Asal Usul Bangsa Melayu – Bab 1

Assalammu’alaikum wbt kepada sidang pengunjung mahmudshah.wordpress.com. Terlebih dahulu, penulis ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih di atas kesetiaan dan kesudian semua berkunjung ke ‘Tanah Jajahan’ penulis ini🙂. Semoga apa yang penulis akan nukilkan kali ini memberikan kesedaran kepada kita-kita, sebagai Bangsa Melayu, akan siapakah kita seterusnya melihat diri kita dari segi perspektif yang asal usul. Adakah Bangsa melayu itu berasal daripada keturunan Merong Mahawangsa seperti yang diadaptasikan ke dalam filem KRU-Hikayat Merong Mahawangsa? Atau adakah bangsa Melayu berasal daripada India Sri Langka sepertimana yang pernah didakwa dakwikan oleh Bangsa India? Atau adakah Bangsa Melayu itu berasal daripada Bangsa Cina, melihat kepada jajahan takluk China? Dan malangnya, ada juga pengkaji bangsa mengatakan, bangsa Melayu memang tiada asal usul dan Nusantara berasal dari Indonesia? Benarkah begitu?

Sebelum ini penulis pernah ceritakan asal-usul kita melalui penulisan penulis berkenaan Melayu Deutro atau Bangsa Jawi. Dan huraian panjang lebar berkenaan ‘Panji Hitam Dari Timur’. Kesinambungan dari kedua-dua penceritaan ini, penulis terpanggil untuk mengkaji kesinambungan fakta-fakta di dalam kedua-dua kisah ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa bangsa lain, spesifiknya kajian daripada Tuan Omera di blognya paranorms.org. Kajiannya bagi penulis amat terperinci dan disertakan berbagai fakta dan pembuktian khusus daripada salasilah-salasilah silam serta Kitab Samawi. Terdapat 6 bab secara keseluruhannya, dan yang pertama ini adalah salasilah permulaannya.

Bangsa Melayu dianggap oleh para sarjana sebagai bangsa yang misteri asal-usulnya. Hingga kini belum ada penemuan yang meyakinkan mengenai hal tersebut. Misterinya asal-usul Melayu dan rumpunnya yang menduduki 60 % dari permukaan bumi dari daksina ke paksina sudah tentu menarik untuk menjadi bahan kajian. Saya paparkan kajian peribadi saya sendiri berkaitan Melayu untuk renungan anda dan kajian selanjutnya oleh para sarjana.

Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

Surah Taha 20:6

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

Surah Ar-Rum 30:22

Sebelum mencatat dengan panjang lebar berkaitan asal-usul Melayu, saya paparkan jadual di atas (bersumber dari Taurat dan Injil melainkan tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu 2 Ogos 570 Masehi). Jadual di atas dapat memberikan gambaran kasar berkaitan berapa lamakah manusia Bani Adam sudah tinggal di bumi. Pada pendapat saya jadual di atas boleh menjadi asas panduan mengenai asal-usul tamadun manusia Bani Adam. Saya menolak Teori Evolusi Darwin yang tidak percayakan Tuhan kerana pada saya teori ini telah menyebabkan ramai sarjana menjadi kacau dan tersasar. Adalah selamat untuk kita berpegang bahawa yang ditakrif manusia itu tidak lain hanyalah Bani Adam kerana Adam itu sendiri menurut bahasa Aramia bermaksud manusia. Faktor yang membezakan manusia dari haiwan ialah akal. Tandanya ialah manusia itu berkata-kata, perlukan pakaian, membangunkan teknologi dan disyariatkan agama.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Surah Al-Aaraaf 7:26

Adam a.s. dijadikan sebagai makhluk yang pandai berkata-kata. Ahli Kitab menyatakan bahawa dalam Taurat, perkataan pertama Adam a.s. dicatatkan di Ayat 23, saya catat di sini maksudnya dalam bahasa Inggeris: And Adam said, This is now bone of my bones, and flesh of my flesh: she shall be called Woman, because she was taken out of Manâ. Genesis 2:23.

Maka mana-mana dakwaan yang menyatakan ada manusia sebelum Adam a.s. perlulah membuktikan bahawa makhluk yang didakwa ‘manusia’ itu boleh berkata-kata.

Dakwaan Darwin dan pengikutnya bahawa manusia berasal dari monyet telah mendapat kritikan hebat sepanjang masa terutama oleh pendokong agama Sama’iyat (Islam, Nasrani dan Yahudi). Darwin dan pengikutnya hanyalah mereka-reka cerita dan membuang masa. Maka eloklah kita mengkaji tamadun manusia dalam jeda 6,000-7,500 tahun yang lampau saja (ada punca lain dari Ahli Kitab Nasrani menyatakan bahawa Adam diturunkan ke bumi sekitar 4931 SM iaitu 7,507 tahun lampau). Anak Adam dikurniakan teknologi dan inilah ciri yang jelas berbeza dari haiwan.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Surah Al-Israak 17:70

 

Sambungan ke Asal-Usul Bangsa Melayu-Bab 2

Satu Respons

  1. Saya ingin melihat bab 2 dan seterusnya, kerana saya melihat penceritaan tuan menarik dan nampak ada kebetulannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: