Makna di sebalik kita – Bab 1

Hidup ini penuh dengan duri ranjau tidak bertepi. Entah bilakah berakhirnya segala bebanan dan kesulitan. Bila diingatkan balik, alangkah eloknya jika ketika kita berada di usia muda, kita tidak melakukan kesilapan dan kesalahan. Kadang-kadang hukum karma, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat, itu tidak boleh dipakai. Persoalannya sekarang, adakah jika berbuat baik pada seseorang yang sudah kita anggap adik beradik, maka dia juga akan berbuat baik kepada kita? Dan adakah kita berbuat jahat pada seseorang, makanya dia pun akan berbuat jahat pada kita?

Persetankan itu semua. Zaman sekarang lebih banyak syaitan bertopengkan manusia, dan sebaliknya, manusia bertopengkan syaitan. Kita mahu yang mana? Kehidupan yang senang dan serba mewah memanglah menjadi idaman dan cita-cita setiap insan. Namun, pernahkah kita terfikir, adakah bila kita senang dan kaya raya, kehidupan kita akan senang zahir dan batin? Mengapa agaknya Nabi SAW menolak untuk dijadikan raja yang kaya raya ketika pada mula-mula baginda diangkat menjadi Nabi dan Rasul? Begitu banyak pertanyaan dan persoalan yang difikirkan. Begitu banyak kesulitan dan kekusutan yang perlu diuraikan. Namun semakin ingin diuraikan kekusutan itu, maka ia menjadi semakin berbelit. Semakin rumit.

Kita mula menjadi sedar. Kita mula teringat kembali firman dari Yang Maha Esa, Allah tidak akan menguji sesuatu kaum itu dengan perkara yang dia tidak sanggup hadapinya. Ya, itu kata-kata Allah Azzawajalla. Maka kita semakin yakin, kita mampu menyelesaikan segala kerumitan dan permasalahan yang diuji. Allah SWT tidak zalim pada hambanya. Kita mampu tempuh, kerana itu kita diuji. Orang lain waimah ayahanda kita pun tidak diuji seperti kita diuji. Kita cukup bertawakkal disusuli dengan usaha yang tidak henti-henti. Mudah-mudahan ada sinar harapan untuk menjumpai jalan penyelesaian kesulitan ini.

Kita tidak seperti org lain. Org lain normal kehidupannya. Kita tidak normal walaupun zahir kita normal. Kita selalu membayangkan tejumpanya ‘anugerah’ dari Yang Maha Esa. Anugerah untuk mendapatkan rahmat dan hidayahnya menjumpai ‘kunci’ perbendaharaan bumi dan langit. Bilakah agaknya kita akan terjumpa? Dalam mimpi sudah ada alamat. Dalam berhidup sudah ada tanda. Namun, peliknya buah tidak jatuh-jatuh. Entahkan masak entahkan tidak buahnya. Adakah semua ini hasil dari sumpahan guru? Bagaimana guru begitu jugalah anak muridnya. Tidak banyak sedikit akan terkena calitnya. Kerana itu org tua pernah berpesan. Mencari guru jgn dicari yang susah melarat, kerana guru yang demikian akan mewujudkan anak murid yang begitu juga. Maka berguru jaga-jaga. Jangan sampai tersalah guru.

Penceritaan ini tidak akan habis. Peluahan ini tidak akan ada hujung tepinya. Mungkin ini suatu cara untuk mendapat ‘anugerah’ yang dinanti. Mudah mudahan tercapai jualah angan-angan Mat Jenin. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu jualah aku berserah dan kepada-Mu jualah aku menyembah. Kita yakin dengan ketentuan Allah, dan kita terima dengan apa jua impaknya. Harapnya impak yang baik dan suci, hilang segala warna hitam diganti dengan jernihnya intan berlian. – bersambung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: