Solat – Wasilah Penyembuhan Penyakit

Di sini penulis ingin berkongsi kepada sidang pembaca akan kekuatan solat. Seorang rakan penulis pernah bercerita terdapat seorang lelaki yang telah mendapat suatu penyakit yang tidak sembuh-sembuh bertahun-tahun lamanya. Telah beribu duitnya habis kerana penyakit tersebut. Berbagai-bagai doktor pakar telah ditemui tidak kurang juga ‘doktor’ tradisional. Namun penyakitnya tetap tidak sembuh. Tiba-tiba, pada suatu hari ada seorang alim memberikan petunjuk kepadanya mahukah anda mendapatkan ubat untuk sembuh dari penyakit yang tidak perlukan apa-apa modal dan wang ringgit? Sudah tentulah beliau mahu tahu. Orang alim itu mengatakan modalnya hanyalah IMAN, KEYAKINAN dan KEMAHUAN.

Caranya adalah seperti berikut:

Apabila mahu mengerjakan solat, hendaklah berpakaian kemas, cantik, rapi dan bersih. Sebelum takbiratul ihram, berdiri sejenak beberapa minit dengan khusyuk dan tawaddu’ mengucapkan kata-kata ini:

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Sengaja hamba berpakaian begini adalah kerana-Mu. Hanya kepada-Mu hamba sembah dan hamba berserah. Andai kata menurut pandangan-Mu padaku masih ada kekurangan ikhtiar dan usaha berubat, hamba bermohon harap dimaklumkan dan diampunkan.Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau lah yang Maha Mengetahui. Hamba telah berubat ke mana sahaja, namun penyakit hamba masih belum sembuh-sembuh.

Jika sekiranya penyakit hamba ini kerana dosa-dosa hamba yang hamba tidak sedari sedangkan hamba belum memohon keampunan kepada-Mu, Ya Allah, ampunilah dosaku. Andaikan kerana dosa ibu bapa hamba, ampunilah mereka itu.

Hamba yakin tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. Kerana Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dan hamba yakin tidak akan dapat sembuh segala penyakit kecuali dengan izin-Mu.

Oleh kerana itu Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini dari badan hamba. Amin ya Robbal’alaminnn..”

Demikianlah diturutinya petunjuk itu dan dilakukan setiap malam. Tidak hanya pada solat fardhu sahaja. Alhamdulillah dalam beberapa bulan sahaja, dengan izin Allah akhirnya penyakit orang tersebut hilang sama sekali. Kembali sihat seperti sediakala.

Inilah satu contoh, di mana solat juga merupakan satu wasilah untuk penyembuhan penyakit.

(Rujukan: Mujarrobat Madinatul Asroor)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: