sis SFR. Kan macam ikan kaloi kan??? Semuga dipermudahkan segala nya disana eh sis.

    Wokey.. tu jer yang saya ingin share. Sehingga ketemu lagi. Wasallam…

  33. Lerr.. woit brother. Apehal nak ternak kuda kepang? Kuda jenis ni bahaya. Makan kaca, boleh angkat kerusi dengan gigi, bila dah menurun pakai lah baju merah, abis dia buru… – ni cerita benar. Saya minat benar ngan kuda kepang. Dah nampak dengan bijik mata sendiri camna ‘kuda kepang’ ni kejar orang yang pakai warna merah…Kesian pompuan tu.. Lintang pukang dia calibut..

    Ganas jugak kuda kepang ni kan. Eh, saudari Al-Hikam. Bukanke kuda keang ni mcm kuda padi sket2..? kan kan? Hmm.. best juga ni cerita ttg kuda kepang. Kalau saudari ada cerita ttgnya bgtau k! boley kita bikin tajuk… huhu…

    Ha… tu Saudari SFR dah mendatang.. Moga siapa2 yang rindu kat dia tu dah terubat rindulah gamaknya… Baiklah semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir Batin.😉

  34. Salaam ya sheikh ya maulana ya buah kana….

    Mana ente sudah pergi? Lama tiada disini? Hihihi…

    Ish.. tengok tuuuu.. Tukar lagi… Tapi kali ni cantik lah – yang kat atas sekali tu. Cam pompuan. Mata besau. (nak lawan mata niiii… heheheh). Idung mancung. Winged eyebrows lagi… wow…jeles akuuuu… Ni pompuan ke lelaki ni eh????

    Naruto. Dia nye theme song pun very catchy..

    Okey deh Bro Mahmud. Semuga berhasil tuaian lintah2 awak tu. Yucckkkkkkssss….Ada masaalah gunakan power Naruto tu jerr….

    Pecah kaca pecah gelas; Sudah baca harap balas….

  35. He he skali kita dipanggil buah kana la pulak… ha ha… mcm2 la saudari Al-Hikam ni… Rindu eh? huhu.. jgn marah..🙂 Ha, dah balas ni… camne?

  36. Buah kana??… ha’ah eh.. tersasul plak sebab terpegun dek kecantikan yang kat atas tu. Buat kata SFR pun sampai posing lentok2..hehehe..

    Dah lama awak semua menghilang. Sejak sesi dialogue muslim christian tu di tutup cam lost gitu. Missed all those komen2 yang ade pedas, ade manis, ade masam, ade pahit dan ade payau…Sdra Shahil pun dah jarang2 masuk. Sdra Kunam langsung hilang. Saya enjoy betul duduk kat tepi line sambil makan buah limau sambil baca komen2 tu sambil tambah ilmu. Dan… rindu gak ngan kehadiran Sdra Hikmatun.. Haizzz.. semua nya dah sibuk ngan hal masing2.

    Diharap Sdra Mahmud dan semua kengkawan yang lain berada dalam keadaan sihat wal’afiat, sentiasa di berkati dan di rahmati Allah serta dipelihara keimanan dan ketaqwaan. Tenang2 sokmo.. Amiin

    Minum air dalam gelas, Terima kasih kerana membalas…

  37. Salaam Sdra Mahmud,

    Saya tak tau camna nak contact Sdra Mahmud lah selain menerusi Sdra kita Hikmatun. Allah bless him always.

    Pernah dengar tak pokok Jatropha? Pokok ini boleh menghasilkan biodiesel.

    Kalau ade peluang boleh kita kaji dan teroka bidang ni gak.

    Oooopppssss.. lupa nak tanye. Apa khabar semua kengkawan. Semuga sihat dan tenang bersama keluarga tercinta, sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Aamiin.

    Dah. Tu jer nak britau Sdra Mahmud.

    Salaam

  38. Al-Hikam: Al Hikam
    Salaam Sdra Mahmud,

    Saya tak tau camna nak contact Sdra Mahmud lah selain menerusi Sdra kita Hikmatun. Allah bless him always.

    Pernah dengar tak pokok Jatropha? Pokok ini boleh menghasilkan biodiesel.

    Kalau ade peluang boleh kita kaji dan teroka bidang ni gak.

    Oooopppssss.. lupa nak tanye. Apa khabar semua kengkawan. Semuga sihat dan tenang bersama keluarga tercinta, sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Aamiin.

    Dah. Tu jer nak britau Sdra Mahmud.

    Salaam

    Salam semuanya. InsyaAllah, saudari atau sahabat2 sekalian boleh contact saya melalui email saya di shah_arjuna@yahoo.com. Minta maaf ter-arjunakan diri sendiri sbb email tu mmg dah lama sgt saya pakai sejak zaman budak2. Hahaha…🙂

    Hmm.. berkenaan pokok itu kalau saya tak silap dalam bahasa melayunya ialah pokok jarak bukan? Di tempat saya ini ada juga saya nampak orang tanam secara besar kecilan (sederhana gitu). Daunnya ala-ala daun negeri Canada itu. Hmm.. boleh juga dikaji dengan saksama.

  39. Saudara MS : Daunnya ala-ala negeri Canada itu.
    ===> bebaik saudara, ada sejenis pokok juga daun cenggitu…..perati bebaik, kang daun lain plak dorang tanam

  40. Salaam Tuan Rumah, Sdra Azrie dan teman2 sekelian,

    Mahmud Shah said:

    “Hmm.. berkenaan pokok itu kalau saya tak silap dalam bahasa melayunya ialah pokok jarak bukan?”

    >>> Benar. Dalam bahasa Melayu nama pokok Jatropha tu ialah pokok jarak. Baru semalam saya dapat tau. Saya pun dah mintak teman saya tu forwardkan pada saya sedikit feedback tentang ini.

    Kalau di Amerika tu ada kajian yang dibuat pada sejenis fungus (cendawan) yang juga boleh menghasilkan biodiesel.

    Semua orang berusaha bersungguh2 untuk mencari alternative bagi emas hitam tu iyyyer…

    Azrie said:

    “bebaik saudara, ada sejenis pokok juga daun cenggitu…..perati bebaik, kang daun lain plak dorang tanam”

    >>> pstttt.. Sdra Azrie. Bingo!!! Betul daun yang Sdra Mahmud cakapkan tu. Beliau kan expert pasal pokok2 dan daun2 tu. Tengok jer lah pokok “olive” beliau tuuuu…. tersangatlah unique.. hehehhehehe

    Okey. Saya nak gi ziarah “umah” tuan guru saya plak. Sehingga ketemu lagi.

    Salaam

  41. Al-Hikam: Azrie said:

    “bebaik saudara, ada sejenis pokok juga daun cenggitu…..perati bebaik, kang daun lain plak dorang tanam”

    >>> pstttt.. Sdra Azrie. Bingo!!! Betul daun yang Sdra Mahmud cakapkan tu. Beliau kan expert pasal pokok2 dan daun2 tu. Tengok jer lah pokok “olive” beliau tuuuu…. tersangatlah unique.. hehehhehehe

    Hehehe..😉 Saudari Al-Hikam memang mempuyai mata yg tajam di bahagian retinanya. Ha haha…😉 Jangan marah ya!

  42. Nak challenge mata Naruto tuuuuu…

    Oopssss… Salam kengkawan,

    Sekadar jadi messenger ni. Ala burung merpati.. hehehhe…

    Saudari SFR kita kim salam pada semua teman2 terutama sekali pada MAHMUD SHAH dan HIKMATUN. Belum ada kemudahan untuk beliau bersama2 kita di tenet ni. Sama2 lah kita doakan semuga dipermudahkan segalanya bagi teman kita tu ya.

    Ok. Begheh dah.

  43. Assalamu’alaikum wr. wb.

    Alhamdulillah Tentara Allah semakin banyak didunia maya ini.

    Blognya bagus banget.

    Salam cinta dan mahabbah dari saya “Sang Samudera Dosa”
    Muhammad Yusuf
    http://www.cupitebet.co.cc

  44. 🙂

  45. Assalammu’alaikum warohmatullohiwabarokatuh.

    Kepada sidang pengunjung blog MahmudShah’s Weblog, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. InsyaAllah, penulis akan update blog ini dari semasa ke semasa. Masa mencemburui, hingga lambat pula memberi ucapan selamat hari raya pada semua. 🙂

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  46. saudara..sy adalah ktrunan jajang bin paduka baginda..boleh sy tau siapa nama nenek kmu yang kmu maksudkn..

  47. Salam,

    Berkenaan perkara di bawah boleh saya dapatkan email saudara…atau boleh berkongsi di sini amalan bagi menakluki kembali hati isteri. Tq

    http://hikmatun.wordpress.com/2008/07/27/isteri-nusyuz-derhaka/

    Saudara, mungkin ada perkara yang dia tidak puas hati pada saudara. Apa kata saudara bawakkan berbincang. Kalau tak jalan, senang je ubatnya… saudara email pada saya, saya akan bantu saudara menakluki semula isteri saudara… Dengan izin Allah… saya ada kenal beberapa org yang ‘pandai’. Ada beberapa amalan yang perlu saudara buat. Jgn risau, semuanya ayat Qur’an. Qur’an tu mukjizat. Banyak perkara dia dapat bantu. Kita sahaja tak sedar.

  48. where’s my post go? you missed a typo but not writing the whole post out again lol

  49. Great site you’ve got here.. It’s hard to find quality writing like yours these days. I really appreciate individuals like you! Take care!!

  50. Hello everyone, it’s my first pay a quick visit at this website, and piece of writing is genuinely fruitful in favor of me, keep up posting these types of articles or reviews.

    Dino

  51. Hello! Someone in my Facebook group shared this site with us so I came to check it out.
    I’m definitely loving the information. I’m book-marking and
    will be tweeting this to my followers! Wonderful blog
    and amazing design.

  52. Assalam.. tumpang lalu.. maaf klu x menyenangkan.. sy cma nk bgtau n nk tny jika ada yg berminat dngan al-quran kecil lama era 1970

    saiz lbih kurang syiling 5sen baru..
    1cm x 1.5cm

    peninggalan arwah atuk sy. sy simpan dah lbh 10 thun. jika ada yg berminat blh hubingi sy di

    email adamdanish00@gmail.com.

    harga blh dirunding
    trima kasih

  53. Saya cll dan wsapp tak penah jawab

  54. Mohd faizal bin roslan taiping perak,saya tak tahu bile wsapp and cll tak jawab …kenapa susah sangat nak bg jawapan…kenapa jadi macam ni …nak buat urasan bagaimana kalau tanya tidak dilayan…macam main2 saja ni no tel saya 0105726941

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: