Itukah CINTA?

Kita sebagai manusia tidak lari daripada dugaan dan ujian Allah. Semuanya itu adalah untuk menunjukkan betapa Allah Yang Maha Pengasih itu sentiasa menguji hamba-Nya untuk menguji sejauh mana keimanan mereka. Kita tidak tahu adakah kita ini sudah kufur kepada nikmat-Nya tanpa kita sedari, atau adakah kita ini sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita. Bagaimana mahu kita ukur sedangkan kita sendiri tak tahu bagaimana untuk mengukurnya.

Dalam kehidupan seorang lelaki, terdapat dua jenis ujian yang amat besar kepada mereka. Ini adalah berdasarkan pemerhatian beberapa ahli falsafah di dunia. Ujian tersebut ialah:

1. Wang (Duit)
2. Wanita

Kedua-dua ujian ini mampu menjadikan seorang lelaki itu separuh gila jika tidak berpegang teguh kepada iman dan takwa. Kedua-duanya adalah CINTA. Ya, cinta pada wqang dan cinta pada wanita. Kedua-dua cinta itu adalah cinta yang bukan hakiki; melainkan cinta pada Allah dan rasul-Nya.

Wang mampu memberi kemewahan hidup pada sesorang lelaki yang menjadikan hidupnya lebih terjamin dan bebas dari belenggu hutang. Manakala wanita adalah tempat seorang lelaki itu berkasih sayang, bermanja, dan mendapatkan belaian. Kedua-dua nikmat ini tidak boleh disangkal akan pengaruhnya pada seorang lelaki. Pengaruhnya amat besar pada kehidupan mereka.

Penulis tertampil untuk menceritakan suatu kisah di dalam salah sebuah kerajaan lama yang agung suatu masa dahulu. Kerajaan ini mempunyai raja yang amat berwibawa dan tegas. Malahan pasukan tenteranya digeruni oleh dunia. Namun, kerajaan ini tumbang dengan sekelip mata, apabila pihak musuh mula menghantar seorang wanita yang amat cantik untuk menakluk hati sang raja. Hinggakan raja itu tersungkur jatuh kerana penaklukan hatinya oleh wanita itu, hinggalah kerajaan itu tumbang, gara-gara wanita yang cantik tersebut.

Kerana itulah, hati manusia itu amat mudah terpedaya dengan wang dan wanita. Wang pula, samalah sepertimana yang pernah berlaku kepada beberapa kerajaan di dunia yang sanggup dibeli pula oleh musuh. Ada di kalangan pembesar-pembesar serta orang istana yang terpedaya pada wang ringgit yang disogokkan oleh pihak musuh yang akhirnya sanggup menjadi pembelot dan pemusnah kerajaan. Itulah yang berlaku pada kerajaan India dan China suatu masa dahulu. Dan tidak lupa juga pernah berlaku di dalam kerajaan Melayu sepertimana yang berlaku pada zaman penaklukan Jepun dan British. Mengapa? Ya, kerana wang ringgit.

Bagaimana kita mahu ubah penaklukan ini? Pada pendapat penulis, perkara ini adalah fitrah alam. Manusia itu dijadikan berkehendak kepada kedua-dua perkara ini. Bila berkehendak, walau bagaimanapun tetap akan terpengaruh dengannya walau bagaimana hebat sekalipun seorang lelaki itu. Melainkan mereka yang dianugerahi IMAN dan TAKWA. Jadi, perkara asas yang perlu diperkuatkan adalah HATI. Sepertimana sabda baginda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya pada manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya, jika jahat daging itu maka jahatlah seluruhnya, ketahuilah oleh kamu bahawa daging itu adalah HATI.”

Jadi hati yang kuat pasti dapat menempuh semua godaan daripada 2W di atas. Bagaimana mahu memperkuatkannya agar kedua-duanya tidak bergelora? Ya penyelesaiannya hanyalah:

1. Kekayaan.
2. Berkahwin.

Benar bukan? Pendapat penulis, tak semestinya benar. Tapi itulah yang penulis rasakan kebenaran dan hakikat. Jadi, menjadi manusia muslim lelaki dalam dekad ini mestilah menjadi seorang yang kaya dan berkahwin, agar kedua-dua ujian (2W) yang disebutkan itu tidak mengganggu gugat HATI.

Kesimpulannya, istilah CINTA dalam kehidupan duniawi hanya berkisar pada 2W tersebut, melainkan orang-orang yang dianugerahkan HATI dan JIWA yang diberkahi.🙂

6 Respons

  1. Rasanya la kan, ada 2 lagi yg lalaki susah sgt nak tolak selain wang & wanita, iaitu kuasa & pangkat…..

  2. Saudari Nadia, rasanyalah kan, kuasa dan pangkat itu kan dah masuk kategori ‘WANG’? Tak begitu? Hakikatnya tak ramai lelaki yang sukakan kuasa dan pangkat. Wang dan wanita itu YA. Kerana kedua-duanya didambakan oleh manusia bergelar lelaki. Betul kan?

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Salaam. Satu tulisan yang bagus. Dan benar sekali la apa yang pernah diceritakan oleh Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin tentang sejarah masa kelahiran Nabi Muhammad S.a.w

    Di mana Iblis menyuruh tentera2nya menipu daya umat Muhammad dari 2 segi utama iaitu

    1. kemewahan = wang

    2. hiburan = termasuk wanita

    jazaakallahu khoir ya akhi 🙂

  4. Benar sekali saudaraku. Tipu daya iblis itu amat halus. Kedua-dua nikmat itu sepertimana yg tersebut di dalam kitab tersebut memang benarlah mempunyai pengaruh yang besar kepada kehidupan manusia akhir zaman. Malahan sejak zaman berzaman memang itulah tipu daya iblis kepada anak Adam. Apa yang perlu kita perbuat sekurang-kurangnya dapat menangkis serangan tipu daya tersebut ya?🙂

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  5. salam..erm betul wang dan wanita gabungan yg hebat utk mngalahkn kaum adam..
    krn wanita dan wang kaum adam boleh berjaya dan krn wanita dan wang jgalah kaum adam ilang segalanye.

  6. semuaNya bermula dr hati…..
    racun hati salah satunya adalah “nafsu”
    wang & wanita bukanlah persoalan…
    sesungguh tipu dunia itu nikmat bagi org2 lalai..

    moga dlm peliharaanNya drpd tipu dunia…
    amin ya rabbal alamin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: