Kisah Nabi Ilyas AS dan Malaikat Maut

Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. “Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut. “Tidak tahulah.” Jawab Nabi Ilyas. “Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat. “Tidak. Tiada sesuatu yang aku kesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah,” jawab Nabi Ilyas a.s.

Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas a.s berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas a.s ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas a.s sepanjang hidupnya. “Biarlah dia hidup di dunia untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepadaKu sampai akhir nanti.” kata Allah.

(Rujukan: http://anakkusayang.com/)

Kisah Malaikat Maut menyamar pengemis

Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam,  dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : “Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu”.

Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah.   Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.

Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : “Apa maksudmu ?”

Tetamu menjawab : “Tolong panggilkan tuanmu”. 

Lantas pengawal istana menjawab : “Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau”. “Siapa engkau ?”

Kata malaikat Maut lagi : “Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya”.

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.

Kemudian tetamu itu berkata lagi :”Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut”

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :”Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)” Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.

Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :”Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang”

Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : “Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah”

Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : “Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan utaupun dosa.” Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati….

(Rujukan: http://tayibah.com/eIslam/malaikatmautmenyamar.htm)

Kulit Limau Purut – ubat ketagihan rokok, dadah dan alkohol

Assalammu’laikum wbt kepada sidang pembaca sekalian. Masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di dunia kini semakin berleluasa. Masalah ini merupakan virus yang amat dasyat yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara. Penulis telah mendapat suatu petua daripada seorang hamba Allah yang mendapat alamat ini berdasarkan mimpinya. Namun demikian, tidak ada salahnya mencuba petua ini. Namun perlulah bertawakkal sepenuh hati dan ikhlas dan berazam tidak lagi menyentuh benda2 yang diharamkan oleh agama. Petua ini pernah diberikan kepada seorang rakan kepada hamba Allah tersebut dan terbukti nafsunya terhadap dadah, rokok dan alkohol sudah tiada lagi seperti sebelumnya, insyaAllah…

Cara penyediannya:

1. Kulit limau purut dipisahkan daripada isinya dan dikeringkan di bawah sinaran matahari sekering-keringnya.

2. Kemudian, kulit yang telah dikeringkan ini direbus dan air rebusan tersebut diminum.

3. Sebelum meminum air rebusan ini, bacalah ayat seribu dinar disertai dengan keyakinan sepenuh hati akan pertolongan Allah, dan bertawakkal bahawa Allah akan memberikan kesembuhan atas ketagihan itu.

4. Amalkan meminum air ini setiap hari sebaik sahaja bangun dari tidur.

5. Amalkan sehingga sembuh.

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit bersama dengan ubatnya kecuali mati. Selamat mencuba.

(Rujukan: Mimpi seorang Hamba Allah)

Khasiat Senduduk Putih

senduduk-putih

Senduduk Putih merupakan sejenis tumbuhan yang sukar ditemui, tidak seperti senduduk ungu yang tumbuh meliar di merata tempat. Senduduk khususnya yang berbunga ungu juga dikategorikan dalam kumpulan rumpai kerana ia  banyak tumbuh di kawasan kebun dan perlu dibasmi. Ramai yang menyatakan Senduduk putih jarang dijumpai dan ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ia boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular.

senduduk-putih2

Selain itu, ia juga dapat dipercayai dapat mengubati penyakit wanita seperti keputihan dan darah haid yang tidak henti. Yang menariknya tentang khasiat pokok ini ialah ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap). Sejauh mana amalan ini dipratikkan saya sendiri tidak pasti. Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan tumbuhan ini di harap kongsikan bersama.

(Rujukan: http://fazlisyam.com/2011/05/15/senduduk-putih/)

Beriman kepada Nabi Muhammad SAW tanpa pernah melihatnya

Pada suatu masa, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang tawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”.  Rasulullah s.a.w meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”.  Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”  Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”.

Orang itu merasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah dilihatnya.  Orang itu berkata “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekkanku, kerana aku ini orang badwi?.Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah”.

Mendengan kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”.

“Belum” jawab orang itu.

“Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya” jawab orang Arab badwi itu.

Rasulullah s.a.w pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat”

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini Nabi Muhammad”

“Ya” jawab Nabi s.a.w.

Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki Rasulullah s.a.w.  Melihat hal itu Rasulullah s.a.w menarik tubuh orang Arab badwi itu seraya berkata “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu.  Perbuatan seperti itu biasanya di lakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya.  Ketahuilah, Allah mengutuskanku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang minta di hormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya”.

Ketika itulah turun Malaikat Jibril a.s untuk membawa berita dari langit, dia berkata “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar”.

Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.  Orang Arab itu pula berkata “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya”.  Orang Arab badwi berkata lagi “Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maqhfirahNya, Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya.  Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanNya”.

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.  Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

“Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: Berhentilah engkau dari menangis, sesungguhnya kerana tangismu , penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menperhitungkan kemaksiatannya.  Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti”

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengan berita tersebut.  Ia menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

(Rujukan: http://members.tripod.com/isma_il/badwi.htm)

Kisah Rasulullah SAW dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

 

(Rujukan: http://members.tripod.com/isma_il/pengemis.htm)