Batu Jarum Mas (Rutilated Quartz)

Bagi peminat-peminat koleksi batu cincin, batu jarum mas bukanlah suatu batu yang asing lagi bagi mereka. Bentuk batu ini yang jernih sejernih pure kristal dilengkapi dengan cakaran-cakaran emas amat memukau sesiapa yang melihatnya. Apatah lagi jika disalut pula dengan perak yang berkilauan. Penulis ada juga menyimpan batu ini. Bak kata ‘pemberi’ batu, batu ini akan bercambah emasnya dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian pemakainya. Lagi banyak emas yang tumbuh, lagi sesuailah batu tersebut dengan si pemakainya.

Nama lain bagi jenis kristal ini ialah Rutile’s in Quartz atau Venus Hair Stone. Batu ini diyakini barat sebagai batu yang mampu menggerakkan tenaga. Batu ini ialah sejenis Quartz yang dipenuhi jarum-jarum berwarna-warni yang keemasan yang di sebabkan oleh mineral titanium diokside yang bercampur dengan kristal asalnya. Jarum-jarum yang terdapat di dalamnya itu samada berwarna kemerahan, berwarna keemasan, berwarna perak atau berwarna kehijauan (sangat jarang dijumpai).

Batu jarum mas ini diyakini dapat meningkatkan tenaga tubuh badan di dalam semua level cakra. Batu ini jua diyakini mampu meningkatkan fokus dalam daya pemikiran dan mentaliti semulajadi. Ia juga mampu meningkatkan daya tarikan terhadap cinta dan perhubungan yang stabil. Amnya, batu ini biasanya sangat efektif untuk membekalkan tenaga bagi menggerakkan sesuatu. Ia mampu menjadikan cakra yang kurang aktif menjadi lebih aktif malahan lebih stabil dan seimbang.

Secara keseluruhannya, batu jarum mas sangat baik untuk mereka yang sentiasa terganggu emosinya walaupun di sebabkan perkara-perkara yang kecil. Ia mampu menghilangkan rasa takut dan sangat baik dalam membantu si pemakainya membuat keputusan yang tepat. Selain itu, ia menjadikan si pemakainya berasa tidak kesunyian dan mendorong kebahagiaan.

 

Wollohhu’alam.

18 Respons

  1. Assalaamu’alaikum. Lama x jenguk akhi Mahmud Syah ni. Dalam saya search psl batu jarum mas, rupanya bro Mahmud ada pos tentang ni yerr, bagus2.

    target ambe seterusnya pun utk cari batu jarum mas, hari ni baru dapat tiger eye sutir huhu. Terima kasih boss , jazaakallahu khoir.🙂

  2. Wa’alaikumussalam sahabat. Peminat batu juga rupanya.. pasti bnyk koleksi2 batu yang ada dalam simpanan saudara. Jarum mas ni kata org tua jika serasi dengan kita akan bercambah jarumnya. Tapi pelik juga batu jarum mas penulis ni, tak bercambah tak berkurang… hehehehe… apa-apa pun semoga saudara di sana dlm keadaan sihat wal’afiat walaupun dengarnya banyk daerah di pantai timur dilanda banjir… kami doakan saudara serta semua sahabat2 pembaca di pantai timur dilindungi Allah dari bencana..

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Ambe x banyak mana lagi, tapi dalam usaha utk memperbanyakkan setakat mampu hehe. Best engok batu2 asli ciptaan ilahi, belum lagi batu2 permata kat syurga tu.

    Ambe rasa akhi Mahmud lagi banyak dalam simpanan tu, bila ntah boleh tengok depan mata.

    Deme tahu ke, selain dari bakar batu jarum mas utk tahu dia asli ke tidak, apa cara lain lagi boh?

    Ganu setakat ni ok lagi, x tahu lah gelombang kedua yg diramal pertengahan bulan ni. Moga2 selamat lah semuanya, amin🙂

  4. saya ade 1 batu ni tp blum dicanai

  5. Saya memang kurang arif tentang batu2 cincin. Saya ingin tahu samada batu jarum emas itu boleh dipakai oleh seorg lelaki muslim atau tidak. Adakah jarum emas yg dimaksudkan merupakan emas yg sebenar?

  6. Saudari nadiah. Adapun batu jarum mas ini bukanlah emas melainkan batu permata jua adanya. Lihat semula sebatian yang terdapat di dalamnya iaitulah batu ini ialah sejenis Quartz yang dipenuhi jarum-jarum berwarna-warni yang keemasan yang di sebabkan oleh mineral titanium diokside yang bercampur dengan kristal asalnya. Jarum-jarum yang terdapat di dalamnya itu samada berwarna kemerahan, berwarna keemasan, berwarna perak atau berwarna kehijauan (sangat jarang dijumpai). Nama kimia bagi emas ialah Aurum (Au). So dun worry, semua orang boley pakai🙂.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  7. cantik gak…ada yg nak jual…yg dah dicanai utk buat cincin..

  8. I’m so happy to see a new post, I was going through irrational distress! I revel in reading your posts, I can’t get enough of it!

  9. saya ada batu tu kalu minat hub saya 60183724311 hanya satu siapa cepat dia dapat posisi saya di kl .. erwin

  10. sya suda beli satu… ada jarum2 suda sedia kena bagi.. heheheh… cantik..

  11. nak dekat 10 tahun saya guna.. baru saya tahu ada khasiat rupanya.. selama ni saya ingat cuma perhiasan.

  12. maaf para saudara dan saudari…saya punya satu yang saya pajang di toko bagus….maaf klo bandrolnya kemahalan…saya menaruh harga sesuai dengan kelangkaannya kok…minat hub.085213706656

  13. […] Article Title: Batu jarum mas (rutilated quartz) | mahmudshah’s weblog Source: mahmudshah.wordpress.com » Visit Link « […]

  14. […] Batu Jarum Mas (Rutilated Quartz) | MahmudShah’s Weblog – Bagi peminat-peminat koleksi batu cincin, batu jarum mas bukanlah suatu batu yang asing lagi bagi mereka. Bentuk batu ini yang jernih sejernih pure kristal dilengkapi …… […]

  15. […] Batu Jarum Mas (Rutilated Quartz) | MahmudShah’s Weblog – Ambe x banyak mana lagi, tapi dalam usaha utk memperbanyakkan setakat mampu hehe. Best engok batu2 asli ciptaan ilahi, belum lagi batu2 permata kat syurga tu…. […]

  16. […] Article Title: Batu jarum mas (rutilated quartz) | mahmudshah’s weblog Source: mahmudshah.wordpress.com » « […]

    • assalammualaikum salam muhibbah, saya dari negara jiran, saya ada mempunyai sebahagian batu2 alami seperti batu2 delima, batu nilam hijau, batu jarum emas, batu geliga ular, batu serai putri tujuh , sekeping wang emas hasrat saya ingin memaharkan untuk kegunaan sendiri dan keperluan anak2 yatim dan suara ramai yg perlukan bantuan. whatssap saya kat no ini +6738782047 terima kaseh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: