Tentang Palestin

Semalam penulis ada melihat berita di TV3 berkenaan dengan tindakan melampau Yahudi kepada bumi Palestin. Sudahlah merampas dan merompak tanah Palestin, kemudian mereka turut menyerang kanak-kanak dan wanita yang tidak berdaya. Kisah Palestin ini sudah lama. Bagaimana bumi Plaestin ini dirampas oleh Zionis juga sudah lama kita sedia maklum. Daripada sebesar daerah Tampin (pekan kecil) hinggalah sekarang hampir 90% negara Palestin dijajah dan dirampas oleh Zionis tanpa belas kasihan. Ramai rakyat Palestin yang disembelih dan dibunuh tidak kiralah lelaki, orang tua, perempuan mahupun kanak-kanak. Semuanya mereka pukul sama rata. Dan yang terbaru, seorang pemimpin Palestin baru sahaja dibom keretanya di kawasan awam. Bijak Zionis ini melancarkan tindakannya dengan alasan Palestin membunuh 4 orang askarnya. Amerika menyokong. PBB pula senyap.

 

Sebelum penulis menceritakan pokok sebenar perbincangan di atas, sukalah penulis ingin membawa para pembaca sekalian akan sejarah awal Palestin di dalam ketemadunan manusia. Palestin dikatakan bumi para anbiya’. Bumi yang dikatakan tempatnya kerajaan Nabi Sulaiman AS. Bumi yang dikatakan terdirinya kiblat orang Islam yang pertama, yakni Baitulmuqaddis. Hanyalah setelah Nabi SAW mendapat perintah perpindahan kiblat ke Ka’abah, barulah kiblat orang Islam itu ditukarkan. Sesungguhnya Allah Maha Luas Ilmunya. Mengapa dipindahkan kiblat tersebut adalah atas dasar yang hanya Allah jualah yang tahu (ketika itu). Tapi, sekarang kita sudah melihat dengan keadaan yang terjadi kepada bumi Palestin. Keadaan yang tidak memungkinkan keamanan yang dijanjikan Allah walaupun sejak dari zaman Musa AS, Bani Israel meyakini bahawa Palestin itulah ‘tanah yang dijanjikan’ oleh Tuhan mereka kepada mereka. Bagi mereka, merekalah bangsa terpilih dan sudah semestinya ramainya Nabi dan Rasul yang diangkat daripada bangsa mereka. Berdasarkan terjemahan Surah Al-Maidah ayat 21 dan 22 di bawah:

 

<BLOCKQUOTE> (Nabi Musa berkata lagi): โ€œWahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)โ€ (21)

Mereka menjawab: โ€œWahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)โ€ (22) </BLOCKQUOTE>

 

Sudah diceritakan di dalam Qur’an bagaimana keadaannya bangsa Yahudi itu. Allah memerintahkan mereka memasuki Bumi Palestin itu. Tetapi mereka kecut perut kerana di Palestin itu terdapat bangsa yang gagah perkasa. Apa yang penulis ingin sampaikan di sini, Allah telah mentakdirkan bangsa Palestin itu adalah bangsa yang gagah perkasa. Hingga bangsa terpilih (Yahudi) itu tidak berani masuk ke Palestin ketika itu kerana keberadaan bangsa itu. Jadi, di manakah perginya bangsa yang gagah perkasa itu di Palestin? Mengapakah di zaman kini bangsa Palestin itu tidak boleh berbuat apa-apa untuk mencegah negara mereka diceroboh dan dijajah? Di manakah semangat mereka mempertahankan bangsa dan agama sepertimana nenek moyang mereka dahulu?

Jawapannya amat mudah. Bangsa ini sudah berpecah belah dan tiadanya sifat satupadu yang menyebabkan bangsa ini ditindas dan dijajah sewenang-wenangnya oleh zionis. Mereka cuba berlawan, tetapi cara perlawanan mereka tidak dirancang dan membuta tuli. Berbanding dengan Israel yang sentiasa bijak dan terancang serangannya. Selain itu, Israel sentiasa mempermajukan senjata dan tenteranya berbanding Palestin yang hanya mahu berbincang dengan PBB yang terang-terangan menyokong Israel. Berbincang yang tidak mendatangkan apa-apa. Israel tetap Israel. Hati mereka tidak akan berubah dan berlembut. Jadi inilah peluangnya kepada bangsa yang dahulunya gagah perkasa ini untuk melaungkan jihad fisabillillah. Namun jihad itu sepatutnya terancang, terlatih dan bukannya jihad membuta tuli. Apa yang penulis lihat, mereka melaungkan jihad, namun jihadnya membuta-tuli. Ketenteraan mereka lemah. Senjata mereka lemah. Mengapa mereka tidak meminta ‘senjata’ terus dari Allah Azzawajalla? Pastinya sebelum mereka dijajah itu berlaku sesuatu yang mereka lakukan yang mengundang murka Allah. Inilah yang menjadikan ‘senjata’ dari langit itu tersekat begitu sahaja.

 

Di dalam ayat 22 itu pula, sudah terang-terangan dinyatakan bahawa bangsa Yahudi ini akan memasuki Palestin jika bangsa Palestin ini keluar dari negeri mereka. ‘keluar’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘menyerah’, atau berpecah belah. Ternyata di sini, sesuatu bangsa itu sekiranya berpecah belah dan tidak bersatu padu pastinya mereka akan dijajah dan ditindas. Penulis senang untuk mengambil contoh sebuah negara yang di asia tenggara yang tidak pernah dijajah. Thailand. Mengapa negara ini tidak dijajah dan tiada mana-mana negara pun yang berani menjajahi/ menaklukkan Thailand sejak dahulu lagi. Sedangkan negara-negara sekeliling Thailand seperti Vietnam, Myanmar, Laos mahupun Malaysia sudah pun dijajah oleh Inggeris dan Jepun suatu ketika dahulu. Mengapa Thailand begitu kuat? Sudah semestinya kerana sistem beraja mereka selain semangat patriotisme mereka yang mengagumkan. Selain daripada kekuatan mereka dengan seni mempertahankan diri mereka (Muay-thai @ tomoi). Inilah yang diperlukan oleh sesuatu bangsa. Semangat dan kesiapsiagaan dalam mempertahankan negara dan agama.

 

Pengajaran dari kisah Palestin ini adalah amat mudah. Bangsa sesuatu negara perlulah bersatu padu dan jangan berpecah belah. Perkuatkan ketenteraan. Perkuatkan seni mempertahankan diri setiap individu bangsa seperti di Malaysia dan Indonesia adalah silat. Allahyarham datuk penulis dahulu pernah menuntut di Jambi, Sumatera untuk mengasah dan mempelajari ilmu persilatan dan ilmu kebatinannya; hingga ketika zaman Jepun menguasai Tanah Melayu, beliau pernah ditangkap dan hendak dipenggalkan kepalanya oleh askar Jepun. Apa yang berlaku, dalam masa sekelip mata sahaja beliau hilang dari pandangan, malahan pedang samurai Jepun itu pula memenggal kepala tuannya. Sumatera adalah salah sebuah negeri yang mempunyai selautan ilmu persilatan dan kebatinan yang boleh digunakan ketika kecemasan. Menuntutlah di samping jangan kita tinggalkan kewajiban kita kepada Allah, Rasul SAW, Ibu Bapa, Saudara dan bangsa. Rukun Islam jangan kita tinggalkan. Baca Qur’an perlu kita amalkan setiap hari kerana di situlah terletaknya senjata dari langit. Mungkin mereka (Yahudi) mempunyai teknologi ketenteraan yang tertinggi. Tapi siapakah yang paling tinggi teknologinya? Mampukah mereka melawan badai puting beliung dari langit? Jadi, bersamalah kita berdoa dan bermunajat agar bangsa kita tidak berpecah belah dan musnah sepertimana bangsa Palestin. InsyaAllah.

 

– nukilan Penulis.

 

Nurul Izzah dan ‘kebebasan beragama’

Kenyataan puteri Anwar Ibrahim berkenaan isu kebebasan beragama untuk orang Melayu di Malaysia dilihat suatu perkara yang amat serius dan perlu diambil perhatian. Beliau menggunakan dasar kenyataannya melalui maksud Surah Al-Baqarah ayat 256:

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”.

Maksud ayat di atas itu digunakan secara leluasa oleh Izzah untuk memberikan kebebasan beragama kepada orang Melayu di negara kita ini. Benar, memang maksud muhkamat ayat tersebut menyatakan dengan jelas “tidak ada paksaan dalam agama (Islam),…”, tapi tidakkah Izzah ketahui bahawa Melayu adalah sinonim dengan beragama Islam? Tidakkah Izzah mengkaji peranan Sultan dan Raja-Raja di Tanah Melayu untuk mempertahankan agama tauhid ini? lihat pula maksud ayat selepasnya:

“…kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”

Mengapa ayat sambungan di atas diletak sekali di dalam ayat yang pertama? Apakah maksud mutasyabihatnya? Tidak lain dan tidak bukan ingin menyatakan bahawa Islam adalah agama yang diredhai Allah walaupun diberikan kebebasan beragama kerana jika Allah Azzawajalla berkehendak nescaya Allah jadikan seluruhnya umat manusia menjadi Islam. Tetapi Allah berkehendak untuk mewujudkan kafir dan Islam agar menjadi pengajaran kepada orang Islam akan ketentuan Allah di dalam Lauh Mahfuz.

Kita sentuh pula dengan sesitiviti orang Melayu yang dikatakan menganut Islam sejak dari nenek moyang. Mengapa Melayu itu sinonim dengan beragama Islam? Bukan beragama Kristian, Hindu, Buddha mahupun agama animisme yang lain? Kita berbicara pula tentang perlembagaan yang memberi kebebasan beragama (kononnya) sepertimana yang dibahaskan oleh Nurul Izzah. Adakah apa yang ada pada perlembagaan itu adalah undang-undang tertinggi dala kehidupan manusia? Adakah Nurul Izzah mahu mewujudkan Aisyah @ Parameswary yang kedua atau Lina Joy yang kedua? Inikah yang mahu diujudkan oleh Anwar Ibrahim secara ironinya?

Nurul Izzah mahupun Anwar Ibrahim perlu ingat. Mengapa pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat mahupun pada zaman Uthmaniah dan Abbasiyah golongan murtad itu diperangi? Sesungguhnya sesiapa yang murtad setelah Islam perlu diperangi. Itu ketentuan Illahi. Hukum bagi golongan murtad ialah bunuh. Mengapa ketentuan ini diwartakan di dalam wahyu? Kita sebagai orang Islam yang Islam sejak zaman nenek moyang seharusnya mempertahankan Islam adalah agama untuk orang Melayu, bukan memberi ‘galakan’ untuk menjadi kafir. Kenyataan ‘murtad’ kelihatan lebih berkesan berbanding kenyataan ‘kebebasan beragama’ yang diwar-warkan oleh Nurul Izzah. Jadi gunakanlah perkataan ‘murtad’. Jangan guna perkataan ‘kebebasan’. Berani ke si Nurul Izzah ini agaknya nak gunakan perkataan itu ya? ๐Ÿ™‚

Jika ‘murtad’ digunakan, mungkin Nurul Izzah mahupun Anwar akan berkira-kira akan sokongan mereka kepadaย  gejala ‘murtad’ di Malaysia. Adakah pemimpin sebegini yang kita sebagai orang Islam mahukan? Adakah pemimpin yang menyokong gejala murtad yang terang terangan menentang Islam ini kita harus sokong? Sekurang-kurangnya kerajaan sediaada yang ada sekarang di Malaysia langsung tidak menyentuh isu-isu berkenaan Islam yang pastinya akan memecahbelahkan orang Melayu. Bangunlah para Muslimin dan Muslimat. Bukakan mata luas-luas. Pilihlah pemimpin yang sentiasa mendaulatkan Islam dan menghormati Raja-Raja Melayu. Persetankan segala bentuk anasir ‘wali syaitan’ yang ingin merasuk minda Muslimin dan Muslimat. Rasulullah SAW bersabda:

“Peganglah kalian kepada Al-Qur’an dan Sunnahku (Hadith). Maka kalian tidak akan sesat selamanya”

Nurul Izzah dan Anwar, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan. Sekiranya, tidak mahu ‘kembali’ maka teruskanlah agenda anda. Tunggulah teriakan malaikat yang menghancurkan anda sehancur-hancurnya.

– Penulis.

Rahsia Surah Maryam & Asy Syuura

(Asy-Syuura ayat 1- 2) ุญู… ุนุณู‚ ย ย ย  (Maryam ayat 1) ูƒู‡ูŠุนุต

Atau dengan huruf terpisah adalah :

ูƒ ู‡ ูŠ ุน ุต ย  ย  ย  ย  ย  ย  ุญ ู… ุน ุณ ู‚

Ayat ayat di atas merupakan ayat dari surat maryam ayat ke 1 dan surat Asy-Syuura ayat 1-2 yang berupa huruf yang disebut juga ” Ayat Fawatih As- Suwar ( Ayat pembuka surat-surat ), Ilmu ini diterjemahkan dari kitab Syamsul Ma’arif Al- Qubra kepunyaan ” Syeikh Al-Imam Ahmad Ibni Ali Al- buuny “, Sebagian Ulama seperti Syeikh Zainuddin Al-Kaafy mengatakan bahwa Ayat ayat di atas merupakan Asma Al-‘Adzom, karenaย  ayat ayat tersebut mempunyai rahasia dan keajaiban-keajaiban tersendiri di mana rahasianya sendiri terletak pada huruf-hurufnya yang mengandung ayat ayat yg lainnya. Isi kandungan dari 10 huruf di atas sebagai berikut :

ูƒ ูƒูŽู…ูŽุงุก ุฃูŽู†ุฒูŽู„ู’ู†ูŽุงู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ููŽุงุฎู’ุชูŽู„ูŽุทูŽ ุจูู‡ู ู†ูŽุจูŽุงุชู ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ููŽุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ู‡ูŽุดููŠู…ุงู‹ ุชูŽุฐู’ุฑููˆู‡ู ุงู„ุฑู‘ููŠูŽุงุญู ย  ุญ

Artinya : “Sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin”.[Al-Kahfi 18:45]

Hurufย ูƒ dari surat maryam ayat 1 merupakan huruf awal dari surat kahfi ayat 45, Dan huruf ย  ุญ dari surat Asy-Syuura ayat 1 merupakan hurufย  ย  ุญ juga dari surat Kahfi ayat 45

ู‡ ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุนูŽุงู„ูู…ู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจ ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽู‡ูŽุงุฏูŽุฉู ู‡ููˆูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู

ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู ู…

ย Artinya : “Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.[Al-Hasyr 59:22]

Huruf ู‡ dari surat Maryam ayat 1 merupakan Huruf awal dari surat Al- Hasyr ayat 22, Dan hurufย  ู… dari surat Asy-Syuura ayat 1 merupakan huruf akhir dari Surat Al-Hasyr ayat 22

ูŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุขุฒูููŽุฉู ุฅูุฐู ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ู„ูŽุฏูŽู‰ ุงู„ู’ุญูŽู†ูŽุงุฌูุฑู ูƒูŽุงุธูู…ููŠู†ูŽ ู…ูŽุง ู„ูู„ุธู‘ูŽุงู„ูู…ููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุญูŽู…ููŠู…ู ูˆูŽู„ูŽุง ุดูŽูููŠุนู ูŠูุทูŽุงุนู ุน

ย Artinya : ” hari yang dekat (hari kiamat yaitu) ketika hati (menyesak) sampai di kerongkongan dengan menahan kesedihan. Orang-orang yang zalim tidak mempunyai teman setia seorangpun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafa’at yang diterima syafa’atnya”.(Ghafir/ Al Mu’min 40:18)

ุน ุนูŽู„ูู…ูŽุชู’ ู†ูŽูู’ุณูŒ ู…ู‘ูŽุง ุฃูŽุญู’ุถูŽุฑูŽุชู’ ููŽู„ูŽุง ุฃูู‚ู’ุณูู…ู ุจูุงู„ู’ุฎูู†ู‘ูŽุณู ุงู„ู’ุฌูŽูˆูŽุงุฑู ุงู„ู’ูƒูู†ู‘ูŽุณู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุฅูุฐูŽุง ุนูŽุณู’ุนูŽุณูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ุฅูุฐูŽุง ุชูŽู†ูŽูู‘ูŽุณูŽ ุณ

Artinya : “ maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,yang beredar dan terbenam, demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing ”ย 
[ At-Takwir 81:14 – 18 ]ย ย 
ย ย 

ุต ุต ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ุฐููŠ ุงู„ุฐู‘ููƒู’ุฑู ุจูŽู„ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูƒูŽููŽุฑููˆุง ูููŠ ุนูุฒู‘ูŽุฉู ูˆูŽุดูู‚ูŽุงู‚ู ู‚

Artinya : “ Shaad, demi Al Qur’an yang mempunyai keagungan, Sebenarnya orang-orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit”.[Shaad 38: 1 – 2]ย 

Tata cara mengamalkan ke 5 Ayat diatas adalah sebagai berikut :
1. Jika mempunyai hajat, 5 Ayat di atas dibaca 66 x pada tengah malam setelah tahajjud.
2. Jika ingin mencari orang yang lari/ hilang, kepalkan semua jari tangan anda lalu buka satu persatu sambil membaca Kaf ha ya ‘ain shad ha mim ‘ain syin qof, setiap huruf untuk setiap jari yg dimulai dari ibu jari tangan kanan dan seterusnya, setelah itu bacalah 5 Ayat diatas 100 x sambil membayangkan wajah orang tsb, maka yglari/ hilang akan kembali semula.
3. Untuk Jalbur Rizqi 5 Ayat diatas dibaca 313 x, Kemudian membaca Do’a dibawah ini 3x:
Allohumma Inni As aluka An tarjuqoni Rizqon halalan toyyiban wasi’an katsiran min Ghairi Ta’abin wala ihtisabin wala masyaqatin wala dhararin innaka ‘ala kulli say in qadiir bihaqqi Kaf Ha Ya ‘Ain Shadย  wa Ha Mim ‘Ain Sin Qaf.

Demikian khasiat ayat-ayat Allah.
(Rujukan: ghaib99.blogspot.com)

Orchid Biru (Aggerik Biru) diperlukan

Bersempena dengan bulan Muharram tak lama lagi ni, penulis ingin mengumumkan kepada sidang pembaca akan permintaan seorang guru yang memerlukan anggerik biru/ orchid biru untuk ditukarganti ke alam ‘sebelah’. Sekiranya ada para pembaca yang mungkin menanam atau ternampak spesis orchid ini di mana-mana, ambillah dan hubungi penulis di +6019-6050509 (Shah) untuk urusan selanjutnya. InsyaAllah boleh dijadikan wang. Ciri-ciri orchid/ anggerik yang dikehendaki ialah:

1. Berwarna biru – walaupun birunya berbeza tetapi tetap biru.

2. Sekurang-kurangnya 9 kuntum.

3. Cara mengambilnya perlu dengan akar2nya sekali (sebatang pokok lengkap).

4. Sebelum mencabut pokoknya itu, bacalah basmallah dan salam kepada Nabi Allah Ilyas alaihissalam (nabi penjaga pokok2).

 

 

Selamat mencari :-).

 

Tentang Ayam Jantan Putih

Khasiat Ayam Jantan Putih diterjemahkan dari kitab “Hayatu Al- Hayawanu Al- Qubro”, yang di susun oleh seorang Waliyulloh “Syeikh Al- ‘Allamah Kamaluddin Abu Al -Baqo’ Muhammad Bin Musa Bin ‘Isa Ad- Damiry R.A “, Kitab ini ( 2 Juz ) berhasil di selesaikan oleh beliau pada tahun 808 Hijriyyah. Isi kitabnya sendiri adalah menceritakan Khasiat2 dari semua Hewan yang ada di Bumi ini Baik keseluruhannya maupun organ-organ tertentu berikut manfa’at, Takwil mimpinya, Keajaiban2 nya, Hukum memakannya, Riwayat2nya dengan rujukan dari Al-Qur’an & Hadist hadist Shohih Serta Qaul para Ulama’ – Ulama’ salaf, salah satunya adalah Khasiat Ayam Jantan Putih yg diterjemahkan dari kitab tsb pada Halaman 394 juz I Di dalam Bab Hewan ke 350 Ad- Diiku (Ayam Jantan).

Ayam Jantan Putih merupakan Hewan kesayangan Rosululloh SAW sesuai Hadist – hadist Rosululloh SAW, Para Ulama’ -Ulama Ahli Tajri bermufakat Bahwa Ayam Jantan Putih; salah satu khasiatnya ialah dapat menjaga rumah dan Penghuninya serta Isi Rumahnya dari gangguan Jin, Ilmu Hitam, Pencuri, Kebakaran dan mereka para Ulama Tajrib menjamin apabila anda menyembelih ayam jantan putih (untuk kenduri kesyukuran) maka anda sekeluarga akan di selamatkan oleh Alloh s.wt dari segala macam mara bahaya baik pada keluarganya maupun hartanya.

Hadist di bawah ini hadist sohih yang diriwayatkan oleh Abdul Haq bin qoni’ dengan isnadnya sampai pada Jabir binAtswab bin ‘Atabah bahwa sesungguhnya Rosulalloh saw bersabda :

“AD-DIIKU AL- ABYADU KHOLILII ”
(Ayam Jantan Putih Adalah kesayanganku)

Dan dalam hadist riwayat yg lain adalah :

” AD-DIIKU AL-ABYADU SODIQII WA ‘ADUWWU ASY-SYAYTONI, YAHRUSU SOHIBAHU WA SAB’A DUURI KHOLFAHU ”
( Ayam jantan putih adalah sahabatku dan musuhnya Setan, dia menjaga rumah pemiliknya dan 7 rumah di belakangnya (jiran)

Dan dalam hadist yang lain adalah :

“AD-DIIKU AL-ABYADU HABIBII WA HABIBU HABIBII JIBRILA YAHRUSU BAYTAHU WA SITTATA ‘ASYARA BAYTAN MIN JIRONIHI”
(Ayam jantan putih merupakan kekasihku dan kecintaannya kekasihku Jibril a.s. Dia menjaga rumah pemiliknya dan 16 rumah tetangganya).

Rumah anda di ganggu oleh mahluk halus, atau sering kecurian tidak usah panggil pemburu hantu atau Kahin (dukun), cukup laksanakan sunnah Rosululloh saw carilah oleh anda Ayam Jantan Putih Mulus (Bukan Ayam daging tapi Ayam kampung, ayam Adu atau ayam Afrika).
Diriwayatkan oleh Asy-syeikh Muhibuddin At-Tobary :
“Bahwa sesungguhnya Rosululloh saw mempunyai se ekor Ayam jantan putih dan telah menjadi kebiasaan apabila Rosululloh saw mengadakan suatu perjalanan dengan para sahabat-sahabatnya, Ayam jago putihnya selalu beliau bawa serta agar senantiasa mereka di perjalan mengetahui waktu-waktu sholat dari suara kokok nya ayam tsb.”
Di riwayat kan dalam Hadist Shohih yang diriwayat kan oleh : Imam Bukhori, Muslim, At-Turmudzi, An-Nasa’i dari Abu Hurairoh R.A sesungguhnya Rosululloh saw bersabda :
“IDZA SAMI’TUM SIYAHA AD-DIIKATI FAS ALULLOHA MIN FADLIHI, FAINNAHA RO AT MALAKAN, WA IDZA SAMI’TUM NUHAQOL HAMIRI FA TA’AWWADZUU BILLAHI MIN ASY SYAITONI, FAINNAHA ROAT SYAITONAN.”

(Apabila kamu sekalian mendengar suara berkokoknya ayam maka berdo’alah meminta pada Alloh dari keutamaanya, Karena sesungguhnya Ayam tersebut telah melihat seorang malaikat, Dan apabila kamu sekalian mendengar suara ringkik keledai, Maka berta’udz lah kepada Alloh (Memohon perlindungan) dari gangguan setan, Karena sesungguhnya keledai tsb telah melihat Setan).

Di riwayatkan dalam Mu’azzam At-Tobroni dan dalam Tarikh Asbihan dari Rosululloh saw bersabda :

“Sesungguhnya Alloh S.W.T memiliki se ekor Ayam jantan putih yang ke dua sayapnya dihiasi permata permata Jabarjad, Yaqut dan Mutiara, 1 sayap di Timur dan Sayap yang lainya di Barat, Kepalanya berada di bawah Arasy dan berdirinya ayam tsb di udara , Ayam tsb senantiasa berkokok mengumandangkan Adzan di tiap waktu sahur, Maka Adzan tersebut terdengar oleh penduduk langit & Penduduk bumi kecuali Manusia dan Jin yang tidak dapat mendengar Adzannya , Maka tatkala Kokok Adzannya berkumandang di jawablah secara bersahutan oleh suara kokok Ayam – Ayam jantan yang ada di muka Bumi, maka apabila Hari Qiamat sudah dekat, Alloh S.W.T berfirman pada Ayam tsb: “Kumpulkanlah sayap sayapmu dan rendahkanlah suaramu”, mengetahuilah semua penduduk langit & Bumi kecuali Manusia Jin yang tidak mengetahuinya, Bahwasanya Hari Qiamat sudah dekat.”

Di riwayatkan Dalam sebuah Hadist yg di riwayatkan oleh Ats-Tsa’labi R.A telah bersabda Rosululloh S.A.W :

TSALASATU ASWATIN YUHIBBUHALLOHU TA’ALA : SAUTU AD-DIIKI, WA SAUTU QORIIL QUR’ANI, WA SAUTUL MUSTAGFIRINA BIL ASHARI.

(3 Suara yang paling di sukai oleh Allah Ta’ala iaitu Suara Kokok ayam jantan, Suara pembaca Qur’an dan suaranya orang-orang yang ber Istighfar di waktu sahur.)

Jadi, sesiapa yang duduk di kampung-kampung yang mana boleh membela ayam, maka utamakanlah membela ayam jantan putih sepertimana amalan Nabi SAW.

Wallohu’alam.

(Rujukan: http://ghaib99.blogspot.com/)

By MahmudShah Posted in Agama