Seputar Piala AFF 2010 Indonesia vs Malaysia

Melihat kepada perlawanan di antara Indonesia dan Malaysia, penulis terpanggil untuk berkongsi pandangan dan pendapat. Penulis hanyalah menganalisis berdasarkan akal yang dangkal ini sahaja. Terlebih dahulu penulis memohon maaf jika apa yang bakal penulis coretkan ini mengguris perasaan kedua-dua pihak. Apa pun, kita mesti tahu dan faham bahawa kita ini adalah satu rumpun.🙂

Penulis amat berbangga dengan prestasi permainan pasukan Malaysia. Sungguh mengagumkan. Ketiga-tiga gol yang diperdapat adalah gol yang begitu cantik, bukan gol nasib. Strategi permainan pemain Malaysia amat membanggakan.

Di sini penulis mendoakan pasukan Harimau Malaya akan meningkatkan prestasi permainan walaupun tanpa ‘ramai’ penyokong Malaysia di Indonesia. InsyaAllah, kita berdoa kepada Allah agar kejayaan ini milik pasukan Harimau Malaya. Aminnn…🙂

“Tiada senjata yang lebih ampuh daripada doa dan pengharapan kepada Allah Seru Sekalian Alam.”

…sekadar selingan….

2 Respons

  1. Alhamdulillah. Malaysia menang. Namun sebenarnya Indonesia yang menang gol. Malaysia hanya kelebihan mata. Kesimpulan daripada perlawanan ini ialah kita adalah serumpun. Menang atau kalahnya kita, kita tetap menang. Semoga pertalian persahabatan antara Malaysia dan Indonesia tetap utuh dan saling bekerjasama. Manapun kita, kita tetap bersaudara. Islam agama kita. InsyaAllah…

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  2. cool

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: