Jalan Makrifat: Mengenal Diri

Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;

"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".

Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;

"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."

Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu;

  • Periksa dan memahami.
  • Membuat bandingan dan ukuran.
  • Lemah dan tertegah.

Bangun an

Bangun an

 

1. Periksa dan memahami.

Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;

a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;

  • Api
  • Angin
  • Air dan
  • Tanah.

yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam ‘Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;

"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".

Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisa’:1 yang bermaksud;

"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."

Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun;14 yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".

Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;

  • Penjamah,
  • Perasa,
  • Pendengar,
  • Pelihat,
  • Pencium.

Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;

  • Khowatir,
  • Cita,
  • Niat,
  • 'Alim,
  • Fikir;

dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

Diri

Diri

 

b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;

  • Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;
  • Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;
  • Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya sebagai;
  • Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af’alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;
  • A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;
  • Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala.
  • Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar(bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan Asma Allah dan A’yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir(Besar) atau Alam Shoghir(Kecil).Dan setengahnya menamakannya;
  • Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;
  • Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;
  •  
    • Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah).
    • Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.
    • Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya’, Takbur, Suma’ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.
    • Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.

Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;

  • Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai;
  • Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.

Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu; 

  • Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya.
  • Jauhar iaitu Ruh atau nyawa
  • 'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.

2. Membuat bandingan dan ukuran

Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.

  • Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.
  • Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.
  • Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.
  • Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang sengaja ditinggalkan.
Gelap bercahaya

Gelap bercahaya

Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;

"Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"

dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia(Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma’ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma’ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.

3. Lemah dan Tertegah

Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??

Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85 yang bermaksud;

"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".

Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

(Sumber: Perjalanan Suluk)

About these ads

244 Respons

  1. Subhanallah …. kerdilnya diri ini dalam lautan ilmu Allah. Saudara MS, mungkin akan datang saudara boleh pula merungkai ilmu sifat 20

  2. Azrie
    Subhanallah …. kerdilnya diri ini dalam lautan ilmu Allah. Saudara MS, mungkin akan datang saudara boleh pula merungkai ilmu sifat 20

    InsyaAllah. Jika Saudara ingin melampirkan maklumat berkenaannya, penulis amat mengalu-alukan… Segala puji hanya bagi Allah.

  3. Salaam alaikum…

    Terima kasih atas pencerahan ini….cume saya memang baruu berkenalan dengan bidang ilmu seperti ini..jadiknye saya tak berapa cerah memahaminye….
    (bidang Tasawuf ke pak Mahmud?gayanya seperti Pak mahmud dan pak Azrie punyai cara yg lebih kurang sama dalam bahasa penyampaian..kongsikan sedikit…)

    jika tak keberatan dan membikin report pada pak mahmud….
    minta diberi penjelasan tentang bahagian satu (a) … tentang hujah 4 anasir itu….
    dan adakah penerangan selepas 4 anasir itu untuk point 4 anasir itu? jika ya.., sy tak faham bagaimana nak kaitkannya..jika tidak..ya…sy faham kot..hmmm…

    juga minta penjelasan untu bahagian satu (b)… kerana puas berkali baca sy sukar faham bahasa penyampaian nya…

    bahagian lain Insya4JJI sy faham….tapi kalau rajin nak jelaskan lagi..takde masalah…lagi bagus..

    maaf ya.. bikin reportan aje gue… terus terang memang sy baru lagi ttg pencerahan seperti ini…

    ( ish ish ish..ngapaen siih gue ngomong kayek seberang??)aduuh…

    wassalam.

  4. Bila kita perhalusi, kadang-kadang pening juga saya bila ada orang yang membahagi-bahagikan orang-orang itu kepada si anu orang syariah orang ini orang tharekat orang ini orang hakikat orang itu orang makrifat. Sebenarnya, bila sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah, sahlah kita sudah Islam dimana Islam itu terkandung di dalamnya segala-gala, ISLAM ITU SEMPURNA. Hanya sahaja ada manusia yang tidak menyedari atau kadang-kadang dipengaruhi hingga sanggup kafir-mengkafir sesama kita. Di sinilah pentingnya ilmu, amalan, penghayatan, taubat, penyaksian, keinsafan. Apa guna syariat kalau tidak diamalkan, tiada guna syariat jika tiada jalan untuk kita menyampai kepadaNya, tiada guna syariat jika tidak tahu kepada siapa tujukan.
    Sedangkan yang sebenarnya tarekat, hakikat, makrifat itu adalah syariat jua. Ulama-ulama terdahulu membahagi-bahagikan ilmu ini hanya untuk cuba membantu umat Islam lebih memahami lebih senang untuk dipelajari. Bukan untuk menjadi fanatik dalam satu-satu cabang jalan, kerana kita semua sama sahaja tujuannya, iaitu kerana Allah.
    Wallahua’alam.

    • Apa guna syariat kalau tidak diamalkan, tiada guna syariat jika tiada jalan untuk kita menyampai kepadaNya, tiada guna syariat jika tidak tahu kepada siapa tujukan.

      Syariat adalah kerja tubuh, kerja tubuh untuk menyampai kepada Allah. Tarekat adlah perjalanan, perjalanan yang bagaimana akan menyampai kepada Allah. Kalau tarekatnya betul sudah pasti ia mencapai kepada hakikat. Kalau sudah tahu hakikatnya, pastilah kita mengenal (makrifat)

      Ada manusia hanya beramal dengan syariat saja ( kerja tubuh) tidak mahu tahu jalan mana yang menyampaikannya (tarekat). Ada yang mempunyai tarekat, tak kiralah apa namapun tapi tidak menyampai kepada hakikat (yang sebenar). Selalunya apabila orang itu sudah tahu hakikat maka sampailah ialah kepada makrifat.

      Awaludin makrifatullah (awal agama mengenal Allah)
      apabila seseorang itu sudah mengenal (makrifat), adalah agama baginya.

      Tapi masalahnya mengenal siapa?
      Barang siapa kenal akan diriNYA maka kenal ia akan tuhan.

      Makna NYA itu siapa?

      • salaam..
        tolong sambung lagi radzi sy ingin tahu apa yg anda nak sampaikan..
        penerangan anda mudah difahami dan jelas…

      • salaam bagi semua teman2,

        saya setuju dgn SFR. Teruskan Sdra Radzhi.

        kami ingin mendengar penjelasan Sdra dgn lebih lanjut.

      • asalamualaikum, salam persaudaraan…..untuk dapat mengenal diri kita tidak bisa hanya dengan ulasan-ulasan pengetahuan. jalan mengenal ( makrifat ) yang telah dilakukan para wali dan orang-orang shaleh melalui perjalanan yang panjang dalam pengembaran jiwa mencari untuk mengenal ( makrifat ), seperti pepatah jawa : ngelmu kalakone khanti laku ( ketemu Ilmunya ).
        Jadi untuk mengenal diri kita harus belajar kepada ahlinya ( Ilmunya ).

    • Askum..tidak ada beza jika kita sudah faham dan menghayati hujung jatuh 2 kalimah syahadah..Perlu di fahami setiap orang islam itu islam yang hakiki ialah islam yang kenal akan tuhannya tanpa kenal tuhan maka kita xtahu tujuan sebenarnya kita beragama.Orang Arif pernah berkata belajarlah dari alif sampai huruf ya kerana tanpa sampai pada huruf ya maka kita sentiasa punya kenafian terhadap apa yang di luar kotak pemikiran dan kefahaman kita..Segala apa yang berlaku dari Adam hingga bernafasnya kita hingga saat ini adalah telah termaktub dalam kitab rahsia Allah iaitu Lauh Mahfuz kitab yang sentiasa terpelihara.
      Ambil ke-i-yaan buang kenafian selagi maseh ada nafi akan apa yang telah,sedang dan akan berlaku maka tanpa sedar kita menentang suratan perancangan dan perlaksaan perintah Allah dalam Lauh Mahfuz. Kalau Allah jadikan pemahaman dan pegangan dan apa saja sama macam kita maka dunia ini sepi tanpa cerita.Syariat Tarikat Hakikat n Makrifat walau di martabat mana pun kita berada hanya diri sendiri yang layak sbg juru-ukur orang lain tidak berhak..Bagi saya semua “YA”. Allah tidak jadikan semua ini sia-sia.Wallahualam.

  5. Aiseh, macam mana boleh silap posting ni, saya nak hantar kat tajuk yang lagi satu. Kok boleh masuk tajuk sini pulak. Ermmm apa-apa pun, syabas saudara MS dan teruskan usaha saudara mencungkil ilmu untuk kita berkongsi. Banyak yang saya dapat pelajari dari blog saudara tidak lupa dari blog saudara Hikmatun juga. Semoga Tuhan memberkati saudara sekalian.

  6. Saudari SFR,

    Harap tulisan ini dapat membantu. Baca, fikir, tapis, rumus.
    1. Api adalah bahasa yang dipakai awam untuk menyebut suatu hasil pembakaran yang terjadi kerana proses kimia (pemetik api), mekanik (geseran antara benda keras), serta elektrik (lepasnya elektron dari atom-di sini tak ada nyala api).
    Nyala api terjadi bila ada oksigen. Oleh sebab itu pembakaran adalah proses oksidansi dari suatu zat.
    Api yang dimaksud pada judul di atas adalah oksigen yang fungsinya membakar dan mengakibatkan panas.
    Pembakaran biasanya dilihat sebagai nyala api ataupun hanya menimbulkan rasa panas saja seperti terjadi di badan manusia saat membakar zat gizi dengan oksigen udara.
    Sifat api ini selalu berdiri tegak.
    2. Udara dapat dirasakan apabila bergerak dan hal ini disebut sebagai angin. Udara berisi bermacam-macam benda gas.
    Gas yang paling banyak dan merata jumlahnya dalam udara adalah gas Nitrogen (72 %) serta oksigen. Di dekat letusan gunung api, udara banyak mengandung gas S0 2 dan C0 2 yang beracun.
    Di ruang hampa udara, manusia tak mampu mempertahankan hidupnya kerana tak ada zat yang dihisap paru-parunya.
    Sifat benda gas adalah berembus bergerak ke segala arah menimbulkan kesejukan.
    Yang dimaksud angin pada judul di atas ialah udara yang berisi gas-gas yang diperlukan paru-paru.
    3. Air merupakan persenyawaan antara atom Hidrogen dengan atom Oksigen dengan rumus molekul H 2 0.
    Tiada kehidupan tanpa air.
    Air sebagai perantara-pelarut bermacam-macam zat dan juga mampu bereaksi secara langsung pada peristiwa fotosintesis.
    Sebagian besar tubuh manusia seperti darah, keringat, mani, sel terdiri dari unsur air.
    Air memiliki sifat selalu mengalir ke bawah, menyejukkan-mendinginkan benda-benda lainnya, dapat melarutkan (membersihkan) benda-benda dan dapat mematikan api.
    Oleh sebab itu sebagian besar agama menjadikan air sebagai sebahagian ritual agamanya sebagai lambang pembersihan dan pensucian terhadap dosa (perbuatan setan-api).
    4. Tanah, menurut para ahli pedologi (ilmu yang mempelajari asal-usul, klasifikasi tanah), didefinasikan sebagai “tubuh alam mandiri”, bentukan yang berdimensi ganda dalam ruang dan waktu yang mempunyai watak, sifat, dan asal-usul khas yang tidak dipunyai oleh benda alam lainnya.
    Dari sinilah badan kasar manusia berasal dan akhirnya hancur menjadi tanah.
    Di dalam tanah, ada terkandung api/oksigen, udara/angin, serta air.

    Tiada yang mutlak pada makhluk Tuhan.

  7. Sedikit lagi penambahan

    Tahu pada “sifat khusus” dari empat unsur pembentukan badan kasar manusia.
    1. Api bersifat berdiri
    2. Angin bersifat menghembus
    3. Air bersifat merendah
    4. Tanah bersifat mantap
    Unsur-unsur bahan (yang tidak memiliki bentuk) dari alam inilah yang difahami orang sebagai bahan dasar pembentuk tubuh (badan kasar atau zahir) manusia-bentuk makhluk yang paling sempurna dari seluruh ciptaan Tuhan.
    Apabila kekurangan salah satu unsur saja, maka badan kasar manusia tidak mungkin dapat bertahan untuk hidup.
    Kesedaran akan adanya kekuasaan Yang Maha Kuasa sebagai Pencipta sekaligus pembentuk sekalian makhluk, telah dibuktikan oleh umat manusia yang primitif sekalipun. Mereka melakukan pengorbanan, penyajian, upacara ritual, menyanyi, menari, bersendirian untuk mengucapkan rasa terima kasih atau tunduk kepada Sang Pencipta.
    Bermacam-macam upacara agama, dari ritual yang paling kejam berupa pengorbanan nyawa manusia sampai kepada permohonan atau pujian yang sangat halus dalam bentuk nyanyian dipersembahkan kepada Tuhan masing-masing.
    Berbeza dengan semua itu, pengucapan terima kasih atau bukti tunduk di dalam agama Islam diwujudkan dengan pelaksanaan ibadah sembahyang wajib sebanyak lima kali sehari semalam. Petunjuk solat ini diterima terus oleh nabi Muhammad S.A.W. ketika peristiwa Israk Mikraj. Sembahyang inilah bukti tunduk pertama, yang mula-mula akan dihisab pada yaumil akhir nantinya, disamping bukti ketundukan (ibadah) lainnya.
    Pelaksanaan sembahyang melibatkan dua aspek aitu aktiviti badan halus dan aktiviti badan kasar.
    Aktiviti badan halus ketika solat berbentuk perasaan khusyuk dalam melakukan solat. Sedangkan aktiviti badan kasar ketika kita solat ialah berupa empat macam gerakan iaitu berdiri tegak sempurna, rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.

    Empat macam gerakan tubuh tersebut pada hakikatnya melambangkan sifat-sifat dasar dari empat macam unsur yang membentuk badan kasar manusia.
    Ketika berdiri tegak menghadap kiblat, maka itu melambangkan sifat api sebagai unsur tubuh yang telah siap.
    Kemudian diikuti gerakan rukuk yang melambangkan sifat angin atau udara yang membawa kesejukan.
    Lalu orang sujud, merendahkan kepala serendah-rendahnya, hal ini ibarat air yang selalu mengalir mencari tempat yang terendah.
    Diakhiri dengan menghimpit sebelah tumit yang merupakan posisi duduk yang sangat mantap dan hal ini adalah lambang dari sifat tanah sebagai unsur tubuh yang sedang menyembah Tuhannya.
    Semua gerakan solat tersebut harus diiringi ucapan doa pujian, permohonan, pengakuan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa secara khusuk dengan mulut (zahir) dan perasaan batin.
    Apabila manusia tidak melaksanakan solat sebagaimana yang diajarkan nabi S.A.W. maka orang tersebut mengingkari sifat-sifat dasar dari unsur-unsur tubuhnya sendiri.
    Untuk mengerti sesuatu tentang api, angin, air dan tanah, manusia perlulah menganalisa, memahami, merumuskan membuat ujikaji-ujikaji bahagian-bahagian dari unsur tersebut sehingga orang dapat memahami apa sebenarnya yang disebut api, angin, air dan tanah tersebut.
    Hanya dengan ilmu pengetahuan sajalah seseorang baru dapat memahami hakikat makna dari kata-kata susunan tubuh manusia yang terdiri dari unsur-unsur tersebut. Diharapkan secebis penerangan ini dapat memberi sedikit asas pengetahuan dan panduan umum untuk kita semua. Wallahu’alam.

    Tidak aku mengenali Dia melainkan dengan jalanNya.

  8. SFR: jika tak keberatan dan membikin report pada pak mahmud….
    minta diberi penjelasan tentang bahagian satu (a) … tentang hujah 4 anasir itu….
    dan adakah penerangan selepas 4 anasir itu untuk point 4 anasir itu? jika ya.., sy tak faham bagaimana nak kaitkannya..jika tidak..ya…sy faham kot..hmmm…

    Hehe.. sudah jadi bapak aku.. hahaaha :-) Hujah berkenaan 4 anasir itu saya pikir sudah dijelaskan oleh Saudara Azrie kita. Panjang lebar lagi tu. Alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Azrie.

    SFR: satu (b)… kerana puas berkali baca sy sukar faham bahasa penyampaian nya…

    InsyaAllah kita buka penjelasan kepada sahabat-sahabat kita yang lain. Penulis akan terangkan nya semula selepas penulis rujuk kepada guru penulis nanti. InsyaAllah. Terlalu daif lagi peribadi penulis…

    …di mana aku berada, di sana ada DIA..

  9. Azrie: Bila kita perhalusi, kadang-kadang pening juga saya bila ada orang yang membahagi-bahagikan orang-orang itu kepada si anu orang syariah orang ini orang tharekat orang ini orang hakikat orang itu orang makrifat. Sebenarnya, bila sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah, sahlah kita sudah Islam dimana Islam itu terkandung di dalamnya segala-gala, ISLAM ITU SEMPURNA. Hanya sahaja ada manusia yang tidak menyedari atau kadang-kadang dipengaruhi hingga sanggup kafir-mengkafir sesama kita. Di sinilah pentingnya ilmu, amalan, penghayatan, taubat, penyaksian, keinsafan. Apa guna syariat kalau tidak diamalkan, tiada guna syariat jika tiada jalan untuk kita menyampai kepadaNya, tiada guna syariat jika tidak tahu kepada siapa tujukan.
    Sedangkan yang sebenarnya tarekat, hakikat, makrifat itu adalah syariat jua. Ulama-ulama terdahulu membahagi-bahagikan ilmu ini hanya untuk cuba membantu umat Islam lebih memahami lebih senang untuk dipelajari. Bukan untuk menjadi fanatik dalam satu-satu cabang jalan, kerana kita semua sama sahaja tujuannya, iaitu kerana Allah.
    Wallahua’alam.

    Setuju dengan Saudara Azrie. Ya, terkadang manusia ini lalai dalam muhasabah ke-Diri an mereka masing-masing. Kerana itulah apabila kita melihat ‘ke dalam’, sudah semestinya perkataan kita amat berat dalam berburuk sangka terhadap sesama muslim. Kerana itulah, seni falsafah dalam bidang Tasawuf ini sebenarnya mampu mendidik hati dan jiwa supaya kudus dan saling sayang-menyayangi sesama makhluk. Kerana semuanya adalah kehendak Allah. Allah yang menjadikan kurang atau lebihnya makhluk. Tanggungjawab kita hanyalah memperbetul atau memperjelaskan mana yang pada pandangan kita tidak betul. Ilmu itu amat luas. Manakan terjangkau kesemua pengertiannya secara perfect.

    Berkenaan ke empat-empat bidang yang di sebutkan oleh Saudara Azrie kita, semuanya tidak akan tercapai dengan baik tanpa penjagaan khusus akan syariat. Terutamanya solat 5 waktu sehari semalam. Bayangkan perintah solat itu dijemput oleh Nabi SAW secara terus dari Allah Azzawajalla ketika Isra’ Mikraj. Betapa besarnya dan pentingnya solat itu. Sekadar bercerita…

    …di mana aku berada, di sana ada DIA…

  10. “Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya”.

    Apa yang dimaksudkan “Mengenal dirinya” dalam ayat tersebut ya!!!!

    • Ini hnya sekadar pendapat saya melalui pengetahuan & juga p’bacaan sy..
      Apa yg dimaksudkan dgn mengenal dirinya sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya..

      Manusia itu adalah sebaik2 kejadian.. apa yg dimaksudkan?
      Sebelum kita wujud di muka bumi roh kita semua akan b’pusing mengelilingi arasy selama 1000 tahun! Lama sgt tu..
      Dan di dlm 1000 tahun tu, roh2 ini b’kenalan di antara satu sama lain.. Yg mana roh yg b’sesuaian akan digandingkan & mana2 yg tidak b’sesuaian akan berpisah menjauh(pernah b’laku sesuatu kisah di antara para sufi yg b’temu kemudiannya salah se’org di antara mrk menegur dgn memanggil nama yg sorg lagi.. T’kejut dgn perihal krn namanya dipanggil sedangkan mrk tidak pernah b’temu lalu yg seorg ini b’tanya bagaimana boleh diketahui namanya? Maka yg seorg lagi m’jawab bahawa mrk pernah b’temu & b’kenalan di alam roh)

      Cukup 1000 tahun sebelum roh kita ditiupkan ke dalam rahim, roh kita berbuat perjanjian dgn Allah.. (ini selalu sgt kita dgr..)

      Apabila kita lahir2 je jadi bayi.. xtahu apa.. b’cakap pun x pandai.. mata pun samar2 je.. segala hal & kejadian semasa di alam roh semua x ingat langsung (itu la sy kata, lahir2 je jadi bengong lupa semua bgai.. :D)

      Lahirlah kita sbg manusia.. makan, minum & sebagainya & membesar.. Hakikatnya, yg hidup td itu siapa? Sudah tentu la roh.. Jasad @ tubuh ini x lain & bukan lebih b’sifat sbg pengangkutan @ medium di mana apabila roh itu td b’keinginan t’hadap sesuatu.. contohnya makan..

      Knp roh nk makan pulak? Bukan roh yg b’keinginan utk makan sebenarnya tetapi nafsu.. Bukan apa, klu x makan, binasa la jasad & tubuh itu tadi.. maka tidak dapat lah roh ini melaksanakan segala keinginan2 yg lainnya spt b’ibadah & sbgnya..

      Selalunya t’tanya2 bagaimana mahu mengenali diri? Ada ilmu2 tertentu yg apabila diamalkan & apabila sudah tinggi ilmunya ianya digelar ilmu jiwa.. (Ilmu ini hnya ada pd insan2 yg jarang & luar biasa spt wali2 Allah & insan2 t’pilih.. tetapi harus diingatkan juga perlulah melalui jln yg betul)

      Apabila sudah sampai & mengetahui Ilmu Jiwa itu td maka Allah telah menjanjikan bg mrk ‘Dunia ini di dlm genggaman’
      Allah lah yg m’berikan mrk ilmu..
      Sbb itu klu tinggi ilmu manusia2 yg ada hati/jiwanya kpd Allah kdg2 mrk boleh ingat kejadian mrk dari alam roh lagi! Wallahualam.. Duk atas dunia ni je pun asyik duk lupa.. :D
      Erm.. byk lagi la duk nk pk benda ni.. x larat dh nk menulis..

      Cuma 1 je sy nk pesan..
      Jgn cari Allah.. (ada manusia yg cuba mencari Allah.. blh nk cari tp bukan pki mata dong.. lihat dgn mata hati@jiwa) silap hb. boleh jd gila @ x betul..
      “Dia.. Jauh tiada b’sempadan, dekat tiada b’tempat”

      Pape pun sampai situ je la dulu sy mengomel2..
      Salah silap sy mohon, ampun…

      • salam anis,
        setuju x kalau saya katakan mengenal Allah itu dengan sifatnya,
        kerana nyatanya dia pada sifat.sifat yg mana? sifat 20 ke? sama-samalah kita renungkan..

        -jauh tiada b’sempadan,dekat tiada berhijab.-

        al-ahmad,
        insan daif.

      • dianggap sesat gila atau tidak betul kerana mahukan sejatinya islam lalu keluar dari lumrah adat kebiasaan sahaja, masakan org yg mengenal dikatakan sesat berbanding org yg baru nak mencari cari, kalau x de nafsu camne boleh hidup. untuk mengenal Allah mesti kenal sifat wajib baginya, oleh itu yg mustahil bagi sape pulak. dan mengenal diri itu jalannya. dicari dikaji bukan caranya, tapi kalau nak kenal dia lagi akan mengenal. bermulanya agama itu mengenal Allah.

  11. Mengenal Muhammad lebih banyak lagi..?

    ini bukan fitnah.

    sumber asli dari Quran dan Hadist..

    enjoy

    • Jelasnggak kata,
      ini bukan fitnah.
      sumber asli dari Quran dan Hadist..

      Sumber asli itu maksudnya kamu dah berjumpa dengan Nabi Muhammad, dah melihat Nabi Muhammad, dah mendengar sendiri hadis dan firman yang dikeluarkan Nabi Muhammad.

      Boleh saya tanya, bila kamu jumpa?, dimana kamu berjumpa?

      • Sahabat Muhammad yang kenal dengan muhammad.
        Lalu mereka menuliskan di hadist.

        bacalah! IQRA! :

        .
        .
        .
        anda bisa baca dan tulis ..?

        Tidak ummi..?

        Amin.

  12. Pertama, mengetahui kelakuan Muhammad, kedua berfikir, ketiga meninggalkan…

    Saudara sudah sampai level berapa:

    salam

    • hi, jelasnggak,
      mengetahui kelakuan Muhammad itu seperti mana? Berfikir yang benar itu bagaimana? meninggalkan itu pula bagaimana.

      Kalau kamu dah bertemu Nabi Muhammad dan kamu bergaul sekian lama, benarlah kamu mengetahui kelakuannya,
      Berfikir yang benar itu bagaimana? pakai akal atau pakai nafsu?
      Meninggalkan, Kalau dah berjumpa dan membuat pengakuan tauhid dihadapan Nabi Muhammad kemudian kita engkar atas pengakuan itu barulah dikatakan meninggalkan (murtad).

      Kenal pun tidak, jumpa apatah lagi, bagaimana nak meninggalkan,

      Cuba kamu heningkan diri dan berfikir dengan akal yang waras.

      • Kenalilah Muhamad lewat hadist dan quran kamu.

        salah satunya

        bacalah! Iqra!

        Bagus untuk permulaan.

        Amin

  13. jelasnggak, anda ini tak faham dan tak jelas tentang Islam. Apa yang anda tak jelas ya? Cubalah persoalkan. Mana tahu anda akan mendapat hidayah Allah.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • Bacalah! IQRA!

      Anda bisa baca tulis ..?

      .
      .
      .
      .

      ….dimana ada aku, disitu copet kabur…..

      .
      .

      :lol:

  14. lama tak berkunjung ke sini,

    sfr,
    salaam..
    tolong sambung lagi radzi sy ingin tahu apa yg anda nak sampaikan..
    penerangan anda mudah difahami dan jelas…

    > Islam itu mudah mengapa nak susah,
    Barang siapa mengenal diri Nya maka kenal akan Tuhan. MaksudNya itu siapa?

    Allah nama bagi sifat… yang dinyatakan sebagai sifat 20.

    Sifat itu siapa punya? Kita punya? kalau kita manusia biasa maka kita akan mati.

    Cuba fikirkan….

  15. assalamualaikum wbt saudara radzhi,

    radzhi said:
    “Sifat itu siapa punya? Kita punya? kalau kita manusia biasa maka kita akan mati. ”

    sfr says:
    pemikiran sy mungkin agak lurus sedikit….jadi
    apa yg saya fhm dr apa yg saudara katakan adalah:

    – sifat 20 itu ALLAh yg punya….
    - dan kalau kita manusia biasa …iya..mmg pasti kita akan mati…pulang kembali kepada-NYA..

    ada apa2 lagi yg patut sy nampak ?sila berikan pencerahan untuk memahami perkataan saudara..

    TQ.

  16. Ada sesuatu yang tertinggal untuk diutarakan oleh Saudara Radzi. Silakan… :-) Awak dah buka ‘gelanggang’ ni…

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • ye ye betol tu pak mahmud….. sy dah beli tiket VIP ni..heheh..sy berminat nak mengetahui penjelasan Radzhi lebih mendalam…..

      sy rase saudara Radzhi sedang merajuk ataupon sedang mengambil langkah “lebih baik diam daripada bercakap”…hmmmmmmm…………..?????

      • “Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Muhammad itu adalah Rasullulah.”

        Dari kalimah itu saja dah ada jawapannya. Cuba fikir dan cari sendiri jawapannya.

        Makhluk yang paling mulia adalah akal, Akal yang diberi gunanya untuk mengenal Allah.

        Apa yang nak di rajukkan, sebab orang tua-tua kata “rajuk pada yang kasih” . Ini kenal pun tidak, macamana nak merajuk.
        Berdiampun tidak, cuma tak menjeguk ke sini aje.

        Saya sarankan jangan beli tiket VIP tu dulu nanti sia-sia, tunggu sampai selesai dirungkai kalimah sahadah tu.

  17. Assalamualaikum Sahabat,

    Saya insan dari Singapura dan telah dibekalkan dgn ilmu ajaran Bapak selama 15 tahun dahulu. Setelah melayar dan membaca summary dalam halaman ini, saya amat berminat jika kita dapat bertemu dan berbincang bersama semua yang memgikuti gerak aku, kau dan dia. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman masing2 dan memahami lebih dalam lagi akan perkembangan diri ini.

    Saya juga ingin minta bantuan bagaimana hendak memperolehi risalah & buku2 mengenai pengalaman hidup Bapak yang hanya dimiliki oleh orang2 yang tertentu sahaja kerna risalah2 saya hilang dalam satu kemalangan dahulu.

    Segala puji bagi Allah..

  18. Rahsianya ada, Alif Lam Mim jawapan nya.. tapi ertinya hanya Allah sahaja yang tahu..

  19. Alhamdulillah Si Sepuluh. Nampaknya saudara juga mempelajari ilmu pengetahuan ini. Kata bapak, ini ialah ilmu pengetahuan, jangan dicampur adukkan dengan agama. Bimbang nanti disalah ertikan.

    Berkenaan risalah bapak itu masih ada lagi dalam simpanan. Di dalam simpanan saya hanyalah ‘Diriku yang ku kenal’ dan risalah2 dan buku2 yang lain ada pada simpanan guru saya. InsyaAllah, jika saudara berminat email pada saya. Saya cuba usahakan. Di Singapura sekarang siapa lagi guru tua? Masih ada lagi? Dan saudara berijazah dengan siapa ya?

    Rahsianya ada, Alif Lam Mim jawapan nya.. tapi ertinya hanya Allah sahaja yang tahu..

    Alif lam mim adalah ‘kunci’ ke dimensi lain dan pertahanan dalam membangkitkan tenaga Diri.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • Assalamualaikum..
      Minta maaf, nak tumpang b’tnya sikit..
      Abg Mahmud Shah ni belajar ilmu apa ye? Apa yg dimaksudkan dgn Si Sepuluh? Pendek kata ilmu apa yg kalian maksudkan tu ye..

    • Berkenaan risalah bapak itu masih ada lagi dalam simpanan. Di dalam simpanan saya hanyalah ‘Diriku yang ku kenal’ dan risalah2 dan buku2 yang lain ada pada simpanan guru saya. InsyaAllah, jika saudara berminat email pada saya. Saya cuba usahakan.

      salam…jika tidak keberatan saya juga berminat saudara mahmud shah. sila beri email saudara kpd saya….terima kasih…

  20. Assalamualaikum wbh!

    ” Kenallah diri nyata-nyata sebelum mengenal Tuhan yang Esa”

    Soalan: bagaimana sebaik-baik jalan mengenali diri?

  21. Assalamualaikum..
    Saya baru nak mula berjinak2 dlm ilmu mengenal diri.Sebelum ni saya jauh
    tersesat dgn berbagai kekufuran yg dilakukan.Namun jln yg baru nak saya ambil ni agak berat sikit kerana proses untuk “MEMBUANG IFRIT” ni masih lagi berjalan.Jadi disini saya ingin tau, ape langkah/cara utama untuk saya mempelajari & mendalami ilmu syariat,tarekat,hakikat & makrifat slepas proses ini.

  22. samb.
    adakah tafsirsn mimpi bersangkut paut dgn olahan 4 perkara yg
    disebutkan?..(syariat,tarekat,hakikat &makrfat).saya keliru,sbb ade
    pihak yg bkata ade kaitan & ade yg bkata itu ”BI’DAAH”..tlg jelaskan….
    terima kasih.

  23. mar said:

    Assalamualaikum..
    Saya baru nak mula berjinak2 dlm ilmu mengenal diri.Sebelum ni saya jauh
    tersesat dgn berbagai kekufuran yg dilakukan.Namun jln yg baru nak saya ambil ni agak berat sikit kerana proses untuk “MEMBUANG IFRIT” ni masih lagi berjalan.Jadi disini saya ingin tau, ape langkah/cara utama untuk saya mempelajari & mendalami ilmu syariat,tarekat,hakikat & makrifat slepas proses ini.

    Bak kata guru saya, langkah asas dalam pembelajaran ilmu sebegini ialah pembersihan hati. Bagaimana mahu membersihkan hati? Jagalah Rukun Iman dan Rukun Islam. :-)

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  24. mar said:

    samb.
    adakah tafsirsn mimpi bersangkut paut dgn olahan 4 perkara yg
    disebutkan?..(syariat,tarekat,hakikat &makrfat).saya keliru,sbb ade
    pihak yg bkata ade kaitan & ade yg bkata itu ”BI’DAAH”..tlg jelaskan….
    terima kasih.

    Saudara fahamkan dahulu apa yang di maksudkan dengan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Mimpi kita bukanlah mimpi para Nabi atau mimpi para wali yang bersumber terus dari Allah. Mimpi kita mimpi orang kebiasaan, mimpi orang awam. Selalunya mimpi kita itu terkesan dek kerana masalah seharian yang kita hadapi. Terpengaruhlah apa yang dimimpikan. Nasihat kami, saudara carilah guru yang murshid. Perkuatkan dahulu asas-asas ketauhidan barulah boleh pergi lebih jauh. InsyaAllah.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  25. salam buat semua… saya masih seorang budak mentah yang daif dan tidak mengerti…tetapi pernah seorang arifbillah menyebut “barangsiapa yg mengatakan bahawa dia mencari jalan untuk mengenal akan tuhan Nya bererti dia masih belum kenal kepada si penciptaNya” hal ini dapat di lihat kerana tiada daya kita untuk melakukan sesuatu itu,melainkan dengan gerak zat semata-mata.sebagai contoh sekiranya kita mengatakan kita yg berikhtiar ketika ditimpa kesusahan,sedangkan jika kita melihat dari segi yang lebih mendalam tiada usaha dan ikhtiar hamba itu,melainkan dengan gerak zat semata-mata,jadi apakah hukum bagi mereka yang mengaku adanya usaha dan ikhtiar hamba itu tanpa hakikat yg betul?bukankah seperti merampas kuasa?….sama-samalah kita renungkan………

    -al-ahmad-

  26. Sesungguhnya Allah itu dekat. ‘Mencari’ Allah bukanlah bermaksud kita tidak kenal Tuhan, melainkan tujuan ‘pencarian’ tersebut adalah semata-mata ‘fana’ kepada-Nya, berserah kepada-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya; sepertimana firman Allah di dalam Surah Qaaf ayat 16:

    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

    Allah sudah berfirman bahawa Dia adalah lebih dekat daripada urat leher kita. Mengapa pula kita mahu pergi jauh-jauh mencari-Nya, sedangkan Dia adalah ‘dekat’? Yang penting yang perlu kita cari ialah ‘Jalan’ menuju-Nya. Bagaimana? Carilah guru-guru yang mursyid, kerana para guru inilah yang akan menunjukkan ‘Jalan’ tersebut.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  27. di mana ALLAh berada adakah di dlm diri kita atau di luar diri kita???

    • ari said:

      di mana ALLAh berada adakah di dlm diri kita atau di luar diri kita???

      Maha Suci Allah yang Maha Pencipta. Jangan kita anggap Allah itu seperti suatu entiti dan bertempat kerana Allah itu tidak betempat. Maha Suci Allah daripada diserupakan dengan makhluk-Nya sepertimana sangkaan Kristian dan agama-agama budaya yang lain. Na’uzubillahhiminzaliq.

      Sila rujuk kepada wakalah yang penulis lampirkan di bawah untuk penjelasan yang lebih terperinci:

      https://mahmudshah.wordpress.com/2009/12/24/babi-liar-yang-membuat-kerosakan/

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  28. Asslamualaikum.Maafkan saya kerana mencelah dalam laman ini. Tujuan saya adalah untuk komen mengenai perkara yang disentuh iaitu berkenaan dengan Syari’at,Tarikat,Hakikat,Maktifat.Ianya perlu diperjelaskan dengan sempurna iaitu dengan ringkas dan tepat.Jika kita tidak tahu apakah maksud sebenar empat tiang tersebut,maka janganlah kita menyentuhnya kerana dikhuatiri tersalah kenyataan. Saya bukannya cendikiawan dalam bab mengenal diri,tetapi boleh untuk kita bertukar pendapat dan pandangan serta pengalaman… Insya-Allah.

    • Wa’alaikumussalam. Silakan beri pandangan saudara mengikut pengalaman dan pengetahuan saudara ya. Kita alu-alukan. :-)

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  29. السلام عليكم

    saya amat setuju dengan pendapat Mael De’ Ronnie..perlu memahami terlebih dahulu setiap kenyataan yg dikeluarkan semoga jangan ada hanya pandai menyebut tetapi tidak memahami apa yg disebut . wasalam

    • Ya, benar saudara kembara. Perbetulkanlah mana yang pincang. Inilah gunanya kita bertukar wadah dan pemikiran. Dari situlah wujudnya kesepakatan. InsyaAllah.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  30. Assallamualaikum.Syari’at itu perintah Allah yang jelas dan wajib kita ditunaikan secara praktikal dan zahir(contohnya ‘Solat’) tidak boleh sekadar ‘niat’ sahaja.Tarikat itu jalan atau jadual (contohnya rukun solat). Hakikat itu kedudukan sebenar mengenai sesuatu amalan kita,sebagai satu contohnya (kedudukan solat itu sendiri sebenarnya dari siapa untuk siapa).Makrifat itu mengenal.Apabila kita tahu hakikat solat yang sebenarnya,maka kita telah Makrifat tentang solat yang kita kerjakan itu.Begitulah seterusnya dengan lain-lain amalan yang kita lakukan.Jika tiada Empat Tiang tersebut, maka tidak sempurnalah segala amalan kita selama ini.

    • Ya, BENAR saudara. Namun, kesempunaan itu hanya milik Allah, dan hanya Dia yang tahu dan menerima amalan kita. Hanya Dia yang menilai amalan kita, kesempurnaan dan baik buruknya amalan itu. Kita hanya mampu mengatakan ‘ya, sempurna’ tapi adakah ia benar-benar sempurna di sisi Allah? Yang penting jgn kita tinggalkan kewajiban itu, sempurna atau tidaknya amalan itu, serahkan segalanya pada Yang Pencipta kita. Jangan sewenangnya memberi hukum, salah atau betul, kerna kita ini manusia.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  31. Allah telah mensyari’atkan seruan azan dan solat yang didirikan. Rukun-rukunnya juga telah diperincikan dalam sunnah Rasulullah S.A.W. yang menjadi tarikat solat itu sendiri.Hakikatnya,solat yang kita kerjakan itu bukanlah atas kemampuan dan keupayaan kita sendiri,kerana ; ” Tiada daya dan kekuatan melainkan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung ” ( La haula wala kowata illa billahil ‘aliyil ‘aziim ).
    Allah yang memberikan ilmu untuk berwuduk,solat. Allah yang memberi kudrat untuk bergerak,mengangkat takbir dan melafazkan bacaan surahNya di dalam solat.Maka fanalah kita dalam mengerjakan solat itu.Dengan itu,Makrifatlah mengenai solat yang kita kerjakan itu tanpa ada Riak,Ujub,Takkabur dan Sombong.Banyak yang perlu diperhalusi dengan terperinci.

    • Sesutu perkara terutamanya kewajiban kita kepada Allah, jika keterlaluan diperincikan akan menimbulkan kesusahan untuk mengamalkan. Cukuplah sekadar adanya, bersederhana. Jangan hingga segala segi mahu dipersoalkan. Jangan jadi seperti Bani Israel yang sentiasa tidak pernah cukup dengan anugerah Allah.

      Perasaan riak, ujub, takbur dan sombong berpunca dari hati. Perbaikilah ‘Hati’, perhalusi ‘Jiwa’. Itu yang sebaiknya.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  32. ” BERIBADAHLAH KITA DENGAN TULUS IKHLAS ATAS DASAR CINTA PADANYA.BUKAN HANYA SEMATA-MATA INGINKAN SYURGA ATAU TAKUTKAN NERAKA “.
    ” BERIMANLAH KITA DENGAN ILMU KEBENARAN DAN BERAMAL KITA DENGAN PENUH KESABARAN “.

  33. Saya pernah baca kitab hidup sesudah mati kaya Imam Ghazali.
    Katanya “Mansia yang hidup adalah manusia yang masih tidur dan orang yang mati adalah orang yang baru sedar dari tidur”

    Wahai saudara yang budiman, jika tak keberatan tolong jelaskan maksud kata2 Imam Ghazali di atas.

    Terima kasih

  34. Cindra said:

    Saya pernah baca kitab hidup sesudah mati kaya Imam Ghazali.
    Katanya “Mansia yang hidup adalah manusia yang masih tidur dan orang yang mati adalah orang yang baru sedar dari tidur”

    Saudara/i Cindra, baru sebentar td ketika khutbah Jumaat penulis ada ter’capture’ istilah dan perumpamaan yang seperti di atas. Apa yang penulis faham (berdasarkan analitis penulis) kehidupan kita sekarang yang bernyawa ini di dunia ini hanyalah sebuah lakonan, sebuah mimpi. Di mana mimpi terwujud? Bukankah ketika kita tidur? Dan apabila kita terjaga dari ‘tidur’ kita ini, selama-lamanya hingga hari Kiamat kita tidak akan tidur kerana kita sudah memasuki sempadan Akhirat.

    Apa yang hendak dinyatakan di sini, kerana ke’tiduran’ kita itulah yang mengakibatkan kita terus-terusan lalai dan alpa akan kebesaran Allah. Kerana ‘tidur’ itulah mengakibatkan kita diuji ‘neraka’ dan ‘syurga’ dunia. Kerana ‘tidur’ itulah kita ‘sakit’ semasa ‘hidup’. Dari kerana itu, bersegeralah kita ‘sedar’ dari tidur yang sebenarnya hanya seketika apabila kita ter’jaga’ kelak. Ketika itu hanya kita yang tahu di mana kita dan ‘di mana’ tempat itu dan kita akan terus terusan berada di situ selamanya…

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  35. Maaf jika saya menerangkan apa maksud kata2 Imam Ghazali tersebut. Katanya: Orang yang mati adalah orang yang masih tidur, maksud nya, bila orang itu mati, diri bathin akan keluar dari diri zahir iaitu jasad nya. kata maksud, orang yang mati baru sedar dari tidur, ialah orang itu kini sedar dan berkata “Oh rupanya ini sebenar nya aku, yang itu aku juga, tapi yang inilah aku sebenar aku”
    Salamu alaika warohmatullah.

  36. jauhnya dia tidak bersempadan.
    dekatnya dia tidak bersentuhan…
    renung2kan lah…

  37. Alam semesta adalah ciptaan Ku
    Menandakan kebesaran Kekuasann Ku
    Yang zahir itulah Kudrat Keberasan Ku
    Dan yang ghoib itulah Kudrat Ilmu Ku

    Perhatikanlah Qudrat Aku Yang Maha Satu
    Takkan sama di dalam diri Mu
    Diri Mu seperti berkelipan bintang yang satu
    Di langit yang luas hanyalah satu

    Kudrat diri mu hakikat Nama Ku
    Menjadi ma’rifat dalam diri Mu
    Mintalah engkau kepada Kudrat Yang Satu
    Tak berdaya engkau melainkan Aku yang setuju

    Pabila Aku sudah setuju
    Nur kudrat Ku, Ku ujudkan dalam diri Mu
    Telah terjadi Kudrat Ku dalam diri mu
    Gerak geri diri mu menjadi Gerak Geri kudrat Ku

    • Saudara Cindra, salam.

      Adakah puisi ini saudara perdapat dari kitab karangan Imam Al-Ghazali jua? ‘Dalam’ maksudnya. Alhamdulillah…

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  38. Kata2 di atas bukanlah syair atau pantun.
    Jangan kata renung. Jika engkau boleh mengujudkan diri kau dan qudrat yang satu dalam diri mu, maka berbahagialah engkau. Tiada amal, tiada perbuatan, tiada berlaku. Tidak boleh berpegang hanya dgn ilmu sahaja kerna tiada perbuatan tiada afaal, tiada perjalanan tiada tarekat, tiada kebenaran tiada hakekat, tiada rahsia tiada marifat.
    Maaf saudara, saya hanya membuka jalan, mudah2an dapat petunjuk dari Alah. Salamu alaika.

    • InsyaAllah saudara. Tentang keempat-empat cabang itu penulis kira sudahpun diterangkan di adalam beberapa ‘quote’ sebelum ini. Mungkin ada yang saudara mahu tambahkan. Silakan saudara, kita berkongsi sesama kita-kita semuanya… :-)

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  39. Zilallallah, ini bukan setakat pantun, jika saudara budiman boleh menjadikan amalan dan yakin pada jalan ini, insya’allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa diantara hamba yg akan mendapat petunjuk. Terima kasih di atas keikhlasan saudara menerima nasihat dan pembuka jalan yg saya ikhlaskan, anggaplah saya sebagai ikhwan seagama walaupun bukan seperguruan.

    Kehadiran ku adalah untuk memuji Mu
    Memuji Mu kerana sungguh suci Dazat Mu
    Aku terasa sungguh malu
    Kerana tak mensuci Dzat Mu

    Wahai Dzat Yang Satu
    Hadirlah Engkau dalam diri Ku
    Aku sangat merindui Mu
    Bagaikan mana untuk bersatu

    Wahai hamba ku yang Ku sayangi
    Sayangilah diri mu dengan mensucikan diri Mu
    Setelah kau mensuci diri Mu
    Maka di situlah kehadiran diri Ku

    Sucilah diri Mu atas nama Ku
    Tidak Ku siakan amalan diri Mu
    Kerana Aku adalah Dzat Yang Satu
    Janganlah engakau memungkiri janji

    Dahulu kala tiada sesuatu
    Hanya ujud Qudrat Yang Satu
    Apakah cara untuk membuktinya kuasa Ku
    Satu persatu tercipta alam Ku

    Maka Ku cipta ruh ruh Ku
    Senantiasa bertasbih atas Nama Ku
    Berjutaan tahun taat pad Ku
    Agar terkabul permintaan yang satu

    Permintaan yang satu telah ku kabulkan
    Maka tercipta awal kejadian Ku
    Di situ bermula apa yang di sembahkan
    Tanda bukti kau lah hamba Ku

    Ku jadikan mu untuk beribadah pada Ku
    Berdo’a itu adalah pendekatan kau pada Ku
    Tiada berdo’a tiada berlaku
    Sudah berlaku menjadi pertimbangan Ku

    Aku perhatikan amal amalan Mu
    Kerana sungguh2 mengharapkan Ku
    Atas kerelaan Ku aku setuju
    Maka terbukalah pintu hijab Ku

    Sudah terbuka pintu hijab Ku
    Aku setuju amalan2 Mu
    Tanda buktinya penghambaan kau pada Ku
    Menjadi engkau kekasih Ku

    Ilmu2 yang ada bukan perhatian Ku
    Kerana itu adalah haq Ku
    Yang Ku mahu amalan diri Mu
    Suci dan jujur itu pakaian Ku

    Pakaian ku itu menjadi sifat Ku
    Pada nabi2 dan wali2 Ku
    Ikutilah contoh pemimpin2 Ku
    Jalan yang lurus menuju kepada Ku

    Alam semesta Ku jadikan dalam enam masa
    Hanya dengan Kun jadinya serta merta
    Kejadian diri mu mengambil masa
    Tidak terjadi serta merta

    Renungkanlah kejadian diri
    Sebelum kau berada di dalam kandungan ibu
    Dari benih yang suci kandungan sulbi
    Tiada Qudrat Ku tak akan berlaku

    Kembali pada ujudnya diri
    Adalah jasad jadi penyata
    Diri bathin menjadi saksi
    Kepada Qudrat Yang Maha Kaya

    Keaggongan Qudrat Yang Maha Kaya
    Ilmu nya sungguh tidak terkira
    Haruslah jadi insan yang mulia
    Adalah jalan menuju ke syurga

    Jalan ke syurga hanya lah satu
    Hanya dikau yang saja berliku liku
    Lurus dan luhur harus berlaku
    Dzat Yang Satu akan bersatu

    Jiwa yang mulia adalah pakaian Ku
    Seperti nabi2 yang terdahulu
    Pakailah engkau dengan pakaian Ku
    Akan Ku buka pintu yang satu

    Setelah terbuka pintu yang satu
    Pasti terbuka yang lagi satu
    Bertingkat tingkat jiwa yang satu
    Akhirnya kau dan Aku akan bersatu

    Berbahagialah wahai jiwa yang satu
    Puji memuji antara kau dan Aku
    Akan ku pelihara jiwa mu itu
    Akan Ku bawa pada syurga Ku

  40. Maaf saudara Mahmud, maka sayalah Cindra dan saya Zilalallah. Kata2 itu adalah ilham spontan yang saya tulis di halaman ini bukan di-mana2 kitab kepunyaan sesiapa.
    Maaf sekali lagi, saya adalah penyampai di balik tabir, ramai yang tak tahu.

    • Alhamdulillah… terima kasih penulis ucapkan di atas kesudian saudara menyampai apa yang tersurat dan tersirat di laman yang tak seberapa ini. Harapnya ramai kita-kita yang akan mendapat manfaatnya. InsyaAllah… Apa pun jua, setiap ‘orang’ ada pendapatnya masing-masing. Mana yang baik diambil, mana yang tidak diasingkan. Kerana minyak takkan bercampur dengan air. Syukran saudara. :-)

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  41. “…dimana aku berada di sana ada Dia….”
    Kata2 ini adalah hanya kata bayangan. Kata2 ini di pakai ramai oleh penyelidik dan pengamal ilmu hakikat insan. Kita harus sedar tentang keadaan diri sendiri dahulu baru kita lihat tentang yang ada di sekitaran kita dan kejadian Allah. Jelas, kudrat Allah itu Maha Luas tidak boleh terbayang, seluas alam semesta. Sudah tentu di mana kita berada sudah tentu kita termasuk di dalam genggaman Nya.
    Jangan salah faham dahulu, jika kita mengatakan di mana kita berada di sana ada Dia, takkan jika masuk ketempat tandas, dikelab2 atau ditempat yang tak baik di situ ada Dia. Tak logik satu Zat Yang Maha Suci mahunya ketempat seperti ini.
    Allah adalah Zat Yang Maha Suci, mana Zat Yang Maha Suci memasuki kedalam diri seseorang yang masih belum suci dan tiada kesucian diri. Tak akan terjadi. Jika kita nak bicarakan tentang ilmu mengenal diri, bahan ceritanya terlalu banyak dan masing2 guru ada caranya tersendiri dan murid2 nya akan terikut dengan cara guru masing2.
    Ilmu kesucian hanya satu, tiada bercabang, tiada bersimpang. Mensucikan diri ya’ani mensuci segala nafsu amarah diri, hingga dipertingkat satu demi satu ketahap martabat yang tertinggi. Tapi kita tidak boleh menilaikan diri kita sendiri, yang hanya boleh menilaikan hanya Allah.
    Ingat kembali tentang nabi Muhammad, dirinya disucikan oleh malaikat Jibril a.s. baru kudrat Allah yang bernama Al-Quddus yang memasuki kedalam diri itu. Allah tidak menilaikan dgn ilmu seseorang kerana itu adalah hak Nya, akan dikembalikan ke Luh Mahfuz. Allah hanya menilaikan kesucian, keikhlasan, kemulian, keindahan, kebaikan, kejujuran, yang berkata benar dan berjanji benar dan memlihara kesucian dirinya, itu yang Allah nilai. Benar atau tidak kata saya, saudaralah yang menilaikan sendiri buruk dan baik nya. Jika salah jadikan sempdan, jika benar jadikan pedoman.
    Demi Allah saya tiada sedikit niat untuk mengajar atau tunjuk ajar, ikhlas atas nama Allah saya hanya penyampai di balik tabir.
    Salamu alaika warohmatullah.

  42. Dari jauh ku melihat pantai luas terbentang
    Ku sangka di situ ada penghujung nya
    Makin jauh ku melayari masih tak sampai
    Baru sahaj di luar masih tak tercapai
    Belum ku lihat apa yg tersemai
    Ku fikirkan sama rupanya berlainan
    Sama juga tentang diri ku ku rasa benar
    Rupanya kebenaran ku bukan milik ku
    Makin ku mencari kebenaran diri ku
    Ku selam menyelami tak puas memandang
    Selagi ku memandang selagi itu ku merancang
    Makin ku merancang tak kesampain
    Akhirnya aku terlemas di lautan
    Apakah hikmah di sebalik diri ku
    Hikmah yg itu bukan milik ku
    Hikmah datang dari Yang Satu
    Jika bersatu maka ujudnya AKU
    Aku terfikir siapakah Aku
    Rupanya Aku bukan nya Aku
    Yang Aku hanyalah AKU
    Jika kau yang Aku maka tiada berlaku
    Jika tiada berlaku tak ujud Aku
    Carilah Aku siapanya Aku
    Jika dah tahu maka itulah AKU.
    Jika dah tahu itulah AKU
    AKU adalah AKU hanya AKU
    Yang hanya berkalam dgn kalimat KUN
    Dngan kalimat KUN maka jadinya KUN FA YAKUN.
    Itulah AKU bukan kau yang Aku

  43. Sering kita mengatakan Rasa
    Sesungguh Rasa tiada berdusta
    Rasa itu pembenar kata
    Kata Rasa tiada berdusta

    Jika Rasa tiada berdusta
    Maka katakanlah siapa yang rasa
    Memang benar Rasa berkata
    Rahsia Rasa duduk di mana

    Adakah rasa duduk di hati
    Tak mungkin rasa duduk di hati
    Jika rasa duduk di hati
    Itu membuat makan hati

    Hati-hati bila berkata
    Jangan berkata ikutkan rasa
    JIka berkata ikutkan rasa
    Itu boleh membawa binasa

    Rasa zahir penyata bathin
    Kerana rasa di dalam bathin
    Rasa zahir rasa bathin
    Siapa yang rasa diri bathin

    Apakah sebaiknya menggunakan rasa
    Gunakan rasa dalam ibadah
    Kerana rasa yang merasa
    Lakukannya lah waktu menadah

    Bukan saya menunjuk pandai
    Sebagai penyampai di balik tabir
    Mungkin tuan yang lebih pandai
    Rahsia Allah dibalik tabir

  44. Bila kita mengatakan mengenal diri, ramai manusia hanya memandang apa yang di luar diri nya. Ada yang sanggup melakukan perkara yang terbaik untuk melhat serba indah, segak dan sebagainya. Tiap2 perbuatan nya selalunya berpandu pada niat, tiada niat tak berlaku. Jadi bila kita memulai ingin berubah diri, ingin jadi manusia yang lebih baik sebelum nya, kita mulai melakukan ibadah, beramal dan sebagainya. Keinginan mula memuncak di jiwa, timbul curiosity untuk mengenal diri pula. Bermula pula dengan membaca baha2 dari kitab2 dan sebagainya. Bercerita tentang mengenal. Sebelum mengenal, bermula dulu dengan berkenalan, bila sudah mesra maka timbul erat perkenalan itu. Sesudah erat bermula ada rasa kasih dan sayang, bermula ada rasa percaya dan mempercayai dan berterusan hingga perkenalan itu akan menyedarkan diri antara perkenalan itu. Bila perkenalan itu mencapai kemuncaknya, jangan dikatakan kawan, terus jadi sahabat, terus dijadikan saudara seperti darah sedaging. Kenapa jadi begini kerana masing sudah faham sikap masing2, dah mengetahui sikap masing hingga sudah tiada lagi keburukakan sangka antara satu sama lain.

    Kembali kepada mengenal diri. Ini bersangkut paut tentang diri yang ada di dalam diri yang luar. Harus ada prinsip dan formula seperti di atas sehinggakan diri luar itu sudah telalu yakin hingga diluar sudah faham dan mengetahui sikap antara satu sama lain, sudah seiring dan sejalan. Kadang kala diluar itu tidak sedar apa kemahuan yang di dalam. Di luar tidak sedari sebenar ada bisikan kata dari dalam berkata pada yang di luar tapi yang di luar menolak yang di dalam keran yang di luar itu berpelajaran dan berilmu. Yang di dalam itu langsung tiada apa2. apa yang dilakukan diluar di dalam hanya turuti kehendak di luar. Suka ke tak suka, tetap ia akan turuti sehingga yang didalam merajukkan diri dan keluar dari diri yang di luar sehingga bila engkau jauh aku pun jauh, bila engkau dekat aku pun dekat. Bagaimana kita ingin tahu diri yang di dalam. Nama nya tak tahu, asalnya tak tahu, sifatnya nya pun tak tahu. jadi bila seorang mulai belajar tentang ilmu mengenal diri, dia akan berpandu dari sumber2 yang ada. Tapi sumber2 itu hanya sebagai pedoman untuk mengenal. Padahal diri di dalam itu adalah sama. Sama2 dijadikan, sama2 membesar, sama2 harus merasa. JIka melakukan rasa di dalam bagaimana adakah diluar pun turut merasa. Jika di dalam kesedihan adakah di luar turut bersedih. Adakala apa yang dipelajari tidak menampung untuk mengenal diri yang di dalam kerana ilmunya terlalu rumit kerana ia dijadikan dari sumber Yang Hak yang mengandungi pelbagai rahsia yang susah untuk manusia mencari dan mengkaji rahsia demi rahsia tentang kejadian diri yang ada di dalam diri. Diri di luar itu senag, dari eamak dan bapak, nikah, bersatu maka lahirlah diri yang di luar. Padahal diri yang di dalam itu situ lebih awal kejadian nya dari diri yang di luar. Bagaimana ingin mengenal sebelum belulm tahu asal usul nya, kehendak nya, rahsia nya, nama nya. Tidak boleh pakai seperti ini, di panggil ini, jika menggunakan seperti itu maka tidak tepat jawapan nya. Harus tahu yang sebenar maka jadilah mukmin yang benar. Selamat sudara sekelian.

  45. Yang di dalam itulah rahsianya. Kerana yang di dalam itulah sumbernya dari-Nya. :-)

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  46. Benar dan tepat. Selamat bagi mereka yang mengenal.

    • maka bila saja kamu mengenal akan DIA, hendaklah kamu rahsiakan DIA. seperti mana Abu hurairah berkata” aku datang membawa dua ilmu, jikalau aku menceritakan akan gedung ilmu yg pertama ini, maka sekelian orang akan datang mencium tangan ku, jikalau aku menceritakan rahsia gedung ilmu kedua, maka akan terpisahlah kepala ku ini dari badan.

  47. Yang bernafas pasti mati. Yang bernafas itu jasad, betul kan.
    Diri bathin itu bernafas ke tidak. Jika ia bernafas dgn ia sekali turut mati. Jika dah mati tidak boleh hidup lagi. Jadi siapa yg kena seksa di alam barzah. Diri bathin yg selalu digelar aku. Nama dia aku ke atau ada nama lain. Bagaimana si aku itu hidup sesudah mati. Barangkali si aku itu tidak mati, jika tak mati habis riwayat nya.
    Waktu ada jasad si aku itu boleh menumpang di jasad. Bila jasad tiada nak menumpang di mana. Pening bin bengal. Harap jelaskan.
    t/kasih.

    • Jangan dipeningkan. Agama Islam adalah mudah. Ikut apa yang Baginda Rasulullah SAW ajarkan. Jaga yang 5 dan yang 6. Junjungkan Al-Qur’an dan Hadith. InsyaAllah kita tidak akan sesat selamanya. Mana yang terlalu sulit itu, eloklah dirujuk kepada guru. Carilah guru yang benar-benar guru. Bagaimana? Tanyalah Hati. InsyaAllah terlintas jualah nanti siapakah guruku.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  48. Maaf sebelum melanjutkan kata2. Dari awal kejadian sampai terkini ya’ani sehingga nabi Muhammad, Islam adalah nama yang baru diperkenalkan Allah. Sebelum wafatnya nabi, lalu nabi mengangkat tangan kanan nya dan menggenggam nya lalu mengucap islam adalah sebenar benar agama.Mengapa beliau membenarkan saat2 terakhir bukan terlebih dahulu. Sesungguhnya tiap2 satu perkara berlaku ada hikmah, sebab dan musabab nya. Begitu juga tentang agama yang kita kini sedang membawa nya. Bila seorang itu mendapat pengakuan dari Allah, Allah bukan menyebut Aku terima kau sebagai agama Islam, tiada tersebut perkataaan Islam.Jadi yang di katakan Allah. Adalah “Agama Ku”
    Yang kita bawa sekarang adalah agama Allah dan agama allah harusnya suci diatas segala kesucian jasmani, rohani, zahir bathin, tidak boleh ada cacat cela, dosa nista, buruk akhlak, segala perkara yang buruk tidak boleh ada dalam dan luar diri. Jika masih ada, maka hapuskan lah. perlahan lahan tak mengapa sehingga terhapus semua. maka akan di terima oleh allah akan Agama Nya. Tak perlu mencerita panjang lebar, berliku liku, tiada kiasan, tiada nafi tiada isbat, tiada apa2, hanya suci dan mensucikan sehingga suci.
    Ilmu, amal amalan iman keimanan, takwa ketakwaan yakin meyakinkan, jujur kejujuran, benar dan membenarkan dan segala2 tertakluk atas hamba itu yang menentukan atas dirinya sendiri. Siapa sahja guru segala guru di dunia ini hanya boleh membuka jalan, ilmu, amal dan sebagainya. Hanya allah yang menentukan diatas segala2nya, bukan manusia. Jika allah yang berkehendak, Nabi Muhammad sendiri tidak boleh menolak begitu juga jika nabi Muhammad yang bermohon Allah pun tidak menolak. Maka ujudkan kemuhammdan didalam diri sehingga bila bermohon Allah tidak akan menolak tapi hanya yang baik2 sahaja. Sekian terima kasih.

  49. “saya dah hantar email peringatan..sekadar makluman..hati-hati dengan mamat yang saya kutuk ni..dia ini memang pernah buat onar dalam blog saudara kita mahmudshah.wordpress..tarikh dan masa dia maki hamun sdra kita tu lebih kurang sama time dia jadi RAJA kat sini..pernah nak bertengkar dengan pak osman sama macam sdra mahmud kena..tapi syukur…origin anak didik bbm memang boleh bersabar dan tak layan” Ini adalah kata2 dari si pemfitnah bernama tertukar nama, ahli BBM, sungguh memalukan, menabuh nila dan duri dalam susu.

    Wahai saudara Mahmud, diatas adalah ahli BBM yg di gelar tetukar nama, yg membuat fitnah atas diri saya.
    Benar kah saya ada memaki hamun terhadap saudara.
    Saya tahu saudara adalah aliran dari BBM, dan saya pun hanya setakat ahli cuma tidak berijazah kerana saya sendiri adalah menjadi pengganti guru saya, tapi saya bukan guru, guru saya sebenar hanya Allah SWT. Jika saudara tak sudi saya menulis di laman ini, harap beritahu, terima kasih.

    • Saudara Zilalallah,

      Jangan dirisaukan kepada si virus yang membuat onar. Tahulah penulis nak mengajarnya nanti. Maklumlah budak-budak baru nak keras ubun-ubunnya. Kita layankan sahaja… Tapi di dalam blog penulis, penulis hanya membenarkan perkataan-perkataan yang baik sahaja. Yang bernada kurang ajar dan tidak bertamadun, penulis akan sekat daripada memberi komen di sini.

      Jangan sampai bangsa lain bertepuk tangan melihat kejahilan bangsa dan agama kita. Jaga itu baik-baik. Selepas ini penulis tidak akan bertolak angsur lagi dengan penabur nista dan bangsa tidak bertamadun. Blog ini atas dasar amal maaruf nahi mungkar.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  50. Saudara Mahmud, sampaikan salam saya pada Pak Osman dan Pak Omar, saya akan mengundur diri dalam halaman nya, agar mengelakkan peperangan yg lebih dashat sesama bangsa dan agama. Saya tak menyesal sebesar zarah sekalipun, saya sudah berusha sedaya upaya tapi nampak tak berhasil.
    Bagi siapa yg jujur ikhlas kpd Allah dia yang dapat bagi siapa yg menyagkal maka rugilah ia selama nya.
    Terima kasih.

  51. Salamualika ya ikhwana,
    Ashkurulililahi ta’ala binikmatullahi, barkaullahu.
    Terima kasih wahai saudara Mahmud di atas keperhatinan dan timabang rasa saudara, jika demikian saya tidak akan rasa bosan membuka jalan, agar sesama kita saudara seagama menikamati nikmat2 Allah di dunia, mudah2an di akhirant. Amin.

    • Alhamdulillah… :-) Terima kasih di atas kesudian perkongsian saudara di dalam blog ini. InsyaAllah, kita saa-sama bertukar-tukar ilmu dan bertukar-tukar pendapat. Mana yang baik kita ambil, mana yang keruh kita jadikan pengajaran.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  52. Rahsiah Huwa Hu
    Ertinya mereka akan memaklumkan kami dari wajah yang suci kerna allah berfirman di dalam Al-Quran
    “Apa sahaja yang ujud akan binasa melainkan wajah Nya” 28.88
    Kata2 ini mengandungi rahsia yang sangat dalam sehingga wali2 Allah yang dapat mengetahui rahsia nya melalui jiwa dan hati mereka,
    kerna jiwa mereka sudah mantap. inspirasi datng melalui hati mereka sedangkan orang2 kebiasaan tidak akan berjaya menganalisa rahsianya.
    Tiap2 huruf al-quran mengandungi 12,000 lautan kefahaman, jadi sudah tentu ia mengandungi rahsia di sini. Jadi Yang kekal mengatakan segala2 akan binasa melainkan wajah Nya, jadi ini adalah kata kiasan bahawasanya kita harus adalah di dalam wajah itu, untuk mendapat wajah itu ertinya mestinya di dalam wajah2 para nabi, kerana Tuhan tidak mempunyai wajah., Pencipta di luar penciptaan. Tuhan adalah essence pengendalian segala ciptaan, dan Tuhan tidak memanifastikan apa yang telah ia cipta.
    Inilah dia rahsia pada nombor I dan II. Nombor I ertinya Ahad, satu dan hanya satu, tiada yang sama dengan Pencipta dan tidak berteman, la saharik allah. Nombor II adalah reflection dari nombor I.( I + I = II) Yang II menandakan Wahid, ertinya unique (luar biasa) Wahid dalam bahasa Arab wow ada kaitan dengan Ahad. Dan wow itu adalah Wadud,
    ertinya ia dalam kasih sayang dengan Yang Kekal adalah kuasa di sebalik menifestasi Nya………….

  53. As,wr.wb. saudaraku semuanya, saya bersyukur kehadirat Allah S.W.T kareana setelah saya membaca akan ilmu Allah yg saudara utarakan disini, akan menambah wawasan saya dan saya jadikan untuk penerang didalam kehidupan saya dan keluarga . mudah2an Allah S.W.T senantiasa membimbing kita. Amin yarabbal ‘alamin.

  54. Salam..Seronok jiwa raga membaca blog tuan Mahmud. Saya sedang mencari …dan sedang membaca….cuma belum nampak jalan..entah kenapa…Minta izin untuk terus mengikuti segala yang dicatat di kitab elektronik tuan ini..wassalam

  55. Salam…saya berkehendak nak mempelajari ilmu bbm, adakah sesiapa di ipoh yg boleh mengambil anak didik baru….jazakaAllah..minta diinfokan…

  56. Saudara Mahmud, maaf jika bertanya, adakah ilmu mengenal diri ini satu ilmu atau agama, atau kedua2nya atau dipisahkan antara ilmu dan agama. Harap saudara dapat membantu yang kurang faham. Terima kasih.

    • Salam saudara Riyanto. Seeloknya dan semolek-moleknya jangan dipisahkan kerana Islam adalah dari Pencipta dan segala ilmu adalah dari-Nya jua. Namun demikian, sekiranya ditakuti terjadinya salah faham, buat permulaannya perlulah dipisahkan kerana ditakuti menyimpang dari ajaran Baginda Rasulullah SAW. Setiap manusia mempunyai pemahamannya masing-masing, tepulang pada setiap individu untuk mengendalikanya. Kerana itu setiapnya berdasarkan tahap-tahap tertentu yang memerlukan penggalian ilmu yang dalam dan semakin dalam dengan bimbingan guru-guru yang mursyid.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  57. alif lam min…..
    rahsia dlm rahsia….
    dgn kalimah لا إله الا الله
    “tiada tuhan selain Allah”
    tiada yg wujud kecuali Allah semata2….

    tak kenal maka tak rindu,mengenal maka cinta itu satu…
    datang dariMu,kembalilah padaMu…

  58. awallarudin makrifahtulllah… maknanya.. awal awal ugama itu mengenal allah…. kenal diri mu rata rata baru kamu kenal tuhan sa yang amat nyata. ..barang siapa mengenal diri binasa la dia

  59. sheikh siti jenar

  60. Kalau terjumpa orang yg tahu rahsia Allah ni…apa soalan pertama yang paling penting ditanya kepada org tersebut… ??? nak tahu sgt ni..terimakasih…

  61. rahsia Allah taala hanya diketahui oleh Muhammad Rasullah, kekasihNya, kalau berjumpa katalah aku ingin beragama dengan agama mu dan pimpinlah aku di jalanmu yang lurus, agar aku tidak tersesat dan sesatkan oleh syaitan dari kalangan manusia dan jin maupun oleh diriku sendiri.

  62. Tuan Mahmud…terimakasih….

  63. Assalamualaikum
    Saya mencari pendalaman ilmu tasauf yang sebenarnya. Tapi rasanya belum pernah saya ketemu di Singapura seorang guru mursyid. Mohon bantuan bagaimana saya boleh mengenalmya. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam…

      Saudara Mohamad Aris, ilmu tasawuf bukanlah satu cabang ilmu yang calang-calang. Payah nak mengenal sang guru yang murshid. Saranan penulis, saudara perlu perkasakan dahulu ilmu syariah saudara yang bagi penulis amat payah dan susah jika tiadanya kesungguhan itu. Namun yang paling pastinya, pesanan dari orang tua bahawasanya ilmu tasawuf ini perlu bersandarkan kepada sunnah waljamaah yang riwayatnya bersambung kepada Nabi Muhammad SAW. Itu yang perlu diperhatikan.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  64. MasyaAllah…byk yg boleh di garap dari blog Tuan..Jika tidak keberatan sy ingin meminta link² lain yang seperti ini jika ada… Jazakallah Khairan

  65. awwaluddin ma’rifatullah……

    apa itu awwal agama???

    Iman,
    setelah tau apa itu Iman,,,

    baru Islam,,,,apa itu Islam

    setelah tau Islam,,,
    baru Tauhid

    apa itu Tauhid………
    setelah tau Tauhid …baru Ma’rifat…..

    apa itu Ma’rifat…??
    setelah tau ma’rifat………..
    baru Diin (beragama)

    itulah rahasia 5 jari yang kita angkat setiap shalat waktu takbir….

    lalu apa yg 5 jari lagi???

  66. Salam terimakasih share ilmu.

  67. salam saudara sekelian..apabila anda membicarakan soal kenal diri dan kenal tuhan, banyak ulasan2 yg saya dengar adalah mengenai diri sendir, tentang perjalanan untuk mencari tuhan,amalan2 yang tertentu supaya dapat menzahirkan nur muhammad..

    TAPI di mana Tuhannya?? kalau betul kenal, ceritakan lah tuhan itu bagaimana..apa kehendaknya zaman ini..bila ilmu anda datang dari manusia, maka akan ada banyak pandangan dan pendapat, tp bila ilmu itu datang dari Tuhan, hanya satu sahaja..bila kamu betul mengenal tuhan, ceritakan tentang tuhan A-z..

    kamu mengatakan kamu mengenal tuhan, tp ZAT dia pun kamu x dapat ceritakan..

    sesungguhnya, kalau kamu hidup pada zaman nabi, adakah kamu yakin dan percaya bahawa dia adalah rasullah? belum tentu dikk, silap haribulan kamu tu lebih sikit dari abu jahal..

    amal kamu, tidak akan membawa kamu untuk mengenal tuhan…tp Ilmu..ilmu yg akan membawa kamu untuk mengenal tuhan..
    sehinngga sampai satu masa, kamu boleh mengenal tuhan itu dg sebenarnya..siapa kata tuhan itu tidak berupa, berwajah dan berfizikal..sedangkan tuhan menjadikan manusia itu cukup sempurna, dg wajah, dg sifat, dg nama,…tp kamu mengatakan tuhan itu adalah sebalikny…kerana tuhan adalah ZAT yg bersifat..dan manusia adalah Jasad yg bersifat..kan x sama tu..

    • lain kali tak tau jgn cakap.sebelum tu kamu ncari dulu apa makna zat .zat tu sebenarnye bahasa ape b.arab atau b. malaysia?nnti kamu akan tau pe jawapan nye

  68. apabila kami menceritakan kisah tuhan kepada anda, ramai yg mengatakan kami sesat..tidak mengapa..sekurang-kurangnya kami menceritakan suatu kebenaran dalam perjuangan bukan untuk menegakkan islam..TAPI Menegakkan TUHAN itu sendiri..ilmu tuhan bukan untuk di simpan atau di pendamkan, tp adalah untuk di ceritakan kpd mereka yg ingin sahaja mengenal tuhan..syariat-tarekat -hakikat-makrifat -Allah..itulah jalan manusia untuk mengenal tuhan…tp jalan tuhan hanyalah satu. IMAM-ISLAM-TAUHID-MAKRIFAT-ALLAH -ZAT-TUHAN… a
    apabila kita dapat mengenal akan zat tuhan itu, barulah kita akan dapat TUHAN dalam kehidupan kita, sehingga kita dpt mencapai ehsan…apa itu ehsan..ialah menzahirka sifat tuhan dalam diri kita..sifat apa??..kerja tuhan siang dan malam, hanyalah buat baik selalu..jadi kita pun kena la mcm tu..betul, baik dan jahat mari dari tuhan, tp kena ingat, tuhan ni yg baik sahaja, bila kamu buat jahat, adakah kamu nk kata gerak geri tuhan..itu adalah gerak geri kamu dg iblis la..tuhan mengizinkan aje..sbb tuhan ni gentleman, mu nk buat baik pun dia ok, nk buat jahat pun dia ok aje..

    • baik..tuan berkata..buat jahat itu gerak geri kamu dg iblis la…tapi adakah iradatnya mempunyai batas..? tapi bagaimana pula kisah pelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan..allah janjikan dia syurga..adakah iradat allah ada hadnya..mohon penjelasan tuan,,,sedangkan yang bersifat kudrat dan iradat itu hanya lah dia belaka,,kita ini tiada apa2 dan tiada daya upaya..

  69. kalau ada manusia pada hari ini yg mengatakan dia belum lg menerima petunjuk dan hidayah dari tuhan, itulah kesilapan yg besar dia lakukan..kerana apa..bukankah quran itu adalah petunjuk dari tuhan, kpd mereka yg ingin bertakwa..kerana itu adalah kata2 tuhan yg dizahirkan di muka bumi supaya manusia tahu apa yg tuhan kehendaki..

    hidayaht’ul a’ala..adalah hidayah tertinggi yg tuhan berikan kpd manusia , untuk manusia memahami tuhan…mula2 kita kenal tuhan, fahami dia dahulu,tahu kehendak tuhan..dan last skali, buatlah apa yg tuhan nak..

    tuhan ini, penuh dg jawapan, dan manusia penuh dg persoalan..

  70. hidupalah dg jiwa,kerana disitu ada kasih sayang allah, jgn hidup dg perasaan kerana di situ ada kebencian syaitan.walaupun kedudukan kita dengan tuhan terlalu jauh, tetapi perhubungan kita dengan tuhan adalah terlalu dekat dan amat hampir.

    Manusia itu adalah rahsia Allah kerana hanya manusia sahaja yg dicpta atau dibentuk di atas rupa wajah Allah dan itulah sebab kenapa jasad manusia ( adam ) di cipta di langit kerana segala ciri2 ketuhanan ada pada manusia

    manusia di beri penghormatan dan keistimewaan oleh allah untuk hidup di dunia dan akhirat dan di lantik sebagai khalifah dan dipilih menjadi kekasih allah

    sekelian alam dan makluk dicipta oleh tuhan untuk manusia dg begitu serius allah memberi sesuatu yg terbaik buat manusia

  71. islam itu sudah lama sempurna dan pernah berada di puncaknya..itulah kesempurnaan islam disisi tuhan..bila islam itu sudah sempurna, barulah tuhan kata..agama yg aku redhai di sisiku adalah islam..

    adakah diakhir zaman ini kita masih lg hendak menegakkan islam yg telahpun sempurna?? sudah tentu tidak..kerana diakhir zaman ini, kita nk menegakkan tuhan itu..apabila tuhan telah tegak, barulah islam itu sendiri akan naik

  72. ‘kalau manusia mengetahuai rahsia aku, make nescaya akan kiamat dunia ini’ bukankah kita ini sudah hampir kiamat ? dan sudah pasti, tuhan telah pun menceritakan akan rahsia dirinya..keraana sebelum tuhan mengkiamatkan dunia ini tuhan ingin memberitahu kepada manusia..siapakah aku ini…kerana kalau kita x mengenal tuhan disini, mana mungkin kita akan kenal tuhan disana..dan kalau kita berjumpa dg tuhan, kita nk bercakap apa dg tuhan????topik apa.

    Cakaplah mengenai tuhan itu..atas zatnya sifat asma afaalnya..

  73. kalau betul kita membawa syariat rasullah..tunjukkan satu jalan untuk kita sampai pada tuhan, sebagaimana rasullah sampai..
    kerana rasullah sendiri mempunyai perjalanannya sendiri untuk sampai pada tuhan..tunjukkan jika kita orang yg benar..

    • mati dulu baru boleh smpi ketuhan .dari tuhan ko datang kpde tuhan ko kembali.kat van mayat tu ade tulis.satu hari kite lima kali mati.cuba tgk kududukan tangan kamu masa sembahyang.

    • ha…”mati’” kan diri kita ini…sampai lah kita…apa bila diri dah takda..hanya ujud dia saja

  74. kita sekarang di zaman cyber..menceritakan tentang tuhan melaluai sastera adalah amat sukar di fahami..hanya org yg menceritakan sahaja faham, sedangkan yg mendengar atau membaca, tidak faham..

    ilmu tuhan iti seiring dg teknologi dan kecanggihan dunia..sampaikan lah dengan bahasa yg mudah difahami dan tidak berbelit2..

  75. elama mana kita boleh bertahan dg segala perbuatan kita yg selama ini menyakiti tuhan..

    beraninya kita bertikam bukan sahaja dg lidah tetapi merobekkan hati..

    sedarlah wahai insan ..kita ini ada tuhan..hidup bebas seperti syaitan yg suka mengecewakan

    kasih sayang yg tuhan kurniakan janganlah diambil kesempatan..

    takut nanti kita yg x tahan azad tuhan menjula

  76. kebanyakkan org kerohanian apabila mereka membuat amal,zikir dan sebagainya…sampai satu martabat, diri sebenar atau diri terdiri di dalam jasad itu akan keluar iaitu ruh atau nur muhammad tadi akan keluar lalu mereka akan tanya..Siapa aku?? aku adalah engkau dan engkau adalah aku”

    apabila mereka sampai tahap ini, mereka sudah mengatakan bahawa mereka telah sampai pada tuhan dan telah kenal tuhan..

    betul ke mereka ini kenal tuhan??? itu baru peringkat mengenal diri, belum lg mengenal tuhan..itu masih lg di atas perjalann kemanusiaan..

    telah sy katakan, kalau kamu kenal tuhan ceritakanlah tuhan tu mcm mana?? sbb kamu kata kamu da kenal, da tahu..ceritakanlah pasal Zat dia..

    DIalah TUhan Sekelian Alam..awal akhir zahir batin….Awal kejadian pun tuhan itu, akhir pun tuhan apabila semua makluk mati-zahir pun dirinya-batin pun miliknya..

    walaupun ruh datang nya dari Zat tuhan, apabila ia berada didalam jasad manusia, ia tidak dipanggil zat, tetapi dipanggil ruh…

    kalau kita letakkan ianya zat, kita tuhan la..

    zahir manusia adalah jasad, batinya adalah ruh…sedangkan tuhan, zahirnya ZAT dan Batinya dalah Zat

    bukan kah Z=zat A=Allah T= Tuhan…..bukankah zat allah itulah Tuhan

  77. Tuhan hanya satu..ALLAH. kita tidak boleh mengatakan bahawa tokong itu tuhan org cina, atau org hindu..

    kalau kita kata tuhan kita allah, tuhan org cina patung, tuhan kristian jesus…bermaksud kiata telah katakan tuhan itu banyak…

    tuhan hanya satu>>ALLAH

  78. kalau dulu untuk mencucikan hati, harus melaluia amalan zikir…

    apa itu zikir?? ialah membuat sesuatu supaya kita ingat pada tuhan..

    zikir di akhir zaman ini adalah dg mencari ilmu untuk mengenal diri dan juga tuhan..

    dapat ilmu, terus praktikal…mcm mana..di atas syukur, sabar rehda dan taat serta patuh pada tuhan

  79. jika kita betul2 mengatakan bahawa kita berada di jalan utusan allah…pastikan apa yg dilalui oleh mereka 25 rasul itu kita tempuhi..

    bagaimana mungkin kita kata kita kenal tuhan, tp kita x lalui perjalanan yg mereka tempuhi..

    kerana semua mereka telah menemui tuhan dg cara masing..

    sbb yg last skali…rasullah mengatakan, bahawa dia melihat tuhan berupa wajah seorg pemuda yg tampan..semasa israj mekraj..

    tp kita ini. yg kononya bijak dan pandai, berani mengatakan bahawa itu nabi melihat dirinya sendiri, tajali atasnya..

    sedangkan kamu tahu bahawa nabi itu maksum..takkan nabi nak tipu..

    sedangkan al quran itu kamu ambil kesempatan diatasnya..kamu jadikan quran itu sebagai pertandingan. untuk mengubat, untuk pelaris kedai..

    sudahkah kamu lupa , quran itu tuhan turunkan bg mereka sebagai peringatan, untuk mereka yg nk bertakwa, diatas kisah2 nabi dan rasul didalamnya..

    apabila sahaja ada org yg kena rasuk, kamu baca ayat quran dg harapan jin @ iblis takut atau lari keluar…lalu kamu pegang ayat tersebut dan kamu lupa akan turun…

    sudahkah kamu lupa, yg azazil ini adalah ahli ibadat yg hebat, yg kuat..stakat quran itu dia boleh baca satu persatu…tp oleh kerana dia nk menyesatkan kan kita..sanggup dia ikut kehendak dan kemahuan kita..

  80. kenapa kamu berselindung untuk menceritakan tentang tuhan, kalau kamu berada di jalan yg benar..

    atau adakah kamu takut org mengatakan kamu sesat atau kamu sendiri tidak pasti tenyang tuhan yg kamu kenalll??

    kenapa ilmu yg ada pada diri kamu itu tidak berkembang, seolah2 kamu mengulang2 ulang apa yg kamu pelajari..

    sedangkan utusan tuhan dg lantang menceritakan tentang tuhan, tp kita disini takut nk menceritakan pasal tuhan, pasal diri tuhan itu sendiri..

    kerana kita takut nanti manusia akan tolak kita, kata kita mcm2..adakah kamu memilih tuhan atau manusia??kalua kamu ikut manusia, sampai bila pun tuhan itu akan kamu tinggalkan..

    marilah sama2 kita mempertahankan tuhan itu..dulu tuhan mengatakan yang dia itu maha besar, maha tinggi dan maha besar..

    skrang biarlah kita pulak yg mengatakan bahawa tuhan itu lah yg maha besar, yg maha hebat dan yg maha berkuasa..

  81. tuhan ini dia detail..dia lembut tp tegas..3 sifat yg utama pada tuhan adalah sifat pengasih, pemurah dan penyayang..

    tidakkah tuhan jadikan adam itu untuk adam mengasihi tuhan ?? dan jgn ditanya kasih sayang tuhan kpada adam kerana dg kasih sayang tuhan itulah wujudya adam…

    dan mcm mana adam nk rasa kasih sayang dari tuhan itu?? sbb tu allah jadikan hawa, supaya mereka dapat rasa kasih sayang diantara mereka..dan supaya mereka tahu beginilah kasih sayang tuhan pada hambanya..

    bila tuhan buat manusia, x da niat pun tuhan nk masukkan manusia itu dalam neraka, kalau boleh tuhan nk mereka semua masuk syurga sebagaimana adam itu..

    tp,tuhan buat juga neraka sebagai peringatan pada mereka..

    kalau nk tahu hubungan manusia ini dg tuhan, lihatlah kasih seorang ibu pada anaknya..

    kasihnya ibu pada anak, tp kasihnya tuhan pada manusia lebih lg..

    walaupun anak itu pg meninggalkan ibunya, tetapi ingatan ibu pada anak tetap ada, tp adakah anak itu ingat pada ibunya

    begitu juga tuhan…

    • joe/im… sila beri email salam kepada sulaimansabikan @ gmail dot com. ada perkara yg penting.tq.

  82. fuhh…terasa dah dekat…tapi jauh…hati bergetar …tapi tak tahu apa penyebabnya..Tuan-tuan…apakah maksudnya itu?

  83. Tuan-tuan, mohon pencerahan..ada org arif kasi tau…ada cara nak serahkan nyawa pada Allah ketika sakratul maut,…apa caranya?????

    • Saudara 9w2zde, ajal dan maut sudah ditentukan. Tak perlu kita meminta yang bukan-bukan. Sepertimana yang pernah Nabi SAW sabdakan di dalam hadithnya yang mulia:

      “Sesungguhnya salah seorang daripada kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu yang sama lalu menjadi segumpal daging dalam waktu yang sama pula. Kemudian diutus seorang malaikat kepadanya lalu ditiupkan ruh kepadanya dan diperintahkan dengan empat kalimat/ perkara: ditentukan rezekinya, ajalnya, amalannya, sengsara atau bahagianya.” (HR. Al-Bukhari no.3208 dan Muslim no.2643 dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)

      Di dalam hadith di atas sudah amat jelas akan ketentuan Allah pada kita semasa kita di alam roh iaitu rezekinya,”AJALNYA”, amalannya, sengsara atau bahagianya. Amat jelas di situ sengsara atau bahagianya kita ketika sakaratulmaut sudahpun Allah tentukan. Tidak terundur sesaat pun sakaratulmaut jika sampai masanya kelak. Kerana nyawa tidak diserahkan, melainkan diambil. :-)

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  84. ana ingin menjadi makluk Tuhan yang ihsan yang berjalan sesuai dengan Al-Qur’an dan asssunah, tatapi banyak sekali hambatan dan rintangan sehingga ana merasa diri ana adalah manusia hina, bagaimana caranya agar ana tetap selalu dekat dengan Tuhan

  85. Terimakasih Tuan…

  86. Kalau Tuan Mahmud tak keberatan bagitau…di ipoh ada sesapa kenalan/mursyid/tuan guru yg buleh mencerahkan ilmu ni pada saya?? terima kasih

  87. joe :
    hidupalah dg jiwa,kerana disitu ada kasih sayang allah, jgn hidup dg perasaan kerana di situ ada kebencian syaitan.walaupun kedudukan kita dengan tuhan terlalu jauh, tetapi perhubungan kita dengan tuhan adalah terlalu dekat dan amat hampir.
    Manusia itu adalah rahsia Allah kerana hanya manusia sahaja yg dicpta atau dibentuk di atas rupa wajah Allah dan itulah sebab kenapa jasad manusia ( adam ) di cipta di langit kerana segala ciri2 ketuhanan ada pada manusia
    manusia di beri penghormatan dan keistimewaan oleh allah untuk hidup di dunia dan akhirat dan di lantik sebagai khalifah dan dipilih menjadi kekasih allah
    sekelian alam dan makluk dicipta oleh tuhan untuk manusia dg begitu serius allah memberi sesuatu yg terbaik buat manusia

    Manusia itu adalah rahsia Allah kerana hanya manusia sahaja yg dicpta atau dibentuk di atas rupa wajah Allah dan itulah sebab kenapa jasad manusia ( adam ) di cipta di langit kerana segala ciri2 ketuhanan ada pada manusia<

    salam..maaf kepada semua rakan2 yg berkunjung ke web ni…petikan kenyataan di atas sungguh merapu…ada ke pulak manusia itu dibentuk atas rupa wajah Allah…Quran dgn begitu jelas menyanggah kenyataan tersebut , rujuk Q 42 : 11 ,

    "..tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia [ Allah] , dan Dia Yang Maha Mendengar , Maha Melihat".

    mahu buang ke mana kenyataan Quran ni?..mengapa tidak jadikan quran sebagai panduan..Quran itu "DIRI" Muhamad yang disebut sebagai Kalam Allah…Taurat itu "DIRI" Musa , Zabur "DIRI" Daud,,Injil "DIRI" Isa…keseluruhan barisan anbia yg diutuskan Allah memiliki diri…justeru tidak menjadi kesalahan rakan2 di sini membicarakan tentang "DIRI" kerna rakan2 juga manusia seperti anbia yg diutuskan itu…tapi kenapa "DIRI" yg dibincangkan oleh rakan melancong begitu jauh daripada "DIRI" Muhamad yg disebut KITAB AL QURAN ?…

  88. katanya manusia tu bayangan Tuhan nnnnnnn…. bayang2 memang tak sama/sebanding dengan sumber bayang2 tu… tu yang manusia tak boleh lari dari Tuhan selagi ada nyawa… sebab manusia tu bayangan… Tuhan tu kat ZAT… manusia ni kan cuma jasad dilihat…. bila cahaya dah ilang, tinggalah Tuhan… bayang2 pun ilang ggggg, paut balik kat Tuhan… analoginya cam tu la… dari komen2 joe=imam muda tuuuu…

    • Salam sejahtera kepada saudara s dan sidang pembaca sekalian. Janganlah kita samakan Khalik dan makhluk, kerana sesungguhnya tiada yang menyerupai-Nya. Berhati-hatilah menggunakan bidalan.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  89. apakah anda [s] mempunyai fakta dan dalil Quran bagi menyokong kenyataan bahawa manusia adalah bayang Tuhan [Allah] ?…tolong tunjukan ..begitu jua dgn kenyataan bahawa manusia pertama iaitu Adam a.s dicipta di langit…apakah Allah berada di langit ?…perkara berkaitan langit ni hanya fahaman org Kristian saja yg menganggap bahawa allah dan Yesus berada di sana..Muhamad sendiri tidk pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian di mana kenyataan sebegini boleh merosakan akidah org2 Islam…

    kau keluar ditengah2 terik cahaya mentari kemudian kau perhatikan dgn penuh jujur pada bayang yg terhasil daripada simbahan cahaya tersebut…gunakan ketajaman akal kau tu dgn sebaik mungkin akan bayang yg kau lihat tu…

    apakah memadai dgn hanya berpegang pada sumber “kata-kata” yg belum pasti kesahihannya…bagaimana klu Muhamad bersikap demikian?…apakah Islam akan tercampak sepertimana kau lihat hari ini?..perlu diingat bahawa Muhamad seorg Insan yg cukup bertanggungjawab terhadap kenyataan yg dikeluarkan…sebelum berlaku peristiwa di Gua Hira’ …Muhamad menggunakan tarikat apa?…rujuk Q 93 : 7.

    dan didapatiNya engkau [Muhamad] mencari2 jalan [jalan yang benar] , lalu Dia [Allah] memberikan hidayah pertunjuk [wahyu]…

    • Setuju dengan pendapat Saudara Kembara. Perbetulkanlah di mana yang tidak berapa betul. Ajarlah kepada mereka yang tak berapa tahu. Berhati-hatilah dalam berfalsafah ditakuti tersasar dari landasan sebenar.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  90. dalilnya ada dalam diri kau sendiri…… hehehehe….atau cuba tanya joe atau si imam muda tu… saya ni tak pandai berhujah berjela2 dalam ruang nafsu manusia…. cuba tanya Allah itu sendiri… cakap dalam hati pun okay yyyyy… Allah tu alywas forever mendengar…

    maaf ye saudara…. Insyallah kalau ada ketentuanNya, mungkin boleh bersembang2 lagi…

    Allah tu kan Penyayang gggggg…

  91. Yang Empunya Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Manusia adalah bayangan Tuhan. ROH itu juga bayanganNya dan penzahiranNya. Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan Yang Zahir. – copy paste

    Faham tak?

    tak pe kalau tak paham, aku kopi paste je… aku tak pandai pun… mengacau je… taip pun salah2… itu yg cuba di maksudkan… kalo silap analogi bayangan dan bayang2 tu…. itu muslihatNYA… hehehehe…. dah ketentuanNYA cam tu…kan2???…. kebenaran bukan sentiasa menang setiap masa… Tunduk dulu kepada Ketentuan…

    Dulu lagi Allah itu dah MEMILIH untuk menyayangi manusia. TAPI kenapa manusia MEMILIH untuk MEMBENCI Tuhan?

    Marilah berkasih sayang juga aaaaaa…… ko orang nak marah aku???? Kat mana nak letak Ketentuan Tuhan tu????

    Manusia lebih lama hidup dengan nafsu berbanding hidup dengan Tuhan. Betul tak??? Sapa yang nak nafikan??? Sila katakan aku lebih lama hidup di dunia ini dengan Tuhan berbanding nafsu aku sendiri…. Sapa berani? Aku pun tak berani… hehehhehehe….

    Jadi, ILMU itu pun telah tersalut nafsu uuuuuuu.

    Sekian.

  92. lagi sikit je nak tambah, lepas ni tak payah lagi la… Insyallah hhhhhh…

    ILMU bersalut nafsu????? Pelikkkkkk….

    Memang pelik… Nafsu ni memang pelik, Usah hairan sebab nafsu tu memang tak suka Tuhan….

    Mana2 ada kekeliruan, itulah KETENTUAN dan KEHENDAKNYA…. Percaya tak???

    jANGAN SUSAH hati…. nabi Ibrahim pun pernah “keliru”….. tak suka kepada Tuhan yang hilang…. cuba carik dalam al-quran ayat apa tu tuan rumah…

    akhir kata, terima kasih tuan rumah hhhhhh….

    Wassalam.

  93. …di mana aku berada di sana ada DIA…

    salam….maafkan sy ,rakan2 web yg berada di sini terutama tuan rumah [sdr MahmudShah] kerna cara dan bahasa sy agak sedikit kasar [tetapi itulah cara sy] , jauh sekali cara dan sikap sy tu bertujuan utk memarahi sesiapa..apa erti marah di sini..begitu jua jauh sekali bertujuan utk tunjuk pandai atau bertujuan utk menang…apa erti menang di sini..kemenangan sebenar bukan di sini [alam misal] sebaliknya mereka yg berjaya kembali dlm keadaan selamat dan “Baqabillah” [kekal bersama Allah]…

    Ya…sy akur dan terima dgn 100% kenyataan sdr mahmudShah “..di mana aku berada di sana ada Dia”… kerna kenyataan tersebut menepati Al Quran [Diri Muhamad]..rujuk Quran…

    …وهو معكم اين ماكنتم…
    ..dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada…Q 57 : 4

    malah kita bleh dapati berbagai gaya uslub Quran yg menjelaskan kenyataan sedemikian…

    Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu [Muhamad] tentang Aku , maka sesungguhnya Aku dekat…..Q 2 : 186

    …Allah berserta dengan orang yang sabar..Q 2 : 153 [ org yg tak sabar ???]

    ..ketahuilah bahawa Allah berserta dengan orang yang bertaqwa..Q 2 : 194 [org Kafir ???]

    ..Kami lebih dekat kepadanya [manusia] daripada urat lehernya…Q 50 : 16

    di kesempatan ini sy meminta izin pd sdr MahmudShah utk sy berada di sini buat sekitika waktu….wasalam

  94. kepada saudara kembara…kalau betul saudara mengenal tuhan, ceritakan macam mana tuhan itu…x payah nk selindung2.ceritakan saja..saya tahu, ilmu saudara mengatakan tuhan tu ada dalam diri kita…banyak kpd satu, satu kpd banyak…kalau tuhan dalam diri kita, maka kita la tuhan…yea x…tp saya belajar lain…tuhan ada tempat dia, manusia ada tempat dia..x campur..

  95. saudara kembara…cerita dari tuhan, takkan nak sama dengan cerita dari manusia…hakikatnya, kita ni bukan hidup zaman nabi muhammad, tp kita ni hidup zaman lain…zaman lain, lain la caranya..try saudara pikir..setiap 1400 tahun, akan ada utusan tuhan..stat dari zaman nabi adam sampai zaman nabi muhammad, samakah cara tuhan meyampaikan suruhannya pada utusanya…x sama la..tuan,kita bercakap ni tentang tuhan, takkan la tuhan nk bagi kita sesat, kalu betul kita nk pada tuhan…

  96. ebanyakkan org kerohanian apabila mereka membuat amal,zikir dan sebagainya…sampai satu martabat, diri sebenar atau diri terdiri di dalam jasad itu akan keluar iaitu ruh atau nur muhammad tadi akan keluar lalu mereka akan tanya..Siapa aku?? aku adalah engkau dan engkau adalah aku”

    apabila mereka sampai tahap ini, mereka sudah mengatakan bahawa mereka telah sampai pada tuhan dan telah kenal tuhan..

    betul ke mereka ini kenal tuhan??? itu baru peringkat mengenal diri, belum lg mengenal tuhan..itu masih lg di atas perjalann kemanusiaan..

    telah sy katakan, kalau kamu kenal tuhan ceritakanlah tuhan tu mcm mana?? sbb kamu kata kamu da kenal, da tahu..ceritakanlah pasal Zat dia..

    DIalah TUhan Sekelian Alam..awal akhir zahir batin….Awal kejadian pun tuhan itu, akhir pun tuhan apabila semua makluk mati-zahir pun dirinya-batin pun miliknya..

    walaupun ruh datang nya dari Zat tuhan, apabila ia berada didalam jasad manusia, ia tidak dipanggil zat, tetapi dipanggil ruh…

    kalau kita letakkan ianya zat, kita tuhan la..

    zahir manusia adalah jasad, batinya adalah ruh…sedangkan tuhan, zahirnya ZAT dan Batinya dalah Zat

    bukan kah Z=zat A=Allah T= Tuhan…..bukankah zat allah itulah Tuhan

  97. saudara kembara..ceritakan dimana sesatnya saya didalam menceritakan tentang tuhan..tuhan mengatakan x akan ada setara @ menyerupainya didalam dunia ini..itu betul..sbb dia tuhan , kita hamba..wajah itu dari hujung rambut sampai hujung kaki, sedangkan rupa itu ada dimuka…takkan la tuhan itu x berwajah dan x berupa…sedangkan kita kata tuhan itu maha melihat, mendengar..meha berkalam…kalau tuhan buat kia sempurna, maka dia lebih sempurna…cth..tuhan melihat dg apa?..mesti dengan mata…kita pun melihat dg mata…adakah serupa mata kita dg mata tuhan?..tentu la x serupa..ni la maksud ayat tuhan yang mengatakan x ada sesuatu makluk pun menyerupainya…

  98. Saudara joe, terima kasih di atas pandangannya. Setiap manusia itu diberikan akal untuk memandang dengan akal dan ‘akal’. Gunakan sebaiknya terutamanya yang di ‘akal’. Namun haruslah kita beringat, walaupun zaman kita bukan lagi zaman 1400 yang silam, kita masih ada ‘Kitab Yang Terpelihara’ hingga ke akhir zaman :-). Salam perkenalan buat saudara.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  99. terima kasih buat tuan atas nasihat yg diberikan..

  100. cik kembara, dunia ini adalah bayangan akhirat….apa yg ada di dunia ada di akhirat..bukankah akhirat itu suatu negeri…sememangnya manusia itu adalah bayangan tuhan…bukankah ruh itu datangnya dari tuhan..ruh kita bukan tuhan yg cipta, ruh kita itu datang dari tuhan, hanya jasad sahaja yg dicipta…ruh itu datangnya dari zat tuhan….kenapa saudara x berani nk mengatakan tuhan itu berbentuk,bersifat berfizikal….apakah yg menghidupkan zat tuhan itu….bagaimana zat tuhan itu boleh berdiri dg sendirinya..kerana adanya hayat….mcm mana adanya hayat…KERANA tuhan sebenarnya bermula dg ilmu….ilmu yg tiada pernah putus….adakah ilmu laduni memerlukan dalil….adakah iman itu memerlukan dalil….masa nabi naik jumpa tuhan,kenapa malaikat x buleh pg dekat dg tuhan, sedangkan nabi buleh…sbb kita ini datangnya dari tuhan…nabi kata dia naik jumpa tuhan, berapa org yg percaya??? adakah sahabat nabi percaya kerana dalil….

  101. joe :
    kepada saudara kembara…kalau betul saudara mengenal tuhan, ceritakan macam mana tuhan itu…x payah nk selindung2.ceritakan saja..saya tahu, ilmu saudara mengatakan tuhan tu ada dalam diri kita…banyak kpd satu, satu kpd banyak…kalau tuhan dalam diri kita, maka kita la tuhan…yea x…tp saya belajar lain…tuhan ada tempat dia, manusia ada tempat dia..x campur..

    salam…saudara joe…

    prinsip adanya Tuhan [sifat kamalat] dlm diri manusia di mana Quran sering merumuskan dgn sebutan “BERSERTA” iaitu Allah [nama bg Zat] berserta bersama manusia…konsep penyertaan Allah bersama manusia perlu di fahami dgn betul dan berhati2..jika tidak berhati2 kemungkinan akan muncul kenyataan yg berupa pegangan sepertimana saudara tuliskan tu…[klu tuhan dlm diri kita , maka kita la tuhan]…

    sekiranya kita [manusia] tuhan …maka tidak salah jika kita ajukan sedikit pertanyaan pada diri kita sendiri..apakah kita mampu menukar seketul batu kecil menjadi ketulan emas?..itu belum masuk pd soal apakah kita mampu mencipta drp tiada kepada ada [mengadakan sesuatu sepertimana ciptaan Allah]..

    oleh demikian perlu diperhalusi maksud peyertaan Allah bersama manusia ketika manusia hidup di alam syahadah [dunia] dlm keadaan maksud pengertiannya sebagaimana…

    begitu jua keesaan Allah [tunggal],ketunggalan Allah itu adakah berobjek atau beroknum sepertimana pegangan org2 Kristian…justeru ada baiknya kita sebagai manusia memperhalusi dgn sejelas2nya perkara ini dgn sbaik2nya…insyaalah kita sambung di lain masa… wasalam

    • tiada ungkapan tuhan dalam islam…

      “aku naik saksi bahawa TIADA TUHAN selain ALLAH.,
      Dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah”.

      Tak salah kalau dikatakan
      dgn yakin” aku adalah dia tetapi dia bukan Aku.” Ini lah pengertian mengenal Diri dan Allah.

      Sesungguhnya ditiupkan rohnya kedalam jasad kita. Tanpa ROHnya jasad umpama bangkai.

      Silap Firaun dia hanya mengaku dia tuhan.

  102. joe :
    saudara kembara…cerita dari tuhan, takkan nak sama dengan cerita dari manusia…hakikatnya, kita ni bukan hidup zaman nabi muhammad, tp kita ni hidup zaman lain…zaman lain, lain la caranya..try saudara pikir..setiap 1400 tahun, akan ada utusan tuhan..stat dari zaman nabi adam sampai zaman nabi muhammad, samakah cara tuhan meyampaikan suruhannya pada utusanya…x sama la..tuan,kita bercakap ni tentang tuhan, takkan la tuhan nk bagi kita sesat, kalu betul kita nk pada tuhan…

    salam..buat saudara joe…

    Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu [wahai Muhamad] sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi2 selepasnya..dan Kami telah mewahyukan [pula] kepada Ibrahim , Ismail , Ishak , Yaakub dan anak cucunya [zuriatnya] , Isa , ayub , Yunus , Harun dan Sulaiman . Dan Kami telah memberikan kitab Zabur kepada daud..Q 4 : 163

    jadi, di sini saya kurang pasti apa maksud saudara joe..xsama dari sudut manakah ?..sekiranya xsama sepertimana kenyataan saudara, dimanakah keadilan Allah terhadap manusia terutama barisan anbia..Allah itu Maha Adil tiada ruang utk manusia mempertikai keadilan Allah..

    kalimah Arab [ كما] bermaksud “sepertimana” @ “sebagaimana” yg tertera dlm uslub di atas menunjukkan terdapat unsur2 persamaan antara pra anbia dlm menjalankan tugas misi kenabian masing2..oleh itu dari sudut manakah yg saudara maksudkan bahawa terdapat perbezaan antara nabi dgn satu nabi…

    maafkan saya saudara joe jika saya tersalah faham maksud saudara tu..insayaalah kita sambung di lain masa..wasalam..

  103. joe :
    cik kembara, dunia ini adalah bayangan akhirat….apa yg ada di dunia ada di akhirat..bukankah akhirat itu suatu negeri…sememangnya manusia itu adalah bayangan tuhan…bukankah ruh itu datangnya dari tuhan..ruh kita bukan tuhan yg cipta, ruh kita itu datang dari tuhan, hanya jasad sahaja yg dicipta…ruh itu datangnya dari zat tuhan….kenapa saudara x berani nk mengatakan tuhan itu berbentuk,bersifat berfizikal….apakah yg menghidupkan zat tuhan itu….bagaimana zat tuhan itu boleh berdiri dg sendirinya..kerana adanya hayat….mcm mana adanya hayat…KERANA tuhan sebenarnya bermula dg ilmu….ilmu yg tiada pernah putus….adakah ilmu laduni memerlukan dalil….adakah iman itu memerlukan dalil….masa nabi naik jumpa tuhan,kenapa malaikat x buleh pg dekat dg tuhan, sedangkan nabi buleh…sbb kita ini datangnya dari tuhan…nabi kata dia naik jumpa tuhan, berapa org yg percaya??? adakah sahabat nabi percaya kerana dalil….

    salam saudara joe…

    terlebih dahulu maafkan saya…”bagaikan langit dgn bumi”…begitu jauh sekali….ada baiknya saudara joe berusaha membezakan antara dua perkara iaitu pengertian ghaib dengan nyata [ غيب / ظاهر] kerna kegagalan manusia dlm memahami pengertian dua perkataan tersebut menyebabkan kefahaman menjadi tersasar..

    mengambil maksud Quran secara harfiah [literal] menyebabkan perbezaan maksud ghaib dan nyata menjadi kucar kacir..di sini cuba saudara joe cari jawapan , sewaktu Adam as berada di syurga [الجنة] berdasarkan pemberitaan Quran , apakah Adam berbentuk dan bersifat sepertimana setelah Adam berada di alam dunia?..berjalan berlenggang , makan sambil mengunyah buah larangan [buah khuldi kot..he he ..]…

    Ghaib dan nyata adalah dua keadaan yg berbeza sama sekali atau dua situasi yg berlawanan…dua keadaan yg berlawanan takkan berada serentak dlm satu masa…sekiranya di semenanjung Malaysia mengalami situasi malam maka situasi siangnya akan lenyap , mustahil pada akal yg sempurna Malaysia boleh mengalami dua stuasi yg berbeza dlm satu masa iaitu siang dan malam berjalan serentak…begitulah halnya jika dirujuk pada pengertian ghaib dan nyata..

    disebabkan perkataan arab [بلد] diterjemah ke bahasa Melayu yg bermaksud “negeri’ maka wujudlah kefahaman bahawa “akhirat” itu sebuah negeri…persoalannya apakah negeri akhirat itu menyamai sepertimana negeri2 yg terdapat di alam dunia ni?…perlu difahami dgn sejelas2nya mengenai perkara ini…

    sekiranya manusia itu bayang Tuhan , bagaimana pula dgn kerbau , lembu , katak puru , semut dan lain2 lagi..apakah mereka semua ini tidak termasuk dlm kategori bayang Tuhan juga ? sebab mereka juga dicipta oleh Tuhan..oleh kerna mereka dicipta dlm keadaan tidak berakal maka mereka tidak mampu utk mendakwa sepertimana manusia iaitu manusia bayang Tuhan…Adilkah Tuhan yang bernama Allah beraf’al sedemikian ?…Kerja Allah ker atau kefahaman manusia yg berupa demikian ni ?..[merapu sungguh la....he he ...], rujuk Quran ,

    Dan tidak ada seekor binatang pun yg ada di bumi dan burung2 yg berterbang dgn kedua sayapnya , melainkan semuanya merupakan satu umat jua seperti kamu . Tidak ada satu pun yg Kami [Allah] luputkan di dalam kitab , kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan..Q 6 : 38

    Allah itu ‘aaliman [كونه عالما] ,Ilmullah itu bukan dirujuk pd pengertian “pengetahuan Allah” ..sebab Allah tu bukan akal….pengetahuan itu terletak pd akal, sesungguhnya akal itu satu kejadian yg dilengkapkan pd manusia sehingga membolehkan manusia digelar sebagai khalifah di muka BUMI…..

    jika iman itu tak memerlukan dalil , mengapakah nabi Allah Ibrahim mohon bukti tentang kekuasaan dan kebesaran Allah , di mana baginda ingin melihat kekuasaan Allah?…sehingga berlaku perintah Allah supaya baginda Ibrahim membelah burung ?…cuba jenguk sama kisah2 dlm Quran tu…he he he…insyallah kita sambung di lain masa..wasalam

    maafkan saya jika terkasar bahasa…

  104. hehehehe…

  105. saudara kembara, mtk tlong ceritakan pada saya, macam manakah tuhan itu..dari segi zat,sifat asma, afaalnya…

    sebb saya nk tahu ..kalau boleh, ceritakan straight the point…sbb ni da alaf baru, x nak berbelit2…heheh…sbb kita dalam bab ketuhanan..kena cerita pasal tuhan je la…sbb tuhan mesti suka kalau kita cakap pasal dia..

  106. dan kalau saudara kembara berada pada jalan yg betul..yakni jalan2 yg telah dilaluia oleh nabi dan rasul untuk sampai kpd tuhan..ceritakankanlah pada saya untuk saya mengetahuinya..ceritakan pada saya..siapakaah sebenarnya ALLAH AZAWAJALA ITU

  107. joe :
    saudara kembara, mtk tlong ceritakan pada saya, macam manakah tuhan itu..dari segi zat,sifat asma, afaalnya…
    sebb saya nk tahu ..kalau boleh, ceritakan straight the point…sbb ni da alaf baru, x nak berbelit2…heheh…sbb kita dalam bab ketuhanan..kena cerita pasal tuhan je la…sbb tuhan mesti suka kalau kita cakap pasal dia..

    salam saudara joe.

    terima kasih atas respon saudara…semuga sdra joe tidak tersalah faham tentang sy…sama sekali sy tidak pernah mendakwa bahawa sy berada pd landasan yg betul..begitu jua jauh sekali utk mendakwa bahawa sy berada pd landasan kenabian…Muhamad nabi terakhir ..tidak akan ada nabi lagi selepasnya..cuma sy giat berusaha utk mendekati jalan yg saudara maksudkan itu dgn berpandukan Al Quran [jalan yg dilalui oleh para anbia]…..

    [kalau boleh, ceritakan straight the point…xnak berbelit2..]

    Begini saudara joe..pd sy , sekiranya terdapat manusia yg mendakwa bahawa dirinya mampu bercerita tentang Allah dgn cara “straight the point” terus terang sy tegaskan bahawa manusia tersebut berdusta , malah barisan anbia sendiri pun tidak mampu melakukannya..lihatlah sejarah penurunan Quran kpd Muhamad , selama 23 tahun masa yg diambil…iaitu 13 tahun di Mekah [membentuk aqidah ketuhanan] kemudian 10 tahun di Madinah [menzahirkan dan menyempurnakan syari’at di alam nyata berasaskan makrifat ketuhanan yg telah terkumpul dlm DIRI Muhamad] …begitu jua dgn nabi Allah Nuh 950 tahun masa yg diambil…walau pun kita berada di alaf baru tidak semestinya kita boleh melangkahi pendekatan ini…barisan anbia merupakan insan kamil yg terbaik utk dijadikan contoh…namun tidak dinafikan cepat atau lambat seseorg insan utk berjaya mencapai ke tahap HAK [kebenaran] adalah bergantung pd kekuatan tuntutan yg lahir dlm diri mereka…di mana tuntutan yg lahir itu diiringi dgn sifat jujur , ikhlas , adil dan sabar…

    Bercerita secara “straight the point” bukanlah kerja manusia sebaliknya kerja Allah yg disebut sebagai “hidayah” @ “pembukaan”, iaitu ghaib dibuka kpd manusia yg melakukan tuntutan utk mendapatkan HAK [kebenaran yg berserta dgn DIRInya]…saudara joe boleh bertanya pd mereka yg lebih arif iaitu ahli tarikat , hakikat atau saudara joe sendiri sudah pun makluminya [sy percaya saudara ada kekuatan dlm hal ini] …surah al Fatihah , bermaksud “Pembukaan”, apakah pengertian sebenar2nya [buka apa?]..maaf saudara joe sy tidak bermaksud utk berbelit2 di sini…

    Maksud “tidak serupa” lebih merujuk kpd keadaan ghaib [Allah] itu tidak bersifat dan tidak berbentuk , disebabkan tidak berbentuklah maka Allah xdapat diserupakan dgn sesuatu yg sudah terbentuk ketika berada di alam zahir [alam dunia]..dimanakah kewajarannya , dimanakah bezanya..dua keadaan yg berlawanan ghaib dan nyata dimana akhirnya sama2 memiliki bentuk..

    Semuga DIRI yg kita kenal tu tidak berada di selatan , sedangkan DIRI Muhamad berada di utara..

    [macam manakah tuhan itu..dari segi zat,sifat asma, afaalnya…]

    Sy percaya ramai diantara golongan pengamal tarikat , hakikat , suluk dan kebatinan menganggap empat perkara ini berada pd zat Allah yg ghaib ..sedang situasi ghaib itu amat berbeza sekali dgn alam nyata [alam zahir/alam dunia]..Ghaib bukan merupakan alam , seluruh kandungan dlm Quran tidak pernah mendahulukan perkataan “alam” sebelum menyebut perkataan “ghaib”..rujuk Q,

    الذين يؤمنون بالغيب…..
    orang2 yg beriman kepada yg ghaib Q 2 : 3

    sebaliknya uslub quran tidak pernah wujud seperti ini ;

    الذبن يؤمنون بالعلام الغيب
    org2 yg beriman kepada alam ghaib..

    perkataan alam merujuk pd kejadian atau bermaksud setiap ciptaan Allah disebut sebagai alam , justeru dunia ini disebut sebagai alam dunia sebab keseluruhannya kena cipta [juga disebut makhluk]..

    Alam dunia memiliki ruang2 [space] bg menempatkan ciptaan Allah sama ada jirim seperti udara , suara , cahaya mahupun jisim iaitu benda pejal..berpunca drp penerimaan perkataan “alam” sebelum menyebut perkataan “ghaib” iaitu “alam ghaib” maka bermulalah kecelaruannya dimana ramai yg menganggap bahawa alam ghaib memiliki ciri2 alam dunia..maka tidak hairan la sy bila saudara joe berprinsip bahawa Allah juga berbentuk…rujuk Q

    Tidakkah org2 kafir mengetahui bahawa langit dan bumi asalnya bercantum satu , lalu Kami pisahkan antara keduanya , dan Kami jadikan tiap2 sesuatu yg hidup dari air , tidakkah mereka percaya? Q 21 : 30

    Sewaktu langit dan bumi bercantum satu menunjukkan situasi ghaib , kekadang ada kalanya quran menyebut situasi ghaib ini dgn sebutan “diri yang satu” Q 7 : 189 [من نفس واحدة] , kemudian Allah pisahkan keduanya , di sini menunjukkan situasi zahir atau bermulanya alam dunia..

    Bilamana kita meletakkan zat , sifat , asma dan af’al pd zat Allah yg berstatus ghaib maka muncullah igauan persoalan , adakah zat Allah itu berbentuk dan bergerak , bila dah bergerak bererti Allah itu keadaannya mesti berobjek atau berbentuk..

    insyaallah di lain kesempatan sy akan jelaskan dimanakah letaknya zat , sifat , asma dan af’al dlm konteks ketuhanan… wasalam

    • salam
      anda seorang yang tidak beriman…maaf cakap..iman adalah yakin dimana anda sendiri tidak yakin dengan apa yang anda huraikan.

      wassallam

      • Saudara Hamba. Adakah iman itu sekadar ‘yakin’ sahaja? Adakah saudara hamba terlalu beriman sehingga mengatakan orang lain tidak beriman? Yang mengetahui kita ini beriman atau tidaknya hanyalah Allah Azzawajalla. Jgn lari dari ketentuan ini.

        …di mana aku berada di sana ada DIA…

  108. pasal tuhan pun nak berhebat2… lebih baik carik orang buta yg nak dengar… orang yang dah pandai celik dan dengar, serahkan sahaja urusannya kepada Allah….

    redhalah dengan kefahaman yg ada.

    kenali Tuhan zahir batin, jangan nanti, beruk handsome pun disangkanya Tuhan.

    kehidupan di akhirat tu… bayangannya ada di dunia.

    biarlah… mehhh cari orang buta.

    janganlah sesali kala tika hidup ini. kalau ada rasa menyesal, serupa kita menyesal tika saatnya mendirikan solat….

    janganlah sesali ayat2 itu dan ayat2 ini, inilah ketentuan Tuhan juga.

    dan akhir sekali, “janganlah” itu bukan suatu paksaan.

    • MahmudShah :
      Saudara Ali Ayyub, orang yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya .
      …di mana aku berada di sana ada DIA…

      Seawal agama mengenal Allah..tak kenal apa rupa solat kamu…jgn jadi islam pak turut..sekadar nasihat.

      • Saudara Hamba. Huraikanlah sikit berkenaan Islam dan Solat. Kami budak baru belajar :-)

        …di mana aku berada di sana ada DIA…

  109. salam..t’kasih kepada semua yg membaca…carilah jalan untuk menuju kepada tuhan..kerana jalan itu sudah ada..sudah siap dan sudah bole olemula berjalan..
    hanya tuhan sja yg boleh menunjukkan jalan itu, tetapi adakah kita mahu percaya bahawa itu adalah jalan dari tuhaan…

  110. salam…

    Jalan utk menuju kpd yg Hak [kebenaran] adalah jalan yang lurus…setiap yg lurus tersemat sifat2 jujur , ikhlas ,adil dan sabar..justeru, adilkah utk kita berkata bahawa kita sudah berada pd jalan yg lurus…sedangkan jalan yg kita lalui itu begitu banyak sekali onak dan duri , simpang siur yg terlalu ketara utk dipertikaikan akan kebenarannya…

    sampai bila kita mahu berpegang pd prinsip segalanya serah pd ketentuan Tuhan?…sedangkan terciptanya manusia yg berakal menunjukan kesempurnaan kejadian..kemudian manusia itu dipertanggungjawabkan atas kewujudannya iaitu utk mencari jalan kembali dgn selamat sehingga berjaya menempatkan semula dirinya pd kedudukan asal iaitu “diri yg satu”…

    buta atau celik sama saja di sisi Tuhan masing2 ada tanggungjawab terhadap diri sendiri..kecuali perkara2 begini dinilai menurut nilaian manusia yg jahil…

    jika sekadar manusia saja yg meredhai akan perjalanan ciptaannya sendiri sebaliknya keredhaan Tuhan jauh sekali , apalah ertinya perjalanan kita?…yg paling perlu buata manusia adalah redha meredhai antara Tuhan dan manusia… wasalam..

  111. Saudara-saudari sekalian. Al-Qur’an adalah mukjizat yang terpelihara hingga hari Qiamat. Itulah peninggalan Baginda Rasulullah SAW bersama-sama hadithnya yang merupakan harta umat Islam. Janganlah kita takut menerokainya kerana itulah terdapatnya ilmu SEGALA. bangunlah umat Islam daripada ‘tidur’ yang panjang. Bangkitlah menerokai Alam Semesta menuju Allah Yang Esa. Namun harus dingat, mengkaji dan berpendapat biar ada gurunya…

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  112. sume wat2 pandai..pakai ayat buku sumer..
    kawe pon bole..

  113. Apa hakekat dari 2 kalimat syahadat ?

  114. salam..sejahtera buat semua [Qadim Allah Assalam]..agak lama sy tk ke sini..he he he …wasalam

  115. Salam buat semua moga di rahmati dan diredhai Allah.Dalam pengembaraan, singgah sebentar dilaman tuan,moga tuan punya laman izinkan singgah dan kalau boleh hendak berkelana sekatika.Sedang asyik melihat bicara Tuan zilalallah dan Tuan Mahmud Shah ada pula kehadiran kokokan ayam sabung ,mohon jasa baik tuan tunjukkan jalan untuk berhubung.(agar dpat ku kenal sipakah aku)jazakallah…..

  116. Assallamuallaikum…..
    Islam tu mudah tapi kita semua rumitkan..yang tunjuk hebat..panjang berjela….mencelarukan kita semua.

    1.Jasad tanpa Roh sudah tentu jadi Mayat..bermaksud Jasad Manusia tidak bernyawa.

    Persoalanya bila kah kita bernyawa?. fahami ayat ini:

    “Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya”.

    Apakah yang ada didalam jasad kita?

    Jawapan nya ada didalam terjemahan ayat diatas.

    Itulah sebenar-benar diri kita.Jasad tidak bermakna apa-apa tanpa roh.

    Allah SWT sentiasa bersama-sama dgn org yang beriman kepadanya.

    Allah SWT menjadikan manusia di muka bumi ini semata-mata untuk mentajlikan sifat-sifat Allah.itulah yang Malaikat tidak tahu.

    “Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya”.

    Malaikat pernah bertanya kepada Allah SWT kenapa menjadikan Umat adam kerana sesungguhnya membawa kemungkaran diatas muka bumi.
    Allah SWT berkata ” aku lebih tahu dari apa yang engkau tak tahu.

    Sebab itu diperintahkan sekelian Malaikat,jin,syaitan duduk dan sujud kepada Adam kerana Roh Allah SWT berada dalam Jasad Manusia.

    Insyaallah dgn amalan solat dan zikir yg tidak putus-putus anda akan mengenalinya dengan serba sedikit bimbingan yg telah sy huraikan.

    Apabila kita kenal sempurnalah segala apa jua ibadah kita. Solat kita lebih bermakna dan kita akan sedar apa sebenarnya Solat itu.

    Seawal Agama adalah mengenal Allah SWT.

    Pengertian Iman adalah “yakin”

    wassllam..

    • salam

      maafkan saya..Tuan Hamba..mengajukan sedikit persoalan..

      Malaikat , Jin dan Syaitan ..golongan ini memiliki roh tak seperti manusia ?..kemungkinan disebabkan mereka ketiadaan roh maka mereka di suruh oleh Allah supaya sujud pd Adam sebab Adam memiliki roh ?..Kemudian perbuatan sujud golongan ini bagaimana yer ?..boleh yer!..tuan hamba tolong…

      wasalam

  117. Walaupun Allah SWT meniupkan ROHnya kedalam Jasad Manusia x bermakna manusia tu Allah..disinilah banyak kesilapannya yang membawa kepada sesat. Umpama kita meniup lilin..hanya udara nafas kita yg memadamkanya.

    begitulah konsep ROH..

    Kita boleh mengaku kita ini adalah dia kerana kita hidup atas ROH nya tetapi dia BUKAN kita.Itulah hakikat mengenal Allah SWT dan diri kita. itu adalah..kunci dan garis panduan pemahaman mengenal diri dan Allah SWT agar kita tidak sesat .Jangan jadi Firaun yg mengaku dirinya tuhan.

    Kejadian Manusia sekadar untuk mentajlikan sifat-sifat Allah secara ZAT….hanya sifat-sifat sahaja jgn salah tafsir.

    Amin.

  118. Setelah kita mengenal Diri dan Allah..barulah Solat kita lebih bermakna dan kita lakukannya dgn penuh Iman yakni yakin kepada siapa aku sembah dan apa yang aku persembahkan. Insyaallah..

    Jangan kita main sembahyang sahaja tanpa mengenal siapa yg kita sembah.

    Amin.

  119. dalam dia ada aku,dalam aku ada dia,,, (masyarakat & akhirat) ini ilmu tasawuff,,,bnyak org tak tahu ini juga ilmu usuluddin,,sama tapi tak serupa,,,cari la ia anda akan dapat kebahagiaan,,yg tida terhingga,,, segala beban atau pertanyaan akan terjawab mengenai ape sahaja
    yg berlaku di dunia ini,,,

  120. Salam saudara2ku yg disayangi semua, … sesiapa yg menjadi pilihanNYA dia akan diberikan KEFAHAMAN dalam agama oleh ALLAH SWT… :)

  121. Saudara2ku…. doakan semoga kita dijauhkan dari syirik. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun melainkan syirik.

  122. sudara ku semoga kita bukan golongan orang – orang yg syirik

  123. Aminnn..

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  124. Pengertian sembahyang menurut syari’at Muhamad s.a.w iaitu beberpa perbuatan dan perkataan tertentu yg dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam pertama ..

    Perintah mendirikan sembahyang pada hakikatnya tidak datang kepada Muhamad sahaja , sebaliknya perintah tersebut pernah datang kepada nabi-nabi terdahulu ,,,

    saya begitu mengharap sesiapa di antara rakan muslim melawat ke sini dapat jelaskan bagaimanakah rupa bentuk sembahyang barisan anbia yang datang sebelum Muhamad bersama Al Quran ?….

    saya Kembara begitu mengharap dari rakan yg jujur , ikhlas , adil dan sabar…

  125. salam tuan2 ,pak mahmud.. apa khaba…
    maaf ya sy ,mencelah d sini… nak komenlah…
    waaa… sedap betul sy baca artikel tuan2.. macam baca alquraan… hehe.. ape2 pun tkasih. artikel tuan2 dah macam rujukan.. tkasih mohon ambik ya… tkasih..

  126. maaf ya sahabat kembara.. sy nak komenlah.. setahu saya.. sembahyang zaman dulu, zaman nabi nabi ngan zaman muhammad samo jo.. xdo bezo lah.. tu jo tungang tonggeknyo.. hehe.. dalil atau nas nya dari al-quran(ayat mana x ingat) banyak menyobut ” telah ku perintahkan sebagai mana umat-umat dahulu” jadi maksud dio samolah.. tu jo lah smayangnyo.. cumo yg ponting eh bukan gaya smayang tu.. tapi hakikatnyo smayang tu kito nak tau..

    maaflah becerabih lak saya.. maklumlah gelong.. hahaha..jadi cerito pun lobihlah gelongnyo.. hahaha.. tapi tu lah pandangan saya.. maaf yo.. hehehe..

  127. salam..

    Iyo ko abang_gelong..he he he..

    sebenarnya dik_kembara ni pernah dengar para-para ilmuan tarikat dan hakikat bercakap mengenai sembahyang Daim [ صلاة دائم ] dan juga sembahyang Qaim [ صلاة قائم ]…jadi!…dik_kembara menjadi terpusing-pusing mencari pengertiannya …

    walau macam mana sekali pun terima kasih dik_kembara ucapkan pd abang_gelong kerna abang_gelong sudi memberi sedikit pedoman buat saya ,..he he he..

    wasalam

  128. Sebab itu diperintahkan sekelian Malaikat,jin,syaitan duduk dan sujud kepada Adam kerana Roh Allah SWT berada dalam Jasad Manusia.

    salam

    maafkan saya..Tuan Hamba..mengajukan sedikit persoalan..

    Malaikat , Jin dan Syaitan ..golongan ini memiliki roh tak seperti manusia ?..kemungkinan disebabkan mereka ketiadaan roh maka mereka di suruh oleh Allah supaya sujud pd Adam sebab Adam memiliki roh ?..Kemudian perbuatan sujud golongan ini bagaimana yer ?..boleh yer!..tuan hamba tolong…

    wasalam

  129. : ) orait no problem..

  130. suka saya membaca semua ilmu diatas,
    sesungguhnya, aku tiada apa-apa, kosong. noktah. melainkan Allah Talla belaka

  131. salam

    ROH ?

    Jika berdasarkan firman Allah perkara berkaitan dengan roh telah pun jelas iaitu diperintahkan kepada Muhamad pesuruhNya supaya sampaikan pada umatnya bahawa roh itu termasuk perkara urusan Allah , rujuk Q 17 : 85

    وَيَسْئَلُوْنَكَ عَنِ الرُّوْحِ , قُلِ الرُّوْحُ مِنْ اَمْرِ رَبِّيْ وَمآ اُوْتِيْتُمْ مِّنَ الْعِلْمِ اِلّاَ قَلِيْلاً

    Dan mereka bertanya kepadamu [wahai Muhamad] tentang roh . Katakanlah , “Roh itu termasuk urusan Tuhanku , sedangkan kamu tidak diberi pengetahuan [tentang roh] kecuali sedikit “ .

    Bertitik tolak daripada keterangan Quran ini , maka sejauh manakah manusia layak membicarakan perkara-perkara yang menyentuh soal roh ? Sekiranya Muhamad penutup segala nabi tidak diberitahu tentang roh , sekadar cuma sedikit , sebaliknya baginda diperintah supaya jelaskan pada umatnya bahawa roh itu termasuk perkara urusan Allah . Oleh demikian di manakah kewajarannya kita sebagai umat Muhamad dibenarkan untuk membuat rumusan tentang roh dengan secara berlebihan atau sehingga kita layak membahas perkara berkaitan dengan roh sampai ke peringkat perbahasan yang boleh dianggap sebagai luar biasa ? Dari manakah sumber yang diperolehi oleh umat Muhamad dalam memperkatakan perkara-perkara berkaitan dengan roh ? Justeru , sekiranya terdapat umat Muhamad memperihalkan perkara-perkara berkaitan dengan roh sehingga terkeluar daripada teks Al Quran [naqal] kemudian disandarkan pada Muhamad [kononnya hadis dari nabi , sedangkan kandungannya bercanggah dengan Quran] maka ianya adalah dusta belaka , bahkan perbuatan tersebut adalah satu fitnah besar yang dilemparkan pada Baginda Rasul oleh manusia tidak bertanggungjawab selepas kewafatan baginda . Sebagai contoh , roh dikatakan menanggung azab siksa atau nikmat ketika di alam kubur , roh dibawa oleh malaikat berulang alik dari kubur ke neraka , roh menjawab soalan kubur [Mungkar dan Nakir] , roh pulang ke rumah selepas berlaku kematian menziarahi kelurga yang ditinggalkan malah berbagai ragam cerita berkaitan dengan roh yang telah didogmatikkan

    Berpandukan pada keterangan Quran yang menyentuh perkara berkaitan dengan roh , rujuk Quran ;

    فَاِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِيْ فَقَعُوْا لَهُ سَآجِدِيْنَ

    Maka apabila Aku telah menyempurnakannya [kejadian Adam] , dan Aku telah meniupkan padanya RohKu, maka tunduklah kamu [malaikat] kepadanya dengan bersujud , Q 15 : 29

    ثُمَّ سّوَّاىهُ وَنَفَخَ فِيْهِ مِنْ رُّوْحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْاَبْصَارَ وَالْأَفْــئِدَةَ ، قَلِيْلاً مَّا تَشْكُرُوْنَ

    Kemudian Dia sempurnakan [kejadian manusia] dan Dia tiupkan roh ke dalamnya , dan Dia jadikan untuk kamu pendengaran , penglihatan dan hati . Tetapi sedikit sekali diantara kamu yang bersyukur , Q 32 : 9

    تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِاِذْنِرَبِّهِمْ ، مِّنْ كُلِّ اَمْرٍ

    Turun para malaikat dan roh padanya dengan keizinan Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan , Q 97 : 4

    Ketiga-tiga uslub Quran yang dijadikan panduan di sini semuanya menyentuh tentang roh di mana pada setiap uslub terdapat perkataan “Roh” digunakan . Quran melalui mana-mana firman yang menyentuh tentang roh selain daripada tiga uslub yang dijadikan contoh di atas tidak pernah menjelaskan secara terperinci pengertian roh kepada manusia . Apakah roh menanggung azab akibat kemaksiatan yang dilakukan manusia ketika hidup di dunia begitu jua sebaliknya apakah roh mendapat nikmat atas amalan soleh oleh seseorang selepas mati . Apa yang didapati setiap uslub Quran bilamana menyentuh soal roh keseluruhannya dikaitkan dengan kehidupan iaitu memperihalkan kejadian manusia dan juga perkara-perkara lain , bahkan tidak lebih daripada itu . Maka di sinilah dapat dimengertikan bahawa roh tidak diberitahu pada manusia melainkan sedikit seperti mana penjelasan Allah melalui uslub Q 17 : 85 sebelum ini . Oleh demikian nilai sedikit yang dimaksudkan itu ialah manusia hanya sekadar berhak berkata bahawa peranan roh adalah menghidupkan jasad [tubuh badan] . Atau pengertian roh lebih terarah kepada sifat Haiyun Allah iaitu Maha Hidup yang berserta bersama-sama setiap kejadian ciptaanNya yang dizahirkan . Oleh demikian setiap ciptaan Allah [kejadian di alam dunia] keseluruhannya memiliki roh yang dirujuk maksudnya Maha Hidup , sekiranya tanpa roh pada setiap ciptaan Allah maka sesekali tidak akan zahir sesuatu kejadian [makhluk] yang disebut sebagai ciptaan Allah di alam dunia , rujuk Q ;

    اَللهُ لآ اِلـَهَ اِلَّا هُوَ ، اَلْحًيُّ الْقًيُّوْمُ……

    Allah , tidak ada Tuhan selain Dia , Yang Maha Hidup , Yang terus menerus mengurus hidup [makhlukNya] …….. Q 2 : 255

    فَانْظُرْ اِلىَ آثآرِ رَحْمَتِ اللهِ كَيْفَ يُحْيِ الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ، اِنَّ ذَالِكَ لَمُحْيِ الْمَوْتَى ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .

    Maka perhatikanlah kesan bekas-bekas rahmat Allah , bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah mati [kering kontang] , sesungguhnya Dia pasti [berkuasa] menghidupkan yang telah mati , dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu , Q 30 : 50

    wasalam

  132. apelah kembara.. tulis panjang2.. hehe.. ckp pendek2 sudahlah.. roh itu urusan Allah… dah abih citer.. hehehe… yelah lagi pun ar-wah albert eisten kate ” if you cant explain it simple, its mean you dont understand” hehe… bukan sy yg kate ar-wah tu yang kate hehe… sori ye saje ngusik.. hehe…

  133. salam

    ooo!..yer ker abang_gelong ..he he he he…

    bukan aper dik_Kembara tak nak jadi burung kakak tua berucap tanpa memahami maksudnya..muga tiada burung kakak tua di sini yer!…

    ok lain kali dik_Kembara janji pendekkan tak nak panjang2 ..kita sembahyang tonggang tonggeng yer ….sekali pun tanpa kita mengetahui maksudnya ? he he he he he..

    wasalam

  134. hehehe.. xdalah.. gurau ja.. panjang sgt.. juling mata bacanya.. hehe.. tapi smayang tonggang tonggek tak tau maksud tu x bleh lah… tu tanpa kompromi tu.. apelah tonggang tonggek x tau maksud.. hehe.. adoi… hehe…

  135. Subhanaallah,…..Amiiiin Ya Allah,….semoga diri ini bisa jd org yg Engkau rahmati dgn mengenal diri lbih baik lagi Insya Allah

  136. Salam Ramadhan kepada semua pembaca mahmudshah.wordpress. Semoga semuanya dapat melaksanakan ibadah puasa dengan tenang dan diberkahi. Semua pembaca dibenarkan untuk berkongsi serta menyalin (copy) apa sahaja pendapat dan maklumat, pendek mahupun panjang. Ilmu itu milik Allah jua.

    Apa yang penulis harapkan, apa jua tajuk yang penulis utarakan adalah untuk kemaslahatan umat. Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat memberikan panduan serta tunjuk ajar kepada para pembaca. Penulis mengalu-alaukan sebarang cadangan atau komen yang baik/ tidak baik daripada sidang pembaca sekalian untuk penambahbaikan blog ini jua adanya… InsyaAllah :-)

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  137. salam

    selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari lebaran kpb tuan rumah Pak Mahmud serta rakan-akan semua .

    t/kasih , semuga Pak mahmud tdk terasa berat hati membenarkan sy berada di laman Pak mahmud ..dgn komentar2 sy yg agak menyanggah…namun setiap sanggahan sy iringkan dgn bukti naqli..jika terdapat yg lebih baik sy dgn berlapang dada sedia berpindah kpd yg terbaik tersebut..tanpa tempoh walau sesaat pun…

    ..jika ada salah silap sy..sy mohon maaf….

    wasalam

    • Salam Ramadhan jua buat saudara kembara yang masih setia bersama mahmudshah.wordpress. Pihak penulis tidaklah berasa berat hati malahan mengalu-alukan apa jua pendapat yang sidang pembaca ingin sampaikan; panjang lebar mahupun sependek sepotong ayat. Di sinilah gelanggangnya kita bertukar ilmu, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. InsyaAllah, apa yang penulis harapkan hanyalah kemaslahatan dan perpaduan sesama insan. Maklumlah, kalau dah namanya manusia, tiada yang sempurna… :-)

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  138. Salam

    Begini agaknya abang_gelong jika diringkaskan [sorry lerr abang_gelong yerr... he he he ...]

    Bercakaplah pd perkara yg sememangnya diberitakan kpd manusia .. menyusun kata-kata pd perkara yg tidak diberitakan bererti susunan tutur kata kita itu merupakan cakapan kosong [ لهو الحــديث ]… lahwul hadis sebenarnya tdk menyumbang apa-apa manfaat pun..tdk membantu mendekatkan kita pd kebenaran [muqarrabin]… malahan menyebabkan kita semakin jauh daripada Hak….rujuk Q ,

    وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّشْتَرِيْ لَهْوَ الْحَدِيْثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ ، وَّيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ، اُولَـــئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِيْنٌ

    Dan di antara manusia [terdapat] orang yang menggunakan percakapan kosong untuk menyesatkan [manusia] dari jalan Allah tanpa ilmu pengetahuan dan menjadikan olok-olokan . Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan , Q 31 : 6

    Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

    wasalam

  139. as’kum..boleh main kat laman..?

  140. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR.. SAUDARA, HAMBA HANYALAH MANUSIA BIASA YG SEDANG MENDALAMI ILMU INI. MASIHKAH ADA GURU2 MURSYID YG SAUDARA KENALI YG DPT MEMBANTU SY DALAM MENCARI KEREDHAAN ILAHI?
    JIKA ADA SY TINGGALKAN NO TELEFON SY JIKA SAUDARA MEMPUNYAI KENALAN YG ADA TALI IKATAN DENGAN GURU2 MURSYID. 0139096086

  141. salam

    Berdasarkan pemberitaan Quran yg menyentuh kejadian manusia di alam zahir[diri yg ditajallikan] , rujuk Q ,

    وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَآئِقَ ، وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِيْنَ

    Sesungguhnya Kami telah ciptakan ke atas kamu tujuh jalan dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan Kami , Q 23 : 17

    وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

    Dan Kami bangunkan ke atas kamu tujuh perkara yang sangat kukuh , Q 78 : 12

    Kombinasi tujuh perkara yg membentuk diri manusia sehingga manusia berkeupayaan menyebut ‘AKU’ atau ‘DIRI AKU’ [bg yg sempurna akal/bertanggungjwb] … atau sehingga mampu menuduh org lain tdk beriman [sekadar contoh]..susunan diri manusia di alam zahir merupakan “Diri yg ditajallikan” , iaitu diri yg dinampakkan atau diri yg dizahirkan [ bersifat musytarak pd pengertiannya] .

    Diri yg ditajlikan ini adalah diri yg mengalami kebinasaan sebab berkadar [mati reput] , oleh itu setiap manusia perlu pd diri yg tidak binasa iaitu diri yg baqa , sebab ghaib keadaannya baqa [kekal] , dgn bahasa mudah diri yg baqa disebut diri sebenar diri , maka diri sebenar diri inilah perlu dimakrifatkan , perlu dikenal sebagaimana ungkapan yg dipaparkan di bahagian atas sekali oleh Sdr Mahmudshah tuan empunya blog , “Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya” [ من عرف نفسه فقد عرف ربّه ] .

    Tujuh perkara ini [ DIRI yg ditajlikan ] sememangnya diberitakan pd manusia sudah pasti terdapat insan yg mampu menyusun diri tajli sehingga lengkap menepati dgn jumlah sepertimana dijelaskan melalui dua uslub di atas . Jika mana-mana manusia menyusun diri tajli melebihi jumlah tujuh perkara atau tujuh jalan disebut “Taraiq” [سبع طرائق] tolong tunjuk sebab , mengapakah jumlah yg disusun itu menjadi lebih ? , begitu jua sebaliknya jika susunannya kurang drp tujuh tolong tunjuk sebab , mengapa terjadi demikian ?

    Sebab jumlah tujuh diri tajli ini bertebaran di alam syari’at [diadaptasikan pd amalan syari’at] yg ditunjuk oleh Baginda Rasul saw kemudian diterima oleh umatnya sebagai ibadat sama ada rukun ,wajib atau sunat menurut nilaian fuqoha’ [ahli fekah/salafussoleh] . Tiada perkara tanpa didahului dgn sebab , setiap ibadat yg disyari’atkan oleh Baginda Rasul terasas drp diri yg ditajallikan , sebab perkara-perkara ini dpt dihitung dan disusun jumlahnya .

    Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

    wasalam

  142. aslmkm…..bestnya….ape yg korang ssh sgt. kt muhamad,ana ahmad bila mim.ana arab bila ain….fikir-fikirkanlah….hehehe….

  143. klu smbhyg ikut perjlnn matahari,jadilah waktu yg lima. tapi hakikatnya matahari itu x brgrk pun.hehehe….fikirkanlah

    • salam

      وَالشَّمْسُ تَجْرِيْ لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَالِكَ تَقْدِيْرُ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ

      Dan matahari berjalan di tempat peredarannya , demikianlah ketetapan [Allah] Yang Maha Perkasa , Maha Mengetahui , Q 36 : 38

      Pd hakikatnya setiap sesuatu yg tercipta keseluruhannya bergerak , sekiranya tdk berlaku pergerakan pd kejadian ciptaan Allah bererti menyalahi ketetapanNya , di mana makhluk Allah tdk menyatakan salah satu kebesaran Allah iaitu Af’al ..mustahil prkra begini berlaku . .

      Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

      wasalam

  144. sila rujuk albaqarah 238…..selamat bertafakur….hehehe

  145. SALAM…..itulah sbbnya alam kabir sama dgn alam saghir. matahari menjadi smber diluar, mana mthari yg dlm. klu kita bumi yg mengelilingi mthri,bersyariatlah, bergrklah tapi syariat sejati mana…..yg bnr2 ikut peredaran.dimana kamu berhadap…….disitulah DIA.

  146. salam….hidup ini penuh persoalan dan teka-teki.permainan n tipudaya. siapa yg menipu n mempermainkan kita? adakah iblis n syaitan yang dikatakan jahat itu? siapakah dalang disebalik kerja jahatnya? SIAPA yg menentukan watak antagonis itu sedang mereka sebenarnya adalah penapis yg memegang cap mohor mukhlisin…….supaya terpilih intan dari kaca. kenal n jumpalah mereka dulu sbelum mengenal dirimu. kenal lah mereka yg bukan dgn mudah memberi kata lal.uan yg sebenar . ilmu mereka sgt hebat utk dilawan. inilah perang badar yg besar…….didalam diri……..asahlah minda,kilirlah akal……selamat berjuang.

  147. salam…..pertama-tama sekali sebelum memulakan perjuangan,carilah guru. guru yg mursyid. guru yg telah melalui perjalanan n akan membawa kamu melalui jln yg dia lalui. guru ini bukan senang dficari. perlukan pertolongan allah sbb dia org yg sangat biasa. kdg2 tak dsgka.. guru yg menyefdiakan enjin bmw untuk kereta bmw.,enjin merce untuk merce…….selamat mencari……asahlah minda kilirlah akal. hehehe.

  148. salam…….laaaaa…….mana korang ni. x respon pun apa yg aku tulis.xbest le cam ni..kt nk muzakarah.m.s pun diam jugak. ape he?…hmmmm……ok la. klu ada respon br aku smbung ye…..asahlah minda, kilirlah akal,baru blh jumpa hati yg sebenar,yg bersih,yg jadi cermin…hehehe

  149. Salam

    Saudara Dida yg dihurmati , setiap pandangan yg sy lontarkan bukanlah merupakan kebenaran yg tdk boleh dipertikaikan…sesiapa pn berhak menolaknya dgn jalan lurus ..Tiada paksaan dlm agama Q 2 : 256 [ لاَاِكْرَاهَ فِى الدِّيْنِ ] ..

    tinggi n rendah pengetahuan seseorg tdk bertujuan utk ditandingi/dilawan ..malahan golongan anbia sendiri berkeadaan sedemikian namun tiada seorg nabi pn saling menafikan atau merendahkan sesama mereka [kebenaran yg dibawa] yg datang sebelumnya..sebab mereka berada pd satu landasan [diri yg satu/ نفس واحدة] , rujuk Q ,

    تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ…….

    Rasul-rasul itu ada Kami lebihkan sebahagian mereka dari sebahagian yg lain , terdapat di antara mereka ada yg [langsung] Allah berfirman dengannya [berkalam nafsiah/KALAM DIRI ( كلام ديــــــــري )] dan sebahagian lagi ada yg ditinggikan [oleh Allah] beberapa darjat…..Q 2 : 253 .

    Bahkan , terdapat ungkapan nabi Allah Isa yg terpahat dlm Bible [namun faham-faham sajalah Bible!..??] sebagai bukti mereka tidak saling tanding menandingi/berlawan sesama mereka , lihat Injil Matius ,

    Injil Matius , Bab 5 ,

    17 : Janganlah menganggap bahawa aku [Isa] datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi . Aku [Isa] tidak datang untuk menghapuskannya , tetapi aku [Isa] datang supaya semua ajaran itu berlaku [terlaksana] .

    18 : Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada , titik atau pun huruf yang terkecil sekali pun di dalam Taurat , tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku [belum terlaksana] .

    [The Bible Society Of Malaysia (edisi kedua)]

    ..perang Badar dah berlalu..berjuanglah memerangi kejahilan yg ada pd akal kita [sy pn sama juga] ..he he he!…xmungkin kita sprt anak laga jantan yg berada dlm satu botol ..bertarung sehingga yg menang xtahu pn yg dia tu menang…dan yg kalah pula xtahu pun yg dia tu kalah..

    ..xperlulah kita berbangga yg DIRI SBNR DIRI kita sdah berada di luar tetapi bisu/kelu [nk buat aper dgn diri yg kelu ??]…ada baiknya kita berjuang mencari/mengenal DIRI SEBENAR DIRI yg berkalam ..kerna pd kalam DIRI itulah kita memperolehi berita mahu pn cerita tentang kebenaran [berita ghaib/tersirat]..

    ..disebabkan DSD berkalamlah maka terbitnya Quran dan berada di luar [disebut Kitab/DIRI] melalui Muhamad , Injil melalui Isa n seterusnya nabi-nabi lain ..dan mereka ini digelar sbg org yg diberi kitab , rujuk Q ,

    اُولــئِكَ الَّذِيْنَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ……

    Mereka itulah org-org yg telah Kami berikan kitab , hikmah dan kenabian….Q 6:89 .

    ..jika terdapat manusia mendakwa DSDnya terkeluar berada di luar [bayang kot].. tolong jelaskn apakah nama kitabnya tu ??…apakah dia tu termasuk golongan org yg diberi kitab ??..pd bahagian manakah lgi dgn kitabnya itu hendak memperbetulkan Quran [disebut kitab/DSD Muhamad] yg telah pn sempurna zahir dan terakhir ??…

    Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

    wasalam

  150. salam….. terima kasih sbb bg respon. apa yg dijadikan tuhan semuanya bermaksud. kita disuruh menghuraikan apa yg tersembunyi itu. mencari rahsia teka-teki tuhan. dari awal penciptaan sampai ke nabi yg akhir. apa maknanya.Q diturUnkan untuk muhammad menjadi panduan. mana Q kita?. ayat apa yg kita dah dapat? dimana letaknya? kita skrg dlm proses utk menjadi manusia yg tuhan mahukan.semua bersembunyi di kita. dari adam smpai akhirat.kita kena cari rahsia bukan setakat adam, malah rahsia noh, rahsia ibrahim,rahsia isa hatta rahsia seluruh alam ini………ok. setakat ini dulu…….

    • salam

      YAAAA!…sy amat setuju pndpt sdr dida…kita perlu fokus pd prkara yg sepatutnya kita fokuskan..

      Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

      wasalam

  151. salam….saudara kembara. memang dijadikan tuhan org pompuan ni emosi sikit sbab kejadian dia lebih halus. tu la sebab tok adam kalah pada tok hawa. menangis skt,merajuk skit…..psai tu la anak cucu dia pn ikut. ramai si suami kalah pada si isteri. hehehe. jadi klu dah tahu rahsia tok nenek kita…..berjaga-jaga sikit dgn orang pompuan…..sebab saya pun pompuan……huhuhu. ….

  152. salam…..orang pangge cek ni makteh. pagi ni nak gebang bab istinjak.istinjak ni penting psai nak bersihkan diri. istinjak ni kena la pkai istinjak hakikat.nak kena knai la kencin berak kita. mustahak sangat. . klu dak,payah la. nak mati sok tak terkencin,teberak atau dua-dua sekali. pasai apa. psai xbersih dalam kubuq pun kita diseksa psai kencin berak ni la…… bukan senang cek oi nak knai tuhan. kena cuci semua had luaq dlu. baru pelan-pelan masuk. baru pelan-pelan IA keluaq…….ok la no, nanti sambung lagi. mana la MS ni…..makteh dok conquer blog dia ni…….

    • Terima kasih makteh. Penulis mengalu-alukan pendapat2 tersebut. Bersih luar dan ‘dalam’ adalah prinsip mengenal Pencipta kita. :-) Teruskan berpendapat, kerana setiap orang berlainan pula pendapatnya.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  153. salam…. kawe sambung siket lg deh. pas istinjak ke, kno la wak wuduk pulok. kena wak wuduk hakikak jugok la. bacae laing siket dr hok syariatnyo psa tok samo level.

    dah ado duo 2, ngaji la bab syahadoh. pasa ia basic. basic keno la kukuh. macemano syarat rukun dio. nak mengisbat zat lagu mano….. ni penting pasa doso syirik ni beragk.

    bab ni pung tok tahu lamo mana nok bulih. tuhe ni ikuk kito. brapo persen kito bui,dia refleks bnyk 2 jugok. bab Q pung lagu tu. nak kenal sapa Q tu bulih kkecek denge kito. baru dapat syaaat.buke main-main weh……nok crito itu ini sene ja….nok buak tu…masyaallah.

    pasanya matlamat sebena kito apo? jange ado ganggue hok laing hatta syurgo sekalipung……xde pahala apalagi dosa. kosong.mengadap lah dengan diri yg hok sebena. seperti kejadie hok mula…. ok la. dlu. mungkin ake menulih lagi duo atau tigo bule lagi. wassale.

  154. Apa-apa pun, bagi penulis Islam itu mudah. Jgn kita menjadi seperti Bani Israel di zaman Musa AS yang terlalu banyak persoalan hingga menyulitkan perkara yang mudah.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  155. Ass’kum MS n super friend, Alhamdulillah, muga sume pemudah bicara d berkati Allah selalu hendakNya. Baiknya ilmu bisa d kongsi bersama, Terima kasih tok penghulu kerna menyediakan laman utk sume berbicara agar tidak tersimpang dari jalanNya. Mohon izin ketelanjuran saya memasuki ruangan bicara kalian agar dapat jua d manafaati ilmu yg tuan semua titipkan lantaran kehausan ilmu dari insan yg kerdil lagi jahil ini. Jutaan t.kasih utk semua. Syukur jua pd Yg Esa.

  156. salam……ate……mana kome suma pergi? Idak nulis2. camna nak citer. saudara MS, sapa kata ISLAM 2 mudah…….masyaALLAH. macam-macam nak dibuat, nak dihambat, nak d belajo.. itu baru yg luo. yg dalam lagi. yg rahsia pulak nak gago camna? ISH….kalo senang le, idak le teman susahpayah nkf belajo………huhuhu…

    • Islam itu mudah. Akal kita sahaja yang menjadikannya susah. Apa yang disuruh buat, apa yang dilarang, semuanya adalah pada dasar keupayaan manusia. Apapun jua di dunia ini hatta mahu terbang bagai superman pun adalah ‘senang’ jika kita melihat dengan ainul yakin :-).

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  157. salam……..apa yg saudara suma tulis blh d baca dlm byk kitab2 lama. kitb ahmd laksamna,kitab khatijah,kitabkuning n pling penting quran. tapi itu semua hnylah cerita. persoalannya bagaimana nk mengalami. cakap saja x guna. yg penting nk rs zuk. brlah tahu.rs yg dok tunggu kita ktuk pintunya.pintu dah lma buka,tp berapa rmai yg btul2 brani msuk. msa tu xyah nk mcm2. tahulah bgaimna kta ni,siapa kita ni. itulah sbbnya kna buat istnjak n wuduk n semua amalan sebnyk mgkn smpailah ke stu thp dibukakn apa yg trtutup slama ini. yg trsmpan,yg trsmbunyi.barulah ko sedo sapa ko……subhanallah. asahlah minda,kilirlah akal…….salam.huhuhu.

    • Sebelum melaksanakan apa yang tersirat dan tersurat, pastikan yang ‘di dalam’ sudah dibersihkan. ‘Lihat’lah kepada Al-Khaliq.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • salam ,

      ..berada pd kedudukan rasa atau disebut zuk menunjukan seseorg itu masih berstatus akal..pastikan!!.. bahawa akal kamu itu bukan AKU…tetapi ianya adalah satu kejadian yg disertai dengan kejahilan [disebut Jin]..Jin tdk pernah membawa kebenaran kpd manusia ..pastikan!!….

      Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

      wasalam

  158. salam , Qadim Allah Assalam….

    يَااَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
    wahai orang yang berselimut Q 74 : 1

    قُمْ فَاَنْذِرْ
    bangun , lalu berilah peringatan Q 74 : 2

    وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
    dan agongkanlah Tuhanmu Q 74 : 3

    وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
    dan bersihkanlah PAKAIANMU [wahai Muhamad] Q 74 : 4

    maaf sy mencelah , mungkin tdk diiundang he he he ..

    apa perlukah Muhamad memasukkan jubah n serbannya ke dalam washing machine [..tp zamannya tkder wm cuci pakai tangan jer le..he he he]

    perintah kpd Muhamad supaya bersihkan pakaiannya , apakah yg dimaksudkan dgn pakaian tu ?..wahai para wali aulia’ n mereka yg mengenal DIRI ..ahli tarikat n makrifat n salik wa suluk..mohon sedikit pencerahan supaya dpt dipermudahkan…sy menunggu keikhlasan anda ..

    Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

    wasalam

    • Inilah anatara keajaiban Qur’an. Setiap apa yang diturunkan membawa maksud tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk mengkajinya dalam-dalam. Penulis kira, ramai para pembaca yang mengerti maksud yang ingin disampaikan oleh saudara kembara kita. Mungkin saudari dida boleh terangkan melalui pandangan aklinya.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  159. salam…..huhuhu…..akal kita ada 3 kategori. yg kita gunakan skrang hanya lebihkurang 2% sahaja. yang satu [ haa......satu akal] tu kita nak cari.amboi saudara MS……pakaian ke,selimut ke,,,,semua 2 luaran je.yg lebih penting yg dalam, yg sama bg semua kita……….wassalam.

  160. Salam

    Akal Itu Jahil [ I ]

    Bilamana sy menegaskan bahawa akal merupakan suatu kejadian yg disertakan dengan kejahilan , semuga tiada sesiapa yg tersalah erti mengambil maksudnya . Sebab perkataan “jahil” atau “kejahilan” agak sensetif , apatah lagi jika dilemparkan perkataan tersebut pd seseorang boleh mengundang rasa tersinggung hatta sampai ke peringkat permusuhan antara dua insan .

    Jahil adalah perkataan Arab telah diterima pakai dalam linggua franca Melayu di mana memberi maksud “tidak mengetahui” , ‘jahil Murakkab’ bermaksud org yg tidak mengetahui dan tdk pula menyedari kejahilan dirinya . Perkataan jahil ini sering digunakan oleh masyarakat kita mengikut keperluan tertentu hingga menyebabkan maksudnya menjadi tdk selari iaitu bergantung pada intonasi ayat pertuturan ketika berkomunikasi .

    Apa yg sy maksudkan dgn ‘kejahilan’ tersebut ialah setiap kejadian akal akan didapati bersama-samanya jahil . Tidak terkecuali asal saja terciptanya akal maka jahil tetap wujud di sisi akal selama akal berada pd manusia . Dgn bahasa mudah bahawa akal tidak akan tercipta jika tdk didahului dgn kejadian jahil bagi mengiringi kewujudan akal utk melengkapi salah satu daripada tujuh perkara gabungan diri manusia yg ditajallikan [ سبع طرائق ]. Contoh dlm perkara ini , disebabkan kejahilan maka akal tidak mampu menerjah atau membuat rumusan terhadap perkara yg belum berlaku . Hal ini menunjukkan keterbatasan akal yg tercipta atau kekadaran ciptaan Allah [limited] . Ketetapan Allah ini mencakupi keseluruhan insan bergelar Bani Adam termasuk akal barisan anbia , rujuk Q ;

    قُلْ لَّآ اَمْلِكُ لِنَفْسِيْ نَفْعًا وَّلاَ ضَرًّا اِلَّا مَا شَآءَ اللهُ وَلَوْ كُنْتُ اَعْلَمُ الْغَيْبَ لَا سْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وِمَا مَسَّنِيَ السُّوْءُ……..

    Katakanlah [wahai Muhamad] , “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudharat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah , sekiranya aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib [perkara yg akan berlaku] tentulah aku mengumpulkan dengan banyaknya perkara-perkara yang mendatangkan faedah [pasti] aku tidak ditimpa kesusahan…….Q 7 : 188

    قُلْ لَّآ اَقُوْلُ لَكُمْ عِنْدِيْ خَزَآئِنُ اللهِ وَلَآ اَعْلَمُ الْغَيْبَ ولَآ اَقُوْلُ لَكُمْ اِنِّيْ مَلَكٌ اِنْ اَتَّبِعُ اِلَّا مَا يُوْحَى اِلَيَّ…..
    Katakanlah [wahai Muhamad] , “Aku tidak mengatakan kepada kamu [kpd org yg menentang seruan kebenaran] bahawa perbendaharaan Allah ada di sisiku , dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara ghaib , aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku ini malaikat , aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku” ……..Q 6 : 50

    وَلَآ اَقُوْلُ لَكُمْ عِنْديْ خَزَائِنُ اللهِ وَلَآ اَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَآ اَقُوْلُ اِنِّيْ مَلَكٌ……….

    “Dan aku [Nuh] tidak berkata kepada kamu ; di sisiku ada perbendaharaan Allah , dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat………Q 11 : 31

    Statement berupa perintah kpd dua org nabi ini supaya jelaskan pd manusia bahawa mereka juga tdk tahu apa yg akan berlaku menunjukkan setiap akal itu adalah berkeadaan jahil . Kejahilan akal ini akan terubah menjadi mengetahui setelah diberitahu [melalui proses wahyu dlm konteks kenabian/mengenal DIRI bg umatnya] . Oleh demikian akal akan mengetahui pd topik yg diberitahu sahaja sebaliknya perkara yg tdk diberitahu akal tetap berkeadaan jahil .

    Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

    wasalam

  161. salam..

    Akal Itu Jahil [ II ]

    Jahil [ جاهـــــل ] yg sentiasa terlekap pd akal itu maka Quran membahasakannya dgn gelaran “JIN” [ الجــن ]. Bermaksud perkataan jin merujuk pd kejahilan yg tercipta pd akal manusia , sebab itu uslub Quran sering menyebut perkataan jin beriringan dgn sebutan manusia [insan] ketika mana menyentuh tentang kejadian /pembalasan manusia , rujuk Q ,

    وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ

    Aku tidak ciptakan JIN dan MANUSIA melainkan agar mereka beribadah kepadaKu , Q 51 : 56

    وَكَذَالِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِيْنَ الْاِنْسِ وَالْجِنِّ يُوْحِيْ بَعْضُهُمْ اِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُوْرًا…..

    Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh , yang terdiri dari syaitan-syaitan MANUSIA dan JIN , sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah sebagai tipuan…….Q 6 : 112

    ….لَاَمْلَئَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ

    …..Aku [Allah] pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan JIN dan MANUSIA semuanya , Q 12 : 119

    [yg tdk mengenal diri la tu!!..he he..Insyaallah! rakan-rakan yg ada di sini semua ok ni!...]

    Jin yg merujuk maksudnya kejahilan akal tidak mampu membawa kebenaran pd manusia sebab keadaannya jahil iaitu tdk tahu , dan Muhamad saw tdk pernah mengambil sumber rujukan perkara berkaitan dgn Allah melalui jin yg bermaksud akal jahil , maka didapati usub Quran ternaqal dgn gayanya sebegini , rujuk Q ,

    وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى

    Dan ia [Muhamad] tidak memperkatakan [sesuatu yang berkaitan dengan Allah] menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri [melalui akal jahil yang disebut jin] , Q 53 : 3

    قُلْ لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْاِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اَنْ يَّأْتُوْا بِمِثْلِ هذَا الْقُرْاَنِ لَا يَاْتُوْنَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيْرًا

    Katakanlah [wahai Muhamad] , sesungguhnya jika sekelian MANUSIA dan JIN berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini , mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya , walaupun mereka saling membantu sesama sendiri , Q 17 : 88

    Pastikan bahawa jin bukanlah satu objek bersifat metafizik yg berasingan dgn kejadian manusia , tetapi ianya adalah sebagai gelaran menurut bahasa Quran yg merujuk maksudnya kejahilan akal dlm memperkatakan sesuatu belum berlaku , begitu jua akal jahil tdk mampu menyelami hakikat ghaib .

    Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

    wasalam

  162. wa… baguslah.. terjemahan saudara kembara.. sesuatu yang lain dari kebiasaan sebab, saya sangsi betul dengan jin nih.. jin yang tak penah saya jumpa pun.. hehe.. apa2 pun tahniah.. kupasan yang baik..

  163. A’kum, saya ni dah lama tak masuk internet. Kali akhir ulu masa bicarasufi diujukan. Bila dah ade tab ni seronok pula nak test virtual keyboard, boleh tulis sambil baring aje. Ini nak baling spanar sikit nak panaskan forum ni lagi…..dari ape yang saya belajar, faham dan alami…mengenal yang patut dikenal tu adalah secara literal dgn makrifat bukan secara teori saja atau akademik. ‘Baca kitab satu kapal pun x leh jumpa’….mesti ada mursyidnya. Mursyid tu lak adalah yg sudah khawas ul khawas iaitu dah putus makrifat sirr, iaitu ahli sufi, rijalullah.atau sekurang2nya kasyaf hati. Dari ilmu, amalan, didikan dan pengawasan mursyid, kita beramal dgn berbagai cara.. Mujahidah, musyahadah, muraqabah, tawajuh, cuci itu dan cuci ini serta berbagai lagi..dengan yakin, jujur, sabar dll. Ini mengambil masa. Ketentuan dari Allah jua.

    • Salam [ ukhuwah buat sdr alifzal ]

      KITAB

      ..bukan sekadar kitab satu kapal sdr Alifzal , bahkan seribu kapal sekali pun jika seseorg berkesempatan menela’ah kitab-kitab yg terkumpul itu tdk mungkin akan dijumpainya..sebab kebenaran yg hakiki [disebut Hak/DSD] tdk pernah wujud pd kitab-kitab yg tertulis/tercatat selepas kewafatan Muhamad..semua itu adalah sifat..kebenaran hakiki tdk wujud secara zahir atau bersifat tetapi berserta dgn sifat…sebaliknya umat Muhamad sekadar menyifatkan dlm bentuk kata-kata pertuturan yg terpindah drp akal.. apatah lagi akal yg menterjemah ke dlm bentuk kitab yg dijilid itu belum tentu/pasti akal yg benar-benar telah mengalami situasi kebinasaan setelah mengenal Tuhannya..siapakah yg boleh beri jaminan pd kita bahawa diantara kitab-kitab yg terkumpul itu terdapat panduan yg lurus sehingga menyebabkan kita berjaya mencapai kebenaran hakiki setelah menela’ahnya ?..kitab kulit kuning..kitab kulit perang..kitab kulit kelabu taik anjing..mcm2 warna lagi..rujuk hadis di bawah ;

      عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)

      Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).
      (Imam Malik).

      [..mungkin terdapat diantara pengunjung ke sini memiliki alasan utk menyanggah atau mendakwa bahawa Abu Hurairah berdusta..sebenarnya ini bukan kata-kata yg lahir dari Muhamad!..silakan…]

      ..di kalangan org Melayu pd kebiasaannya mana-mana naskhah berhuruf rumi disebut ‘buku’..apabila tercetak dgn huruf jawi/arab pula disebut ‘kitab’..tak kisahlah semua ini hanya sebutan sahaja.. PERSOALANNYA..adakah ‘Kitab Allah’ yg dimaksudkan dlm hadis di atas merangkumi kitab-kitab nukilan umat Muhamad yg turut disebut kitab oleh org Melayu ?..yg satu kapal n seribu kapal tu!.he he..

      KITAB!..KITABALLAH ? [ كتـــــاب اللـــــه ]…sebelum kenabian mana-mana nabi ianya berada di mana ?…contoh Al Quran ..tak mungkin Quran berada di Loh mahfuz kot! [batu terpelihara]..he he he…kemudian berpindah ke Baitul’izzah..seterusnya turun ke langit ketiga..lalu dibawa oleh Jibril kpd Muhamad [disebut wahyu] .. ini jawapan berasaskan syari’at [penuh dgn mitos]…tetapi di sini kita nak jawapan berasaskan makrifat/tariqat atau jawapan drp org yg mengenal DSD…silakan…[jangan sia-siakan kolum yg disediakan oleh Yg Mulia Sdr MS semuga beliau diberkati Allah ]..

      …org yg mengenal DSD sebenarnya ia mengenal erti ‘Kitab’..org yg mengenal erti “kitab’ bermaksud org tersebut mampu menghuraikan segala kerja buat para anbia [disebut sunnah rasul dlm hadis di ats] yg ditinggalkan oleh mereka di atas muka bumi kemudian menjadi sebutan dlm Al Quran…org yg berkemampuan menghuraikan setiap kerja buat nabi adalah antara org yg diberitahu tentang perjalanan kenabian atau org yg diberitahu apa yg diturunkan pd nabi..rujuk Q ;

      اَفَمَنْ يَّعْلَمُ اَنَّمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ مِنْ رَّبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ اَعْمَى اِنَّمَا يَتَذَكَّرُ اُولُوا الْاَلْبَابُ

      Maka adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan oleh Tuhan kepadamu [wahai Muhamad] adalah kebenaran , sama dengan orang yang buta [tidak mengetahui ape kemender Quran/kitab tu!..] . Hanya orang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran , Q 13 : 19

      Rasionalkah utk dirumuskan bahawa org yg mengetahui tentang perjalanan kenabian adalah merujuk pd sirah nabi [sejarah nabi]..tiga belas tahun nabi di Mekah..sepuluh tahun di Madinah..terlibat beberapa siri peperangan Uhud , Badar , Khandak , Tabuk dll..peristiwa Buhaira ketika perjalanan ke Sham bersama pamannya n perjanjian Hudaibiyah… kilirlah akal.. [meminjam kata2 sdr Dida]….utk meleraikan semua ini ada baiknya kita renungi soalan ini…

      Kenabian mana-mana nabi [titled kenabian]..adakah seseorang nabi itu tuntut utk mendapatkannya ?..

      Atau..

      Kenabian mereka itu hanya semata-mata campakkan drp Allah iaitu tanpa tuntutan dari mereka yg bergelar nabi ?…

      Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

      wasalam

      • salam [Qadim Allah assalam]

        Ambil satu contoh antara sunah nabi terdahulu, fokus pada peristiwa nabi Allah Ibrahim Khalilullah iaitu sejauh manakah kebenaran di sebalik perbuatan baginda meletakkan isterinya Siti Hajar yg sedang hamil di tengah kawasan tandus yg tiada sumber air.

        Begitu jua di manakah kebenarannya apabila Baginda Ibrahim diperintah oleh Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Apabila tiba saat Baginda Ibrahim melaksanakan perintah tersebut sebaliknya anaknya Ismail digantikan dengan seekor kibas untuk disembelih sebagai kurban. Sedangkan Baginda Ibrahim memiliki mukjizat membelah burung di mana akhirnya burung yg terbelah tersebut kembali bercantum kemudian terbang padanya. Justeru, di manakah semua mukjizat ini menghilang kenapa tidak turut dilakukan terhadap anaknya Ismail supaya dapat diteruskan perintah menyembelih anaknya itu.

        Memadaikah sekadar berpegang pada jawapan mudah dalam peristiwa Baginda Ibrahim ini, dengan berprinsipkan bahawa semua itu adalah hikmah perintah Allah ke atas nabiNya, sedangkan huraian dalam bentuk jawapan berlandaskan fakta kebenaran langsung tiada. Maka di sinilah perlunya orang yang diberitahu tentang perkara yang diturunkan pada nabi iaitu mereka yang memahami erti ‘Kitab Allah’..hanya golongan ini saja yg dapat menghuraikannya.

        Bukalah KITAB tersurat kemudian tersirat…

        wasalam

  164. Seribu Bayangan

    by Damasutra

    Kau masih menduga sehingga kini
    Andai ku bersenda dengan teka teki
    Seribu bayangan aku gambarkan
    Masih lagi kau tak mengerti

    Sedalamnya lautan tingginya bulan
    Bisa disentuh dengan pengetahuan
    Sepahitnya hempedu bisa ditelan
    Jika itulah penawarnya

    Inikan pula perasaan
    Yang lahir dari jiwa
    Dan kita sama sama merasa
    Denyut kasihnya

    Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
    Tapi curiga kau kan tersalah sangka
    Kerana kita rasa bangga bila dipuja
    Dan rasa keji bila dihina

    Kerna kita menolak segala bencana
    Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
    Sedangkan semua ini adalah takdirNya
    Dan kita harus bersyukur sentiasa

    Bukannya teka teki gurauan hati
    Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
    Bukan mudah mencari kasih abadi
    Dalam terang ia ‘sembunyi’……

  165. sodap x lagu tu hehe.. layaaan……..

  166. Salam..

    Lebih baik rujuk Al Quran Dan Hadith. Sebarang bentuk penafsiran terhadap ayat Al-Quran perlu dirujuk kitab-kitab tafsir Muktabar. Jumhur Ulama memperakukan kitab-kitab tafsir kitab-kitab tafsir Ma’thur dan tafsir Rakyu Jaiz sebagai kitab yang muktabar yang telah diperakui dikalangan ulama’ salaf dan khalaf tentang kandungannya.

  167. maleh lah nak jawab.. lam ya dzuk lam ya arif.
    layan….

    Lirik Mustika – M.Nasir

    Kau yang berselindung
    Di balik sutra
    Warnamu pelangi
    Engkau mustika hati
    Pesona cinta
    Mahligai rindu
    Malam dingin yang kejam
    Aku tiada gentar
    Kerna cintamu
    Misteri alam yang terbongkar
    Lena jadi sedar
    Kerna kasihmu

    Yang dulu ku cari
    Rupa-rupanya ada di sini
    Dan yang bermain di mimpi
    Menjelmalah engkau dalam realiti

    Dulu lalu depan mata
    Tapi ku tak hirau
    Ku Tak peduli
    Tapi setelah ku tahu
    Hanya engkau teman
    Kau tak ku lepaskan

    Mustika, oh… mustika
    Mestikah aku menjadi penanti
    Pelukan sakti cinta sucimu
    Aku tak sabar menantikan esok hari
    Bawalah daku bersamamu
    Oh, mustika hatiku
    Mustika, oh… mustika

  168. assalamualaikum… maaf aq brbicara tampa di undang…. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,

    “Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu.”

    segalanyanya ada di dalam diri….cari serta gali lah…. insyaallah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 91 other followers

%d bloggers like this: