Perjalanan Matahari dan Iman

Dari Abu Dzar r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

“Tahukah anda semua ke manakah matahari itu pergi?” Jawab mereka, “Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih tahu.”

Matahari dan Iman

Matahari dan Iman

Sabda Nabi SAW, “Dia berjalan sampai ke perhentiannya di bawah ‘Arasy, lalu di sana dia sujud. Dia sentiasa sujud hingga datang perintah: Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan hingga sampai pula di tempatnya di bawah ‘Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula. Kemudian ia menggulir pula, tidak pernah mungkir sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah ‘Arasy. Sekonyong-konyong ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di Barat.” Sabda Rasulullah SAW, “Tahukah anda semua bilakah itu akan terjadi? Ialah pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi, jika sebelumnya ia tidak iman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.”

(Terjemahan Hadith Shahih Muslim, 131)

p/s: Antara tanda-tanda besar Qiamat, Matahari Terbit di sebelah Barat dan pintu taubat tertutup selamanya. Jadi, selagi perjalanan matahari ini dari Timur ke Barat, selama itu jualah pintu taubat terbuka luas. Sentiasalah kita beristighfar selagi kita bernafas agar mati kita kelak dalam pengampunan Allah Yang Maha Pengampun – Penulis.

2 Respons

  1. Assalamualaikum wbt..

    SubhanALLAH…..terima kasih atas artikel yg ringkas tapi sungguh terkesan……..Astaghfirullah……

    bile bace artikel ni sy teringat yg waktu “muda-muda”( kanak-kanak / remaja..) dulu sy selalu berfikir macamn manusia boleh tak perasan matahari terbit di barat nantiiii…jadi sy sentiasa bersedia.. kot kot sempatlah nak buat ape ape (ni waktu hingus meleleh lagi lah tau….)….jadi…sy tgk keadaan matahari setiap hari.. ( lama2 jadi hobi pepagi selalu tgk matahari terbit dari tingkat 4 blok sekolah saya dulu..huhuh)
    lelama fikir….. bila tengok keadaan sekeliling…rutine life kbnykn manusia sekarang…..sy semakin yakin…. janji ALLAH..

    orang zaman sekarang sibuk kerje dah tak tau siang malam…. dah tak tau bile terbit bile terbenam matahari..lagi2 macam kat KL tu…lagi malam lagi hapenning….( pening pening….)

    dulu tmpt kerje sy kat kawasan shop lot..so leh tgk keadaan kat luar..nampak laa matahari,hujan , salji ke…( ade eh???) …kalau org shop lot sebelah solat ke tak ..tak taulah..sebab surau kat kedai masing-masing

    skarangni tmpt kerje baru kat dlm shopping mall..tak tau apa jadi kat luar ribut salji ker..panas terik ker..banjir kee..tak tau belake…waktu matahari terbit ..kat dalam umah..matahari tenggelam kat tmpt kerje…tapi surau satu jer…kat sini baru nampak …rupe2nye..ramai yg tak solat….terutama kawan2 / jiran sekeliling…..bertudung..berbaju kurung..hanya adat jer…kengkadang yang tak pakai tudung tu yang solat…hmmmm….

    penghijrahan sy kali ni mmg membuka lagi mata sy tentang keadaan masyarakat sekeliling…kadang2 apa yg kita selalu dengar dan nampak lain sebenarnya dari situasi yg berlaku..

    semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita / kami..dan sentiasa mendapat perlindungan dari melakukan maksiat …amin

    hmm..dari cerita kaji cuaca kepada cerita tempat kerje saya….lari topik sokmo… 😛.

    tapikan…bile keadaan sekeliling macamni..timbul pula tanggungjawab puak puak kite yang sedarni…macamna nak atasi….actually kalau ikutkan….pihak pengurusan sini..bile maghrib and isya’ mesti die pasang azan.. tapi tanggungjawab individu macamn…..sy sekadar termampu bolehla signal sikit2 ..kengkadang sekadar pandang jelaa…huhuhu sadih… ( dgn mereka dan juga dgn kemampuan diri)..hmmmmm
    tu yang saya rase penting puak2 yg sedarni bersatu berjemaah..amar ma’ruf nahi mungkar kan..kan..?dan caranya pelbagai…..hmmm

    Wallahualam..

    bebel panjang plak..kalah tuan punye blog..hehehe

    Wassalam.

  2. Wa’alaikumussalam… Saudari SFR.

    Yelah, bila kita baca hadith ini walaupun ringkas tapi sungguh dalam maknawinya. Apa agaknya yang Nabi SAW maksudkan dengan berjalan sampai ke perhentiannya di bawah ‘Arasy lalu di sana ia sujud? Maha Suci Allah yang Maha Tinggi…

    Sepertimana yang saudari SFR maksudkan dan perhatikan memang begitulah yang terjadi pada manusia hari ini. Terutamanya di Malaysia ni la. Berpakaian menutup aurat terkadang sebagai adat ikut-ikutan. Tapi, bagi saya itu adalah lebih baik dari mereka yang tidak menutup aurat bukan?

    Isu aurat ini telah lama dibincangkan. Apa yang kita nampak benarlah sepertimana saudari SFR katakan. Yang tidak menutup aurat itu pula yang lebih rajin beribadah. Saya teringat dengan satu kisah di zaman silam. Saya kurang ingat zaman apa, tapi saya ingatlah. Ceritanya lebih kurang begini.

    Ada seorang pembunuh yang sudah membunuh 99 orang, hingga suatu masa dia hendak membunuh lagi, hati kecilnya suruh dia jangan membunuh malah mencari seorang ‘Ariffin untuk bertanyakan untung nasibnya. Lalu, beliau pun mengembaralah dan kebetulan berjumpa dengan seorang ‘abid (ahli ibadah). Dia bertanya kepada ‘abid itu.

    “Wahai tuan, saya telah melakukan banyak dosa. Dan saya telah membunuh 99 orang yang tidak berdosa. Bolehkah Tuhan mengampunkan kesalahan saya?”

    Ahli ‘abid itu terkejut dan terus berkata,

    “Oh! dosa anda terlalu besar. Mana mungkin Tuhan akan ampunkan.”

    sambil melihat hina akan si pembunuh. Si pembunuh berasa amat dukacita dan terus membunuh si ‘abid tadi. Cukuplah mangsanya yang ke 100. Kemudian, si pembunuh tadi berjalan lagi hingga dia sampai di sebuah daerah yang serba sederhana. Dia berhenti rehat di sebuah kedai dan di sebelahnya ada seorang tua yang cukup zuhud pada pendapatnya. Dia memulakan perbualan dengan org tua itu.

    “Wahai tuan, saya telah membunuh 100 orang tidak berdosa. Bolehkah Tuhan memaafkan saya?”

    Orang tua itu tersenyum penuh makna. Balasnya,

    “Wahai saudaraku, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Bertaubatlah. Sebesar mana pun dosa saudara, InsyaAllah.. jika saudara ikhlas maka akan diampunkan-Nya melainkan dosa syirik.”

    Si pembunuh amat gembira. Dan beliau mengucapkan terima kasih kepada orang tua tadi. Dia terus ingin ke masjid untuk bertaubat. Sekonyong-konyong, dia mati di tengah jalan kerana terjatuh dari tempat tinggi.

    Malaikat saling bergaduh. Di mana mahu diletakkan pemuda tadi samada di syurga atau neraka. Maka salah satu malaikat bertanya pada Allah. Kemudian Allah berfirman,

    “Ukurlah jarak perjalanannya menuju masjid memohon keampunan pada-Ku”

    Kedua-dua malaikat tadi pun mula mngukur. Dan ternyatalah jaraknya ke masjid lebih dekat berbanding jaraknya daripada orang terakhir yang dibunuhnya. Maka, pembunuh tadi masuk syurga dengan rahmat Allah.

    Pengajaran daripada cerita ini, walau bagaimana besar pun dosa kita, Allah yang Maha Pengampun pastilah akan mengampunkan dosa kita itu. Dengan syarat ikhlas dan bukan dosa syirik. Jadi berebutlah kita memohon keampunannya selagi ada peluang itu dan selagi hayat masih ada… Insya’Allah…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: