Tentang PRU 13 Malaysia

Penulis berasa terpanggil untuk menulis sedikit berkenaan pendapat penulis tentang PRU 13 di Malaysia. Terlebih dahulu, penulis memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat-Nya jualah Malaysia masih tetap aman damai seperti sediakala. Walaupun hakikatnya berbagai-bagai isu berkenaan pihak pembangkang mahupun pihak pemerintah yang dominan, di mana kesemua isu ini boleh mengganggu gugat kemanan negara. Sebelum penulis terus menulis, penulis ingin membawa sidang pembaca sekalian kepada asal muasal negara yang bernama Malaysia. Malaysia dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Nama Malaysia diambil sejajar dengan keadaan masyarakat majmuk di negara kita yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan kaum. Penyatuan berbilang kaum itulah yang memungkinkan pemerintah pada ketika itu menukarkan nama Tanah Melayu kepada Malaysia; namun tetap menonjolkan orang Melayu sebagai bangsa yang dominan di Malay-sia.

Mengapa dahulu Malaysia dinamakan Tanah Melayu? Pastinya kerana ketuanan Melayu di bumi Malaysia termasuklah Singapura yg nama asalnya adalah Temasik. Singapura berpecah dari Tanah Melayu ketika itu adalah kerana desakan menteri Singapura ketika itu untuk berpecah dari Tanah Melayu untuk menjadi negara sendiri. Akibatnya, ketuanan Melayu dihapuskan dari Singapura, dan penduduk peribumi di Singapura disisihkan secara total. Malah lebih teruk dari itu, Islam sebagai agama rasmi juga dihapuskan sama sekali.

Kita kembali pula dengan keadaan yang berlaku sekarang di Malaysia (Tanah Melayu). Apa yang berlaku? Parti pembangkang yang kononnya gabungan di antara DAP, PKR dan PAS merupakan parti yang secara zahirnya merupakan gabungan pembangkang kepada sistem yang sediakala yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia. DAP dimonopoli oleh bangsa Cina manakala PKR dan PAS dimonopoli oleh bangsa Melayu. Di mana bangsa India dan lain2bangsa? Jawapannya, pandai-pandailah nak bergabung dengan mana-mana yang diminati. Jadi, gabungan yang diwar-warkan oleh parti pembangkang itu, tidak wujud malahan hamper mustahil, kerana setiap individual parti itu mempunyai idea dan agenda yang tersendiri. Mereka tidak mungkin bergabung di bawah satu bendera sepertimana yang dipraktikkan oleh Parti Perikatan atau lebih dikenali sebagai Barisan Nasional.

Berbeza dengan konsep penyatuan yang dilaksanakan oleh BN. Perikatan wakil semua bangsa adalah di bawah satu payung di mana UMNO merupakan parti yang dominan di antara MCA, MIC dan beberapa parti lain dari Sabah dan Sarawak yang bergabung keseluruhannya. Namun demikian, ketuanan Melayu masih ada pada BN di mana kedaulatan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan hak orang Melayu tiadak sekalipun dipertikaikan di dalam BN. Berbeza dengan dengan parti pembangkang, yang memperjuangkan hak sama rata di ‘Tanah Melayu’ selain banyak mempersoalkan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara serta lebih kurang hajar lagi, mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Tragedi 13 May yang berulang tahun semalam, mencatatkan sejarah yang sungguh besar dan bermanfaat dalam memberikan pengajaran kepada negara kita. Pertumpahan darah yang berlaku selain kemerosotan ekonomi negara memungkinkan kejadian serupa terus berlaku sekiranya bangsa lain (selain Melayu) BERANI mempersoalkan kedaulatan agama Islam, kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Tiga perkara ini adalah perkara dasar yang boleh menjadikan orang Melayu hilang sabar dan hilang sikap hormat menghormati kepada bangsa ‘asing’. Jadi, hati-hatilah terutamanya kepada pemimpin pembangkang dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ‘mengusik’ sensitiviti orang Melayu.

Ya, mungkin bangsa Cina (terutamanya) sudah berani ‘mengangkat kepala’ kerana menguasai ekonomi di Malaysia. Kita dapat lihat kebanyakan mereka yang berkereta besar, rumah besar dan kaya raya adalah bangsa Cina. Jadi, adakah kerana mereka kaya mereka mahu menjadi dominan dan ‘tawan’ Tanah Melayu? Silap besar. Mengapa penulis mengatakan silap besar? Satu sahaja bezanya antara orang Melayu dan bangsa lain. Kami ada Tuhan Yang Esa. Dan setiap hari kami melafazkan sumpah kepada Allah Azzawajalla dalam solat kami; “Sesungguhnya hidupku, matiku hanya untuk Allah”. Bila kami ada Allah, bergunakah harta benda dan materialistik yang melampau? Perlukah semuanya? Bagi kami cukuplah kehidupan yang sederhana. Konsep sikap orang Melayu ialah kami akan menghormati sesiapapun jua wa’imah mana-mana bangsa di dunia, sekiranya kami dihormati. Tapi ingat, jika kami tidak lagi dihormati, sikap kurang hajar dan biadap kami lebih ‘brutal’ daripada mana-mana bangsa di dunia. Jangan cabar Melayu!

Sikap lemah lembut, sikap kesederhanaan, sikap saling menghormati, sikap mahu lebih kurang, – semuanya adalah nilai murni orang Melayu di Malaysia yang memungkinkan tertangguhnya bencana di Malaysia. Jadi, bersyukurlah bangsa lain selain Melayu dan Bumiputra yang bermastautin di Malaysia kerana sifat tolak angsur orang Melayu kepada anda. Hormatilah kedaulatan agama Islam, kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Sebenarnya kunci kepada perpaduan di negara berbilang kaum ini, adalah sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan sampai orang Melayu men’zalimi’ bangsa lain di Malaysia, sepertimana yang berlaku di Indonesia. Cina, India mahupun bangsa lain selain bangsa Indonesia, tidak boleh berkutik langsung. Langsung tidak diberi apa-apa peluang, malahan nama mereka pun perlu ditukar kepada nama Indonesia. Terima kasih kepada Sukarno, kata saudara kita di Indonesia.

Siapapun pemimpin Malaysia, haruslah dihormati. Jangan sampai Raja-Raja Melayu masuk campur di dalam pemerintahan negara. istilah ‘syaitan’ yang dilabelkan kepada pemimpin no. 1 Malaysia oleh pemimpin pembangkang, merupakan sikap yang biadap dan kurang hajar yang harus diajar. Dahulu, pengkhianat negara dibuang ke Pulau Seychelles, sekarang, pengkhianat negara haruslah ‘dibuang’ dari muka bumi. Penulis secara jujurnya menyokong penubuhan semuala ISA yang boleh menyekat kemaraan anasir-anasir jahat yang boleh mengganggu kedaulatan negara. Ketika terwujudnya ISA dahulu, tiada siapa pun yang berani bersuara dan menimbulkan ketidakstabilan kerajaan di Malaysia. Semuanya ‘masuk dalam’. Termasuklah pemimpin pakatan pembangkang sekarang ini, berpengalaman di dalam ISA.  Apa pun, pengkhianat bangsa dan negara haruslah dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Kepada bangsa Melayu, sedarlah. Lihatlah begitu payah dan jerihnya nenek moyang kita mempertahankan kemerdekaan dan keharmonian negara. Sayangilah negara, sayangilah agama, dan sayangilah bangsa. Bersyukur dan bersatulah semuanya.  Ingatlah, walau apa pun permainan yang dimainkan pembangkang, lihat semula ke dalam diri. Lihat semula kepada apa yang kita sumbangkan kepada negara. Dan yang paling penting, sedarlah KETUANAN MELAYU di Malaysia.

Sekian, penulis sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman.

4 Respons

  1. setuju sgt dgn penulisan owner blog…so,pe plan nk basmi “pengkhianat2” yg ade skrg?….(skyez_o@yahoo.com)

    • Terima kasih. Sejarah silam banyak menunjukkan pengkhianat haruslah dibunuh. Mereka umpama api dalam sekam. Bagaimana cara bunuhnya? Berbilang caranya.

      Manakala kita sebagai rakyat di negara yang aman damai ini haruslah mempunyai pegangan dasar yang mantap dan jitu. Jangan mudah terpengaruh dengan pengkhianat bangsa dan negara. Pengkhianat jangan disokong. Pengkhianat memberikan tanda bahawa dianya adalah pengkhianat. Bukakan mata, pandanglah dengan mata hati bukan emosi. Bersyukurlah kita dengan anugerah Allah Azzawajalla kepada Malaysia.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  2. Sekiranya PR berjaya menumbangkan kerajaan BN yg didominasikan oleh UMNO… kemudian tertegaklah kerajaan PR [PKR PAS DAP] ….maka pada ketika tersebut orang-orang Melayu yg berada di bumi melayu [dulu disebut Tanah Melayu] secara keseluruhannya perlu bertanya atau wajib bertanya pd diri sendiri, di manakah kuasa Melayu hendak diterjemahkan? ..klu dulu kita dpt menterjemahkannya melalui kerusi UMNO…sayang sekali begitu ramai orang Melayu tidak menyayangi bangsanya sendiri….

    t/k..MS

  3. Kadang-kadang ramai yang tidak sedar kedudukan mereka sendiri di bumi Malaysia. Mempersoalkan itu dan ini, argument itu dan ini yang tidak berkesudahan. Mengapa agaknya mereka tak pandai nak bersyukur?

    Selain daripada itu, ada dikalangan bangsa sendiri yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri. Menjadi pengkhianat kerana sebab yang amat seni. Umpanya, tak dapat BR1M dsb. Sepatutnya wadah bangsa perlu diterjemahkan dengan wacana yang lebih konkrit. Melalui kesedaran kepada asal muasal, kesedaran tentang sejarah nusa dan bangsa. Bukan melalui hasutan dan provokasi yang melampau, hingga ramai bangsa yang terjerat ke kancah huru-hara yang tidak bertepian.

    Kita sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu perlulah bersatu padu. Persetankan gabungan pembangkang yang hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua. Memfitnah sana memcaci sini. Bangsa tidak nampakkah? Sampai bila mahu Nampak? Adakah sudah tehantuk baru terngadah? Seperti yang berlaku pada Temasik suatu ketika dahulu? Mahu begitu?

    Tepuk dada tanya iman. Bukan tanya emosi. Terima kasih saudara kembara.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: