Tentang 2012 – Bab 2

Apakah Anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahawa pada 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang dengan kata lain disebutkan sebagai hari kiamat “Dooms Day”, memang menakutkan dan menggerunkan.
 
Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang berkemungkinan terjadi pada tahun 2012 di dalam sebuah filem barat dengan tajuk ‘2012’. Hasilnya sangat amat luar biasa, filem itu meletup dan termasuk ke dalam senarai “box office”. Tetapi untuk pengetahuan para pembaca semua di dalam Al Qur’an juga terdapat ‘penjelasan’ mengenai perkara-perkara yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, tetapi yang pastinya ia bukanlah hari kiamat kerana “kiamat” itu adalah rahsia Allah s.w.t
 
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” |Qs. al-An’am :59|.
 
Mengikut pendapat seorang pengkaji iaitu Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University. Mendedahkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘al-Quran pada tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Al Quran ini punya penjelasan yang tersendiri mengenai apa yang akan berlaku disepanjang tahun 2012, mengenai masanya, dan berapa kali perkara “itu” akan berlaku.
 
Untuk pengetahun semua, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur. Kitab yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan di dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuknya, terkandung juga di dalam setiap ayatnya keselarasan dan keteraturan di dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.
 
Ajaibnya Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkapkan, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an telah diatur Allah s.w.t dengan sistem yang berunsurkan pada digit 7. Ini dijelaskan melalui keselarasan dengan beberapa fenomena kehidupan seharian ummat islam iaitu, di dalam seminggu ada 7 hari. Bumi dan langit terdiri dari 7 lapis. Umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i, 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah. Terdapat 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat. Terdapat 7 larangan Allah s.w.t kepada ummat manusia. Terdapat 7 sifat perosak dan sebagainya.
 
Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, kepada dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang seperti kita sedia maklum disebut sebagai Ummul Qitab (Ibu Segala Ayat), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain.
 
Surah Al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk dalam mengungkap pesan-pesan Allah s.w.t yang terkandung di dalam 113 surah lainnya(Surah pautan). Surah ini mengandungi 7 ayat, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (cuba lihat pada Surah Al Fatihah). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.
 
“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah pada bilangan nombor perdana,” – Adam.
 
Lalu mereka mengkaji pula surah-surah pautan, dan perhatian mereka tertumpu kepada surah Ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Di dalam surah ini terdapat ayat yang diulang sebanyak 31 kali yang membawa bermaksud:
 
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
 
Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnya adalah 1433 dengan menggunakan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).
 
Adam mengaku, dirinya keliru untuk mentafsir makna nombor 1433 tersebut, sebelum akhirnya menyedari bahawa kita pernah berada pada tahun 1433 H(2011 Masihi) dan tahun ini kita berada di dalam tahun 1433H(2012 Masihi). Keyakinan Adam semakin kuat apabila angka 1433 merujuk kepada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan yang berada di dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari(cuba kita merujuk kepada kalendar 2012).
 
Bukan itu sahaja penemuan Adam ini Kerana ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, dia percaya disepanjang tahun 2012 akan berlaku 31 kejadian/peristiwa ayng dahyat dan akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tetapi yang pastinya ia bukanlah kiamat. Dijangkakan juga bahawa setiap kejadian akan berlaku selama 4 hari berikutan di dalam ayat tersebut yang diulang terdiri dari empat kata.
 
Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”

Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).
 
Mungkinkah dari 31 peristiwa yang akan berlaku terdapat 10 tanda ini?..Wallahualam..

Satu Respons

  1. Salam cuma ALLAH TAALA sahaja yang tahu bila harinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: