Nikah tanpa Izin Wali

Saya ingin bertanya, apakah hukum seorang perempuan yang berkahwin tanpa izin walinya..kalau boleh, nyatakan nama2 kitab yang boleh saya jadikan rujukan..syukran lakum.. Wassalam

****************
Salam
Terdapat khilaf dalam perkara ini. Namun jumhur ulama’ termasuk syafi’iyyah mengatakan bahawa wali itu termasuk salah satu dari rukun nikah. Manakala ulama’ hanafiyyah mengataka wali bukan rukun. Rukun nikah mereka hanya 3 iaitu ijab, qabul dan perpautan antara keduanya.

Terdapat byk hadis yg menunjukkan wajibnya wali. Salah satu drpdnya:

Abu Musa Al-Asyari ra menerangkan, “Nabi saw bersabda, “Tidak ada nikah melainkan dgn wali.””[HR Ahmad, Abu Daud at-Turmudzi dan Ibn Majah]

Ulama’ hanafiyyah pula berpendapat bhw hadits2 yg menerangkan wali menjadi syarat dalam perkahwinan hanyalah mungkin krn pihak wanita belum sempurna persyaratannya spt masih kecil atau gila.

Saya ringkaskan khilaf ini[TM Hasbi dalam Hukum2 Fiqh Islam]:

1) Asy-syafi’i dan Hanbal: tidak sah nikah tanpa wali

2) Abu Hanifah: Perempuan yg boleh mentasarrufkan hartanya boleh menikahkan dirinya sendiri. Tidak boleh wali menyanggahnya melainkan lelaki yg dinikahi itu tidak sekufu.

3) Imam Malik: Kalau perempua tesebut berbangsa dan cantik, gemar org memperisterikannya, tidak sah nikah tanpa wali. Kalau sebaliknya, nikah itu sah.

4) Daud: Perempuan perawan tidak sah nikahnya tanpa wali. Kalau tidak perawan nikahnya sah tanpa wali.

5) Abu Yusuf dan Abu Tsaur: Nikah yg tidak dihadiri wali itu sah selagi telah mendapat keizinan daripada wali. Jika wali tidak diizinkan, perempuan itu boleh mendapatkan wali hakim.

Sheikh Abu Bakr Jabir al-Jaza’iry dalam kibtanya minhaj al-muslim berpendpaat bahawa wali itu salah satu dari rukun nikah. Sheikh Abu Bakr membuat perincian megenai wali ini dg mengatakan bahawa sekiranya anak perempuan yg akan dinikahkan itu masih dara dan masih mempunyai wali yg sah, wali tersebut mesti mendapatkan keizinan dara tersebut. Jika perempuan tersebut seorang janda maka berdasarkan hadis sahih yg dirwayatkan oleh Imam Malik yg bermaksud,

Rasulullah saw bersabda,”Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, sedangkan seorang dara dimintai kesediaannya utk dirinya dan izinnya adalah diam.”

Ibnu Qayyim mengatakan dalam kitabnya I’lamul Muwaqi’in bahawa seorang dara mesti diminta keizinannya terlebih dahulu berdasarkan sebuah hadis yg mana Nabi saw membebaskan seorang anak yg telah dikahwinkan tanpa kerelaan hatinya.

Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen Wa Jeem Lil-Mar’atil Muslimah mengatakan perkahwinan tanpa wali adalah terbatal. Dan sekiranya berlaku persetubuhan maka ia dianggap berzina berdasarkan hadis berikut:

Rasulullah saw bersabda, “Janganlah perempuan itu berkahwin atau dikahwinkan oleh perempuan dan janganlah dia mengahwinkan dirinya sendiri, perempuan yg berzina itu ialah yg mengahwinkan dirinya sendiri.”

Rujukan:

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih – Ustaz Basri Ibrahim

Koleksi Hadis2 Hukum 8 – TM HAsbi

al-Halal wal haram fil islam – Dr Yusuf al-Qaradhawi

Fatawa Islamiyyah – Volume 5

al-Jami’ li al-Fatawa – Sheikh Mutawalli asy-Sya’rawi

Fiqhus sunnah 8 – Sayyid Sabiq

Wassalam

(Disunting daripada http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/)

Satu Respons

  1. pass it on

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: