Khasiat Azan

Azan dikatakan ‘panggilan’ untuk bersolat bagi umat Islam. Penulis teringat satu kejadian yang amat menyakitkan hati penulis ketika penulis tingal di sebuah hotel, yang kebiasaannya dijadikan tempat penginapan utama pelancong-pelancong luar negara. Tak perlulah penulis beritahu secara terperinci di negeri mana hotel tersebut. Tapi hotel ini bolehlah dikategorikan sebagai hotel bertaraf 5 bintang. Ketika itu penulis baru pulang dari bekerja dan kebetulan sudah hampir masuk waktu maghrib di mana hotel ini berhampiran dengan sebuah masjid yang apabila azan berkumandang gemaannya meliputi seluruh kawasan tersebut. Di tempat penulis menginap, di tingkat atas terdapat pelancong yang mungkin dari Korea atau China atau Taiwan, yang pastinya berkulit putih kuning sekumpulan. Tatkala mendengar azan ini, mereka mengajuk azan tersebut kemudiannya ketawa beramai-ramai. Mungkin di tempat mereka, mereka tidak pernah mendengarkan azan atau mereka memang berniat untuk mengejek. Jika tidak dikirakan jarak rumah penulis dengan merekalah, tak tahulah apa yang jadi. Mungkin hari itu ada bilik hotel yang terbakar. Penulis berasa amat tercabar dan harapan penulis ketika itu mudah-mudahan mereka dipanah petir. Kebetulannya, keesokan harinya penulis mendapat tahu daripada isteri penulis, terjadinya kematian di bilik tersebut semasa penulis sedang bekerja keesokan harinya. Bayar CASH dari langit!

Azan-pic

Pengajarannya, apa jua yang Allah syariatkan buat kita terutamanya Umat Islam dan seluruh alam, ada kedaulatannya yang tersendiri. Kepada orang kafir, atau yang bukan Islam, janganlah anda memperkecilkan agama langit ini. Hormatilah agama Islam sekiranya anda ingin dihormati oleh Umat Islam. Ingat-ingatlah pesanan ini, jgn sampai ada pula yang dipanah petir pula nanti.

Baiklah, kita terus masuk kepada topik asal perkongsian. Adapun orang tua penulis ada menurunkan salah satu kebaikan azan yang ingin penulis kongsikan kepada para pembaca sekalian. Petua yang diperdapat ini merupakan amalan orang-orang tua kita zaman dahulu di mana kita inilah penyambung warisannya untuk kita teruskan amalan itu. Sesungguhnya setiap apa yang Allah syariatkan kepada kita membawa seribu satu manfaat dan rahmat. Adapun petua tersebut adalah seperti di bawah:

1. Ketika azan berkumandang, hendaklah diam dan menjawab azan.

2. Ketika sampai pada lafadz “Assyhaduannamuhammaddarrosullulloh” yang membawa maksud “Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”, letakkan kedua-dua ibu jari tangan ke kelopak mata. Selepas menjawab ayat azan tersebut, sertailah dengan “Allohhummassoli’ala saiyidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wassalam’ sambil usapkan kedua-dua ibu jari tangan tadi di kelopak mata sekali usap.

3. Lakukan hal yang sama juga pada azan lafadz azan yang kedua.

Fadhilatnya:

1. Mengelakkan rabun.

2. Memperbetulkan fokus pada retina mata dan anak mata.

Alhamdullillah, amalan ini sudahpun dilaksanakan oleh salah seorang bapa saudara penulis. Hasilnya beliau yang sebelum ini memakai cermin mata, tidak lagi perlu memakainya kerana kesihatan matanya sudah pulih seperti sediakala. Marilah kita amalkan!

2 Respons

  1. There’s definately a great deal to find out about this topic.
    I really like all the points you’ve made.

  2. all the time i used to read smaller articles that also clear their motive, and that is also happening with this paragraph which I am reading now.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: