Tentang Palestin

Semalam penulis ada melihat berita di TV3 berkenaan dengan tindakan melampau Yahudi kepada bumi Palestin. Sudahlah merampas dan merompak tanah Palestin, kemudian mereka turut menyerang kanak-kanak dan wanita yang tidak berdaya. Kisah Palestin ini sudah lama. Bagaimana bumi Plaestin ini dirampas oleh Zionis juga sudah lama kita sedia maklum. Daripada sebesar daerah Tampin (pekan kecil) hinggalah sekarang hampir 90% negara Palestin dijajah dan dirampas oleh Zionis tanpa belas kasihan. Ramai rakyat Palestin yang disembelih dan dibunuh tidak kiralah lelaki, orang tua, perempuan mahupun kanak-kanak. Semuanya mereka pukul sama rata. Dan yang terbaru, seorang pemimpin Palestin baru sahaja dibom keretanya di kawasan awam. Bijak Zionis ini melancarkan tindakannya dengan alasan Palestin membunuh 4 orang askarnya. Amerika menyokong. PBB pula senyap.

 

Sebelum penulis menceritakan pokok sebenar perbincangan di atas, sukalah penulis ingin membawa para pembaca sekalian akan sejarah awal Palestin di dalam ketemadunan manusia. Palestin dikatakan bumi para anbiya’. Bumi yang dikatakan tempatnya kerajaan Nabi Sulaiman AS. Bumi yang dikatakan terdirinya kiblat orang Islam yang pertama, yakni Baitulmuqaddis. Hanyalah setelah Nabi SAW mendapat perintah perpindahan kiblat ke Ka’abah, barulah kiblat orang Islam itu ditukarkan. Sesungguhnya Allah Maha Luas Ilmunya. Mengapa dipindahkan kiblat tersebut adalah atas dasar yang hanya Allah jualah yang tahu (ketika itu). Tapi, sekarang kita sudah melihat dengan keadaan yang terjadi kepada bumi Palestin. Keadaan yang tidak memungkinkan keamanan yang dijanjikan Allah walaupun sejak dari zaman Musa AS, Bani Israel meyakini bahawa Palestin itulah ‘tanah yang dijanjikan’ oleh Tuhan mereka kepada mereka. Bagi mereka, merekalah bangsa terpilih dan sudah semestinya ramainya Nabi dan Rasul yang diangkat daripada bangsa mereka. Berdasarkan terjemahan Surah Al-Maidah ayat 21 dan 22 di bawah:

 

<BLOCKQUOTE> (Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)” (21)

Mereka menjawab: “Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)” (22) </BLOCKQUOTE>

 

Sudah diceritakan di dalam Qur’an bagaimana keadaannya bangsa Yahudi itu. Allah memerintahkan mereka memasuki Bumi Palestin itu. Tetapi mereka kecut perut kerana di Palestin itu terdapat bangsa yang gagah perkasa. Apa yang penulis ingin sampaikan di sini, Allah telah mentakdirkan bangsa Palestin itu adalah bangsa yang gagah perkasa. Hingga bangsa terpilih (Yahudi) itu tidak berani masuk ke Palestin ketika itu kerana keberadaan bangsa itu. Jadi, di manakah perginya bangsa yang gagah perkasa itu di Palestin? Mengapakah di zaman kini bangsa Palestin itu tidak boleh berbuat apa-apa untuk mencegah negara mereka diceroboh dan dijajah? Di manakah semangat mereka mempertahankan bangsa dan agama sepertimana nenek moyang mereka dahulu?

Jawapannya amat mudah. Bangsa ini sudah berpecah belah dan tiadanya sifat satupadu yang menyebabkan bangsa ini ditindas dan dijajah sewenang-wenangnya oleh zionis. Mereka cuba berlawan, tetapi cara perlawanan mereka tidak dirancang dan membuta tuli. Berbanding dengan Israel yang sentiasa bijak dan terancang serangannya. Selain itu, Israel sentiasa mempermajukan senjata dan tenteranya berbanding Palestin yang hanya mahu berbincang dengan PBB yang terang-terangan menyokong Israel. Berbincang yang tidak mendatangkan apa-apa. Israel tetap Israel. Hati mereka tidak akan berubah dan berlembut. Jadi inilah peluangnya kepada bangsa yang dahulunya gagah perkasa ini untuk melaungkan jihad fisabillillah. Namun jihad itu sepatutnya terancang, terlatih dan bukannya jihad membuta tuli. Apa yang penulis lihat, mereka melaungkan jihad, namun jihadnya membuta-tuli. Ketenteraan mereka lemah. Senjata mereka lemah. Mengapa mereka tidak meminta ‘senjata’ terus dari Allah Azzawajalla? Pastinya sebelum mereka dijajah itu berlaku sesuatu yang mereka lakukan yang mengundang murka Allah. Inilah yang menjadikan ‘senjata’ dari langit itu tersekat begitu sahaja.

 

Di dalam ayat 22 itu pula, sudah terang-terangan dinyatakan bahawa bangsa Yahudi ini akan memasuki Palestin jika bangsa Palestin ini keluar dari negeri mereka. ‘keluar’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘menyerah’, atau berpecah belah. Ternyata di sini, sesuatu bangsa itu sekiranya berpecah belah dan tidak bersatu padu pastinya mereka akan dijajah dan ditindas. Penulis senang untuk mengambil contoh sebuah negara yang di asia tenggara yang tidak pernah dijajah. Thailand. Mengapa negara ini tidak dijajah dan tiada mana-mana negara pun yang berani menjajahi/ menaklukkan Thailand sejak dahulu lagi. Sedangkan negara-negara sekeliling Thailand seperti Vietnam, Myanmar, Laos mahupun Malaysia sudah pun dijajah oleh Inggeris dan Jepun suatu ketika dahulu. Mengapa Thailand begitu kuat? Sudah semestinya kerana sistem beraja mereka selain semangat patriotisme mereka yang mengagumkan. Selain daripada kekuatan mereka dengan seni mempertahankan diri mereka (Muay-thai @ tomoi). Inilah yang diperlukan oleh sesuatu bangsa. Semangat dan kesiapsiagaan dalam mempertahankan negara dan agama.

 

Pengajaran dari kisah Palestin ini adalah amat mudah. Bangsa sesuatu negara perlulah bersatu padu dan jangan berpecah belah. Perkuatkan ketenteraan. Perkuatkan seni mempertahankan diri setiap individu bangsa seperti di Malaysia dan Indonesia adalah silat. Allahyarham datuk penulis dahulu pernah menuntut di Jambi, Sumatera untuk mengasah dan mempelajari ilmu persilatan dan ilmu kebatinannya; hingga ketika zaman Jepun menguasai Tanah Melayu, beliau pernah ditangkap dan hendak dipenggalkan kepalanya oleh askar Jepun. Apa yang berlaku, dalam masa sekelip mata sahaja beliau hilang dari pandangan, malahan pedang samurai Jepun itu pula memenggal kepala tuannya. Sumatera adalah salah sebuah negeri yang mempunyai selautan ilmu persilatan dan kebatinan yang boleh digunakan ketika kecemasan. Menuntutlah di samping jangan kita tinggalkan kewajiban kita kepada Allah, Rasul SAW, Ibu Bapa, Saudara dan bangsa. Rukun Islam jangan kita tinggalkan. Baca Qur’an perlu kita amalkan setiap hari kerana di situlah terletaknya senjata dari langit. Mungkin mereka (Yahudi) mempunyai teknologi ketenteraan yang tertinggi. Tapi siapakah yang paling tinggi teknologinya? Mampukah mereka melawan badai puting beliung dari langit? Jadi, bersamalah kita berdoa dan bermunajat agar bangsa kita tidak berpecah belah dan musnah sepertimana bangsa Palestin. InsyaAllah.

 

– nukilan Penulis.

 

Satu Respons

  1. Di dalam ayat 22 itu pula, sudah terang-terangan dinyatakan bahawa bangsa Yahudi ini akan memasuki Palestin jika bangsa Palestin ini keluar dari negeri mereka. ‘keluar’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘menyerah’, atau berpecah belah. Ternyata di sini, sesuatu bangsa itu sekiranya berpecah belah dan tidak bersatu padu pastinya mereka akan dijajah dan ditindas. Penulis senang untuk mengambil contoh sebuah negara yang di asia tenggara yang tidak pernah dijajah. Thailand. Mengapa negara ini tidak dijajah dan tiada mana-mana negara pun yang berani menjajahi/ menaklukkan Thailand sejak dahulu lagi. Sedangkan negara-negara sekeliling Thailand seperti Vietnam, Myanmar, Laos mahupun Malaysia sudah pun dijajah oleh Inggeris dan Jepun suatu ketika dahulu. Mengapa Thailand begitu kuat? Sudah semestinya kerana sistem beraja mereka selain semangat patriotisme mereka yang mengagumkan. Selain daripada kekuatan mereka dengan seni mempertahankan diri mereka (Muay-thai @ tomoi). Inilah yang diperlukan oleh sesuatu bangsa. Semangat dan kesiapsiagaan dalam mempertahankan negara dan agama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: