Ruh

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk ayat 85 yang bermaksud;

"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".

Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

Walau bagaimanapun, Imam Ghazali telah berjaya menghampirkan faham kepada makna dan rahsia ruh ini mengikut tingkat tertinggi kemampuan manusia dalam sebuah Kitabnya yang bernama “Risalatul li-Duniyyah”. Ikutilah kajian dan huraian yang dibuat secara ilmiah pada tajuk ini iaitu “Keistimewaan Ruh Insani” atau ikuti keseluruhan perbincangan tentang Ilmu Laduni yang diperolehi melalui ruh ini.

Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti sabdanya;

Sesunguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu [Riwayat Bukhari Muslim]

Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh dan dididik mengikut jalan thorikat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah kepadanya . Inilah maksud Imam Ghazali dengan katanya;

"Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala;jika sejahtera ia daripada barang yang lain daripada Allah".

Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur. Maka hasil atas segala anggota yang zhohir daripada ibadat atau lain daripada segala sifat-sifat Mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam Ghazali dengan katanya;

"Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun dhohir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang Zulumah."

Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguh guru-guru Ahli Tasauf melalui Thorikat yang dinamakan Ilmu Suluk kerana;

Tidak hasil kejernihan dan kesucian hati dengan tidak melalui Thorikat(Pengambilan Ilmu atau Amalan daripada guru)yang diterima daripada guru yang mursyid.

Dan tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak merasai "Zauk" kemanisan ibadat yang warid(dikurniakan oleh Allah) daripada hasil zikir dan;

Tiada boleh membeza antara yang hak dengan yang batil(makna sebenar hakikat makrifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil daripadaNya dan;

Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajali dan Kashaf yang hasil daripadaNya.

Dan tak dapat tidak , awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan jalan Zauk dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu.Seperti bahawa;

  • apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal Tuhannya bersifat dengan kuasa dan;
  • apabila mengenal dirinya bersifat dengan Papa nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Kaya dan;
  • apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat Fana nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Baqa dan;
  • apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal TuhanNya bersifat dengan Qadim.

Adapun asal kejadian segala Ashyaa'(sesuatu yang dijadikan Allah) ini mengikut pendapat Sufiah dijadikan dia daripada Nur Muhammad manakala Nur Muhammad itu dijadikan daripada Nurul Zat iaitu mereka berpegang kepada hadis Jabir yang tersebut di dalam kitab Ad-Durul-Nafs yang bermaksud;

Awal-awal barang yang telah dijadikan oleh Allah Taala itu Nur Nabi engkau hai Jabir. Maka menjadi Ia Allah daripadanya(Nur Muhammad) akan beberapa Asyaa' dan kamu daripada demikian itu Asyaa'.

Hai Jabir!!!..bahawasanya Allah Taala menjadi Ia sebelum Asyaa' akan Nur Nabi engkau daripadaNya (Nurul Zat)

Bahawasanya Allah Taala menjadi Ia akan Ruh Nabi SAW. daripada ZatNya dan menjadi Ia akan alam sekelian daripada Nur Muhammad SAW.

Tiga hadis ini Ihtimal(berpegang) penulis belum berjumpa Rawi atau Sanad siapakah yang mengeluarkan ini hadis. Tetapi ditanggung atas pendapat orang Sufi bahawasanya hadis ini diriwayatkan daripada Jabir; maka kita tidak berani hendak menolak pendapat sufi itu kerana sedikit ilmunya dan kurang pengetahuan.

Dan orang-orang Sufi mentafsir hadis ini mengikut kaedah yang terang dan jelas di sisi mereka kerana setengah golongan mentafsirkan hadis ini menyeleweng daripda hakikat dan tujuan asal iaitu bagi Sufi hadis ini ada sedikit takwil iaitu dari segi Nur.

Mengikut pendapat orang-orang Sufi maksud Nur Nabi SAW. itu bukan Nur dengan makna cahaya cerah seperti cahaya matahari atau bulan atau lain-lainnya. bahkan adalah ia(Nur) dengan makna Ruh kerana faham daripada hadis yang ketiga dan juga kerana Ruh Nabi SAW. itu dijadikan akan segala Asyaa’. Inilah maksud hadis Rasulullah SAW. yang bermaksud;

"Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala Ruh".

Maka adalah Ruh Nabi SAW. itu asal segala Ruh maka dinamakan dia;

  • Mazharul Atam
  • Khataman Nabiyin Wasayyidin Mursalin Warahmatan Li'aalamin [Kesudahan Nabi dan Penghulu Rasul-Rasul dan Rahmat untuk sekelian alam].

Adapun maksud dengan Nurul Zat Allah Taala itu bukan Nurul Zat dengan makna cahaya Zat kerana Nur dengan dengan makna cahaya itu makhluk(suatu yang lain daripada Allah). Barangsiapa mensifat Allah Taala dengan makhluk maka jadi KAFIR ia Wal’iyazubilLah bahkan adalah Ia nama bagi Sifat Kamalat Tuhan yang tak terhingga banyaknya dan pada istilah orang Sufi memadailah membilang empat Sifat jua iaitu;

  • Qudrat
  • Iradat
  • Ilmu
  • Kalam

dan termasuk A'yan Saabitah. Inilah yang dinamakan Nurul Zat Allah Taala.

Rujukan: Catatan Ilmu Suluk.

…di mana aku berada di sana ada DIA…

5 Respons

  1. one can argue that it can go both ways

  2. Maka adalah Ruh Nabi SAW. itu asal segala Ruh maka dinamakan dia;
    Quote dari tulisan atas.
    Jika ditukarkan bahasa “dia” dalam inggeris ertinya “you”. Lain bahasa lain sebutannya tapi tetap sama ertinya.
    Sudahkan yakin benar dengan panggilan tersebut. Mohon kepada Allah untuk medapat kebenaranya agar kamu termasuk orang2 yang benar dijalan Allah dan yang diredoi Allah.
    Firman Allah: “Wahai Muhammad, jika sesiapa bertanya kepada kamu tentang Ruh, katakan kepada mereka itu urusan Ku”.
    Tiada manusia atau makhluk Allah yang ada dimuka bumi ini tahu sebenar rahsia tentang Ruh. Apa alasan yang dikemukan tidak akan dapat merubah keadaan dan tidak akan dapat tahu kebenaran sebenarnya melainkan kepada hamba Allah yang Allah sendiri kehendaki diberi petunjuk kepada nya.
    Maaf, hanya penyampai dijalan Allah, kerna Allah, ilmu Allah, hak Allah, amal Allah, demi Allah.

    • Benar itu saudaraku. Penulis hanya menyampai di atas beberapa ilmu yang penulis pernah jumpa secara maya. Mana yang boleh diterima diambil, mana yang tidak mampu diterima buanglah. Semoga kita-kita diberikan oleh-Nya kejernihan akal fikiran san sanubari.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. bukankah tempat kediaman ruh, perjalanan ruh, … harus disucikan sobat???bukankah itu ada amalan dzikirnya???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: