Terapi Kambing

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi kerana dagingnya yang dikatakan ‘panas’. Hakikatnya, daging kambing adalah daging yang terbaik di antara daging-daging yang boleh dimakan. Lebih dari itu, mengembala kambing juga merupakan terapi yang baik untuk kesihatan dan mewujudkan rasa rendah diri kepada si pengembalanya. Kerana itulah kebanyakan Nabi dan Rasul mengembala kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.  Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
 
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
 
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
 
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
 
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
 
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
 
Mencantikkan Kulit 
 
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
 
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
 
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
 
Meningkatkan Rasa Kasih S ayang Dan Kegembiraan
 
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih s ayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang .
 
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
 
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

 

 

5 Respons

  1. Whoah, interesting sungguh article ni Sdra Mahmud. Memang benar, daging kambing lebih enak rasanya terutama sekali dari segi texturenya. Cuba lah rasa rendang kambing dan masalah kambing. Power!!!..

    Cuma satu jer kemusykilan saya ni. Benar ke memakan daging kambing boleh meningkatkan rasa kasih sayang dan kegembiraan? Pertama kali dengar ni. Nanti kang keluar pulak cerita pasal pasangan2 yang bercintan cintun sambil “mengembik2”. oopppss.. gurau jer.. jangan marah iyyyerrrr???

  2. Al Hikam said:

    Cuma satu jer kemusykilan saya ni. Benar ke memakan daging kambing boleh meningkatkan rasa kasih sayang dan kegembiraan? Pertama kali dengar ni. Nanti kang keluar pulak cerita pasal pasangan2 yang bercintan cintun sambil “mengembik2″. oopppss.. gurau jer.. jangan marah iyyyerrrr???

    Ntahla. Bak kata org tua-tua, apa yang kita gemar makan begitulah pengaruh nya kepada perangai kita. Kambing ni kalau dikaji memang nampak gembira walaupun dipukul dengan kayu. Dan ada jugak kot pasangan yang bercintun yang tetiba mengembik2, itu namanya kambing jadian bercinta.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. ASALAMUALAIKUM

    Petua bina kesihatan pakcikli00 – satu

    Panduan hidup adalah al Quran
    rasul diutus memberi ingatan
    yang menjadi petua serta amalan
    demi untuk membina kesihatan

    Mulakan Bismillah setiap urusan
    elok disertai selawat dan salam
    dulukanlah niat sebelum pekerjaan
    mulakan gerakan di sebelah kanan

    Setiap waktu perlulah ditepati
    janganlah suka memungkiri janji
    bahaya dan musuh usahlah dicari
    jangan mudah tidak sedarkan diri

    Lemparkan senyuman setiap hari
    sehingga wajah kelihatan berseri
    seandainya bertemu salam diberi
    janganlah suka meninggi diri

    Bercakaplah cuma jikalau perlu
    sebelum menjawab dengari dulu
    usahlah bertanya bertalu talu
    perangai berleter usahlah ditiru

    Berpakaian biar disenangi orang
    jangan sendat atau pun jarang
    bahagian aurat usah ditelanjang
    sehingga geram jika dipandang

    Selanjutnya sila klik url dibawah :

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-dua/

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-tiga/

  4. pakcikli00 siap berpantun bagai lagi nih🙂 Tatasusila orang lama…

    Terima kasih atas nasihatnya.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  5. Salam. Hhhmm ada benarnya tulisan ini, daging kambing sebenarnya bagus kerana ianya antara makanan nabi juga.

    Mungkin ada agenda perubatan barat yang sengaja memburukkannya

    Bagi yg makan daging kambing merasa tidak selesa mungkin kerana perubahan dalam sistem tubuh dan usaha melawan penyakit dsbnya

    Dan mungkin kerana orang kita sudah fobia dengan daging kambing kerana diburukkan2 oleh pihak2 tertentu, kerana itu sampai skrg org takut makan nya kerana bimbang darah tinggi

    hhhmmm, satu kajian yang bagus, alhamdulillah🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: