‘Idea’ untuk berubah

Assalammu’alaikum wbt kepada semua pengunjung setia mahmudshah.wordpress.com. Terima kasih atas sokongan padu sahabat pengunjung dan sidang pembaca sekalian yang sudi singgah di ‘teratak’ ini walaupun dikekang oleh urusan seharian yang tidak kunjung padam. Begitu jugalah adanya pada penulis. Berpagi-pagi ini, penulis berkesempatan singgah sebentar melihat keberadaan ‘teratak’ penulis ini. Alhamdulillah, ramai yang singgah sekurang-kurangnya sempat meneguk satu dua air bujang.🙂

Topik yang tiba-tiba terlintas di sanubari penulis ini adalah berkenaandengan ‘berubah’. Apa itu ‘berubah’? Apa yang boleh dihuraikan dengan ‘berubah’? Berubah apa? Adapun penulis berasa terpanggil untuk menghuraikan falsafah berubah ini. Mengikut apa yang tercatit di dalam wahyu di dalam Surah An-Nisa’ ayat 100:

”Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak…” (QS. an-Nisaa’, 4: 100)

Allah SWT sudahpun berfirman melalui Nabi SAW yang secara muhkamatnya memberitahu kepada kita akan peri-pentingnya berhijrah ke jalan Allah. Dengan berhijrahlah kita aan perdapat sumber rezeki yang banyak selain mematangkan pengalaman hidup kita di dunia untuk bekalan di akhirat. Pada pendapat penulis, ‘hijrah’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘berubah’. Hijrah membawa maksud perubahan samada secara drastik atau perlahan-lahan, langkah demi langkah. Benar. Sesungguhnya apabila kita berhijrah, perspektif kita berkenaan kehidupan adalah lebih luas seluas lautan yang tidak bertepi.

Penulis berasa, dengan berhijrahlah Tuhan akan berikan kepada kita rezeki yang tidak kunjung padam. Berhijrah daripada makan gaji, kepada membuat perniagaan sendiri. Berhijrah daripada satu syarikat pembuatan kepada syarikat petrolem, berhijrah daripada bujang kepada kahwin, berhijrah daripada jahat kepada baik. Semuanya berhijrah. Semuanya berubah.

Penulis ingin share beberapa idea perubahan drastik yang perlu kita laksanakan selagi kita hidup di dunia ini. Bak kata orang-orang kaya (kaya harta):

“Hidup kita mesti ada pendapatan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan”

Benarkah begitu? Ya, ‘orang kaya’ itu sudahpun membuktikannya. ‘Cash flow’ nya sentiasa ada. Petik jari apa mau beli, semuanya diperdapat. Cash & Carry. Bagaimana? Ya, konsep dan prinsipal di atas jualah adanya. Ada beberapa cara untuk kita dapatkan keadaan sebigitu, pendapatan yang tidak kunung padam. Biar ‘dunia’ mengejar kita, kita jangan mengejar dunia. Cara tersebut sepertimana analisis penulis:

1. Pendapatan harian:
a. Perniagaan FOREX – perlu ada menthor untuk beri tunjuk ajar. Perlu diingat drp 100% peggiat forex hanya 5% sahaja yang berjaya.
b. Perniagaan Pusat Komputer @ CyberCafe (jika di Indonesia, perniagaan Warnet) – perlu ada modal yang besar.
c. Berniaga makanan – tiap-tiap hari orang akan beli makanan jika masakan kita sedap dan ada nama.

2. Pendapatan Mingguan:

a. FOREX
b. Pelaburan Emas.
c. Sedang diselidik.

4. Pendapatan Bulanan:
1. FOREX.
2. Kerja makan gaji.
3. Sedang diselidik.

5. Pendapatan Tahunan:
1. Pinjaman ASB/ ASB.
2. Alliance Mutual/ Public Mutual.
3. Gold Investment.
4. Sedang diselidiki.

Method di atas adalah bersandarkan apa yang penulis fikirkan. Mungkin ada kaedah lain yang lebih dasyat. Silalah sidang pembaca kongsikan bersama. Matlamat kita ialah ‘Dunia akhirat kejar kita. Bersamalah kita berhijrah, membuka kredibiliti akal yang dianugerahkan oleh Allah Azzawajalla. InsyaAllah.

2 Respons

  1. Tambahan…berniaga secara rangkaian(networking). Modal kecil, namun bila rangkaian sudah banyak, maka untungnya berlipat kali ganda. Hanya dengan penggunaan barangan keperluan sendiri sahaja dan setiap rangkaian buat perkara yg sama;iaitu sebagai pengguna bijak, beli barang dan dapat bonus..

  2. Saudara zubir ahmad, penulis amat setuju dengan perniagaan rangkaian ini. Namun perlu diingat, seringkali perniagaan rangkaian ini terlalu banyaknya penipuan yang memungkinkan krisis kewangan yang serius kepada pesertanya. Namun, tidak dinafikan, ada yang bagus dan ramai jutawan yang terlahir daripada perniagaan rangkaian ini. Tinggal kita untuk memilih yang benar-benar BETUL dan Sah.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: