Adil atau tidak? Sila berikan pendapat anda.

Seorang lelaki bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai menjual barangan kemas. Suatu hari selepas pulang dari kerja dia mendapati ada sebuah kereta di parkir rumahnya. Dia mula berasa gelisah. Namun dia terus masuk ke dalam rumah. Selepas menguakpintu biliknya dia bagaikan dipanah halilintar apabila mendapati isterinya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tanpa sepatah perkataan pun, dia melepaskan tembakan kepada pasangan tersebut. Tembakan dari senapang ‘pumpgun’ pengawal keselamatan itu menembusi kepala pasangan tersebut dan mereka mati di tempat kejadian. Selepas itu pengawal keselamatan tersebut pun menyerah diri di balai polis.

Di akhir perbicaraan kes ini:

Hakim: Kamu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan niat. Kamu ada apa- apa permintaan terakhir?

Tertuduh: Ada Tuan Hakim. Saya ada satu permintaan.

Hakim: Silakan. Saya bersedia mendengarnya.

Tertuduh: Sebelum hukuman dijalankan saya ingin meminta izin dari Tuan Hakim untuk tidur bersama isteri Tuan Hakim. Itupun kalau….

Belum sempat si tertuduh menghabiskan kata- katanya tukul kayu milik Tuan Hakim sampai ke mukanya, walaubagaimanapun dia sempat mengelak lalu terkena pegawai polis yang menjaga kandang tertuduh. Lebamlah mata kanan pegawai polis tersebut. Tercengang seluruh hadirin di mahkamah tersebut.

Hakim: Mengapa kamu begitu biadap?

Tertuduh: Itulah Tuan Hakim saya belum pun tidur dengan isteri Tuan Hakim, Tuan Hakim dah baling saya dengan tukul kayu. Baru nak mintak izin. Cuba Tuan hakim bayangkan situasi dimana isteri Tuan Hakim sedang digomol lelaki lain. BegiItulah perasaan saya pada ketika itu. Malangnya yang ada di tangan saya ialah selaras ‘pumpgun’. Terima Kasih kerana sudi mendengar permintaan saya.

Muka Tuan Hakim pada ketika itu pun bertukar kebiru – biruan….

Persoalannya: Adilkah hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Hakim?

5 Respons

  1. Tidak adil kalau benar begitu kesudahan perbicaraannya.Tapi dari segi faktanya,kejadian itu berlaku bukan dengan niat. Kerana si pengawal keselamatan itu tidak membuat apa-apa persiapan untuk membunuh pasangan tersebut.Ianya berlaku secara spontan dan didorong oleh rasa marah yang amat sangat.Oleh yang demikian,pengawal keselamatan tersebut tidak sesuai dituduh dan dibicarakan atas kesalahan membunuh dengan niat.

  2. Memang itulah hukuman yang setimpal untuk isterinya yang curang dengan lelaki lain, serta lelaki yang mengganggu rumahtangga org lain. Iaitu BUNUH.

    Dan memang itulah hukuman setimpal untuk pengawal keselamtan tersebut kerana membunuh dan tidak pandai menjaga rumahtangganya. BUNUH juga.

    Seri 2-2.

    Kesimpulannya, persiapkan diri baik lelaki atau wanita apabila memasuki gerbang rumahtangga. Penuhkan ilmu di dada kerana hanya dengan ilmu sahaja kita akan mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Wallohhu’alam.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. i follew

  4. salam..
    saya stuju dgn hukuman yg dijalankn…
    sbbnye pngawal kslamtan tu haruslah pndai mnahan kmarahan dgn pnuh sabar..
    mmg lah kte mnusia biasa..tp kmarahan yg dlpaskn x kne pd tmpatnye..
    hukuman org yg membnuh ialah bunuh..
    hukuman sang isteri pn telah pn djlankan..
    sglenye terjadi krn godaan syaitan..

  5. Adil bagi yang berniat- Salah bagi yang tidak berniat, sepatutnya hukuman penjara beberapa tahun sahaja kerana tampa niat dan isteri yang curang tidak patut dibunuh sebaliknya harus diceraikan-pembunuhan bukan sifat seorang muslim, MELAIKAN pembunuhan yang diperintah kan oleh yang maha kuasa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: