Tanah Melayu (Malaysia) siapa yang punya?

Semasa Cikgu Hani mengunjungi sebuah kedai Saloon untuk menggunting dan mencuci rambutnya yang cantik, Cikgu Hani berbual-bual dengan amoi yang men-touch-up kan rambutnya. Amoi tersebut bertanya,

“Ini Malaysia ha, bukan orang Melayu punya. Lu tau ka siapa punya?”

Cikgu Hani terkebil-kebil memikirkan jawapannya. Kemudian Cikgu Hani dengan lantangnya,

“Eh, Sudah semestinya orang Melayu punya. Sejarah sudah ada maa”

kata Cikgu Hani yang kebetulan cikgu Sejarah. Kemudian, amoi tersebut membantah,

”Salah maa.. ini Malaysia bukan orang Melayu punya. Sejarah semua tipu sahaja.”

balas amoi yang comel itu. Cikgu Hani menyambung lagi,

”Apasal lu tak mau percaya Sejarah? Habis lu mau percaya apa? Cerita dongeng ka?”

balas Cikgu Hani lagi. Amoi tersebut berubah mukanya dan menyambung lagi,

”Ini Malaysia ha, itu orang asli punya lo.. bukan orang Melayu.. Jadi, orang Melayu sama juga macam orang Cina, orang India, pindah sini..” ujar amoi itu lagi.

Seterusnya Cikgu Hani dengan penuh bijaksananya berkata,

“Ini Malaysia dulu nama asalnya Tanah Melayu. Pada tahun 1963 baru tukar nama Malaysia. Lu tau ka kenapa dia punya nama Tanah Melayu? Sebab ini tanah, Melayu yang punya maa.. Itu bangsa lain termasuk itu orang Asli kemudian sampai di Tanah Melayu ini, sebab orang Melayu kasi datang sini. Kalau orang Melayu tak kasi datang, lu takkan jadi orang Malaysia maa..”

Si amoi yang comel itu, terkebil-kebil sambil berkata,

“Lu mau saya kasi botak ka ini rambut?”

Cikgu Hani hanya tersenyum dan tersengeh-sengeh sambil berkata,

“Customer always right. Next time jangan sesekali sentuh sensitiviti orang Melayu“

Si amoi hanya menganguk dan tersenyum pahit. Di dalam hatinya dia berkata, salah orang rupanya dia bertanya… sekali Cikgu Sejarah daa…

 

Apa pendapat sidang pembaca dengan persoalan di atas ini, terutamanya rakyat Malaysia?

3 Respons

  1. sepatutnya orang asli di panggil orang asing.

  2. orang asli tu di panggil orang asli sebab budaya dia…red indian pon bukan orang asal america…dorang berasal dari asia tapi budaya dia sama mcm orang asli kat tempat lain2x…sebab tu gelaran dia orang asli

  3. 🙂

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: