Tujuh Sunnah Hebat dari Rasullullah SAW

Dalam kehidupan kita seharian, adakalanya kita mungkin telah banyak melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dari Allah SWT. Tetapi itulah manusia, tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan, dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi ini setiap hari iaitu:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul atau ayat Qursi.

Ketiga:

Jangan tingalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari org beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga Solat Dhuha. Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai org yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abi Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun is sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa iaitu ‘ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah'”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

 

Marilah kita amalkan bersama selagi hayat dikandung badan🙂

 

p/s: Nukilan diambil daripada rakan penulis daripada ceramah Ustaz Don Daniyal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: