Poligami

Apabila kita bercerita tentang kahwin dua, tiga atau empat apakah yang kita fikirkan terutamanya para wanita? Sudah pastilah anda akan melenting. Ialah bila lelaki itu kahwin lebih dari seorang, berbagai-bagai tohmahan yang akan dilemparkan. Terutamanya dari kemampuan zahir dan batin. Mengapa agaknya begitu? Dan mengapakah di dalam Islam dibolehkan kahwin lebih dari seorang ‘sekiranya mampu’? Apakah maksud di sebalik pelepasan yang Allah berikan kepada lelaki?

 

Penulis suka untuk mengajak para pembaca sama-sama berfikir kerasionalannya berkahwin lebih dari seorang untuk lelaki. Rata-rata kaum Hawa, boleh dikatakan 99.99 % tidak bersetuju lelaki diharuskan kahwin dua. Isu hangat ini. Apa agaknya pendapat kaum Hawa di luar sana. Hmm..

 

Sebelum penulis melampirkan Hadith serta Firman Allah berkenaan perkara ini, penulis suka untuk memperbandingkan perkara ini dengan pendapat agama lain. Penulis pernah bertanya penganut agama Kristian akan pendapat mereka tentang lelaki yang berkahwin lebih dari seorang. Rata-rata menyatakan tidak setuju, malahan ada juga mereka yang mengutuk poligami ini.  

 

Poligami

Poligami

Kemudian, penulis ada bertanya juga penganut agama Hindu dan Buddha. Juga jawapan yang sama. Menentang dengan sekeras-kerasnya. Alasannya, manusia tidak dibolehkan kahwin melebihi seorang kerana CINTA adalah ABADI. Tak boleh tukar-tukar. Dan mereka juga menyatakan balu yang ditinggalkan suami tidak boleh kahwin hingga ke akhir hayat. Apa agaknya yang akan terjadi ya?

 

 

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 3:

 

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

 

Dari terjemahan secara terus daripada Surah An-Nisaa’ ayat 3 di atas, telah dinyatakan di situ bahawasanya lelaki dibolehkan untuk kahwin dua, tiga atau empat. Dan sekiranya lelaki itu takut tidak mampu berlaku adil, dituntut hanya berkahwin seorang sahaja. Kerana ia adalah jalan yang lebih selamat daripada lelaki itu membuat aniaya kepada isteri-isterinya yang lain. Apakah aniaya yang dimaksudkan itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah kemampuan lelaki itu samada mampu atau tidak berlaku adil dan mencukupkan nafkah zahir dan batin kepada para isterinya.

 

Penulis teruja untuk menyatakan di sini salah satu kes kahwin empat yang berlaku di Terengganu (alamak!) baru-baru ini. Penulis berasa sungguh kagum dengan tahap ‘sporting’ isteri-isteri beliau yang 3 untuk membenarkan beliau kahwin yang keempat. Dan penulis begitu kagum dengan semangat kerjasama dan redha para isteri kepada suami tercinta. Dan yang paling dasyat lagi bagi penulis, beliau mampu pula memberikan nafkah zahir dan batin kerana kesemua isteri beliau duduk dalam satu bumbung. Apakah formulanya agaknya? Ha, ini bukan bermaksud penulis berhasrat pula berkahwin empat. Cumanya penulis terkesima dengan kewibawaan si suami untuk menjadikan keempat-empat isterinya hidup aman harmoni dalam satu bumbung. Adakah ia menjadi masalah? 

 

Poli

Poli

 

Manusia memang telah dijadikan Allah serba kekurangan. Bersifat kikir dan tidak mapu berlaku adil dengan sebenar-benar adil. Mengapa? Ya, kerana manusia dalah insan. Serba kekurangan sebagaimana sebahagian firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ ayat 128 dan 129 di bawah:

 

… walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.. (4:128)

 

dan

 

…Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri- istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian,… (4:129)

 

Bagaimana mungkin suami yang beristeri melebihi dari satu mampu berlaku adil sekiranya telah Tuhan wahyukan kepada Nabi SAW bahawasanya manusia tidak sekali-kali berlaku adil kerana tabiatnya?

 

Persoalan yang ingin dibangkitkan penulis ialah, apakah hikmahnya Tuhan membolehkan lelaki  berkahwin melebihi dari seorang. Apakah tujuan dan bagaimanakah caranya berlaku adil? Inilah persolan yang kita harus kupas sama-sama.

 

Menjurus kepada persolalan BAGAIMANA caranya menggauli isteri-isteri tersebut; penulis suka untuk melampirkan terjemhaan Firman Allah dariapada Surah Al-Ahzab ayat 33 di bawah:

 

Kamu boleh menangguhkan (menggauli) siapa yang kamu kehendaki di antara mereka (istri-istrimu) dan (boleh pula) menggauli siapa yang kamu kehendaki. Dan siapa-siapa yang kamu ingini untuk menggaulinya kembali dari perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk ketenangan hati mereka, dan mereka tidak merasa sedih, dan semuanya rela dengan apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

 

Begitulah hikmahnya peraturan yang diajar secara langsung daripada Pencipta kita berkenaan cara yang baik menggauli isteri-isteri. Sekadar berdialog… Betulkan mana yang tak betul.😉

 

36 Respons

  1. Salaam,

    Betul kata Sdra Mahmud tu. Salah satu mengapa Islam di kutuk keras oleh agama lain ye lah kerana Islam membenarkan poligami.

    Berapa banyak website2 yang mengutuk dan menghina Islam kerana ini, seperti website “Investigating Islam” yang di kendali kan “makhluk” yang langsung tertutup hati nya pada Islam. Sesuka hati mengutuk Rasulullah SAW. Segala comment2 kita utk menerangkan perkara sebenar dia tapis. Dia tak siarkan. Tu pengecut namanya.

    Haizzzz.. Saya impartial (bersikap terbuka) dalam bab ni. Semuga Allah memberi taufiq dan hidayah Nya pada saya.

    Tapi yang banyak nya berlaku sekarang, owg lelaki telah menyalah gunakan pelepasan yang di berikan Allah pada mereka. Betul tak? Camna kaum hawa tak meradang…

    Jarang sekali terdapat cerita yang macam di Terengganu tu (Ganu??? Alamak..). Dah dua cerita dah yang saya dengar, yang tersiar di akhbar sini. Dedua dari Terengganu.. Ape rahsia di sebalik kemampuan sang suami tu yer? Saya tertanya gak. Ada 7 hari dalam seminggu. Isteri ada 4. Camna dia gilir2kan eh? Agaknya cam cerita Madu Tiga lah tuuuuuu….Kudos to Allahyarham P Ramlee…

    Bagaimana pulak dengan cerita dari Singapore tentang ustaz yang beristeri 10 tu. Khabar nya kesemua isteri2 nye hidup dengan harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Berpelajaran tinggi pulak tu. Tapi 10 tu dah terlebih quota. Over tuuuu….Tak di izinkan syarak. Persoalan nya bagaimana isteri2 dapat di satukan.

    Ada kah semua terpulang kepada suami? Apa kah ada amalan2 tertentu yang di bawa oleh sang suami? Sebab pompuan ni kalau dah bermadu selalu nya masing2 cuba menandingi masing2. Mesti ade perasaan iri, dengki.. dsb.. Tengok sape tahan. (tapi tak semua lah) Saya bukan memandai2 tapi comment ini berdasar kan pengalaman sahabat handai dan kenalan saya yang sedang bermadu.

    Pada hemat saya lah, segala nya terletak pada keikhlasan dan kemahuan lelaki. Isteri yang solehah hanya mampu patuh tapi perasaan mereka pun harus di ambil timbang bang oiiiii…

    Hmmm…Penulis sudah mulakan dialogue ni..Interesting dong….

  2. Salaam. Ni apa hal sebut2 Terengganu2 nih, nak kena yerrr…. GGGRRRRRR

    Apa2 itu lah, sebenarnya poligami besar hikmahnya , cuma ramai lelaki yg salah guna. Akibat salah guna itu maka nama poligami jadi x berapa sedap didengar. Kesian kamu wahai lelaki2 yang menyalahgunakan poligami, kamu akan dipertanggungjawabkan nnt, ih ih ih

    Dan bg wanita pula , jangan kerana segelintir lelaki yg salah guna tu hingga kamu menyalahkan P\OLIGAMI. Yang HALAL tetap HALAL tidak boleh di HARAM kan.

    Biasanya wanita yg rela dipoligami tu kerana dia betul2 faham dengan Islam, betul2 sabar punya orang, betul2 bertimbangrasa, rela berkorban kerana ALLAH dan suaminya yang tercinta, sanggup berkongsi kasih daripada TAK DAPAT langsung! Maka wanita patut lah bersyukur walaupn di poligami, daripada sang SUAMI menceraikanmu, lebih baik kamu dipoligami, Kalau dicerai lagi parah tu tuan2 dan puan2.

    INgatlah , isteri2 nabi pun sanggup dipoligami, begitu juga dengan beberapa sahabat. Dan jangan lah kita pula tidak sanggup. Tetapi kena tengok pada si suami tu la, kalau solat wajib pun x cukup, ilmu agama pn x arif sangat, kaedah dan cara melayan isteri pun x pandai, maka jangan dibiarkan sih!

    Tetapi kalau suami anda tu seorang yang faham agama, dan berkahwin lagi bukan kerana nafsu , tetapi kerana contohnya membela hak wanita, membantu mereka2 yg lemah, dan demi untuk membantu agama, maka izinkan saja lah suami anda berpoligami. Jangan anda menjadi QUEEN CONTROL tanpa sedar. Kerana status isteri mesti menTAATI suami, selagi suami mengerjakan perkara yang HALAL.

    Wallahu a’lam🙂

  3. al-Hikam: Salah satu mengapa Islam di kutuk keras oleh agama lain ye lah kerana Islam membenarkan poligami.

    Setuju dgn Saudari Al-Hikam. Pada hemat saya, bukan sahaja agama lain mengutuk Islam kerana berpoligami, malahan di kalangan umat Islam sendiri pun ada yang tidak faham dan mengatakan cara Rasulullah SAW berpoligami ini sebagai suatu yang melampaui norma masyarakat. Kita sebagai umat Islam sudah semstinyalah menjadikan Rasullullah SAW sebagai idola dan contoh tauladan dalam kita mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini.

    Perkara yang sebegini sebenarnya amat mudah. Pada firasat saya, Tuhan membenarkan poligami adalah kerana sebab-sebab tertentu yang membawa makna serta hikmah dalam menjaga kemaslahatan kaum Hawa. Itu yang kebanyakan wanita tidak fikirkan. Kita lihat zaman sekarang. pernisbahan kaum Hawa dan kaum Adam lebih kurang 1:4. Malahan jika kita lihat di institusi pengajian tinggi, kebanyakannya adalah wanita. Mengapa Kaum Adam jadi sedikit? Ya itulah tanda-tanda akhir kiamat.

    Penulis tidak berasa terkejut sekiranya suatu masa nanti seorang lelaki diwajibkan mengahwini 4 org wanita kerana sedikitnya lelaki. Lebih dai itu, di zaman serba moden ini, begitu ramainya ‘andartu’ terutamanya wanita2 yang berpelajaran tinggi. Mengapa? Kerana pemikiran merekalah yang terlalu terbuka yang hakikatnya sempit.

    Penulis suka untuk membawa warga pembaca melihat kembali ke ‘belakang’ iaitu di zaman nenek moyang kita dahulu. Wanita yang berumur seawal 16 tahun sudah dikahwinkan. Mengapa? Itulah tertibnya orang dahulu. Mereka begitu menjaga adab dan maruah. Zaman sekarang? Maruah tiada nilai. Betul tak rasanya? Kita fikirkanlah bersama.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  4. Al-Hikam: Tapi yang banyak nya berlaku sekarang, owg lelaki telah menyalah gunakan pelepasan yang di berikan Allah pada mereka. Betul tak? Camna kaum hawa tak meradang…

    Perkara begini logik. Ini lebih kepada istilah salahguna kuasa. Pada pendapat penulis, lelaki sekarang berkahwin lebih dari satu bukanlah atas dasar menjaga kemaslahatan kaum Hawa. Semuanya adalah bertujuan tidak lebih daripada tuntunan nafsu. Itulah yang sebenarnya mengapa kaum Hawa boleh pulak meradang. Penulis teruja untuk berkongsi bersama alasan yang pernah diberikan oleh beberapa orang lelaki yang berkahwin lebih dari satu. Antara alasan mereka ialah:

    1. Isteri tak boleh melahirkan zuriat.
    2. Isteri main kayu tiga, aku mainla kayu lapan.🙂
    3. Tuntutan shahwat- isteri tak mampu layan dgn baik kerana sibuk bekerja.
    4. Marah dan balas dendam dengan isteri yang tak tahu bersyukur.
    5. Isteri tak pandai uruskan rumahtangga, pemalas, terlampau manja hinggalkan pegang penyapu pun taknak.
    6. Ego – tidak kiralah suami atau isteri.
    7. Mahu banyak ‘rasa’ – ini sensored sket😉
    8. Dan sebagainya.

    Kesimpulannya, suami isteri haruslah sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga. Masalah haruslah sama-sama berkongsi kata berkongsi tindakan. Itulah yang dituntut dan dipertanggungjawabkan; kerana syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami; namun syurga seorang lelaki pula di bawah tapak kaki ibunya. Begitulah hikmahnya keadilan beragama.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  5. Hikmatun: Salaam. Ni apa hal sebut2 Terengganu2 nih, nak kena yerrr…. GGGRRRRRR

    Alamak, Tok Guru marah nih. Hehe…😉

    Hikmatun: Dan bg wanita pula , jangan kerana segelintir lelaki yg salah guna tu hingga kamu menyalahkan POLIGAMI. Yang HALAL tetap HALAL tidak boleh di HARAM kan.

    🙂 Setuju dengan Saudaraku Hikmatun. Kerana perkara sebeginilah sesetengah org Islam sendiri pun sanggup untuk tidak menidakkan hukum ini. Ada sesetengah pendapat yang penulis peroleh daripada seorang wanita. katanya;

    “Ooo, bab poligami nak ikut hukum Islam. Lain2 bab tak ikut pun hukum Islam. Sembahyang pun tinggal, ada hati nak kawen banyak!”

    So apa pendapat saudara-saudara pembaca? Sendili mau ingat lo… hehe. Bak kata Saudara Hikmatun kita:

    INgatlah , isteri2 nabi pun sanggup dipoligami, begitu juga dengan beberapa sahabat. Dan jangan lah kita pula tidak sanggup. Tetapi kena tengok pada si suami tu la, kalau solat wajib pun x cukup, ilmu agama pn x arif sangat, kaedah dan cara melayan isteri pun x pandai, maka jangan dibiarkan sih!

    Tepuk dada tanya Diri.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  6. Salaam,

    waaa besarnye peratusan yg saudara mahmud bagi..99.99%..hmmmmmmmmm.

    jemput sume bace artikel ni yer…

    http://ummusaif.com/2008/09/fakta-tentang-poligami-rasulullah-saw/

    dan

    http://saifulislam.com/?p=2122

  7. He he… untungnya sape jadik suami Saudari SFR nih kan kan? Ha ha…🙂

  8. Salaam,

    Rujukan yang agak membuka minda sis. Komen2 dari Ummu Saif dan Abu Saif pun bagus tu. Lain dari yang lain. Ade yang boleh menyifatkan sebagai kontroversi. Pasti istri2 suka membaca nya. Hehehehe…

    Buat kata Abu Saif, tulisan itu menyentuh akal, bukan menyentuh emosi. Bukan maksud menghalang poligami tapi jangan menyalahgunakan poligami.

    Petikan dari komen Ummu Saif:
    Cuba bayangkan kalau seorang suami mempunyai isteri yang mencintai lelaki lain. Apa perasaan suami itu? Nasib baik, Allah haramkan isteri berkahwin lbh? Kalau tak mesti ramai suami yg terjun lombong.🙂

    >>> heheheh.. tergelak saya membaca comment ni.

    Dan sejauh ini saya belum lagi dapat info2 yang meyakinkan tentang poligami ni. Selalu nya berlaku ketidak adilan. Cuma berita di akhbar jer berkenaan beberapa poligami yang berjaya di Terengganu tuuuu… heee.. ape rahsia nya iyyyerr??

  9. Assalaamualaikum.

    Pertama kali cuba-cuba memberikan komen di halaman tuan yang berilmu.

    Poligami dikatakan madu bagi kelaki dan racun bagi perempuan. Mengapa demikian?

    Saya mempunyai jawabannya tetapi saya rasa tidak perlulah dipaparkan di sini. Jika mahu tahu, bolehlah YM atau email kepada i_shahil@yahoo.com. Mungkin juga saya akan menyinggung dalam http://shahil.wordpress.com.

    Namun saya sebagai lelaki dan hampir jatuh ke dalam poligami, saya berpendapat bahawa naluri wanita memang tidak sukakan poligami. Poligami dikatakan sebagai berkongsi suami, berkongsi harta dan berkongsi tempat tidur.

    Saya pernah mendengar kalimah “…sedihnya tempat tidurku ditiduri orang lain”. Kalimat ini menggambarkan pahitnya poligami.

    Namun, iman adalah pahit di beberapa tempat dan keadaan. Mengimani poligami adalah ujian besar bagi wanita Muslim. Lelaki? Tak usah cakaplah, ketawa besar. Tetapi dia akan bengung jika keadaan “fizikal”nya gagal berfungsi dengan “sempurna”. Yelah, seperti enjin bot kecil terpaksa melayarkan bot besar pula…

    Ya, agama membenarkan. Maka seperti kata orang Sabah “…dari kita sajak itu”. Maka fikirkan dan jalanilah jalan terbaik untuknya. Al-Quran dan Hadith dzahir dan bathin telah memnunjukkan jalan.

    Wassalam.

  10. Assalaamualaikum.

    Kelihatan terhenti pula perbahasan tentang poligami ni apabila pak shahil masuk daun.

    Kira-kira orang lama mencelah, terus sepi…ingat mahu juga menyinggung…

    Wassalam

  11. Erk, Saudara Shahil. Terima kasih di atas nasihatnya. Saya rasa masih belum terhenti perbahasan ini. Cumanya mungkin dek kerana sibuk dengan tugasan yang perlu dilaksanakan sehari-hari.

    Perempuan dijadikan dari Tulang Rusuk kiri lelaki. Mengapa? Kerana perempuan perlu disayangi bukan diinjak-injak. Poligami diharuskan oleh Islam menunjukkan betapa halusnya Islam. Di mana halusnya? Ya, Allah suruh kita fikir dengan baik mengapa diharuskan buat lelaki. Cuba kita bayangkan pula jika perempuan berkahwin dengan banyak lelaki? Agaknya bakal anak perempuan itu nak di bin kan dengan siapa ya? Ibu dah comfirm, ayah yang tak comfirm.

    Sebab itulah hikmahnya lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang perempuan. Kerana ayah dah comfirm, ibu pun dah comfirm. Kan? Logik je ni.

  12. Salaaam. hehe syok yer bicara bab poligami. tetapi setakat yg ambe belajar kan, senang je nak faham poligami tu. AlQuran mengharuskannya, tetapi jangan lupa, ia juga MENGHARAMkannya jika berlaku ketidak adilan.

    “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” – Surah AnNisaa’ : Ayat 3

    Maka jika kita betul2 beriman dan takut bab penghARAMANan tu, maka kita akan takut utk berpoligami.

    Wanita mempunyai pelbagai ragam dan jenis orang. Ada yang jenis keras hati, jenis mudah terima, jenis sayang laki x kisah laki buat apa asalkan tidak ceraikan dia sudah, jenis nak control laki dan camam2 lagi laaa.

    Maka bg yg nak berpoligami tu kena tengok isteri dia macam mana la. Hanya mat nikam yang kenal permata, eh betul ke peribahasa aku ni yer? hhhmmmm. Apa yang penting?? Jangan sampai menZALIMI atau mengANIAYAI isteri. Wallahu a’lam🙂

  13. Halo.

    Salam Kenal.

    Ingin mengenal Muhammad lebih banyak lagi :

    http://mengenal-islam.t35.com/favorite.php

    salam

  14. Nak kenal Muhammad SAW terlebih dahulu kenal dahulu Diri sendiri.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • Sama tak diri Nabi Muhammad dengan diri kita?

      Nabi Muhammad dizahirkan dari kejadian yang terbaik iaitu (tak yah bagitau) tapi kita dilahirkan dari segumpal darah yang kotor… dari tempat yang kotor pulak tu.
      Nabi Muhammad tidak mati tapi wafat, sedangkan kita mati.
      Nabi Muhammad terpelihara dari kesalahan, sedangkan kita setiap saat duduk dalam salah dan bersalahan.
      Muhammad itu ibu segala roh. Roh kita ni dalam genggaman Muhamad, dan banyak lagi…

      Lain perkataan Nabi Muhammad dan kita jauh sejauhnya. seperti langit dengan bumi.
      Cuba kamu pandang kelangit, nampak seperti dekat, cuba kamu capai sampai ke tidak, begitulah nabi Muhammad susuk tubuhnya seperti manusia biasa tapi kejadiannya tak sama seperti manusia biasa.

      Kerana itu kenallah nabi Muhammad dengan cara yang betul. barulah kita mendapat kebenaran.

  15. Salaam. hehe kat sini pun ada saudara Radzi kita yer, anta belajar tarekat mana yer? Harap tolong jawab soalan saya kat blog hikmatun sama.🙂

    Wahai saudara Mahmud Shah, lama tak tanya kabar anta , apa kabar ya akhi? Semoga sihat sejahtera sentiasa dan dilindungi Allah S.w.t.

    Wahai jelasnggak, saudara mengajak org kenal Muhammad, sedangkan saudara mengejek dan membenci Muhammad. Hehe kelakar jugak saudara yer😀

  16. Saudara Radzhi, terus terang saya katakan, saya pernah alami keadaan seperti saudara itu. Dulu saya banyak juga belajar tasawwuf, baca kitab2 Imam Ghazali, Syeikh Abdul Qader Al Jailani dan macam2 lagi

    Bermonolog dalaman banyak2 adalah bahaya, syaitan yang akan datang berbisik kepada kita macam2. Macam2 fahaman akan dibisikkan di hati kecil kita, sehingga kita mahu tahu lebih banyak tentang roh, alam ghaib dan sebagainya

    “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”. ” Surah AL Israa’ : Ayat 85

    Ada banyak orang belajar tasawwuf dengan macam2 tujuan, yg ada yg disedari dan ada yg tanpa disedari. Ada yang mahukan makam yg tinggi, ada yg mahukan kehebatan keramat, ada yg mahu menonjol di khalayak ramai sebagai org warak dsbnya. Tetapi ada juga yang berniat baik semata2 mahu menyucikan diri, tiada tujuan keduniaan semata.

    Ramai yang lari dari motif asal tujuan belajar ilmu agama. Sedangkan Nabi Muhammad diutuskan untuk sempurnakan Akhlak yang mulia. Nabi Muhammad S.a.w tidak pernah meminta dirinya kelebihan2 dan makam2 yang tinggi, tetapi dia insan terpilih, the chosen one. Tidak seperti kita sekarang yang mengejar makam tinggi la, mengejar kehebatan lah dan seumpamanya.

    Amat sukar utk saya menerangkannya dalam komen yang pendek ini, tetapi insyaALlah saya akan luangkan masa saya nanti untuk berbicara di blog saya tentang permasalahan anta ni.

    Sebab itu perkara agama bukan untuk disombongkan, bukan untuk menunjuk2 dan seumpamanya. Semakin kita mendalami semakin ramai syaitan yang akan menghasut kita, tidak kira dalam ilmu agama apa pun, itu sudah pasti. Tetapi yang paling mudah dihasut ialah yang mendalami tasawwuf tetapi ilmu2 asas agama lain belum lagi dikhatam dengan baik. Istilah2 dalam tasawwuf boleh disalah ertikan, hadith2 boleh disalah tafsirkan dan seumpamanya.

    Maka sebagai saudara kepada anta, ini hanya sekadar nasihat kerana saya sendiri pernah melalui keadaan seperti anta tu. Saya faham sangat. Saya sekarang bukan muda seperti dalam gambar di blog saya tu hehe, itu gambar lama. Walau bagaimana pun saya tidak boleh memaksa anta. Cuma saya boleh beritahu, kerana saya rasa saya bertanggung jawab untuk memberitahu.

    Sudah2 la bermonolog dalaman banyak2, kembali la pada hidup sederhana, kerana nabi Muhammad tidak ajar melebih2 dalam agama. Kerana apa??

    Kerana umat Kristian dulu berlebihan dalam monolog dalaman, itulah menjadi agama mereka banyak menyeleweng dari ajaran Yesus yang asal. Banyak muncul fahaman yang pelik2. Pendita2 mereka terlalu melebih2 dalam agama, pendek kan cerita usahkah mereka ubah perkara2 lain, sehinggakan Yesus sndr pun mereka anggap Tuhan juga. kerana terlebih bermonolog dalaman, berkhayal dan berangan tak tentu pasal.

    Maaf la jika ada menyinggung, tetapi ini nasihat dari seorang saudara. Panjang lagi untuk ambe xplain sebenarnya, tetapi cukup sekadar ini dulu. Baarokallahu lakum 🙂

  17. jelasnggak rupanya kepala pengecut utk meluahkan apa yg dia tidak puas hati pada agama Islam yang syumul dan pada Nabi Muhammad SAW yang mulia. Tulislah apa yg anda tak puas hati… sebelum anda dicap sebagai mangkuk hayun.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  18. Assalamualaikum..
    Hmm.. tajuk yg menarik.. wlupun blm kawin, baca jugak sbb mungkin akan kawin.. (hnya Allah yg tahu) mcm budak kecik je dkt sini..🙂
    Teringat kata2 dr seorg hamba Allah, seorg wanita : “Saya, klu saya tahu lelaki tu baik, saya tidak kira sama ada dia dh b’teman @ tidak, saya seboleh2nya mahukan lelaki tu..”
    Klu didengari oleh para wanita, berderau rasanya seluruh badan ni.. tetapi bg lelaki yg dikejar itu barangkali merasa bahagia tatkala diri mengetahui dikejar ramai wanita… Knp sampai begitu sekali ‘mind-setting’ wanita zaman sekrg?
    Agaknya disbbkn oleh semakin kurangnya lelaki yg dikategorikan sbg baik ke?
    Hmm… Sape2, komen skit..

    • Salaam,

      Hmmm.. menarik jugak comment Sdri Anis.

      Tetapi tak semua wanita zaman skrg mempunyai ‘mind set’ yang sebegitu rupa. Masih ade lagi yang tahu menghormati dan peka dengan perasaan kaum sendiri, ia itu kaum hawa. Mesti ade sebab nya mengapa ‘hamba Allah’ tu berkata begitu (kayak nya macam sudah putus harap untuk ketemu lelaki yang baik. Semuga Allah membantu nya)

      Tak kurang juga lelaki yang dikategorikan sebagai yang ‘baik2’ diluar tu. Ada ramai. Terserah pada kaum hawa untuk menilaikan. Apa ciri2 yang di cari pada bakal pasangan kita. Yang paling penting ikut landasan yang sudah diteraskan Islam. Jangan putus berdoa dan pohon yang terbaik. (haizzz.. ni pun peringatan bagi saya juga..hehehe)

      Nak kawin memang senang tapi nak memelihara dan mengekalkan hubungan antara pasangan suami isteri perlukan kerjasama dari kedua2 pihak. ‘It takes two to tango’. Syetan tu memang tunggu peluang jer nak memecah belahkan hubungan suami isteri.

      Ooopppss… saya ni dah lari dari topik ke ni? Sori lah yer Sdri Anis.. Sape2 lagi, komen lah sikit iyyyyerrrr??

      Mohon tumpang lalu yer tuan rumah…. Meacih…

  19. Assalamualaikum..
    Tumpang lalu juga ye tuan rumah..
    Eh, eh.. x pe, xpe..
    Sy setuju juga dgn saudari Al-Hikam..
    Suami isteri contoh pun ada jg yg b’cerai/b’pisah.. knp mcm ni😦
    Sbb tu dlu masa rmi kwn2 kawin (mcm musim plak) sy pun t’fikir2.. “eh, aku pun kena kawin jugak ke? eh, dah smpi masa ke?..” eh.. eh sana eh sini.. tp xde apa pun yg jadi..😀
    Tp skang ni dh ckup b’tenang.. rileks je.. xde apa2..😀
    Biar kawin lambat tp jgn b’cerai @ b’pisah?😦
    X tau.. dunia2.. takutnya..

  20. Salaam. ada betulnya pendapat alhikam dan juga Anis, tetapi anda berdua silap. Silap kerana tak mengajak ambe bersembang sama kat sini keh3

  21. Anis berkata:

    “Saya, klu saya tahu lelaki tu baik, saya tidak kira sama ada dia dh b’teman @ tidak, saya seboleh2nya mahukan lelaki tu..”

    Ini mesti perempuan yang dah terdesak nak kawen. He he.. Apapun asal muasalnya, pada pendapat penulis, semuanya adalah pelajaran. Tuhan nak suruh manusia belajar. Bagaimana untuk mentadbirkan keluarga, dan bagaimana untuk menjadi khalifah di muka bumi. Kerana itulah di dalam Qur’an ada menyebut, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, dan begitu jualah sebaliknya.

    Nak dapat suami yang baik, kita kena jadi baik dulu. Kalau kita banyak bende yang tak betul diperbuat, malah lagi teruk dah jadi tabiat, mana mungkin kita perdapat lelaki yang baik bukan? Tapi apa pun jua, dengan siapa pun kita akan kahwin, semuanya dalam urusan Allah. Hanya Allah yang tahu hikmah pertemuan dan perpisahan suatu keluarga itu.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  22. Salam semua…🙂

    Ahmad Nizam : Biar lambat asal selamat…

    Hehe.. sbb nk selamat sgt tu la yg lambat kot.. bimbg b’laku ketidakadilan t’hdp diri.. he3.. pape pun redho aje.. tenang2, rileks.. (rileks?)🙂 ada2 la, xde2 la.. dua2 pun xpe kot.. x rugi apa2 pun bkn begitu?

    Klu kwn2 tnya pasal bab2 jodoh ni, klu dulu pening kepala (xtau pening knp) skang ni selambe je jwb.. “ntah.. x pk lg la.. byk benda lg nk pk ni.. benda ni x masuk dlm list ‘keutamaan’ pun..😀 diri sendiri pun byk yg x betul lg, byk yg nk kena pk” ada yg mcm blur ada yg bg hujah itu hujah ini.. ada juga yg kata “yg penting tau tanggungjwb, blh la kawin”

    Satu soalan.. betul ke poligami yg halal ni blh jadi haram? ada sy t’baca begitu tetapi ada juga yg kata “klu halal tu tetap halal, mn blh haram2kn” jadi sy xtau nk pki yg mn 1 ni..

  23. Saudara Hikmatun kita boleh xplain tu…🙂 pasal halal haram ni. Namun yang pasti halal tetap halal, dan haram tetap haram.

  24. Aa…… mn Saudara Hikmatun x masuk2 ni… Saudara Mahmud Shah dah pass soklan tu kat saudara.. hehe😀

  25. Saya sebenarnya turut berhasrat ingin beristeri lagi apabila melihatkan wanita-wanita yang muda dan cantik. Tapi, saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’, kata isteriku.

    Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi…?!’ Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

    Sebab apa ?
    Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.

    Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
    Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
    Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
    sukan kegemaran … semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu … Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan … Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

    Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.
    Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

    Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu … Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola pun tak dapat …

    Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
    Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

    Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
    Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)

    Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

    Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
    Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
    Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I …… lagi haru …

    Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tan ya itu ini.

    Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
    Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ….

    Hish banyak lah lagi.

    Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

    Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

    Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

    Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
    Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
    Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

    Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
    Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
    Wallahualam.

    – suami orang-

  26. Salaam pada Suami Orang dan teman2 yang lain.

    Saya tabik spring lah dengan awak. Di saat2 lena dibuai angan2 nak pasang lagi satu tu, sempat jugak awak berfikir panjang. Alhamdulillah. Semuga kekal jodoh awak ngan istri dunia akhirat.

    Tersengeh2 saya baca comment awak. Lucu banget tapi semua tu betul belaka. Ini menandakan yang awak ni seorang yang bertanggung jawap disamping sedar diri. Bertuah istri awak tuuuu..

    Ada lagi yang saya nak tambah tapi cukup lah setakat ini saje. hehehe… issue sensitive ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: