Jalan Mengenal Diri: Cara Bapak Bagindo Mochtar
Jun 30, 2008
Assalammu’alaikum wbt
Jalan Mengenal Diri: Cara Bapak Bagindo Mochtar diasaskan oleh Bapak Bagindo Mochtar yang berasal daripada Indonesia. Kata bapak dalam risalahnya; jalan ini adalah salah satu cabang daripada ilmu pengetahuan. Namun demikian, pemerhatian khusus berkenaan jalan ini mengungkaikan secara teoritikal dan praktikalnya menghampiri kepada cabangan ilmu Tasawwuf; iaitu salah satu daripada berbilang cara akan cara khusus dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Sepertimana yang diamalkan oleh pengamal-pengamal ilmu kebatinan, cara yang diperkenalkan bapak adalah secara metafizik. Iaitu penggunaan tenaga rohani. Sesetengah orang menyatakan tenaga ghaib. Ianya tidak terzahir secara lahiriah melainkan secara batiniah. Ilmu pengetahuan ini amnya dipraktikkan dalam segala segi kehidupan. Terutamanya dalam perhubungan serta hubungan dengan alam ghaib. Alam yang dikatakan tidak dapat dilihat secara mata kasar.
Apa yang diajarkan di dalam ilmu pengetahuan ini adalah melatih anak-anak yang telah diijazahkan dalam membuat penyerahan sepenuhnya kepada kuasa yang Maha Esa dalam apa jua perbuatan. Insyaallah dengan adanya serta wujudnya ilmu pengetahuan ini, diharapkan melahirkan generasi baru, iaitu generasi yang serba lengkap dalam menjalankan kehidupan di alam yang fana ini serta Akhirat; bak kata Bapak dalam risalahnya: ‘Diri yang boleh dipakai semasa hidup, dan boleh ditumpang semasa mati’.
Entry Filed under: Jalan Mengenal Diri. .
65 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
mahmudshah | Jun 30, 2008 at 10:23 am
..di mana ada aku, di situ ada DIA…
2.
Hikmatun | Jun 30, 2008 at 12:31 pm
Assalamu’alaikum w.b,t,,,, alhamdulillah, sudah dimulakan langkah di sini hehe, tahniah ya akhi, insyaALLAH makin berkembang nanti. Sama2 kita berbakti kepada agama tercinta, jazaakallahu khoirol jazaa’ , ma’assalamah
3.
Hikmatun | Julai 1, 2008 at 8:07 am
Salaaam. hehe tema baru nampak
bagus2 akhi, cuba2 la berjinak2 dengannya , lama2 biasa la hehe. Boleh saya tahu anta orang mana? Saya orang Terengganu, menetap area Kuala Terengganu.
4.
mahmudshah | Julai 1, 2008 at 8:17 am
Salaamm… Terima kasih anta. Tula.. masa pun curi2 je ni. Maklumlah dalam waktu bekerja jua. Try in error jek. Saya org N9, menetap di Nilai. Hmm.. Terengganu… saya suka negeri tu. Rileks je keadaannya… Dekat ngan laut.
Anta, bagaimana nak buat pautan/ link untuk send artikel ke blog anta eh? alamak.. susah jua. Kena tumpukan masa sket. Maybe lepas ofiz hrs kot. Huhu…
5.
sharizan | Ogos 18, 2008 at 11:58 am
Aslkum….sdr…,
utaan maaf,cam mana nak beli/dapat buku2 tulisan bapak bagindo mochtar..
Tqs.
Sharizan
6.
MahmudShah | Ogos 19, 2008 at 11:08 am
Wslm..
Buat pengetahuan Saudara Sharizan, risalah/ buku Jalan BBM hanya diedarkan untuk anak didiknya. Saya syorkan saudara mencari ýang dituakan’untuk mendapatkannya.
Saya ada kenal beberapa orang guru di kawasan sekitar N9, KL dan Selangor. Bagitahu saya sekiranya saudara berhajat.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
7.
mie | Julai 11, 2009 at 10:25 pm
en mahmud,
saya tinggal di kl.. nak tumpang tanya…. ade tak tuan kenal ngan seorang abgtua nama abg halim yg di katakan tinggal di area cheras kl… abg saya yg tinggal di penang galak kan saya mencari die. kalau kenal boleh salurkan maklumat ke email saya reymie79@yahoo.com.my. TQ
8.
sharizan | September 2, 2008 at 10:25 am
Aslkum………
Terima kasih kerana memberi info tentang buku2 tu..harap dapat bgi email/blog/talipon guru2 sekitar kl,n9,selangor dan lain2..tk.
9.
MahmudShah | September 10, 2008 at 2:10 pm
Waálaikummussalam…
Saudara Shahrizan bolehlah menghantar private email kepada email saya:
shah_arjuna@yahoo.com
Nanti saya akan beri nombor telefon guru di sekitar wilayah tengah ini. InsyaAllah…
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
10.
azrin | September 30, 2009 at 7:20 pm
Minta maaf saudara saya minta Jangan di propoganda dengan ilmu pengetahuan yg dari Pak Bagindo Muctar….. ini bukan ilmu yg harus dipromosikan dan kalau setakat dipamerkan catatan Bagindo untuk mencari keahlian maka sama sekali ianya bercanggah dan tidak menurut anjuran yg telah ditetapkan …… jangan sekadar hidu[p bagaikan maling masuk rumah orang ….. Rujuk dulu pada Persatuan dulu
11.
Mahmud Shah | Oktober 2, 2009 at 5:10 pm
Terima kasih di atas ingatan saudara. Pada pendapat saya, hanya orang yang ditakdirkan sahaja akan dianugerahkan dengan ilmu pengetahuan ini. Bukanlah bermaksud melakukan sebarang propaganda atau promosi, hanyalah berkongsi pendapat dan pengalaman badan Diri masing-masing.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
12.
si rahsia | Oktober 3, 2009 at 12:15 am
sama2
kami hanya sekadar menyampaikan amanah aja … dengan harapan moga2 tidak ada satu pun kata2 dari kami ini bisa membuatkan anda para pembaca jadi tersinggung …..apapun coretan di bawah ini di jadikan sekadar renungan buat kita semua apatah lagi org seperti saya ini yg masih bodoh dan tidak matang dlm hal2 ilmu ini ….
apakah tujuan sebenar kita mengambil dan berjalan di aliran ini ?
hnaya mahu berkongsi pengalaman badan diri ? menurut KAMI, pendapat dari kata2 yg ada ini bahawa hanya org2 yg terpilih berjalan dgn ilmu ini … tidak mengandungi makna apa2 dan masih hanya sekadar kulit cerita kerana golongan yg ada sekarang ini hanyalah di antara ahli2 yg dibukakan sahaja melalui guru2 para2 wakil bapak yg di iktiraf kan di dalam persatuan.
Seharusnya anjuran kami biarlah golongan yg di posisi ini agar tidak harus berjalan dengan sendiri … ilmu ini nga bisa pass praktisnya dgn hanya melalu ilmiah kefahaman dgn buku aja ….. kan kita masih ada guru2 nya … ya kan ? kalau ada yg punya minat … maka dirujukan pada badan persatuan yg sedia ada kerana si peminat ini ini bisa di beri penjelasan juga penerangan yg secukupnya dari para2 wakil2 … dan kalo mereka itu emangnya punya bahagian untuk pasti dibukakan keikhlasan hati nya untuk mengambil dan berpraktis di aliran ini sekurang2kurang nya mereka bisa bermula dgn asas latihan untuk berjalan di lowongan saluran yg sedia ada …….
biar enak dipimpin di didik , di tonton mpraktis dgn sebetulnya …. kan ada kuliah2, rujukan dari antara murid yg di tuakan ……..
. bukankah itu juga yg telah di anjurkan seperti dnyata kan dgn jelas dlm catatan Pak Bagindo Muctar agar tetap kita2 ini mendatang pada guru yg membuka untuk dipimpin, dituntun dan dididik agar kita bisa berjalan di rombongan bapak berlandaskan pada landasan yg telah ditetapkan …
maka jangan pernah ngomongnya sebarangan kalau kita ini masih belum tahu erti sebenarnya …. saya bisa dan berani jaminan bahawa yang rata2 ahli yg berjalan pun di aliran ini di zaman sekarang ini emang tidak pernah pernah mendapatkan aliran ini secara langsung dari Bagindo Muctar …… lantaran itu saya jadi kurang mengerti kalaupun kita ini udah emang tahu dan mengerti benar yah… akan ilmu ini justeru kenapa ya ? kenapa ya ? kenapa ya ? masih lagi wujud sifat2 dan juga kata2 dari kami perdapatkan di laman web disini yg bicaranya,bahasnya seolah2 mengerti benar2 akan dgn ilmu ini ya ?…… apakah pasti yg emang kita ini yakin yg kita ini benar2 terpilih dan di anugerah dalam menjalan hal ini …….. kan anjuran itu agar kita berjalan dalam rahsiaNya jadi kenapa harus di publikasi hal2 perbincangan yg sebegini dijadi kan perbincangan umum di laman ini ….
kami jadi khawtir yg ada diantara segelintir bisa jadi salah erti dgn praktis asasnya ….. dan akan menimbulkan malah bisa mewujudkan implikasi yg negatif bagi yg bukan ahli ….
Ini hanyalah pendapat kami utarakan … mungkin kami juga mohon dibetulkan andai pendapat ini salah ….
kan lebih mudah kalau di lewatkan perbincangan ini melalui email peribadi masing2 ….
Sekian terima kasih
13.
wah al-minangkabaui | April 6, 2009 at 7:55 pm
saudara mahmudshah,
saudara ambil jalan bapak ke?
14.
MahmudShah | April 11, 2009 at 1:37 pm
Belajar sahaja. Semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak pula yang tidak diketahui. Yang paling penting kita sedar Diri mengetahui dan membezakan mana baik dan mana buruk. Lain dari itu, kita perdapat ilmu dari cabangan ilmu pengetahuan yang luas tidak bertepi ini yang semuanya akan kembali jua pada Allah Azzawajalla.
…di mana aku berada, di sana ada DIA…
15.
wah-al-minangkabaui | April 24, 2009 at 9:16 pm
pada saya buku bapak dibaca dan difahami seiring dengan latihan amali kalau tidak ia agak sukar difahami.
16.
alhakim | Mei 2, 2009 at 1:15 am
salam!
jalan yang ku cari telah ku temui!
indah nya alam pabila ku mengenali diriku ini,
“awalluddin makrifatullah”
17.
MahmudShah | Mei 22, 2009 at 9:01 pm
Alhamdulillah, nampaknya seorang demi seorang anak didik bapak datang menghampir. Hendaknya terjalinlah ikatan silaturrahim yang utuh sesama kita. InsyaAllah…
Ya, benar. Buku bapak memang sukar difahami melainkan seiring dengan latihan amali yang kita amalkan sepanjang masa; dan atas panduan guru-guru yang dimuliakan. Bak kata ‘Yang Dituakan’;
tumpukan pada rasa yang terasa, buangkan kepala yang ada agar tumpuan itu tidak tergugat oleh kelemahan pemikiran…
…di mana aku berada di sana ada DIA…
18.
Don | Ogos 20, 2009 at 9:46 pm
Inti Jln Bapak Bagindo Muchtar terletak pada m/s 24 buku lama yg ditaip iaitu “mengenal diri” atau “diriku yg kukenal” kalau tak silap. Baca betul2. Selagi tak sampai maka latih lagi sampai ke perjalanan balik batang… asal berasal.
19.
HambaAllah | Ogos 21, 2009 at 6:18 pm
Saya ingin mengetahui apakah perbezaan antara jalan Bagindo Muchtar dan perguruan ilmu tenaga dalam lain(metafizik) adalah satu tenaga yg sama?
Baginda Muchtar dpt mearsakan energy dan kedua tangannya mula bergerak pd peringkat permulaan.Begitu juga ilmu dari perguruan tenaga dalam.Minta dijelaskan perkara ini.Saya benar2 ingin megetahui perkara ini.
HambaAllah
20.
Mahmud Shah | Oktober 2, 2009 at 5:21 pm
‘Perjalanan balik batang…’ istilah ini sering dipesan oleh guru. Semakin kita terbang melangkau awan, semakin dekat kita pada asal muasal. Tapi kadang-kadang bila kita terbang terlalu tinggi, kepak akan mula letih dan kepenatan. Ketika itulah kita tahu ‘Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah’.
Sungguh ilmu Allah Maha Luas. Kagum dan kagum dengan kekuasaan-Nya.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
21.
Don | Ogos 21, 2009 at 8:11 pm
Buat HambaAllah,
Semua ilmu hakikatnya drp Allah dan sememangnya setiap ilmu itu ada perbezaan dan mungkin juga ada persamaa. Memang sdr betul apabila mengatakan jln Bagindo Muchtar adalah jln gerak. Cuma gerak yg dibukakan pada pengamal jln ini adalah gerak drp diri ruhani masing2. Bukan gerak jin, khadam dsbnya. Yg membuka menggunakan aliran tenaga ruhaninya utk membuka jaluran tenaga diri yg dibuka. Jln Bapak Bagindo Muchtar mengajar utk mengenali diri sedalam2nya (mengikut hak bhg rezeki masing2). Jln Bapak mengajar utk mengejar akhirat dan dlm masa yg sama mengejar dunia sebagai tapak utk mendapatkan akhirat. Ianya boleh disimpulkan oleh kata2 Bapak ini, “Dunia dapat, akhirat tak lepas”.
Banyak lagi rahsia yg dapat diketahui oleh sesiapa sahaja pengamal yg rajin berlatih dan dibukakan pintu mengenal diri ini. Terpulang kpd sdr atau sesiapa jua utk mengamalkan mana2 jln mengenal diri kerana Allah mengurniakan cukup banyak berbagai2 jln yg BENAR atau HAQ yg boleh kita pilih utk sampai dgn Rahmat kpdNya. Cuma jgn tersalah pilih jln yg sesat dan mudarat. Mintalah petunjuk drp Allah sebab Dia sebenar2 yg memberi petunjuk.
22.
c10 | September 16, 2009 at 11:19 am
Salam,
Saya semasa ke P.Dickson bulan jun masa cuti skolah ada terpandang sticker kat belakang cermin kereta bertulis “Jalan Bapak Bagindo Mockhtar” ini mesti yang dlm buku tu..mengenal diri
23.
Dinda | September 28, 2009 at 7:09 pm
saya asal dari sabah dapat jalan ini tahun 1986
24.
Dinda | September 28, 2009 at 9:17 pm
apa yang menjadi masalah ialah Alam Fikiran ketika membawa JALAN ini, jadi apakah pandangan saudara untuk kita mengorbankan alam fikiran sehingga kita berjaya menguasainya.
25.
cebisandiri | September 30, 2009 at 12:17 am
Assalamualaikum,
rasa macam kenal aje
26.
c10 | September 30, 2009 at 10:41 am
salam.
Ada pernah baca buku ni tapi tak habis, susah nak paham, banyak simbolik, penerangan berulang-ulang.
Saudara Dinda since 1986~2009 wow! satu “perjalanan yang panjang dah penuh pengalaman”
Soalan Dinda tu pon sebenarnya satu pemecahan.
~maaf zahir batin~
27.
Dinda | September 30, 2009 at 7:00 pm
assalamualaikom wrt.
Alhamdulilah…. sangat2 saya bersyukur kepada Allah Yang Maha Mengatur. DIA telah mengaturkan apa yang saya harapkan selama ini untuk saya menemui saudara yang hilang, saudara yang tempat saya akan membicarakan atau membincangkan mengenai Ilmu Pengetahuan almarhum Bapak Bagindo Muchtar.
Memang berulangkali saya baca buku karangan Almarhum Bapak. “Diriku Yang Ku Kenal”. setiap kali dibaca setiap kali kefahaman, pengertian akan bertambah, seolah2 Diri kita yang kecil kian membesar sehingga dewasa. Namun walaupun dewasa rupa2nya kedewasaan kita mengalami pelbagai keaadaan yang tidak menentu, kekadang ok, kekadang ko… mungkin juga ujian, dugaan, atau menebalnya perasaan kemanusiaan kita yang diasuh dengan 100% menggunakan alam fikiran. Dan tiba2 dapat Jalan ini alam fikiran pula kalau boleh tak payah digunakan, hanya satu2 keadaan bagi mengimbangi dan menimbangi perbuatan kita. Betulkah apa yang saya cakap ini?
Dari sudut pengalaman tu, tidaklah seberapa, tapi ada juga maklumlah kami di sini terlalu jauh berhubungan dengan kawan2 kita di Semananjung. Apa yang kurang bagi saya ialah Pengetahuan. Diharap sdra akan sudi mengkhabarkan atau menyampaikan apa2 cerita tentang Jalan ini samada dari Bapak melalui buku, kuliah, kaset beliau atau kuliah2 Abg2 kita yang dituakan di sana.
-Dinda-
28.
Mahmud Shah | Oktober 2, 2009 at 5:31 pm
hamba Allah said:
Susah untuk diterangkan secara ilmiah akan perkara ini. Cumanya saya mungkin boleh beri sedikit perumpamaan berdasarkan firasat yang lemah ini.
Umpamanya buah rambutan. Ada rambutan merah, rambutan gading, rambutan hijau, rambutan lekang dan sebagainya. Setiap rambutan itu ada rasa yang berlainan. Dan kita yang berbadan ini sentiasa ingin memperbandingkan yang mana sedap. Rambutan gading ke, rambutan lekang ke yang sedap. Kesedapan makan rambutan itu bergantung kepada lidah jasad masing-masing.
Kesimpulannya, kita pilihla rambutan yang mana satu kita anggap sedap dan kita mahu makan. Itulah yang dibandingkan Jalan Bapak dengan ilmu metafizik yang lain.
hamba Allah said:
Inilah yang di namakan ‘rasa’.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
29.
Mahmud Shah | Oktober 2, 2009 at 5:39 pm
dinda said:
Inilah ujian yang paling berat. Bagaimana untuk menanggalkan kepala dari jasad?
Pada pendapat saya, caranya cuma satu. Iaitu penumpuan pada ‘rasa’. Jujurnya, badan Diri saya pun tak perdapat lagi. huhu… mungkin ada di kalangan pembaca yang boleh bantu beri pencerahan.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
30.
Mahmud Shah | Oktober 2, 2009 at 5:46 pm
dinda said:
Guru pernah berpesan:
“kita tahu cili itu pedas. Tapi kita tahukah rasa pedas itu tanpa memakan cili tersebut?”
Inilah yang di namakan pengalaman… Kita mesti makan cili tersebut walau bagaimana pedasnya agar kita mengetahui rasa pedas tersebut, agar lain kali kita sudah diberitakan akan bahayanya cili.
Tapi, cili yang pedas yang mungkin bahaya itu mampu pula beri kita kebaikan dan kesedapan dalam makanan. Jadi, bagi saya, itulah yang mendewasakan ke’pedas’an dalam kehidupan.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
31.
Dinda | Oktober 2, 2009 at 10:05 pm
Sdra yang dihormati,
yang anehnya saya berulang-kali makan lada dan merasa pedasnya, serta tahu lagi akan pedas jenis lada, akan tetapi entahlah saya ni orang yang tidak serik2 barangkali. Maksudnya pedas yang menjadi pengalaman yang baik membuat saya leka dan lalai hingga kadang kali saya menjadi bodoh dalam perJalanan ini. Makin lama makin terasa kemanusiaan saya sangat2 memerlukan bimbingan dan pimpinan untuk menjawap persoalan siapakah saya ini.
Contohnya, adakala saya bukan saya ketika melakukan perkara yang bukan saya ketahui.
Diharap sdra yang saya hormati akan dapat memberi pandangan, jawapan atau pengertian tentang persoalan ini.
Terima kasih…….
32.
Mahmud Shah | Oktober 5, 2009 at 5:21 pm
dinda said:
Pada firasat saya, bimbingan dalam memperJalankan jalan kita ini dapat diperoleh secara terus dari guru-guru kita yang mengijazahkan kita. Namun, bak kata guru:
“Pengalaman adalah pembimbing yang terbaik”
Bila diamat-amati, benarlah. Bahawasanya pengalaman kita itulah merupakan pembimbing kita dalam menempuhi kehidupan. Selagi tiadanya pengalaman, selagi itulah kita tidak ke mana.
Manusia itu tidak bodoh, cumanya sering alpa dan lalai. Kealpaan dan kelalaian ini adalah berpunca dari hawa nafsu. Hawa nafsu kita itulah yang berpunca dari alam pemikiran yang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif itulah yang menjadikan kita terus terusan alpa dan lalai.
Makan lada dan merasa pedas adalah kehidupan dalam berpengalaman. Kita sudah tahu kepedasan lada itu, dan kita tidak boleh mungkir untuk merasainya. Cara terbaik dalam langkah itu ialah kita lupakan lada dan gantikan dengan terung.
Pada pendapat saya, kita serahkan semuanya pada Allah. Jgn lupakan ‘rasa’ yang diperdapat. Maka akan ingatlah kita akan kebesaran dan keagungan Allah Azzawajalla. InsyaAllah.
p/s: apa yang saya nukilkan di atas adalah berdasarkan rujukan saya kepada guru-guru yang dimuliakan.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
33.
Mahmud Shah | Oktober 5, 2009 at 5:32 pm
si rahsia said:
Salam sejahtera kepada saudara si rahsia. Terima kasih di atas ingatan saudara itu. Itulah terkadang membujur lalu melintang patah, ke mana hala ke mana tuju untuk ditempuh tidak diperdapatkan lagi. Firasat dan akal saling bertingkah, saling berkelahi untuk mendapatkan yang dinafsukan. Manusia seringkali menjadi manusia dengan ketiadaan pembimbing. Dan apa yang dimahukan ialah manusia yang bergelar insan kamil. Itulah yang kita cita-citakan sebagai khalifah di muka Bumi Allah ini.
InsyaAllah saudara, teguran dan bimbingan dari saudara dan adik-beradik seangkatan mampu memberi garis panduan kepada kami-kami yang masih lagi belajar. Benar. Jalan ini penuh rahsia dan adalah tidak bagus untuk diceritakan kepada yang tidak memahaminya.
Tapi saudara, apa salahnya kita jadikan kecanggihan teknologi sekarang sebagai tapak kita saling faham memahami dan bertukar-tukar pandangan mengenai ilmu pengetahuan?
Orang sudah ke bulan, adakah kita hanya menunggu tempurung yang menyelabungi kita pecah untuk mengetahui apa yang di luar sana?
…di mana aku berada di sana ada DIA…
34.
si rahsia | Oktober 7, 2009 at 4:13 pm
Saudara mahmud,
makasih kerna sudi beri perhatian di atas kata2 kami tempoh hari…
jujur dari kami yg sekali lagi kami nga punya niat untuk berbahas ataupun berdiskusi di laman ini apatah lagi tentang aliran ini…. meskipun di zaman yg berteknologi ini hingga ada yg uda sampai ke bulan namun ianya tetap tidak bermakna sesuatu rahsiaNYA itu bisa di kongsi bersama kerna tiada anjuran sesuatu fakta yg uda kukuh lagi uth mahu di pecah dikupas dibahas demi pengertian yg bisa mengkhawtirkan kami akan menimbulkan wasangka yg negatif serta implikasi yg bisa mengelirukan para bukan ahli atau ahli2 yg baru nanti …. maka itu anjuran kami biar lah ahli2 berjalan didalam persatuan yg ada
tanpa ada keraguan dalam membawakan nya kan ?
……….
35.
Mahmud Shah | Oktober 8, 2009 at 1:40 pm
Si rahsia said:
Benar kata saudara. Dan benar jualah kekuatiran saudara itu. Namun pada firasat saya, terkadang kita perlu BERANI dan BERFIKIRAN TERBUKA dalam membahaskan serta bertukar-tukar pendapat tentang perJalanan kita ini. Bukan saya seorang malahan ramai lagi para anak didik bapak yang masih belum benar-benar mengkaji akan perJalanan ini.
Secara peribadi, apa yang kita perolehi ini adalah suatu anugerah yang amat istimewa. Apa salahnya kita mengkaji? Jika ada tersalah kita tegur sama-sama. Jika ada benarnya kita akal kan sama-sama. Buang yang keruh ambil yang jernih kerana kita sudah ada syahadah.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
36.
si rahsia | Oktober 9, 2009 at 5:40 pm
Mahmud said :
Secara peribadi, apa yang kita perolehi ini adalah suatu anugerah yang amat istimewa. Apa salahnya kita mengkaji?
—————————————————————————-
Ya mahu mengkaji …Terserah lah kerana itu pendapat yg menurut firasat mu ……. kan ? mahu mengkaji perjalanan kamu kan ? memang kamu punya minat mahu mengkaji ..?
jadi bisa tahu apa email address mu ?
37.
Dinda | Oktober 12, 2009 at 3:05 pm
Assalamualaikom wrt…
Terima kasih yang tak terhingga memberikan jawapan, nesihat dan pandangan bagi badan diri saya.
saya ingin lanjutkan persoalan saya,
soalan 1.” Salahkah kalau kita kenalkan perJalan ini kepada saudara2 kita yang terdekat, ahli keluarga kita. Dan apakah cara yang terbaik untuk kita memperkenalkannya?”.
soalan 2. ” Apakah tindakan kita kalau rakan sealiran tidak aktif membawakan Jalan ini dan dalam masa yang sama dia tenggelam timbul mendatangi kita?”.
soalan 3. ” Apakah sebaik2 jalan untuk mendidik rakan2 kita agar mereka dapat memahami perJalanan ini dengan baik?”.
Diharap sdra sudi menjawab dan memberi pandangan ke atas soalan saya. -
38.
labu | Oktober 14, 2009 at 10:58 pm
salam,
izinkan kami beri penjelasan.
perihal pertama:
apabila belajar cara si labu, maka cara si labulah yang wajib diamal – ikut apa yang si labu anjurkan, dan hindari yang si labu tegah.
kalau belajar cara bapak, maka cara bapaklah yang wajib diamal – ikut apa yang bapak anjurkan, dan hindari yang bapak tegah.
dalam hal ini bapak pesan:
- ilmu ini jangan dipropagandakan;
- ini ilmu berbuat, bukan ilmu bercakap.
perihal kedua & ketiga:
kehidupan manusia bergantung kepada Tuhan – jantina, umur, dsb. dan apa yang dapat diketahui oleh seseorang itu bergantung kepada izin Tuhan jua, kerana Tuhan itu Tuhan yang mencipta ilmu, yang memiliki ilmu, yang mengajar, yang memberi kefahaman, dsb. takkan ada seorangpun dapat memberi lain orang faham, kecuali dengan izin Tuhan jua. namun, tak ada paksaan dalam ‘deen’. jadi, yang boleh hanya nasihat dan amaran jua. jangan persoalkan urusan Tuhan, itupun kalau mau bertuhan.
dalam hal ini bapak pesan:
- jangan suka menegur apa yang lain orang lakukan;
- jangan mengintip-intip kesalahan orang;
- jangan salah-menyalahkan (& jangan semai perbalahan);
- perbaiki badan dirimu dengan apa yang ada padamu, dan perbaiki apa yang di luar dari badan dirimu dengan apa yang ada padamu.
(kalau mau belajar, email terus kepada mahmud shah bagi mendapatkan maklumat-maklumat lanjut seperti yang beliau sarankan.)
39.
Dinda | Oktober 16, 2009 at 8:23 am
sdra yang dihormati…..
saya sangat berterima kasih diatas khidmat nesihat dan menurunkan kata2 nesihat daripada bapak. semoga akan menjadi panduan kepada kami.
kalau boleh dan kalau ada lagi sila titipkan kepada saya kata2 bapak yang boleh dikongsikan bersama demi mencari kebenaran dan kebaikan membawa Jalan ini.
terima kasih…… dinda
40.
Dinda | Oktober 16, 2009 at 8:38 am
sdra2 yang dikasihi..
tolong berikan e mail sdra Mahmud Shah kepada saya, e mail saya – ingat_rasa@yahoo.com
41.
Mahmud Shah | Oktober 19, 2009 at 11:51 am
email saya:
shah_arjuna@yahoo.com
42.
Dinda | Oktober 16, 2009 at 8:40 am
sdra yang dikasihi..
tolong berikan e mail sdra Mahmud Shah kepada saya, e mail saya – ingat_rasa@yahoo.com
43.
si rahsia | Oktober 16, 2009 at 2:45 pm
Ya… begini lah anjuran yg disarankan pada anak2 didik bapak … tanpa sering membahaskannya….
44.
Dinda | Oktober 16, 2009 at 3:31 pm
bolehkah kita tidak gunakan perkataan bahas, hanya nesihat menesihati, ingat mengingatkan, tegur menegur yang bukan secara details kita membahaskan perJalanan ini. saya seronok kawan2 dapat menesihati atau menegur saya demi kebaikan. kalaulah sekiranya pada pendapat sdra2 itu Rahsia tolong e mailkan jawapan sdra2 kepda saya : ingat_rasa@yahoo.com. saya sngat berbesar hati / mengucapkan jutaan trima ksih pda anda smua. terlebih dulu saya minta maaf bagi pihak saya sndiri klu2 ada yg kurang elok sya bicarakan.
45.
Mahmud Shah | Oktober 19, 2009 at 11:29 am
Dinda said:
Tidaklah salah, malah digalakkan sendiri oleh Allahyarham Bapak. Cara terbaik ialah dengan menyatakan ‘keindahan’ ilmu pengetahuan yang diperdapat ini.
Kita terus membawakannya dan terus terusan. Bak kata bapak, ilmu kita ini umpama emas. Walau ia jatuh ke dalam lubuk yang kotor dan busuk, ia akan tetap bersinar dan berharga. Itulah perumpamaan ilmu itu. Saya teringat lagi kata bapak dalam risalahnya:
‘telur yang kuberi dan amanahkan jika dipecah dan digoreng akan habis di situ jua tanpa diperkembangkan. Maka baiklah andainya telur yang diberi itu dieramkan agar beranak-pinak dan bertambah’
Kita pilihlah samada ingin makan terus telur yang diberi, atau dieramkan. Semuanya adalah pada badan Diri masing-masing. Jgn dirisaukan saudari, insyaAllah dengan adanya laman sebegini, kita boleh merapatkan lagi hubungan kita sesama ahli walaupun tanpa melihat muka. Di situlah ilmu ini diperkembangkan.
Sebaik-baik jalan ialah ‘pengAlaman’.
p/s: jawapan saya di atas adalah berdasarkan firasat badan Diri saya. Mungkin ada di kalangan saudara-saudari sealiran yang boleh singgah memberi jawapan. Kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Barulah telur yang diperdapat menjadi ayam dan bertelur lagi agar memberi manfaat kepada semua makhluk.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
46.
Mahmud Shah | Oktober 19, 2009 at 2:11 pm
Dinda said:
Setuju.
Tiada pula dilihat kepincangannya. Setiap manusia melakukan kesilapan, dari kesilapan itulah kita mengAlami. Bila sudah mengAlami, kita akan berInsan dengan sifat2 Insan Kamil. InsyaAllah, malahan penulis sendiri pun masih belajar dan belajar, maka dari situlah pengalaman demi pengalaman mengInsankan. InsyaAllah, sudah nampak kita-kita akan sinar tunggu tangan kita-kita untuk mewarna dan memanfaatkan ianya.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
47.
Dinda | Oktober 20, 2009 at 9:35 am
Salam hormat dan salam kebahagiaan……
kekadang ada masanya saya seolah2 mengatakan begini, “Alangkah bahagia dan seronoknya mereka2 yang sempat mendapat Jalan ini ketika hayat Bapak masih hidup”. saya adalah yang terkemudian dan ilmu yang didapat jauh brbeza dengan abg2 yang trdahulu. pengetahuan yang sampai agak berbeza dari seorg ke seorg. jadi apakah pendapat sdra2 ?
Pengetahuan: Dinda dalam bahasa daerah kami adalah adik bungsu. dalam keluarga, saya anak bungsu lelaki.
48.
Dinda | Oktober 20, 2009 at 9:52 am
salam hormat……
Apa yang bapak sarankan ialah jangan membawa alam fikiran dalam perJalanan ini. Namun bagi saya terlalu sukar untuk meninggalkannya. Ada saja gangguan. Mungkin juga diasuh sejak kecil begitu dan apabila dapat Jalan ini bercanggah pula. Soalan saya:
1. Apakah jalan terbaik bagi mengelakkan terlalu membawa alam fikiran khususnya dalam menjalani kehidupan seharian.
2. Semasa berJalan tolong bagi tip2 untuk khusyuk / tenang / fokus.
3. Untuk lebih meningkat apakah yang harus saya lakukan.
Diharap soalan2 ini tidak membebankan atau melainkan perasaan mana2 pihak. Terima kasih – Dinda
49.
Mahmud Shah | Oktober 21, 2009 at 5:38 pm
Dinda said:
Pada firasat saya, ilmu yang diperdapat adalah sama; yang berbezanya ialah cara kita membawanya. Pengetahuan berbeza adalah kerana pengAlaman masing2 yang berbeza. Bawakan sahaja, ingat pada ‘rasa yang terpancar’ maka perdapatlah ilmu yang dianugerahkan secara hakiki.
Ya betul. Selalunya alam fikiran mengganggu kita kerna sudah ada pengujinya iaitulah nafsu. Tumpuan untuk memisahkan alam fikiran dalam pembawaannya memang diakui amat susah. Itulah perdapatnya pengalaman. Tumpukan pada rasa yang terpancar di hujung-hujung jari. Di situlah segala rahsia. Di situlah setiap nadi kita disirami dengan keAkuan.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
50.
Mahmud Shah | Oktober 21, 2009 at 5:45 pm
Alam fikiran jua penting. Dalam kerja dan kehidupan kita seharian perlu guna fikiran bukan? Sebab itulah kata bapak dalam risalahnya:
“Ilmu yang boleh dipakai semasa hidup, dan boleh ditumpang semasa mati”
Apa maksudnya tu?
Cara saya, kita syahadah dan istighfar hingga terasa masuk ke ‘dalam’. Hingga sinar terpancar di setiap bukaan roma kulit. Hingga ber’jalan’ jauh nun ke lautan rohani yang tidak bertepi. Itu cara saya, mungkin ada cara lain, kita lihat sama2 siapa yang bertandang bagi penceritaannya.
Cari pengAlaman. Berdepan dengan masalah kehidupan secara fizikal dan batiniah. Berdepan dengan semua makhluk duniawi yang bermasalah. Di situlah ilmu itu akan memberi peningkatan yang amat menakjubkan. Pendapat badan diri sayalah. Mungkin ada pendapat lain, kita tunggu dan lihat siapa yang berani tampil keluar dari cengkerang lamanya.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
51.
si rahsia | Oktober 23, 2009 at 2:14 pm
Salam,
dinda…..
Biar kami katakan sesuatu demi sesuatu agar ada pegertian yg mudah difahami…. ianya hanyalah sebagai satu nasihat sahaja adapun maknanya bahas itu ialah bermaksud biarlah kita seharusnya menjalankan sessi diskusi / dialog soal jawab itu melalui email peribadi dan bukan lah untuk dijadikan tontonan umum. … tidak lebih dari itu pun maksud yg mahu disampaikan
saudara mahmud ….
terserahlah buat mu kerna itu caramu ..menurut kefahaman mu serta latihan kajian mu maka itulah pengalamanmu …. dan berjalan lah terus dgn cara mu ……
cuma sedikit yg kami bisa pesankan ….. kalau minta nya mahu meningkat …. tidak ada istilah dalam jalan bapak … cuma kita dipesan untuk terus berlatih hingga terlatih ………melalui guru2 para wakil atas niat dipimpin ditonton dan di didik – selebihnya
berjalanlah dengan kesesuaian pada diri sendiri agar ujian yg mendatang tidak menjadi beban/ tekanan buat para2 ahli yg berjalan sebagai anak didik …..
seharusnya kita yg punya aliran yg begini haruslah berbicara lewat email peribadi masing …agar kita tetap memelihara telur yg ada biar berjalan berkembang melalui pada laluan nya sendiri apapun yg empunya tetaplah empunya tak mungkin telurnya diberi dgn sia2 dan kalau pun menurut adab kan harus minta izin dulu …. agar kita tidak digelar si maling ….
kan uda berani mengaku yg masing2 membawa jalan aliran bapak … tetapi anehnya kenapa kita tidak mahu terus berjalan melalui aturan yg anjuran dari bapak oleh yg terdahulu ….
disini bukan tempatnya membuktikan kebenaran/ kesahihan tentang kepandaian2 dan juga kata2 yg emosi yg seolah2 mahu menjual atau pun provokator untuk kami tampil berbicarakan sesuatu hal yg mahu diceritakan,
cuma yg kami jadi hairan kerna berkali2 kami bilangkan yg kami tidak punya minat untuk berbahas berdikusi secara umum ….
ya saudara mahmud … harap kamu bisa dan tahu penyampaian maksud kami biar tidak disalah ertikan pula bagi pihak kamu lagi ….
Pesan bapak itu, jangan lah hingga yg ada di antara mejalankan memutarkan belit fakta mempercampur aduk ilmu darinya dgn kefahaman yg melalui pengalaman masing2 kemudian di bilang inilah ilmu dari bapak
.. ya kan ? cara bapak maka cara bapak lah …cara kamu maka cara kamu lah maka kita berjalan di rombongan yg berbeda …..
.. diri tetap diri … aku tetap aku dan kami tetap kami … yg kecil tetap yg kecil, bisa menerima dan yg besar tetap besar dan bisa memberi dan menerima ….itupun anjuran yg ditetapkan dari segi ilmu di aliran ini ….
52.
Mahmud Shah | Oktober 23, 2009 at 6:30 pm
si rahsia said:
Inilah yang mengakibatkan ilmu ini semakin lama semakin lapuk ditelan zaman. Mengapa saya berkata demikian? Ini adalah kerna anda terlalu takut pada umum. Terlalu takut untuk melakukan kesilapan. Kesilapan itulah yang akan membimbing kita. Dan kesilapan itulah yang menjadi ilmu yang amat berharga. Mengapa perlu disorokkan perkara yang baik?
Zaman dahulu, org2 Melayu amat berilmu. Penuh ilmunya di dada. Duniawi dan ukrowi. Mengapa org Melayu skrg tidak mampu lagi jadi sebegitu? Itulah, kerana takut untuk berkongsi ilmu sesama sendiri, takut pada kenyataan. Apa yang hendak ditakutkan jika ilmu yang diperdapat ini adalah ilmu yang bermanfaat? Salahkah untuk kita kongsi bersama untuk kemajuan bangsa kita? Guru dah membenarkan. Kerna itulah saya wujudkan blog ini bagi penceritaan dan perkongsian pengalaman.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
53.
si rahsia | Oktober 23, 2009 at 8:26 pm
salam …
bukan takut wahai saudara tetapi kata2 yg ada bisa mdatangkan biadaah di sisi masyarakat pasti timbul nanti….. sejarah juga terbukti berlakunya perkara ini maka kita itu wujudkan persatuan biar bebas bergerak aktif …. …. kalau tak tahu silakan bertanya wahai saudara ? ….
dari mana datang pengasas ilmu ini ? dari org melayu kah ??? siapa aja sebetulnya yg nga bisa hidup di kenyataan yg ada tertulis begini ?
bukan takut pada kenyataan tetapi hakikat nya nanti yg segelintir konon2nya terlalu asyik bicara tanpa memikirkan akibatnya ….. suruhlah si guru bertanya gurunya pula !!! katanya ada guru … masakan si guru2 tak tahu cara bapak ….?
iyakan kita ini masih lagi ada yg diTuakan di malaysia dan juga di indonesia …… tidak kah kamu tahu tentang hal ini …. sesuatu perkara yg kita juga perlu ambil tahu sebagai tititk panduan kerana mereka2 telah pun berjalan dahulu dari kita 2 yg masih lagi di tahap punya rasa dan masih sering berbicara tentangnya ? kan bicara yg ada lebih di kepala aja semua nya kalau yg si TAHU
janganlah bercakap seperti ilmu ini seperti kepunyaan kita lantaran kita dibukakan ….
…masakan sama rasa pembawakan tiap individu ….. berani kerana benar tetapi bercakap biar kena pada tempatnya …….. disini kita bisa tahu dan belajar meletakkan mendudukkan diri pada tempatnya wahai si banyak mahu …
mengertikah kamu hal ini ….. ????
tiada siapa menyalahkan blog ini namun akan tetapi kamu dan guru mu juga hanya di antara sahaja di antara sahaja dan di antara sahaja para ahli2 yg berpraktis di bidang ilmu bapak dan bukan lah terbuka dengan sendirinya …
.maka menceritakan hal perihal peribadi ilmu yg ada dari catatan pak bagindo bukankah di panggil propaganda ……. tahukah ? kenal benarkah kita ? mengertikah kita ? anjuran dari yg empuNYA ……
ilmu yg ada pada yg membawa itu tidak pernah lapuk dan tidak lekang dalam apapun keadaan nya biarpun berlaku peredaran zaman beratus2an tahun sekali pun tanpa dibicarakan secara umum …. apakah kamu tidak pernah tahu tentang hal ini….. ?
kesilapan tetap akan wujud dalam dimanapun kehidupan yg ada namanya manusia namun kesilapan yg bicara tentang sesuatu melibatkan ilmu ini bisa mendatangkan bidaah di sisi masyarakat tidak kah ia juga melibatkan ahli2 yg lain juga …. tidak kah kita kasihan pada mereka2 juga ?
54.
si rahsia | Oktober 23, 2009 at 8:45 pm
maafkan kami kalau2 kata yg dari kami bisa menyinggung mana2 pihak kerna tidak sedikit niatpun mahu menyinggung siapapun yg membawa cuma …..pendapat kami yg tidak seberapa ini sering kali sering kali sering kali disalah ertikan namun apapun kami mohon maaf sekali ….
iya terserahlah kerna kan masing2 punya cara nya tapi yg pasti hanyalah yg mengerti jalan bapak seharus tahu dengan siapakah kami si musafir hamba yg menyinggah di laman yg indah ini …. sekadar perhentian aja buat kami disini ….. ingat mengingatkan sesama dari kami untuk renungan juga kebaikan bersama buat semua anak2 didikan bapak …
wasalam …………
55.
Dinda | Oktober 26, 2009 at 8:48 pm
salam hormat dan kasih sayang kepada yang sudi memberi nesihat dan pandangan kepada saya.
sungguh terharu dan bercampur risau saya pabila membaca komen2 dalam blog ini. kenapa ada suasana yang kurang intim antara kita.
Adakah kerana pembawaan? kerana perguruan? kerana kepentingan? kerana kurang pengertian? kerana kenegerian? kerana individu? atau apa iya yang berselindung disebalik suasana.
Ya Allah ! maafkan saya kenapa begitu celupar saya membicara dan meluahkan kata2 yang tidak sepatutnya ini. tolong komen luahan saya ini kerana saya masih dangkal dan terlalu jauh nipis kefahaman saya tentang perJalanan ini, berbanding dengan anda semua.
sekali lagi maafkan saya kerana terlalu emosi dan membawa alam fikiran
…….dinda.
56.
si rahsia | Oktober 28, 2009 at 1:42 pm
salam kembali …
tidak ada suasana yg tidak intim pun di antara kita yg ada ..ya kami ini di antara ahli2 juga bersama dengan kamu semua ….
jgn lah ada sedikit pun rasa buruk sangka terhadap kenyataan yg kami pertontonkan ini kerna ia semata2 perhatian juga pendapat aja dari kami yg bodoh juga daif dari segi ilmu/ praktik yg di bawa …..
bagaimanapun ….. ini hanyalah buah pendapat kami yg bisa kita kongsi bersama … sekadar membetulkan fakta2 berdasar pengalaman2 mereka yg terdahulu ….
kami tetap damai dalam apapun situasi … walaupun ada kenyataan yg berbaurkan provokator namun kami cuba atasi sebaik mungkin untuk memberi pendapat, menjalankan sebaik mungkin dengan memberi kefahaman bagi setiap kekeliruan dalam membawakan aliran ini agar kita bisa lebih mengerti dan tahu apa yg dibawakan ……. renungi dan fahamilah dgn positif di setiap bicara kami dari awal dan mungkin bisa membantu sedikit sebanyak bagi setiap kekeliruan yg ada ……..menurut kefahaman masing2 tanpa ada pun bebanan di fikiran ….
yg pasti dan jelas , kami tidakpun menyalahkan mana2 pihak cuma sekadar berpesan biar kita ini lebih berhati2 dalam membicarakan sesuatu topik yg melibatkan aliran bapak agar bentuk penyampaian itu tidak mendatangkan bidaah di sisi mata masyarakat kerana bicara laman ini kan umum dan bisa di akses semua para penguna web … … kalau mahu bicara tentang ilmu si labu …. ya terserahjenis bicara nya ..akan tetapi kalau tentang ilmu bapak … ya beginilah anjuran yg telah pun disarankan dari awal ………
wassalam
57.
Dinda | Oktober 28, 2009 at 2:26 pm
Syukur alhamdulilah …….
lega hati saya pabila membaca jawapan dan penerangan anda. Tapi apapun ianya kita tidak sunyi dari intaian setan/iblis yang sentiasa berusaha memecahkan perpaduan dan keintiman kita. Dan semoga dalam hal ini saya sangat2 mengharap dari anda semua agar sudi membimbing dan menunjuk-ajar saya ke arah sebenar membawakan perJALANan almarhum BBM.
akhir sekali saya minta maaf atas keceluparan itu.
58.
MahmudShah | Oktober 30, 2009 at 4:38 pm
Si Rahsia said:
Anda berkata umpama anda tidak tahu asal usul orang Melayu. Agaknya di manakah asal usulnya orang Melayu di Tanah Melayu? Dari mana ya?
Di situlah rekabentuk pengAlaman diwujudkan. Kita diciptakan untuk mengAlami. Benar kan begitu? Setiap manusia ada pendapatnya dari badan Diri masing-masing. Termasuklah kita-kita sealiran. Saya fikir tidak salah kita bincang dan bertukar pendapat. Jika saudara tidak setuju, apa boleh buat…
Saya teringat kata guru: “setiap anak didik bapak ada bahagiannya masing-masing. Mungkin lebih mungkin kurang dan tak mungkin SAMA”.
Apa maksudnya saudara? Kita tak punya apa-apa. Semuanya pinjaman dari-Nya. Dipinjamnya kepada kita agar kita tahu cara menikmati anugerah-Nya. Anugerah ini hebat.
Dan saudara juga mengakuinya seperti ujaran saudara di bawah:
Adakah anda berkata bahawa anugerah yang kita perdapatkan ini tidak boleh dikembangkan dan dikongsi sesama makhluk? Di manakah keprihatinan saudara sebagai Insan Kamil?
Kita akui sudah jumpa ‘Diri’ bukan? Mengapa mahu malu?
Adakah saudara tidak jumpa lagi Diri itu? Adakah saudara masih biarkan dia terkurung di dalam sangkarnya? Mata hanya mampu melihat, tak mampu berbuat apa-apa?
…di mana aku berada di sana ada DIA…
59.
MahmudShah | Oktober 30, 2009 at 4:45 pm
si rahsia said:
Hik hik. Selagi namanya manusia, pasti akan melakukan kesilapan. Bidaah? Saudara, sila perbetulkan pendapat saudara yang dari ‘kepala’ itu. Bukankah Almarhum Bapak sudah beritahu, apa yang kita pelajari ini adalah ‘ilmu pengetahuan’. Ilmu pengetahuan ada kene mengena dengan bidaah ke? Kalau mahu bercerita tentang agama, silalah jumpa yang arif tentang agama. Ilmu ini adalah ilmu pengetahuan, dan tidak semestinya seiring dgn agama. Tak percaya? Kalau pernah datang kuliah, saudara mesti berkali-kali dengar dgn seorang anak didik bapak yang menganut Buddha.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
60.
MahmudShah | Oktober 30, 2009 at 4:52 pm
si rahsia said:
Insan Kamil. Alhamdulillah….
…di mana aku berada di sana ada DIA…
61.
MahmudShah | Oktober 30, 2009 at 4:58 pm
Dinda said:
Saudara jgnlah terlalu risau pada setan/ iblis. Apa yang saya diajar, semuanya berpunca dari ‘dalam’ kita. Jika kita tahu menggunakannya dan dekat pada-Nya sentiasa, insyaAllah, kesilapajn itulah yang akan menjadi kekuatan kita. InsyaAllah.
Tak mengapa celupar, kerana untuk tahu sakitnya kesakitan itu, perlulah kita sakit dahulu. Jgn nanti dah terhantuk baru terngadah.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
62.
MahmudShah | Oktober 30, 2009 at 5:00 pm
Dinda said:
Ingat ‘rasa’.
Belajar takkan pernak tamat.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
63.
Dinda | Oktober 30, 2009 at 9:26 pm
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas jawapan sdra.Mahmud. dan yang lain. Semoga ianya akan menambah pengertian bagi saya tentang Ilmu Pengetahuan (IP) ini.
Saya ingin bertanya sesiapa yang sudi menjawap atau menjelaskan,
1. Dalam surat bapak ada mengatakan ‘Pengakuan’ apakah itu?
2. Untuk apa kita mengadakan Pengakuan?
3. Bagaimanakah kita mengadakan Pengakuan?
4. Bilakah masa yang sebaik2nya kita mengadakan Pengakuan?
5. Adakah ayat2 tertentu? atau Dua Kalimah (2KS) sahaja dibaca ketika itu?
sekiranya jawapan terlalu rahsia tolong e mailkan pada saya: ingat_rasa@yahoo.com
64.
Mahmud Shah | November 6, 2009 at 10:30 pm
Dinda said:
Berdasarkan rujukan saya pada guru, ‘Pengakuan’ adalah suatu anugerah kepada badan ‘Diri’ anak didik bapak. Ia lebih kepada keistimewaan tertentu berdasarkan kecenderungan kita kepada sesuatu. Sebagai contoh, sekiranya kita cenderung untuk menggunakan ‘jalan’ ini membantu orang yang kerasukan jin, maka, kecenderungan ini akan terserlah dengan sendirinya apabila kita berhadapan dengan kes-kes kerasukan jin. Ini adalah salah satu.
Lain dari itu termasuklah pandangan orang lain atau org sekeliling terhadap kita. Mungkin pada perasaan badan Diri kita kita tiada apa-apa kosong tiada berilmu. Pada pandangan orang lain pula kita ini bukan sebarang orang. Itu sebagai contoh. Setiap badan Diri lain-lain pembawakannya. Itulah dia pengakuan yang dimaksudkan.
Jawapan bagi soalan-soalan yang lain akan saya huraikan kemudian selepas saya rujuk pada guru di sini. InsyaAllah.
…di mana aku berada di sana ada Dia…
65.
Dinda | November 10, 2009 at 9:31 am
alhamdulilah terima kasih atas jawapannya, semoga kefahaman saya akan bertambah dalam perJALANan ini.
Maafkan saya sekiranya saya ini rajin bertanya dan menyusahkan anda.
soalan saya:
Kita punya Jalan ini akan tetapi masih takut. Takut hantu, takut orang, takut miskin, takut mati…..dll.
1. Apakah sebabnya?
2. Bagaimana mengatasinya?