Perumpamaan Petunjuk Agama dan Ilmu

Dari Abu Musa r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

“Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.” (Hadith Shahih Bukhari, 1:63)

 

Pokok yang kuat

Pokok yang kuat

 

 

Penerangan:

1. Bumi yang menerima hujan dan menumbuhkan rumput adalah perumpamaan bagi orang yang alim (punya  ilmu, tahu, mengerti) dan mengamalkan ilmunya.

2. Bumi yang menggenangkan air tetapi tidak menumbuhkan adalah perumpamaan bagi orang yang alim, tetapi tidak mengamalkan ilmunya. Namun, orang dapat mengambil manfaat daripadanya, umpamanya kalau dia mengajar.

3. Bumi yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput adalah perumpamaan bagi orang yang tidak mahu menerima petunjuk Allah.

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: