Manusia dibakar, dikerat, dipotong-potong.. di manakah nilai insani?

Malaysia dikatakan sebuah negara yang mementingkan adat dan kesusilaan. Yang hairannya, mengapakah kes-kes manusia dipotong, dibakar dan diperlakukan tanpa perikemanusiaan ini berlaku? Di manakah agama, hati dan perasaan? Penulis terfikir. Binatang yang jauh lebih rendah darjatnya berbanding manusia pun tahu bagaimana menyayangi anaknya. Yang lebih menariknya, penulis terbaca suatu kisah di mana anjing memelihara anak kucing yang baru dilahirkan walaupun kita sedia tahu, anjing dan kucing sentiasa bergaduh. Adakah anjing itu lebih ‘manusia’ daripada kita?

Kes bunuh dan bakar baru-baru ini di Shah Alam. Penulis beristighfar dan berdoa agar ‘manusia haiwan’ itu diseksa dan disiat-siat kulitnya hidup-hidup. Biarkan dia rasa bagaimana dibakar hidup-hidup. Kisah menyayat hati ini berlaku apabila si cantik manis keluar beraya bersama teman lelakinya. Kemudian setelah keluar pada hari raya kedua, si perempuan malang ini tidak pulang-pulang sehingga dua hari. Ayah dan ibu mana yang tidak risaukan anak-anak. Mereka pun membuat aduan di balai polis berhampiran. Masuk hari keempat, polis telah menjumpai mayat wanita yang sudah separuh badannya terbakar. Si ibu dan ayah kemudiannya dipanggil untuk pengecaman mayat. Dan ternyata mayat itu ialah mayat puteri kesayangan mereka. Bayangkan betapa hancur luluhnya hati ibu dan bapa melihat kematian anaknya yang sebegitu rupa. Namun mereka redha dan hanya mampu berdoa kepada Allah agar pembunuhnya ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.

Tidak berapa lama kemudian, pembunuh sudah dikenalpasti. Siapa? Ya, teman lelaki wanita malang tersebut. Na’uzubillahhi minzaliq. Mengikut beberapa spekulasi, wanita dan teman lelakinya bergaduh yang mengakibatkan si lelaki hilang sabar kemudian secara tidak sengaja memukul wanita itu sehingga pengsan. Kerana kelam kabut, si pembunuh merasakan dia telah membunuh wanita terbabit sedangkan wanita itu masih hidup. Apa yang terlintas di dalam pemikiran pembunuh, mayat teman wanitanya ini perlu dihapuskan jejaknya sepenuhnya. Ya, bakar! Dia terus ke stesyen minyak berhampiran dan membeli petrol kononnya untuk membakar teman wanitanya. Seterusnya dia mengheret mayat teman wanitanya ke tempat sunyi dan menyimbah teman wanitanya yang masih pengsan itu dengan petrol yang dibelinya tadi. Seterusnya dia menyalakan api, dan wanita tersebut dibakar.

Semasa api sedang marak meratah tubuh teman wanitanya itu, tiba-tiba wanita tersebut tersedar dari pengsan dan menjerit ketakutan sehingga membawa kepada ajalnya. Empat hari kemudian, mayat wanita itu ditemui dan lelaki pembunuh ini ditangkap untuk di ‘bakar’ dan di ‘siat-siat’ pula kulitnya, sebelum dihukum gantung sampai mati. Pembunuh itu sepatutnya disiksa dan dibakar hidup-hidup agar merasai kesakitan yang sama, sebelum dilenyapkan dari muka bumi.

Apa pengajarannya? Di manakah silapnya? Apa kesudahannya? Siapa yang membunuh? Bangsa Melayu Nusantara yang dikatakan melahirkan Khalifah di muka bumi. Malukah kita? Di manakah letaknya Islam yang berdaulat dan dijunjung dunia akhirat? Maha Suci Allah yang sentiasa menjaga agama yang diredhai-Nya. Berkatilah agama-Mu di bumi nusantara ini. Hapuskanlah bisikan-bisikan syaitan yang membisik ke dalam kalbu manusia beragama Islam ini hingga tergamak melakukan perkara sebegini. Hilangkanlah dan musnahkanlah manusia terkutuk ini dari muka bumi Malaysia.. wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Ini kes yang terbaru. Kes yang sama sebelum ini, kes Dato’ Susilawati, mendapat nasib yang sama. Pembunuhnya si kafir laknatullah. Masih ding-dong lagi di mahkamah sekular. Entah sampai bila hendak selesai. Namun, percayalah, pembunuh kafir ini akan menerima nasib yang sama. Begitu juga kes wanita mengandung yang dikerat 15 dan anaknya dimasukkan ke dalam beg dan janinnya dimasukkan ke lubang tandas. Ya Allah, apakah yang berlaku di bumi berdaulat ini… Musnahkanlah, lenyapkanlah pembunuh2 kejam ini dari muka bumi. Kau kirimkanlah bala dan azab kepada mereka sepertimana azab yang Kau timpakan kepada Namrud dan Abrahah. Ya Allah, perkenankanlah doa kami… Aminn… Ya Robbal’Alamiinnn…

Oleh yang demikian, marilah kita hidupkan kembali ilmu persilatan Melayu. Hidupkan kembali Nasrul Haq. Semua wanita Melayu beragama Islam, belajarlah ilmu pertahanan diri. Berpegang teguhlah kepada agama. Hindarikanlah lelaki-lelaki bertopengkan syaitan. Hati-hatilah memilih pasangan. Minta pandangan orang tua. Persetankan segala Facebook dan laman sosial yang menjadikan kalian seperti tiada nilai insani. Ingatlah kata-kata ini. Belajar, penuhkan ilmu di dada. Kita ada Qur’an, itulah mukjizat pertahanan kita. Gunakan sebaik-baiknya…

 

…di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: