Makna di sebalik Kita – Bab 2

Semakin lama semakin payah perhubungan ini. Aku cuba sabar, tetapi kesabaranku sering tercabar. Semakin aku cuba sabar, semakin kuat pula dugaannya. Kadang-kadang terfikir juga untuk ku lepaskan semuanya. Biar tenang hati ini. Biar aku boleh buat apa sahaja. Tapi, semakin aku rasa ingin tinggalkannya semakin rindu pula aku padanya. Apakah ini yg dinamakan sebuah silaturrahim yang umpama air dicincang tidak kan putus?

 

Hidup di dunia yang fana ini terlalu banyak dugaan dan pancaroba. Hidup yang benar2 hidup adalah sebuah ‘kematian’ di dalam jasad bernyawa. Aku pernah terfikirkan. Bagaimanakah hidup ini hendak dilayarkan? Bagaimanakah hidup ini hendak dikemudikan tanpa nyawa? Berbagai persoalan bodoh yang mula timbul tidak keruan. Di bahagian hatiku yang lagi satu menanyakan pula padaku. Kau sudah bersediakah untuk sebuah ‘kematian’? Dan hatiku yang sebelah lagi pula berkata, eh, jangan dulu, kau belum bersedia. Apakah kau mahu menjadi penghuni celaka? Itu ujarnya hatiku yang satu lagi.

Apabila kulihat kembali kehidupanku 10 tahun kebelakangan ini, begitu banyak ujian, kegagalan dan kejayaan. Kejayaan? Ya, disebalik kegagalan, terbenam sebuah kejayaan tidak terperi. Dan di sebalik kejayaan, terselindung sebuah kegagalan pula yang maha jahanam. Pernah ku minta pada Pencipta, berilah daku kejayaan dan kekayaan dalam hidup. Cukuplah dengan ujian kegagalan. Namun, sedikit demi sedikit, DIA sudah khabulkan apa yg aku minta. DIA sudah beri apa yang aku harapkan. Tapi, apabila berkait dengan ikatan silaturrahim, aku jadi terkedu. Aku jadi bimbang. Aku jadi risau. Adakah aku akan mampu menempuh onak ujian kejayaan? Adakah aku mampu memikul tanggungjawab yang berat yang aku pikul? Aku sudahpun mencipta tanggungan dari kayangan. Mampukah aku?

 

Aku tak mahu terkorban dan dikorbankan. Cukuplah aku berkorban sahaja. Cukuplah sehingga itu. Aku malu dengan malaikat yang tidak putus-putus menyuruhku bermalu. Tetapi, aku yang mmg dari dahulu bermuka tembok, tidak pernah malu-malu menempa bara api dari neraka. Apakah aku sudah cukup hebat? Oh, ujiankah ini? Pencipta, KAU lah yang Maha Bijaksana menciptakanku. Dan KAU juga tahu setara mana kemampuanku. Bantulah aku dengan rahmat-MU. Berkatilah kehidupanku di alam fana ini. Dengarlah suara hatiku. Dengarlah peperangan di dalamku yang tidak putus-putus mencari sebab dan akibat. Ya Allah, Yang Maha Lembut dan Yang Maha Kasih Sayang.

 

…bersambung….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: