Isu yang menjurus kepada Murtad

Assalammu’alaikum wbt kepada sidang pembaca sekalian. Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan jutaan maaf kepada sidang pembaca, dek kerana kekangan masa mengakibatkan sudah sekian lamanya blog ini tidak terupdate. Apa-apa pun, penulis ingin kongsi bersama sidang pembaca tentang suatu isu yang agak hangat suatu ketika dahulu di negara kita, iaitu kontroversi JAIS yang menyerbu DUMC. Kita ikuti dahulu petikan ringkasan berita yang penulis petik daripada Free Malaysia Today.

(Free Malaysia Today) – Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut. FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain. Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan. Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan? Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit  Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan  untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah. Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC.”  Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

************************

Penulis pasti, sidang pembaca sekalian sudah tahu isu di atas bukan? Isu lapuk dan mungkin ada dikalangan pembaca menyatakan tindakan JAIS itu benar (terutamanya bagi pembaca beragama Islam) dan tidak kurang juga yang mengatakan salah (terutamanya pendapat pembaca yang bukan beragama Islam). Benar atau Salah?

Negara kita yang berprinsipkan 5 Rukun Negara, mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi dengan berpaksikan 50% undang-undang sekular dan 50% undang-undang Islam (setuju? :-)) telah menyatakan bahawa Islam perlu diletakkan di ‘Atas’ (sepatutnyalah). Orang Melayu yang sejak lahirnya menganut agama Islam sudah semestinya amat sensitif dan peka dengan isu ini. Yang hairannya, mengapa 12 orang dewasa itu yang dikatakan beragama Islam, menghadiri majlis di gereja tersebut? Adakah ‘salah’? Penulis berpendapat, ada dua kemungkinan dengan kehadiran 12 orang dewasa itu; iaitu SALAH (sekiranya akidahnya longgar) dan TIDAK SALAH (sekiranya akidahnya mantap). Apa maksud penulis?

1. Golongan pertama yang ‘Salah’ – seolah-olahnya mereka mahu mengikuti dan merasa ingin murtad dari agama Islam.

2. Golongan kedua yang ‘Tidak Salah’ – golongan ini ingin menegakkan syiar Islam dan memberikan fahaman agama kepada penganut Kristian.

Golongan yang ‘Tidak Salah’ ini sebenarnya adalah pejuang agama Islam. Kedatangan mereka bertujuan untuk membersihkan ‘Babi Liar yang Membuat Kerosakan’. Jadi, adakah JAIS menyiasat perkara ini? JAIS sepatutnya menyiasat serta membuat ‘Root Cause Analysis’ dengan menggunakan apa-apa kaedah lah, such as Tripod ke, Fish Bone ke, 8D ke.. janji analysis sudah dilaksanakan.

Golongan Jais atau ahli agama di Malaysia ini perlu ada anjakan pardigma dan mempunyai lateral thinking dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pernah penulis melihat berita, adalah YB di Malaysia ini mengatakan “Agama perlu dipisahkan daripada politik dan undang-undang Malaysia”. Aik, betul ke macam tu? Inilah yang dikatakan sekular.

Jika kita kaji golongan pertama, mengapa jadi begitu? mengapa mereka berminat? Ini bukan persoalan asas. Persoalan pertama ialah, apakah yang Jabatan Agama Islam buat untuk membela nasib penganut Islam yang kurang upaya, ibu tunggal, orang miskin dsb? Di manakah salurnya wang ‘Baitulmal’? Mengapa tidak dibantu orang-orang papa kedana (tak kesahlah Islam atau bukan Islam)? Mengapa konsep asas ini tiada dalam perlaksanaan penguatkuasaan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia?

Semua persoalan yang penulis utarakan di atas, penulis fikir, sidang pembaca sudah boleh nilai dan tilik-tilik sendiri. Penulis ingin berkongsi beberapa kejadian yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Isu murtadnya Aisyah dek kerana cinta. Bayangkan, ibu bapanya memegang teguh kepada agama Islam dan menjalankan hukum2 Islam di dalam keluarganya. Tapi mengapa si Aisyah ini murtad? Malahan sanggup pula menyaman ayahnya sendiri kerana menumbuk si boyfren cinta hati pujaan laranya. Didikan dari kecil berteraskan Islam. Diajar solat, puasa dan mengamalkan hukum hakam Islam. Mengapa ya?

Kesah yang kedua. Perempuan Melayu yang bergelar isteri orang. Siap ada 3 anak lagi. Kerja kilang, banyak bergaul dengan orang bukan Islam. Akhirnya tangkap cintan dengan seorang kafir berbangsa India. Ketika sedang enak bermadu asmara di tepi pantai, sekali kena sergah dengan penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam. Si perempuan dikenakan denda (WHAT !! DENDA!!) yg si lelaki dilepaskan dengan amaran verbal (Hei! apakehalnya ni???). Si pompuan berasa teraniaya (walaupun dah buat maksiat) kerana dia sahaja didenda dan berasa tidak puas hati. Seterusnya meninggalkan suami dan anak-anaknya dan mengikuti boyfren nya dan menukar agama (Ceh! Takda otak punya betina!).

Kisah yang ketiga pula. Seorang ibu tunggal yang membesarkan 3 anak dek kerana kematian suami. Sebatang kara seorang diri bekerja. Anak yatim piatu. Terpaksa bertungkus lumus bekerja seporang membesarkan anak2. Membuat permohonan bantuan kewangan daripada Baitulmal. sebulan, dua bulan, tiga bulan dan akhirnya 3 tahun; satu sen pun tak dapat (Weh! Baitulmal takda duit ka?!). Akhirnya, adalah manusia berbangsa Cina yang prihatin. Membantu dan menolong si ibu tunggal ni mendapatkan bantuan daripada gereja. tak sampai seminggu, DAPAT! dan setrusnya tiap-tiap bulan si ibu tunggal dapat bantuan dari gereja hingga longgarlah sket bebanan kehidupannya. Hampir 2 tahun mendapat bantuan gereja, gereja tersebut menjemput si ibu malang menghadiri majlis keraian di gereja. Pada masa yang sama diberi lagi wang saku dan makanan. Dan di dalam surat gereja itu tertulis untuk ‘membaptis’ si ibu agar terjamin masa depan anak-anaknya. Weh, si ibu mula syak. Hatinya berkata-kata, “Eh, betul ke apa yang aku buat ni?”

Mujurlah dia ada ‘iman’ dan akidahnya kukuh. Seterusnya mengadu di Jabatan Agama Islam. Jabatan Agama Islam apa lagi, terus gempur gereja tersebutlah (Ha, bab ini Jabatan Agama Islam mmg pakar. Bab perang! :-)) Dei apada, si ibu mintak bantuan betrtahun-tahun lu tak mau bagi, lps tu bila diadukan permasalahan, tanpa usul periksa GEMPUR!!!!.

Maaf. Penulis menulis pendapat ini bukanlah untuk menjatuhkan jauh lagi memberikan impak negatif kepada penguatkuasaan Agama Islam di Malaysia. Sepertimana yang penulis katakan sebelum ini, penguatkuasa agama Islam perlulah ada satu standard yang profesional dalam menyelesaikan masalah. Perlu dilatih cara menyelesaikan masalah. Perlu dilatih cara berfikir. Perlu dilatih kefahaman agama terutamanya Al-Qur’an dan Hadith. Barulah nampak fungsi Jabatan Agama Islam. Barulah orang kafir masuk Islam beramai-ramai. Ini bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan. Dia tak betul berjalan, mahu mengajar anaknya berjalan. Mana boleh jadi betul.

Jabatan Agama Islam masih dilihat sekular. Keadilan yang sepatutnya dipraktik, hukum hakam yang sepatutnya diimplementasikan; tidak kelihatan. Bagaimana tu? Sebab itu, apa jua perkara mestilah berbalik kepada Al-Qur’an dan Hadith. Apa Qur’an dan Hadith kata tentang Murtad? Tentang orang miskin? Tentang ibu tunggal? kamonla.. ubahlah dasar. Ubahlah polisi. Janganlah terperosok di dalam kepompong sekular yang bertunjangkan akal penjajah! Kembalilah kepada Allah. Kelak kalian akan dipertanyakan.

Fuh, tiba-tiba penulis rasa perlu membukakan mata pembaca sekalian. Janganlah kita sesama Melayu yang beragama Islam, mudah diperkotak katikkan. Lemah lembut bertempat. Sopan santun pun bertempat. Jangan sampai terlalu bersopan hingga diinjak-injak sepertimana yang terjadi di Singapura dan P.Pinang. Apa yang perlu orang Melayu beragama Islam buat? First but not least “TAKWA”. Itu jawapan kepada semua persoalan tadi. Sidang pembaca setuju?😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: