Cinta Terhalang

Assalammu’alaikum wbt

Saya terpanggil untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi oleh rakan karib saya berkenaan masalah percintaannya. Kesian juga bila dia ceritakannya kepada saya. Diharapkan ada para pembaca terutamanya yang ‘berpengalaman’ dalam menghadapi masalah ini memberikan sedikit pandangan dan pendapat berkenaan permasalahan rakan saya itu. Beginilah kisahnya:

“Saya adalah lelaki seperti lelaki normal yang lain, mempunyai perasaan dan inginkan kasih sayang daripada seorang wanita. Sudah banyak kali saya putus cinta. Dan akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang cukup baik dan menawan hati serta kedua ibu bapa saya. Malahan ibu kepada wanita pilihan saya pun turut merestui hubungan kami pada mulanya.

Selepas beberapa lama, lebih kurang setahun perhubungan kami ini, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan kami juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan. Dan seterusnya menikah. Namun, disangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. Tiba-tiba ibunya tidak suka pula pada saya. Dia telah hasut seluruh sanak saudara sebelah perempuan supaya membenci saya.

Ibunya itu telah memberi kata dua kepada anak perempuannya yg menjadi teman wanita saya; samada pilih antara saya dan dia (ibu perempuan). Teman wanita saya memilih saya, dan sanggup berbuat apa sahaja janji dapat bersama saya. Di sebabkan pilihannya itu, teman wanita saya telah di ‘buang’ dari keluarganya. Dan sekarang cinta teman wanita saya ini kian menebal, dan dia tinggal berasingan dari keluarganya.

Saya memang benar2 menyintainya sepenuh hati. Dan antara kami semakin hari cinta kami kian tebal dan kami yakin dengan jodoh antara kami. Namun, yang menjadi masalah ialah keluarga sebelah perempuan yang terlalu membenci saya. Khabar yang saya terima dari apa yang diceritakan oleh teman wanita saya ialah ibunya telah terkena sihir. Ada org lain suka pada teman wanita saya. Dia cuba menyihir teman wanita saya, tetapi agaknya di sebabkan amalan zikirrullah teman wanita saya itu menjadi amalan sehariannya, sihir itu tidak mengena. Dan tempiasnya kepada ibunya kerana ibunya kurang amalan agama, katanya.

Yang menyedihkan, saya turut ditumbuk oleh adik lelaki teman wanita saya ketika menghadiri kursus perkahwinan kami. Saya tidak melawan kerana memikirkan adiknya itu, bakal aidik ipar saya juga kelak. Tapi sekiranya kali kedua dia melakukan kesalahan yang sama, sudah semestinya saya tidak akan berdiam diri. Tapi sehingga kini saya masih mampu bersabar walaupun sudah dimalukan.

Apa yang perlu saya buat? Saya menyintai dan ikhlas menyayangi teman wanita saya dan dia pun begitu. Keluarga sebelah saya tiada masalah. Menerima teman wanita saya seadanya. Cumanya keluarga sebelah perempuan pula yang terlalu membenci saya. ”

Itulah di atas serba ringkas masalah yang bergolak dalam hati sahabat karib saya itu. Saya pun tak tau nak nasihatkan apa, keana saya tidak berpengalaman menghadapi kes sebegini. Diharapkan para pembaca dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ‘kronik’ yang dihadapi oleh sahabat karib saya ini. Pandangan dan pendapat Saudara/ Saudari amatlah dialu-alukan. Sekian.