Nurul Izzah dan ‘kebebasan beragama’

Kenyataan puteri Anwar Ibrahim berkenaan isu kebebasan beragama untuk orang Melayu di Malaysia dilihat suatu perkara yang amat serius dan perlu diambil perhatian. Beliau menggunakan dasar kenyataannya melalui maksud Surah Al-Baqarah ayat 256:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”.

Maksud ayat di atas itu digunakan secara leluasa oleh Izzah untuk memberikan kebebasan beragama kepada orang Melayu di negara kita ini. Benar, memang maksud muhkamat ayat tersebut menyatakan dengan jelas “tidak ada paksaan dalam agama (Islam),…”, tapi tidakkah Izzah ketahui bahawa Melayu adalah sinonim dengan beragama Islam? Tidakkah Izzah mengkaji peranan Sultan dan Raja-Raja di Tanah Melayu untuk mempertahankan agama tauhid ini? lihat pula maksud ayat selepasnya:

“…kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”

Mengapa ayat sambungan di atas diletak sekali di dalam ayat yang pertama? Apakah maksud mutasyabihatnya? Tidak lain dan tidak bukan ingin menyatakan bahawa Islam adalah agama yang diredhai Allah walaupun diberikan kebebasan beragama kerana jika Allah Azzawajalla berkehendak nescaya Allah jadikan seluruhnya umat manusia menjadi Islam. Tetapi Allah berkehendak untuk mewujudkan kafir dan Islam agar menjadi pengajaran kepada orang Islam akan ketentuan Allah di dalam Lauh Mahfuz.

Kita sentuh pula dengan sesitiviti orang Melayu yang dikatakan menganut Islam sejak dari nenek moyang. Mengapa Melayu itu sinonim dengan beragama Islam? Bukan beragama Kristian, Hindu, Buddha mahupun agama animisme yang lain? Kita berbicara pula tentang perlembagaan yang memberi kebebasan beragama (kononnya) sepertimana yang dibahaskan oleh Nurul Izzah. Adakah apa yang ada pada perlembagaan itu adalah undang-undang tertinggi dala kehidupan manusia? Adakah Nurul Izzah mahu mewujudkan Aisyah @ Parameswary yang kedua atau Lina Joy yang kedua? Inikah yang mahu diujudkan oleh Anwar Ibrahim secara ironinya?

Nurul Izzah mahupun Anwar Ibrahim perlu ingat. Mengapa pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat mahupun pada zaman Uthmaniah dan Abbasiyah golongan murtad itu diperangi? Sesungguhnya sesiapa yang murtad setelah Islam perlu diperangi. Itu ketentuan Illahi. Hukum bagi golongan murtad ialah bunuh. Mengapa ketentuan ini diwartakan di dalam wahyu? Kita sebagai orang Islam yang Islam sejak zaman nenek moyang seharusnya mempertahankan Islam adalah agama untuk orang Melayu, bukan memberi ‘galakan’ untuk menjadi kafir. Kenyataan ‘murtad’ kelihatan lebih berkesan berbanding kenyataan ‘kebebasan beragama’ yang diwar-warkan oleh Nurul Izzah. Jadi gunakanlah perkataan ‘murtad’. Jangan guna perkataan ‘kebebasan’. Berani ke si Nurul Izzah ini agaknya nak gunakan perkataan itu ya?🙂

Jika ‘murtad’ digunakan, mungkin Nurul Izzah mahupun Anwar akan berkira-kira akan sokongan mereka kepada  gejala ‘murtad’ di Malaysia. Adakah pemimpin sebegini yang kita sebagai orang Islam mahukan? Adakah pemimpin yang menyokong gejala murtad yang terang terangan menentang Islam ini kita harus sokong? Sekurang-kurangnya kerajaan sediaada yang ada sekarang di Malaysia langsung tidak menyentuh isu-isu berkenaan Islam yang pastinya akan memecahbelahkan orang Melayu. Bangunlah para Muslimin dan Muslimat. Bukakan mata luas-luas. Pilihlah pemimpin yang sentiasa mendaulatkan Islam dan menghormati Raja-Raja Melayu. Persetankan segala bentuk anasir ‘wali syaitan’ yang ingin merasuk minda Muslimin dan Muslimat. Rasulullah SAW bersabda:

“Peganglah kalian kepada Al-Qur’an dan Sunnahku (Hadith). Maka kalian tidak akan sesat selamanya”

Nurul Izzah dan Anwar, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan. Sekiranya, tidak mahu ‘kembali’ maka teruskanlah agenda anda. Tunggulah teriakan malaikat yang menghancurkan anda sehancur-hancurnya.

– Penulis.

3 Respons

  1. assalam tuan,

    benarkah urusan barang anti racun tidak dapat di buat di malaysia di sebabkan tiada jenis racun yang mengikut spesifikasi antarabangsa untuk tujuan pengujian. Racun tersebut di khabarkan diharamkan di malaysia, hanya terdapat di INDON? Harap dapat penjelasan..kerana saya ada hubungan dengan tuan punya tempayan anti racun di malaysia.

    t.k

  2. Nak jaga hati. Walaupun tau dgn jelas tentang hukum, tp utk menjaga hati pihak tertentu dia sanggup mengeluarkan statement mcm tu. Kerana nak jaga hati jugala sebuah parti yg selama ini berkata tentang memperjuangkan Islam sanggup memecat org yg secara terang menentang murtad. Takut hilang sokongan? Adakah kepentingan politik lebih utama dari kepentingan agama?

  3. Ya, setuju sangat dengan pendapat nidiabaher tersebut. Persetankan konsep menjaga hati dalam menegakkan hukum dan hukuman. Buat apa menjaga hati jika kita seperti lembu dicucuk hidung? Seharusnya kita tidak harus beri peluang kepada ‘pendatang’ untuk memerintah. Di sinilah konsep pemerintahan ‘Republik Indonesia’ patut digunapakai untuk mendaulatkan agama dan bangsa.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: