Kempen Membela Kuda

Artikel di bawah adalah atas ehsan http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/. Marilah kita menghidupkan sunnah Rasullullah SAW di samping mempersediakan diri dan keluarga kita menghadapi ‘perang’ akhir zaman. InsyaAllah.
Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.
Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui ‘cross breed’ saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.


Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol
Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa” Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu ‘thoroughbred’

Tanda Ibu jari Rasullullah saw dileher
Kuda Arab….
Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli ‘pure breed’ terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya.Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ‘ original’ dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai ‘Baka Arab’ ! Wallahhuallam.
Kuda Dalam Al-Quran
Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘faras’, kuda jantan ‘fahl’ atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al–Quran perkataan ‘kuda’ disebut sebanyak 5 kali.

Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai ‘kuda’
sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
” Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat” Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian) Mengikut catitan dari buku kuda ” Fadl al-khayl” karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..Mengikut “Hidayat al-fursan fi shi’ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma’i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian dizaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.
Dalam Kitab “Hidayah” juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
Separuh Arab ( bapa arab, ibu dari luar )Khalifah Harun al-Rashid

Penaklukan Palestin
Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-negara Arab kerana kemasyhurannya menakluk dan membebaskan negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda.Kuda baginda bernama – Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma’i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.

Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:
Mengikut Kitab Asma’i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-
Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda putih dikuku kaki.Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna.

Pandanga Empat mazhab Imam
Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram.
Imam Malik dan Imam Ahmed hanbali menyatakan tidak menggalakkan pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.

Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW
Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam. Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap ‘Kuda Arab’. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri,
Keunikan kuda arab antaranya ialah:
1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.
Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kaki kuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda.
Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Cavalry’Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu ‘Kuda Asli Arab’.Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas. Kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik .Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.Untuk menguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.
DiRiwayat oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw mengajurkan pertandingan lumba kuda dimana yang pertama diberi hadiah ‘sabiq’ tiga, ‘musalli dua, tiga satu kuda, keempat satu dinar, kelima satu dirham, yang ke6 satu qasabah.
Rasullullah bersabda
” Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang memang ‘sabiq’ dan yang kalah ‘fiskil’.
Al-Baladhuri menyatakan:
Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: ” Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen.”Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata,” Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen.”
Mengikut riwayat Dar Qutni
Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira.”Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama ‘As-Sakaf’ yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.
Pertandingan Kuda
Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatih kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan.Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya “Masnad’ dimana Anas telah ditanya ” Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?” Anas menjawan “Ya””Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira.” Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.

Jarak Pertandingan
Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-
Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa = 1 batu ) untuk kuda muda.
Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali.Rasullullah saw amat gemar menunggang kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda.
Berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida Rasullah saw terhadap kuda, antaranya:-
” Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda” ( Kitab Masnab)
” Belajarlah memanah dan menunggang kuda” ( Hadith Muslim)
Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw
Kuda hitam, terdapat jalur putih di kepala dan mempunyai warna putih di bibir bahagian atas.
SISTEM PENGURUSAN KUDA
a.Mengikut Kumpulan-kumpulan Tertentu
b.Berdasarkan Umur Kuda
Dalam memelihara kuda beberapa aspek penting mengenai pengurusan perlu diberiperhatian seperti stable, sarap, penjagaan kaki, latihan, peralatan kuda dan sebagainya.
Stable
Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaanlantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik.
Saiz stabel yang sesuai adalah 3.0 m x 3.0 m (10′ x 10′) untuk kuda poni, 3.6 m x 3.0 m (12′ x 10′) untuk kuda sederhana besar dan 3.6 m x 3.6 m (12′ x 12′) untuk kuda besar dan stabeldibersihkan setiap hari.

Kerja-kerja di setiap waktu pagi dan petang..

1.Kuda dibawa berjalan-jalan
2.kuda dibiarkan Exercise bersendirian
3.Lunging kuda di dalam arena
4.melatihkan kuda (Latihan dibuat di dalam arena seluas 50m X 20m)



Latihan kuda
Kuda perlu dilatih seperti lungeing, gallop dan canter sekurang – kurang enam hari dalam seminggu. Latihan perlu bagi memastikan kuda berada dalam keadaan bersedia bagi tugas tertentu dan tidak terkejut untuk melakukan sesuatu tugas selain melancarkan darah serta mengurangkan risiko penyakit.
Teknik latihan kuda adalah berbeza mengikut fungsi atau kegunaan kuda seperti latihan asas menunggang, show jumping, dressage, endurance, lumba, polo dan sebagainya.

Persiapan Sebelum Latihan

-Semak Rekod Kesihatan
-Pasang ladam
-Kuda Sihat
-Kuda Cergas

Sarap (bedding)

Sarap (ketaman papan/jerami) perlu disediakan dalam stable dalam ketebalan enam inci untuk keselesaan, menyerap kelembapan dan urin, di samping mengelak kecederaan apabila duduk atau baring di dalam stabel. Sarap mesti dibersihkan, digemburkan setiap hari dan perlu diganti sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada keadaan sarap.

a) Tugas-tugas di stable

Mucking out & Bedding down
-Membuang tinja dan bekas abuk papan yang basah di tempat kuda kencing

-Membuang kekotoran pada abuk papan

-Tukar abuk papan… dan gantikan dengan yang baru… abuk papan di letakan menutupi lantai stable setebal 6” – 8”

Peralatan

1.Shovel

2.Beg plastik

3.Pencakar

Cara Melaksanakan Kerja

1.Keluarkan kuda dari stable

2.Di larang membuat bising

3.Ikatkan kuda

4.Dekati dengan cara yang betul

Tujuan Bedding

1.Permukaan yang lembut dan selesa

2.Persekitaran yang kering dan selesa

3.Menyerap bau-bau busuk

4.Mengekalkan kebersihan kuda

Jenis-Jenis

1.Jerami

2.Abuk papan

3.Pasir

b.Mendandan Kuda

Merapi Kuda (grooming)

Perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti kuda dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untukmembersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesansebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran darah serta pergerakan otot.
Malah yang lebih penting ia mengeratkan hubungan antara manusia dengan kuda danakan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang berkilat apabila didandan setiap hari.

1.Membuang Kekotoran

2.Membantu mengilapkan bulu

3.Membuat urutan

4.Sekali gus dapat lah mengesan keadaan kuda dan mengesan luka pada kuda
5. Memeriksa kaki kuda

Peralatan

Hoof pick

Dandy brush

Body brush

Curry comb

Mane comb

Penjagaan kaki dan kuku
Kaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan.
Tapak kaki hendaklah dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu disapuminyak kuku (hoof oil) setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau setiapkali selepas kuda dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah.
Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk memastikankedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda.
c. Memandikan Kuda

Kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan atau ketika cuaca yang panas dan jika keadaan kuda yang kotor.

1.Ikatkan kuda
2.Basahkan kuda
3.Buangkan kekotoran
4.Shampoo
5.Keringkan

d. Bersihkan bekas makanan dan minuman kuda tersebut..

e. Memberikan makanan dan minuman kepada kuda secukupnya

 

Makanan asas kuda terdiri dari chaff, bran, Pelet kuda(horse cube), hay dan PKE (palm kernel extract) bagi kuda yang tidak menjalankan latihan. Manakala makanantambahan terdiri dari elektrolit dan blok garam mineral.

Rumput segar yang sesuai ialah rumput kerbau dan rumput gajah. Makanan diperlukan sebanyak 2.5 peratus daripada berat badan kuda sehari.

1.Air bersih perlu ada setiap masa

2.Tetapkan masa pemberian makanan

3.Beri makanan yang bersih dan berkualiti-cukup kandungan zat yang diperlukan

4.Jangan simpan makanan terlalu lama
5.Beri makanan basah “succulent feed””

6.Beri makananyang mengandungi serat

7.Beri ikut berat dan kondisi badan
8.Sebarang perubahan makanan dibuat secara beransur

f.Kesihatan dan penyakit
Kuda merupakan haiwan yang mahal, justeru itu kematian kuda akan mengakibatkankerugian berpuluh ribu ringgit.
Antara masalah kesihatan dan penyakit yang perlu dikawal adalah kolik iaitu kegagalan membuang air besar yang boleh menyebabkan kematian.
Simptom masalah ini adalah kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless.
Rawatan: peringkat awal memimpin kuda supaya sentiasa berjalan dan menggalakkankuda meragut rumput segar bagi merangsang pengeluaran tinja.
Jika tidak beri suntikan Flunixin atau Cobaphos, Stress Vit, dan memasukkan Liquidparafin dan Fluids ke dalam badan kuda.
Tempang juga merupakan masalah kesihatan di bahagian kaki kuda, pergerakan kudayang tidak selesa kesan daripada rasa sakit boleh dirawat dengan memberi Butalonegranules, suntikan Flunixin dan rehatkan kuda sehingga sihat. Kurap boleh dikesanapabila kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding stabel.
Rawatan: Mandikan kuda menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine,sapukan krim topikal seperti beavate dan beriantihistamine.
Pembiakan
Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkanprogeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan daya ketahanan pada penyakit.
Pembiakan kuda tidak bermusim dan tempoh bunting adalah antara 300 hingga 365hari.
Pembiakan boleh dijalankan secara pengawanan semulajadi atau pemanian beradas.
Pusingan Pembiakan-selama 21 hari, dengan tempuh berahi 5 – 6 hari. Peringkat 24- 43 jam proses ovulasi berlaku.

Kilang Pituitari keluarkan FSH sebabkan Follicle matang. LH memecahkan Follicle dan telur dikeluarkan. Corpus Luteum keluarkan Hormon Progestron untuk persenyawaan.
Sebab Ketidaksuburan Kuda Betina
1.Penyakit
2.Kecacatan Struktur Pukas (Vulva)
3.Ketidak seimbangan Hormon
4.Faktor Pemakanan
5.Masaalah Psikologi
Melakukan Pembiakan Tabee
Kawasan yang sunyi dan selamat
Buat persediaan pada kuda betina
Laksanakan pembiakan tabee
Pembiakan Pemanian Beradas
1.Kurangkan risiko jangkitan penyakit
2.Cara yang rumit
3.Pengesahan Kebuntingan
4.Pemeriksaan secara rektum-> 42 hari,sediakan travis 2.5 m X 1.3 m X 0.75m
Ujian Darah > 40 – 110 hari, A – Z test dan MIP test.
5.Ujian Air Kencing > 120 – 300 hari

a.Pengurusan Kuda Bunting
1.Menjahit Bibir Faraj
2.Penbersihan Gigi
3.Pembersihan Kaki
4.Pemakanan
5.Pemberian Ubat Cacing
6.Exercise
b.Persediaan Kelahiran
1.Sediakan bilik 3.5 m Padu.
2.Padok yang banyak rumput
3.Sediakan Peralatan
c.Tanda-tanda Kelahiran
1. 2 – 4 hari sebelum melahirkan anak. Waxing up- 50% badan kuda keluarkan lilin,
2.Bagging up – ambing membesar beberapa jam sebelum kelahiran dan ada susu .
3.Ketidakselesaan- memecilkan diri
d.Proses Kelahiran
Peringkat 1- kuda gelisah dan placenta pecah, cecair gelap keluar daripada faraj
Peringkat 2- kuda meneran dan selaput anak kelihatan – berlaku setiap 3 minit. kesemua proses mengambil masa 20 minit.
Peringkat 3 – Apabila kepala anak kelihatan. 1 jam anak akan berdiri dan minum susu. 3 – 8 jam uri akan dikeluarkan.
e.Penjagaan Anak Kuda Baru Lahir
1.Biarkan anak bersama ibu,bersihkan hidung jika ada lendir, sapu iodin.
2.Tentukan dapat kolostrum mencukupi
Selepas 6 jam susu bantuan diberikan

Keselamatan pengendalian kuda
Kuda adalah haiwan yang mempunyai kebolehan merasai dan akan memberi responsterhadap perasaan takut penunggang.
Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkankuda tertekan dan mengambil peluang berkelakuan tidak baik. Sehubungan itu,penunggang perlu tenang.

Dalam hal ini, penunggang bukan semata-mata mendominasi kuda tetapi ia lebihkepada perkongsian dan saling mempercayai. Berikut adalah perkara-perkara yangperlu diambil kira semasa mendekati, menangkap dan menambat kuda:
Perlu berkeyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut)
Mendekati kuda secara perlahan-lahan dan beransur-ansur bermula dari bahagianhadapan kuda (muka dan kemudian sisi kiri di bahagian bahu kuda)
Berinteraksi dengan kuda dengan memanggil namanya atau sama ada boy (jantan) ataugirl(betina)
Usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengannya
Gunakan kolar kepala (headcollar) untuk menangkap kuda dan pengendali harus berada sebelah kiri kuda semasa pemasangan dilakukan.

Peralatan kuda

Peralatan kuda seperti saddle, bridle, stirrups, girths, numnah, topi dan peralatanmenunggang yang lain perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering juga dibersihkan setiap kali selepas digunakan dan seminggu sekali di sapu leather oil bagi mengelakkan kekeringan.



4 Respons

  1. Berapa harga saekor kuda sederhana

  2. Bergantung kepada jenis kuda. Jika mahu membeli kuda, belilah daripada anaknya. Di selangor, terengganu dan kelantan ada dijual anak kuda jenis baka Thoroughbred. Yang penulis lihat di mudah.my harganya sekitar RM8000.00 seekor. Jika kuda padi lebih murah, dalam lingkungan 1500 – 5000 seekor. Baka terbaik ialah kuda arab, mungkin mencecah puluhan ribu seekor. Selamat berkuda.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Rujukkan yang bagus. Boleh infokan tempat2 nak dapatkan kuda dikawasan negeri sembilan atau selangor. Nak bela seekor untuk kegunaan sendiri. Tolong hantarkan ke safefact@yahoo.com (0193164165)

  4. Ade ke course utk study psl kuda dgn lbih specific? Mcm pengurusan kuda kee..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: