Kajian Tenaga Dalaman

Tenaga Dalaman ialah tenaga berasal dari dalam tubuh yang setelah diproses dengan beberapa teknik, tenaga dalaman seseorang itu akan muncul dan dipindah keluar. Semua orang mempunyai tenaga dalaman tetapi mereka tidak mengendahkan kelebihannya.

Apakah tenaga yang keluar dari tubuh kita? 

Mengenai hal ini, mari kita lihat alam sekeliling kita. Semua benda hidup mempunyai medan elektromagnet dan begitu jugalah struktur benda. Dunia Sains barat sukar untuk mengakui kewujudan teori ‘dimensi’ kerana ia bukan benda yang boleh ditimbang atau disukat. Walaubagaimanapun, tubuh manusia adalah yang pertama menghasilkan medan tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong perkara ini, seperti haba yang boleh menyerap/menyebar dan boleh diukur dengan termometer. Jantung kita memberi respon kepada tenaga elektrik dan diukur dengan elektrocardiograms. Sekarang, para saintismula bersetuju dan mengakui bahawa elektrik, magnetisma, haba, bunyi dan cahaya membentuk medan tenaga sekeliling tubuh fizikal kita. Jadi manusia lebih dari sekadar tubuh sahaja. Ianya adalah kuasa elektromagnetik yang dinamik bersama dengan aura.

Tenaga Dalam – teori dan praktikal

Manusia yang di gelar sbg ‘ahsani taqwiim’ – sebaik-baik kejadian – menyimpan jutaan misteri yg terpendam, masih banyak potensi-potensi yang sangat hebat di dalam diri kita yang belum di teroka sepenuhnya. Penerokaan potensi-potensi inilah yang akan membawa diri manusia itu menjadi insan kamil, great man yg mampu melukis sejarah agung dalam tamadun manusia. Salah satu potensi terpendam itu adalah Tenaga Dalam/Inner Power.

Apa itu Tenaga Dalaman?

Tubuh kita terbahagi kepada 2 bahagian besar, iaitu tubuh fizikal dan tubuh bioplasmik/ tubuh eterik atau lebih senang di kenali sebagai tubuh aura yg memancar mengelilingi tubuh fizikal. Kalau tenaga luar adalah kekuatan tulang-tulang dan otot untuk melakukan kerja-lerja fizikal, maka tenaga dalam pula kelihatan sebagai aliran gelombang tenaga yang mengalir melalui salurannya yang di panggil meridian. Gelombang tenaga ini terhasil daripada metabolisme sel-sel (penghasilan ATP oleh sub-sel metokondrion), melalui pernafasan kita. Tenaga dalam murni di olah atau di latih melalui ritma pernafasan tertentu, yg disertai dgn gerakan2 tertentu (jurus) dan konsentrasi fikiran. Tenaga dlm yg terhasil di simpan di pusat getarnya; di bawah pusat atas pusat atau dada. Di mana masing-masing perguruan berbeza pendapat tentang pusat getaran tenaga dalam masing-masing. Pusat getar tenaga inilah menjadi stor tenaga dalam, yg boleh di pakai bila-bila masa yang diperlukan. Semakin sering ia di latih, maka semakin besarlah kapasiti tenaga tersebut. Semakin cerah aura dan semakin sihatlah zahir dan batin.

Mary Coddington, seorang pengarang buku In Search of the Healing Energy, mengemukakan ciri tenaga dalam sebagai berikut:

1. Mampu menyembuhkan.

2. Menembus apa saja.

3. Menyertai sinar matahari.

4. Mempunyai sifat yang mirip dengan energi lain, tapi merupakan daya lain bagi dirinya sendiri.

5. Bermuatan dan dapat dipantulkan oleh cermin.

6. Dikeluarkan oleh tubuh manusia dan dapat dikesan, khasnya dengan hujung jari atau mata.

7. Dapat dialirkan melalui media tertentu, seperti besi dan benang sutera.

8. Dapat disimpan dalam benda mati seperti air dan batu.

9. Beradaptasi dalam perubahan cuaca.

10. Dapat dikendalikan oleh fikiran.

11. Mampu mempengaruhi secara jarak jauh dan menghasilkan berbagai fenomena paranormal.

12. Dapat digunakan untuk tujuan yang baik atau buruk.

Selain itu menurut beberapa guru besar perguruan “tenaga dalam” di Indonesia, tenaga dalam dapat digunakan untuk :

1. Pertahanan diri

2. Meningkatkan kesihatan

3. Rawatan alternatif diri sendiri dan orang lain

4. Meditasi

5. Mengesan kekuatan (getaran) jarak dekat dan jauh.

6. Mengirim kekuatan (Transfer Power) jarak dekat dan jauh

7. Membuat diri kebal akan pukulan dan senjata tajam

8. Pemecahan benda-benda keras

9. Menyerang dan bertahan dengan menggunakan tenaga dalam

… dan banyak lagi

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini.  Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ ghaib, maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul samaada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam shihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik. Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains; sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya. Kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik kerana ia juga ilmu sains

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah  ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan. Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih….

Mengaktifkan Tenaga Dalam

Pertama sekali kita perlu sedar bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama iaitu:

1. Fizikal

2. Mental

3. Spiritual

Ini cukup penting sebab Tenaga Dalam yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untuk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini. Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.

1. Fizikal di latih dengan jurus/ move tertentu

2. Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu

3. Spiritual di latih dengan zikir tertentu

Setiap perguruan Tenaga Dalam mempunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAM. Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib. Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.

Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)

Itulah antara Intisari Islam yang amat jelas dalam mengaitkan hakikat Tenaga Dalam setiap insan yang memang telah tersedia untuk diterokai. Latihan yang baik menghasilkan sesuatu yang baik begitu juga sebaliknya.

Kini terdapat maklumat bahawa Zionis berusaha mendapatkan ilmu super natural melalui syihir Kabbalah nya dan mereka cuba menyaingi kesufian Islam. Malangnya Islam telah meminggirkan harta teragung milik mereka. Kenapa ianya terjadi? SEBABNYA BERPUNCA DARI GERAKAN ZIONIS INI SENDIRI.

Mereka telah mengaturkan gerakan untuk menghilangkan Ilmu Sufi dari hati kaum Muslimin dengan bantuan Eropah. Negara-negara Islam dijajah dan dipaksakan sistem pembelajaran mengikut format Barat. Sedikit demi sedikit sistem pembelajaran tradisional terpinggir dan di labelkan pula sebagai ketinggalan zaman.

Kini ramai orang Islam  yang sudah tidak tahu ilmu nenek moyang mereka yang amat hebat satu masa dahulu. Sudah tidak kenal apa itu tasawwuf dan jika tahu pun sekadar pengetahjuan asas sahaja. Tanpa tasawwuf, akhlak manusia akan cepat menjadi rosak seterusnya diisikan pula dengan budaya kuning dari Barat.

Pengagungan ilmu teknologi dan pembangunan fizikal juga memberi sumbangan yang besar, menyebabkan kecederaan ini semakin parah, umat Islam semakin terpinggir jauh dari Ibu Segala Ilmu iaitu ilmu terus dari Allah (Laduni).

Wallahu a’lam.

3 Respons

  1. I greatly appreciate all the info I’ve read here. I will spread the word about your blog to other people. Cheers.

  2. Hi there, always i used to check weblog posts here early in the morning, because i enjoy to learn more and more.

  3. It’s nearly impossible to find well-informed people for this subject, but you sound like you know what you’re talking about!
    Thanks

    Elias

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: