Mengapa Yahudi Bijak?

Catatan kajian daripada Thesis Dr. Stephen Carr Leon mengungkaikan misteri tentang bangsa terpilih ini. Kita selidiki sama-sama, dan tidak menjadi salah untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.

Kenapakah Yahudi Bijak ?? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir, apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adab resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak”ย  Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah .. tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi kurang bijak? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapamereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Semoga bermanfaat.

14 Respons

  1. Salaamun ‘alaikum. Begitulah orang2 Yahudi tu mengamalkan ajaran para nabi dahulu dalam bab pemakanan. Orang2 melayu kita aje banyak tertipu sejak kedatangan British dengan memakan makanan2 yang ada bahan kimia, x bagus dan melemahkan otak ๐Ÿ™‚

    Kalau lah kita boleh mengamalkan pemakanan sunnah nabi kita dengan 100%, masyaAllah, akan lagi jauh lah bagusnya otak kita ni insyaAllah.

    Nice post akhi Mahmud, jazaakallahu khoir ๐Ÿ™‚

  2. Saya tidak setuju dgn pendapat ahmad nizam. Janganlah meracuni blog ini wahai ahmad nizam, dgn menyalahkan british pula. Apa kena-mengena nasi lemak dengan british wahai pak ooii? Apa kena mengena rendang ayam, laksa johor, laksa penang, karipap, ketupat dengan british ooiii? Semoga otak beliau bagus untuk berfikir. Inilah akibatnya kalau mahu jadi ekstrim.

    • Stephen, setiap orang ada pandangannya masing-masing. Saudara Ahmad Nizam berkata sedemikian kerana telah terang dan jelas kemasukan ‘Barat’ ke Tanah Melayu memperkenalkan berbagai aneka ragam makanan yang ada berkhasiat dan ada yang tidak berkhasiat. Itu sahaja. Jadi, pandai-pandailah kita menilai makanan mana yang baik dan makanan mana yang tidak baik untuk jasad kita. Yahudi amat menjaga makanan dan ilmu mereka. Kerana itulah mereka jadi bijaksana lebih dari kita-kita. Jadi, jika kita mahu bijak, jagalah pemakanan dan perbanyakkan tuntutan ilmu. Baik ilmu dunia atau ilmu akhirat.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. I like your post. Your blog is fantastic.

  4. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

  5. Salaam akhi Mahmud,

    Apa khabar? Lama tk dengar berita.. Semuga anda sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Tenang dan ceria selalu.

    Teruja dengan tulisan diatas. Mohon izin nya untuk sy share ke facebook saya yer.. Walaupun dah pernah sy tag tapi tidak rugi rasanya jika di ulangi utk renungan bersama dan semuga mana yg baik dpt dimanfaatkan.

    Banyak cara2 permakanan org Yahudi ni ada termaktub dlm AlQur’an. Hanya kita yang tak sedar kerana dah terbiasa dgn makanan2 yang sedia ada – makanan2 yang banyak bercampur kimia – khususnya makanan2 fast food yang dipandang trendy dan updated tu… kesian dgn anak2 muda skrg. Jauh tersasar dari ajaran Al Qur’an – petunjuk dan ajaran dari Allah yang ampuh dan complete utk kemaslahatan alam sejagat.

    Semuga Allah memelihara kita semua dan semuga Allah sentiasa memberi kita taufik dan hidayah nya. Amiin..

  6. Salam saudari Al-Hikam.๐Ÿ™‚

    Yela, saudari pun lama menyepi. Di blog Hikmatun pun tak nampak lagi dah kelibat orang-orang lama mcm saudari SFR, Alexious, Shahil dan yang lain-lain. Alexious sibuk dengan blognya, yang lain-lain pula entah ke mana pula menghilangnya. Apa pun penulis amat rindukan masa-masa lama di blog Tuan Hikmatun. Banyak perkara yang penulis pelajari di sana.

    Ya, Ambillah apa-apa info di blog ini, semuanya untuk dikongsi sebagai saham kita menuju-Nya kelak. Apa-apa yang ada di sini semuanya milik Allah jua. Semoga saudari juga diberikan kesihatan dan keberkahan dari Allah Azzawajalla dalam apa jua yang diperbuat. Aminn.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  7. salam,

    hanya pendapat, kenapa yahudi boleh mengikut cara pemakanan sebegitu yang sama mirip cara nabi, kerana mereka mengkaji dan mengikutinya tanpa perlu ditambah apa2 tidak seperti kita yang lebih suka menokok tambah sesuatu yang sememangnya dah cantik kononnya untuk mencantikkan lagi, akhirnya ianya menjadi racun…..

  8. salam,yahudi bg2 bijak dsbabkn bgsa yahudi nie kebanyakkn nye mereka nie berkturunan dpd para2 nabi…..lhat pada nbi ismail bgsanye bgsa yahudi….lg s2 mereka nie megkaji saume kitab2 lame,ikutkn sejarah kaum yahudi nie mmg dri azali lg telah dilaknat oleh y maha esa..dsebabkan i2lah mereka nie bangkit untuk to membawa bagsa mereka menjdi s2 bagsa y dsgani….

  9. sy tertarik dgn tjuk ini.. mohon untuk share di facebook..

  10. mmg bijak la kot.. bijak cari jalan nk hncurkan islam… cth: rkk, coca, tv, radio, music.. supaya islam hanyut.. ko pn byk sgt puji yahudi maknenye ko pn dh kene racun yahudi… nape xikut sunnah2 nabi lg bgus dr yahudi.. sbbnye ko sibuk nk kaji yg kapir laknat kn… sebaeknye ko kaji la sunnah2 nabi saw dlu n bru la ko tau yahudi ni pkara2 yg baek dorg buat sbb ikut ape yg nabi saw buat dulu (sunnah).. 3% je pkara baek yg yahudi amek dr nabi saw. yg laen tu sume yg nk hncurkan islam.. tu ko xkaji lak kn.. kt c2 nt baru ko tau manfaatnye mmg xdsgke2 tsangat bagus n baek..

  11. Saudara zahrul, terima kasih di atas pandangannya. Satu sahaja pertanyaan penulis. Adakah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita mengkaji bangsa-bangsa? Sila beri pandangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saudara๐Ÿ™‚.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  12. hmm..
    terima kasih atas fakta anda di atas..
    fakta di atas telah membuka minda saya untuk mengambil makanan berkhasiat dan paksa anak sdre sy sukekn matematik

  13. ๐Ÿ™‚ mana yang baik diambil, mana yang tidak baik ditinggalkan. Gunakan akal fikiran untuk menilainya… selamat beramal๐Ÿ™‚

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: