Pengenalan Kepada Tanaman FERTIGASI

Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro. Fertigasi. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

ASAS FERTIGASI

Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan

Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cili.

KELEBIHAN FERTIGASI

Kaedah ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional. Di antara kelebihannya ialah :

1. Nutrient yang lengkap diberi boleh dikawal dari segi jumlah dan kehendak tanaman mengikut peringkat umur tumbuhan
2. Media dan persekitaran yang bersih menjamin dan menghindar masalah penyakit
3. Mengatasi masalah tanah ( tidak subur, perumah penyakit dan perosak )
4. Hasil yang lebih tinggi kerana tiada pembaziran dan akar menerima nutrient yang secukupnya
5. Tiada masalah merumpai/rumput
6. Kualiti hasil yang lebih baik
7. Penggunaan air dan baja yang lebih cekap dan ekonomi
8. Penjimatan tenaga buruh dengan system automatic
9. Kurang penggunaan racun
10. Jarak tanaman rapat dan diurus secara sistematik
11. Penyakit tidak boleh berjangkit antara pokok

Kebaikan Sistem Fertigasi

1. Meningkatkan hasil per unit dengan kepadatan tinggi
2. Mengatasi masalah tanah yang tidak subur
3. Nutrien dapat diberi mengikut peringkat pertumbuhan
4. Dapat menghindar penyakit pokok
5. Masalah rumpai kurang
6. Penggunaan racun dapat dikurangkan
7. Hasil yang lebih tinggi dan berkualiti

Masalah/halangan

1. Modal permulaan yang tinggi
2. Kos baja tinggi
3.Risiko kerugian yang tinggi dan tenaga buruh yang intensif
4.Kekurangan pengetahuan aspek baja dan penjagan rapi
5. Memerlu kualiti airyang baik
6. Memerlukan varieti yang sesuai dengan cuaca setempat
7. Memerlukan media, suhu dan kelembapan yang sesuai

Fertigasi – Penanaman sayur-sayuran adalah merupakan aktiviti yang lazim dilaksanakan oleh peladang-peladang di kawasan Muda sebagai satu sumber pendapatan sampingan. Kaedah yang dilakukan adalah menggunakan kaedah konvensional iaitu menanam di atas tanah. Kaedah ini hanya sesuai untuk sayuran yang mempunyai nilai rendah seperti sayuran berdaun dan berbuah yang berkualiti rendah. Penanaman dijalankan di tanah-tanah kosong dan di ban-ban sungai serta taliair.

Fertigasi – Kini tumpuan adalah diberi kepada tanaman sayuran berteknologi tinggi menggunakan kaedah fertigasi. Objektif projek tanaman sayuran fertigasi di Kawasan Muda ialah menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan peladang melalui tanaman sayuran di kawasan yang sesuai dan di kalangan peladang yang berpotensi. Sasaran projek ini ialah untuk meningkatkan pengeluaran hasil sayuran yang berkualiti dalam negara dan mengurangkan import dan meningkatkan eksport sayuran negara.

Fertigasi – Bagi merealisasikan program ini, konsep pelaksanaannya adalah dengan memperkenalkan teknologi penanaman sayuran bernilai tinggi di dalam rumah perlindungan hujan kepada peladang-peladang dan membaikpulih kawasan penanaman sayuran tradisi sedia ada melalui memperkenalkan teknik-teknik penanaman yang lebih produktif seperti penggunaan sistem pengairan fertigasi / titisan. Sehingga tahun 2005, sebanyak 8 buah PPK telah melaksanakan projek ini yang melibatkan 23 buah rumah fertigasi.

Jenis tanaman yang diberi tumpuan ialah tomato dan Golden Melon Langkawi. Ini adalah disebabkan oleh permintaan pasaran yang tinggi dan boleh diterima oleh pengguna.

Fertigasi – Sayuran atau buah melon yang ditanam dalam bahan media bukan tanah akan dibekalkan dengan larutan baja secara pengairan titis ke setiap tanaman di dalam polibeg pada kadar 2 liter / jam dalam tempoh kekerapan 4 hingga 6 titisan/hari (5 minit / titisan).

Bekalan larutan baja adalah secara automatik, dipam terus dari tangki utama ke paip bekalan utama, ke paip agihan kedua dan terus ke tiub bekalan titisan sehingga ke beg/bekas tanaman.

Peranan media campuran adalah merupakan sokongan mekanikal secara pegangan akar tanaman, mengekal kelembapan di sekitar akar, membentuk ruang udara pada akar, mengekal kelembapan air dan membekal air serta mineral
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili sayur strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca daripada tanah.

Fertigasi: Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.


Fertigasi: Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.
Kenapa anda perlu mengunakan sistem ini?

Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.

Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.

Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang.Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:

* Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
* Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
* Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
* Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
* Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
* Kualiti hasil yang lebih baik.
* Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%
* Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
* Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
* Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

(Rujukan: http://fertigasipdns.weebly.com/konsep.html)

Tujuh Petala Bumi – Bahagian 2

01

Adapun selepas dua hari, penulis terkesima dengan beberapa isu semasa di Malaysia yang menghubungkaitkan suatu pergolakan yang memerlukan kebijaksanaan pemimpin tertinggi Malaysia. Isu tersebut memungkinkan suatu ancaman kepada negara Malaysia yang kita cintai, di mana isu ini bagi penulis merupakan suatu muslihat dan al-sebab untuk mengkambinghitamkan negara Malaysia sebagai sasaran. Terdahulu sebelum itu, kita sudah sedia maklum tentang isu kehilangan pesawat awam, pengeboman pesawat awam, dan beberapa rentetan tragedi pesawat, diikuti dengan kisah-kisah politik yang semakin membuatkan kita meluat dan termasuk juga bencana alam yang Allah turunkan sebagai suatu amaran yakni jerebu, banjir (seolah-olah separuh semenanjung tenggelam), gempa bumi di Sabah, taufan di Melaka dan negeri utara tanahair dsbnya; yang merupakan suatu kesinambungan keseimbangan alam yang Allah mahu kita telitikan dan muhasabahkan. Betapa banyak negeri-negeri yang Allah hancurkan akibat daripada tangan manusia itu sendiri? Ini bertepatan dengan Firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 79 yang bermaksud:

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua BENCANA yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

Lihatlah. Bagaimana Allah sudahpun memberi peringatan. Apa sahaja BENCANA yang melanda sesebuah negeri adalah dari kesalahan diri kita sendiri. Maaf jika penulis tersilap. Penulis hanya menghuraikan beberapa bencana yang Allah kirimkan kepada negara kita berdasarkan firasat dan pemerhatian penulis yang bagi penulis secara adil dan neutral. Kita lihat bencana jerebu dahulu. Seluruh semenanjung diselaputi jerebu yang tebal. Hingga ramai yang sakit dan tak kurang juga yang menemui ajalnya akibat symtom jerebu. Silap kita menuduh negara lain menjadi puncanya. Bukan begitu yang sepatutnya. Selepas jerebu, kemarau dan Allah turunkan nyamuk Aedes yang mengakibatkan ramai yang menemui ajal juga kerana nyamuk yang halus ini. Adakah ini juga kebetulan? Tidak, tidak sama sekali. Bagi penulis, apa juga ‘sesuatu’ yang Allah turunkan, sebenarnya untuk menyuruh kita berfikir dan kembali kepada-Nya.

Begitu juga selepas beberapa ketika, banjir yang menenggelamkan Pantai Timur dan beberapa negeri di selatan dan utara. Salahkan juga pembukaan empangan negara jiran. Mengapa? Betulkah? Adakah hujan dari langit berpunca dari empangan? Kelakar. Cuba perhatikan semula punca al sebab mengapa banjir tersebut terjadi? Mengapa hingga kini tidak ada sebarang kajian untuk mengatasi masalah? Dan ajaibnya Negara Belanda yang beberapa ratus meter di bawah paras laut tak pernah banjir. Di mana silapnya pemerintah? Bukan itu yang penulis ingin sampaikan. Seharusnya rakyat di tempat yg dilanda banjir hendaklah sedar, mereka ada melakukan kesilapan. Apa dia? Nanti penulis akan huraikan. Begitu juga Sabah. Tak pernah dalam sejarah ada gempa bumi di Malaysia. Mengapa tiba-tiba ada gempa bumi? Mengapa Sabah sahaja bukan Sarawak? Mungkin kenyataan penulis ini agak tajam untuk dihadam dan diterima. Tapi, tidak ada salahnya untuk kita muhasabah diri, melihat kembali kesilapan kita. Jgnlah kita terlalu ego dengan sekularisme hingga segalanya dicari ‘kambing hitam’. Dan sekarang? Siapa yang dah jadi kambing hitam?

Maaf cakap. Sebelum ini sahabat-sahabat penulis ada membantu memberikan bantuan kepada sahabat-sahabat kita yang teruk dilanda banjir di Kelantan. Malangnya, banyak pakaian yang diderma DIBUANG begitu sahaja. Di manakah sifat syukur dan penghargaan kepada susah payah dan jerih perih orang yang memberi? Adakah ini sifat mukmin yang bersyukur? Bukan itu sahaja yang ingin penulis sampaikan. Itu hanya sedikit pemerhatian sahaja sebagai ‘kambing hitam’ dalam wakalah kali ini. Hakikatnya, isu besar yang melanda negara sekarang sepatutnya menjadikan setiap warganegara Malaysia bersatu dengan kerajaan untuk memberikan sokongan dan doa agar negara ini terus dipelihara Allah akan keamanannya; bukannya mengutuk pemimpin negara, bukannya meminta BR1M, bukannya menyalahkan pemimpin, bukan, bukan begitu caranya seorang yang bertakwa. Penulis berasa sedih dengan beberapa rentetan warga Malaysia yang seolah-olah tidak mempunyai sifat cintakan negara. Dan inilah antara sebab mengapa BENCANA diturunkan Allah kepada negara kita bertimpa-timpa. Kesilapan kita yang TIDAK TAHU BERSYUKUR.

Maaf, awal pagi ini penulis berasa perlu pula menyampaikan apa yang terbuku di dalam firasat penulis berkenaan situasi negara kita. Doa penulis, semoga Allah terus memelihara kedaulatan negara daripada dijajah dan bala bencana yang kita tidak jangka. Mudah-mudahan suatu masa kelak Allah akan memberikan ilham yang TERBAIK kepada pemimpin sedia ada untuk saling bersyukur, beramanah dan beriman di dalam apa sahaja keputusan yang hendak dilaksanakan. InsyaAllah dan Aamiin…

____________________________________________________________________

Dan tiba-tiba ada seseorang yang memegang kakiku daripada terus terbang ke saujana mega langit. Aku terkejut. Dan aku terus menoleh ke bawah. Dan aku lihat ada seorang lelaki yang cukup tampan, memakai pakaian ala-ala panglima di zaman silam berbaju kuning emas dan merah. Aku bertanya, siapakah engkau wahai makhluk Allah? Terus dia menjawab, aku adalah hamba Allah yang diutuskan untuk membantumu menembusi tujuh petala bumi. Aku terperanjat dan tergamam. Seterusnya si hamba Allah tadi menarikku terus ke puncak gunung siguntang. Katanya, di puncak gunung itulah ‘pintu’ ke Bumi yang seterusnya. Mungkin ramai yang tidak tahu di manakah itu sebenarnya gunung siguntang. Dan gunung itu berada si wilayah Sumatera Selatan, di amna suatu masa dahulu merupakan ‘stesyen’ untuk menembusi galaksi. Itulah yang dikatakan oleh Si Hamba Allah tadi.

Alam-yang-indah-jalantikus.com-as

Sesampainya di puncak gunung tersebut, aku diarahkan untuk duduk di atas suatu dipan yang tebal dan lembut. Kali pertama aku melihatnya. Aku melihat dan memerhatikan sekelilingku. Dan di hadapanku rupanya ada seekor naga yang besar, diikuti ribuan burung garuda yang mengiringi sang naga. Aku bertanya kepada Hamba Allah tadi; mengapa begitu banyaknya garuda dan ada seekor naga yang besar di sana? Kata Sang Hamba Allah, itulah bala tenteramu. Mereka akan mengiringimu untuk menembusi tujuh petala bumi dengan kekuatan yang luar biasa. Kau mesti ingat, amalkan ayat ini “xxx” sebaik sahaja dirimu melangkah ke pintu di sebalik pokok besar di sana. Itu arahan Si Hamba Allah.

Aku tertanya-tanya. Siapakah dia yang sebenarnya. Dahulu, semasa ayahandaku masih hidup, dia sering menyatakan bahawa dia pernah ketemu dengan Tok Tuah dan Tok Jebat. Kedua-dua panglima ini pernah berkata-kata dengannya. Aku telitikan bentuk tubuh Si Hamba Allah. Persis seperti gambaran Tok Tuah yang pernah ayahandaku gambarkan kepadaku. Dan pernah juga ayahandaku berpesan kepadaku, sekiranya sudah sampai masanya, kau akan di bawa masuk ke alam lain untuk memberimu suatu keyakinan kepada kuasa Allah yang Maha Bijaksana. Di kala itu, ingatlah, engkau sudah bersedia segalanya. Itulah pesan ayahandaku. Aku tergamam. Terus aku berdoa kepada Allah agar Allah memberikanku kekuatan dalam menempuhi perjalanan yang penuh keajaiban ini.

foto pemandangan yang menyejukkan mata, indah_thumb

Sebelum aku melalui dan melangkahi lubang di tengah-tengah pokok besar itu, Si Hamba Allah membawaku ketemu Sang Naga yang sebesar bangunan KLCC tersebut. Taring dan matanya sahaja sudah membuatkan ku cukup gentar dan menggigil. Si Hamba Allah tadi memberitahuku, janganlah tuan hamba gentar dan takut. Sesungguhnya naga ini adalah khadammu di dunia. Bersama naga ini ada ribuan garuda sebagai tentera suruhanmu nanti. Kemudian, Si Hamba Allah tadi menyentuh kepala naga yang besar tadi. Dan tiba-tiba naga itu semakin kecil dan kecil sebesar kucing dan berwujud seperti kucing merah peliharaanku di rumah. Manakala ribuan garuda tadi juga turut mengecil dan mengecil sebesar rama-rama yang sering hinggap di pokok kesidang dan pokok kenangaku di rumah. Kesemua Kucing dan rama-rama tadi berjalan ke arahku dan mendekati dan merenungku, seolah olahnya menunggu arahanku utuk meneruskan perjalanan bersamaku.

Si Hamba Allah, selanjutnya megusap ubun-ubunku dan memberiku sebentuk cincin delima merah untuk ku pakai. Katanya, cincin itu akan menjadi sumber tenagaku dan sumber makananku di sepanjang perjalanan nanti. Aku hanya mengangguk faham. Dia selanjutnya berkata, bahawa dia hanya mampu menghantarku hingga ke pintu bumi yang kedua. Selanjutnya nanti kau harus pergi sendiri bersama khadammu, katanya. Aku hanya mampu mengangguk tanda aku mengerti. Dan dengan lafaz Bismillah dan doa yang diajar tadi, aku bersama khadamku terus melangkaui pintu ‘portal’ di pokok besar tadi bersama-sama Si Hamba Allah. Sebaik sahaja aku melangkah dan membaca doa yang diajarnya tadi, dengan serta merta pakaianku bertukar seolah olah, aku memakai pakaian lengkap hulubalang istana. Serba merah dengan keris panjang di belakangku dan dua bilah keris di kanan kiriku. Lengkap dengan capal ajaib serta tanjak yang seolah-olah bersenyawa dengan tubuhku. Satu langkahku seolah-olah 1000 langkah manusia biasa. Dan begitu juga Si Hamba Allah dan semua khadamku tadi. Sebaik sahaja kami melangkah ke pintu tadi, aku berasa seolah-olah tubuhku mencair dan berubah bentuk. Tapi sebenarnya adalah kerana kekuatan tenaga di pintu tersebut. Aku terus membaca doa yang diajar tadi, dan tiba-tiba aku telah sampai di sebuah tempat baharu yang amat indah. Tempatnya sejuk dengan kewujudan beberapa haiwan-haiwan purba, seolah-olah di zaman dinasour.

dinosaurs_wallpaper-29125

(bersambung ke Bhagian 3)