Mengenal Diri Mengenal Allah

Bermula segala puji-pujian yang empat itu kembali kepada Allah yang Maha Pembimbing yang mengatur urusan kehidupan ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Selawat dan salam untuk Penghulu Mursalin Nabi Muhammad SAW. cahaya yang menerangi kegelapan juga untuk ahli keluarganya, para sahabat yang mengibarkan panji-panji agama menerangi seluruh Alam.

Risalah “Mengenal Diri Mengenal Allah” adalah hasil susunan Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.

Penulisan kembali risalah dari tulisan jawi kepada bahasa Melayu ini adalah semata-mata untuk memanjangkan tujuan utama penyusunnya sebagaimana yang tercatat pada mukaddimah risalah ini yang berbunyi:

Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I’tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai.

Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan “Mengenal Diri Mengenal Allah” sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Suluk telah menyusun kembali risalah ke dalam Bahasa Melayu dengan membuat sedikit tambahan kepada perkara-perkara yang memerlukan huraian yang lebih sebagai penyebar kebenaran di samping untuk memudahkan pelayar siber mencari panduan yang selamat dalam mencari maklumat-maklumat yang berguna, bermanfaat dan selamat. Semoga usaha ini direstui oleh penyusun asal dan mendapat keberkatan Allah dunia dan akhirat walaupun Suluk sedar diri ini bukanlah ahlinya. Suluk telah membahagikan risalah ini mengikut tajuk-tajuk yang ada dalam risalah tersebut seperti berikut;

1.Mabadi Ilmu Tasauf Mabadi sepuluh yang menjadi tunjang bagi tujaun ilmu

2. Penerimaan Agama Huraian cara dan salsilah penerimaan ilmu dan agama .

3.Yang Dinamakan Agama Huraian himpunan yang mencakupi Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat.

4. Feadah(Hakikat Makrifat) Syarat-syarat untuk memperolehi hakikat makrifat

5. Mengenal Diri Mengenal Allah Menyelidik asal kejadian diri dari pandangan tasauf

6. Ruh Akal Nafsu dan Qalbu Perbincangan mengenai akal, nafsu, ruh dan qalbu dari aspek hakikat

7. Asal Kejadian Pendedahan tentang apa itu Nur Muhammad dan kejadiannya

8. Ringkasan Martabat Tujuh Ilmu Tahkik yang menjadi kemuncak dan pati Ilmu Tauhid

9. I’tiqad Yang Bidaah Keterangan mengenai berbagai-bagai i’tiqad yang sesat lagi kufur

Insyaallah…akan saya huraikan setiap satunya berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Semoga mendapat manfaat.

12 comments on “Mengenal Diri Mengenal Allah

  1. kenal diri katanya kenal Allah. Tapi bila dah kenal masih ada lagi diri… mana Allah yang sebenarnya… Macam mana mahu di bereskan..

    • Kenel diri memang kenal Allah. Tapi Kenal Allah dengan zat Nya yang dipancar susukkan kedalam ujud diri ini. Oleh itu kita harus mangaji dengan lebih dalam dan jauh lagi sehingga ke tahap mengenal diri dengan lenyapnya zahir diri ini. Jika makam ini boleh dicapai, barulah ianya boleh dinamakan juga mengenal Allah…

  2. Terima kasih Zack di atas pertanyaan itu. Allah menjadikan ‘Diri’ kita untuk menunjukkan kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya. Kita akan kenal Allah dengan ertikata bilamana kita sudah benar2 kenal akan Diri kita. Manusia dijadikan Allah sebagai mkhluk yang menjadi khalifah di muka bumi. Kerana apa agaknya? Ya, kerana manusia telah dikurnai ‘Akal’ (zahir dan batin). Itulah kekuasaan Allah. Kita tidak mampu melihat zat-Nya jauh lagi melihat wajah-Nya. Kerana itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib. Apa yang perlu kita laksanakan ialah kita kembali kepada ke-Diri-an kita semula. Di situlah segala rahsia langit dan bumi tersusun rapi. Dan di situlah jua keyakinan kita kepada kuasa Allah semakin mantap dan tegar.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  3. kenal diri kenal allah itu bermaksud setelah binasa diri… tiadalah yg dilihat melainkan allah semata mata.. wujud allah hanya dapat dirasakan olih diri yg sebenar diri.. bukan diri tg zhohir ini.. diri lahir ngnal allah melalui akal.. akal masih bolih di was was kan.. tp diri batin mgnal allah dgn dpt dirasa wujud nya.. kalau x fhm rujuklh pd guru yg memahami..

  4. Jangan disalahkan kepada Allah yang mencipta kita apabila kita melakukan perbuatan keji. Pertanyaan yang sama buat anda, di manakah ‘akal’ yang Allah anugerahkan ketika seseorang itu melakukan perbuatan keji? Kerana fitrahnya seseorang ‘insan’ itu ialah pada ‘akal’nya. Kerana itulah manusia itu Allah jadikan ber’akal’ dan mampu membuat pilihan yang mana buruk yang mana baik.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan kepada fika ambono Batal balasan