Quartz – asas permata

Quartz (SiO2) berasal dari perkataan Slavic yang bermaksud keras. Quartz disebut sebagai kuarza dalam bahasa Malaysia. Quartz mempunyai kristal berbentuk trigonal dengan warna putih yang lutsinar dengan kekerasan pada nilai 7 dalam skala Mohs. Terdapat pelbagai warna pada quartz seperti merah jambu, kuning, hijau, biru, ungu, hitam, putih, dan coklat dan menjadikan batu quartz sebagai satu keluarga yang sangat besar. Quartz merupakan batu permata yang mempunyai paling banyak keluarga dan nama kerana quartz ialah salah satu mineral yang paling banyak terdapat di kerak benua Bumi. Ia tergolong dalam sistem hablur rombohedron heksagon, dan terdiri daripada tetrahedron silika (SiO2). Kristal quartz biasanya ditemui dalam bentuk heksagon, dan prismatik dengan bentuk piramid atau bi-piramid (piramid berkembar) pada bahagian hujungnya. Penamaan quartz pada masa kini merujuk kepada warna dan struktur mineralnya.

Dari kiri Rose Quartz, Kristal Quartz dan Smokey Quartz

Dari kiri Rose Quartz, Kristal Quartz dan Smokey Quartz

Quartz mempunyai macrocrystalline atau makrohabluran (kristal yang dapat dilihat dengan mata kasar) dan microcrystalline atau mikrohabluran kristal (kristal yang hanya dapat dilihat di bawah mikroskop). Quartz ditemui dalam batuan jenis pegmatik, pneumolitik, dan deposit hidrotermal. Juga boleh didapati dalam batuan jenis sedimentari, batu pasir, batu granit, batu kapur, batu igneus, batu enapan, dan metamorfik. Hablur-hablur yang sempurna bentuk boleh mencapai beberapa meter panjangnya dan beratus-ratus kilogram beratnya. Deposit (telerang) ini kadangkalanya mengandungi logam berharga seperti emas atau perak, dan merupakan bijih-bijih quartz yang dicari dalam pelombongan. Hakisan pegmatite seringkali mendedahkan banyak poket hablur yang dikenali sebagai “katedral”.

Kristal Mineral Quartz

Kristal Mineral Quartz

Amethyst (ungu)
Citrine (kuning)
Amethrine (ungu-kuning)
Crystal quartz (transparent)
Rose quartz (merah jambu)
Aqua Aura/Blue quartz (biru)
Cat’s eye, tiger’s eye, hawk’s eye (coklat, merah, kuning, hitam)
Aventurine (hijau)
Prasiolite (hijau)
Smokey quartz (hitam)
Phantom quartz (putih dengan inclusion berwarna hijau dan hitam)
Tourmalinated quartz (transparent dengan inclusion hitam)
Rutilated quartz (transparent dengan inclusion berwarna keemasan)
Chalcedony (juga sebenarnya merupakan sejenis quartz tetapi mempunyai struktur kristal yang halus; mikrohabluran yang juga disebut sebagai kriptohabluran)

 

Rutilated Quartz

Rutilated Quartz

Quartz ialah bahan yang paling biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia. Ia sering dapat ditemui di dalam kubur-kubur laluan di Eropah dalam konteks pengebumian, umpamanya Newgrange, atau Carrowmore di Ireland. Perkataan untuk quartz dalam bahasa Ireland ialah grian cloch yang membawa maksud “batu matahari”. Pliny the Eldery, ahli alamiah Rom, mempercayai bahawa quartz merupakan ais yang beku selama-lamanya. Beliau mendakwa bahawa quartz yang ditemui berhampiran dengan glasier-glasier di Pergunungan Alp dengan hablur-hablur yang besar berbentuk sfera digunakan untuk mendinginkan tangan. Pliny juga tahu akan keupayaan quartz untuk menyebarkan cahaya menjadi sebuah spektrum. 

Aventurine

Aventurine

Quartz mempunyai hablur berkutub putar dan berupaya memutarkan satah pengutuban cahaya yang melintasinya. Hablur-hablur tersebut juga berpiezoeletrik tinggi dan dikutubkan dengan cas negatif pada satu hujung serta cas positif pada hujung yang lain apabila dikenakan tekanan. Ia akan bergetar jika dipasang dengan arus ulang-alik elektrik dan oleh itu, hablur-hablur quartz sering dipergunakan dalam bidang perdagangan untuk membuat tolok tekanan, pengayun, penyalun, serta jam tangan.

3 Respons

  1. hye………m,aklumat mengenai batuan nie mmg berguna sgt kpada orang spt saya yang hendakkan maklumat mengenai batuan nie.harap awk lebih byk selitkan lg mengenai batuan ya terutama sekali batuan enapan…..terima kasih.

  2. Batuan enapan? Hmm… InsyaAllah. Tunggu…🙂 saya pun peminat kristal.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. dear sir , hello 09352724821

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: