Isteri @ Surirumah

Isteri diumpamakan ‘tulang rusuk’ lelaki. Untuk disayangi selain melengkapi apa yang kurang pada seorang suami. Isteri juga dikatakan perdana menteri di dalam rumahtangga. ‘Coordinator’ utama dalam mendidik anak-anak dan juga urusan seharian. Suami pula dikatakan sebagai Sultan/ Raja/ Khalifah di dalam rumahtangga. Yang menjadi ‘mastermind’ atau ‘leader’ dalam meletakkan objektif atau misi utama di dalam sesebuah keluarga menjadi kenyataan. Selain daripada pencari nafkah untuk kemaslahatan rumahtangga.

Pagi semalam penulis ada membuka sebuah siaran radio semasa dalam perjalanan ke pejabat. Penulis terdetik dengan mulut wanita yang bernama ‘isteri’ ini. Mereka suka membuat bantahan serta ‘complain’ tentang kerja mereka, keadaan suami mereka, keadaan rumahtangga mereka di radio. Yang si DJ nya pula kadangkala menyokong kadangkala mengapi-apikan. Sebagai contoh ada seorang pemanggil (isteri) mengeluh kerjanya banyak. Suami tak mahu tolong dia mengemas rumah, membasuh baju dsb. Sedangkan dia beritahu bahawa dia adalah surirumah sepenuh masa! Suami bekerja, tiap2 hari pergi kerja pukul 8 balik kerja pukul 6. Sudahlah tak bekerja, yg si isteri ini pulak mengeluh dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Mahukan keadilan. Mahu suami membuat kerja-kerja rumah menolongnya sepenuh masa. Abis dia buat apa kat rumah? Duduk bersolek tengok tv? Shopping sana sini? Pelik.

Pemanggil kedua pula adalah seorang isteri bekerja. Mengutuk terus suaminya di radio. Mengatakan suaminya tak mahu menolong langsung di rumah, tak mahu mengambil tahu urusan di rumah sedangkan si isteri bekerja sepertimana suaminya. Hmm… apa motif si wanita ini ya? Mahu meminta simpati? Mahu se-Maaysia menyokongnya mengatakan suaminya bersalah? Wow!

Kingdom Heart

Para isteri yang bernama wanita. Janganlah diwar-warkan keburukan suami kepada satu dunia. Siapa yang malu kalau bukan anda dan suami anda, keluarga anda? Kita seharusnya tahu fungsi kita masing-masing sebagai suami mahupun isteri. Jika isteri tak puas hati dengan tindakan suami yang hanya ‘tidak menolong kerja-kerja rumah’, senang sahaja. Ceritakan terus terang pada suami. Cari jalan penyelesaian. Susah sangatkah mengemas rumah, memasak dan menjaga anak? Jika perkara-perkara itu dirasakan terlalu berat, ambillah orang gaji. Kan selesai masalah.

Hakikatnya, penulis berasakan, tanggungjawab di rumah i.e. menjaga anak, mengemas rumah, membasuh baju dsb adalah tanggungjawab bersama. Suami dan isteri. Tapi isteri lebih lagi. Kerana wanita telah diberikan kelebihan oleh Allah lebih sensitif, lebih teliti, lebih bagus dalam menjaga rumahtangga. Ya, suami boleh membantu. Tapi sekadar yang dia ketahui. Tanggungjawab suami mencari nafkah. Memastikan keselamatan rumahtangga dan pemimpin keluarga. Kerana dosa isteri dan anak2 yang belum baligh adalah di bawah tanggungan suami. Bayangkanlah betapa beratnya tanggungjawab suami. Tak selesai di dunia sahaja. Isteri baru diberi tanggungjawab sedikit, nak merungut, complain, kalau sesama keluarga tak apalah. Ini satu dunia. Sedarlah, tanggungjawab isteri paling besar ialah menjaga maruah suami dan rumahtangga. Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya suatu persinggahan.

Fikir-fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: