Pemikiran Generasi-Y: Golongan Niat – Bab 1

Golongan makhluk dalam fb yang aku cukup menyampah!
iaitu golongan “niat”:

contoh:

” yang penting NIAT kita ni haa….bukan luaran…”

” aku letak gambar pakai purdah dlm fb ni niat aku bukan nak goda laki,tapi NIAT nak dakwah…nak tarik ramai lagi pakai purdah mcm aku ni haaaa…yang penting niat tuuu….”

“aku buka purdah dalam kelas bukan sebab nak tunjuk kecantikan aku kat budak2 laki dan pensyarah,tapi aku NIAT nak belajar….””tak pe aku nak pakai purdah on off,tak berdosa pun,sebab aku NIAT sunat bukan niat wajib…”

“apa kau tahu pasal NIAT aku?suka2 kau nilai aku,suka hati aku lah nak letak gambar ke tak…”

“aku pakai tudung tapi berfesyen2 moden mcm ni NIAT aku baik,aku nak tunjukkan yang islam ni tak berfikiran sempit,allah nilai niat,bukan perbuatan…”

“aku kawan dengan laki (bukan mahram) tu NIAT aku sebab nak tarik dia minat kepada islam,sebab budak tu teruk,tapi dia dengar cakap aku bila aku cakap pasal agama….”

dan macam-macam lagi lah komen2 NIAT yang memedihkan mata…
pergi mampus dengan niat-niat korang tu,lepas ni korang pegi makan babi niat kambing ok??

islam agama yang pentingkan niat tapi islam bukan agama yang segalanya halal asalkan niat baik???

fahaman nabi,para sahabat,tabi’in,tabi’ tabi’in,muhaddis dan semua ulama tentang NIAT adalah sangat jauh berbeza dengan makhluk2 niat di malaysia ni….

aku belajar hadis “innama’amaalu bin niyyat” (sesungguhnya amal itu tergantung niatnya) selama 30 hari tanpa henti,hadis yang sama tapi setiap hari syarahnya berbeza,dan dari pelajaran itu,kefahaman ‘niat halalkan cara’ ni tak pernah sekali-sekali wujud dalam islam,ia adalah bida’ah baru dalam masyarakat kita yang dipopularkan oleh golongan islam liberal yang cuba halalkan apa yang diharamkan allah atas nama ‘niat’.

apa pendapatmu jika bakal suamimu sering menonton video lucah dengan ‘niat’ ingin belajar cara jimak yang boleh menggembirakan isteri nanti?

apa pendapatmu jika seorang lelaki yang ingin bekerja sebagai tukang sembelih tapi sembelih kambing orang dengan ‘niat’ nak belajar cara sembelih yang betul?

apa pendapatmu sekumpulan perompak merompak rumah orang dengan ‘niat’ duit tu untuk bantu anak2 yatim yang miskin?

note: kan dah kena bom…depan aku jangan dok nak ‘niat-niat-niat’….

Rujukan: kamicintarasullullah.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: