Orang kafir makan dengan tujuh perut

Salaam kepada semua rakan-rakan sekalian.

Penulis tertarik untuk menampilkan sebuah terjemahan hadith daripada Hadith Shahih Muslim berkenaan perihal makan. Al-maklumlah, masa-masa sekarang inilah kita makan banyak. Raya la katakan. Jadi, kita fikir-fikirkan bersama maksud Hadith Nabi SAW sepertimana yang penulis nukilkan di bawah. Smoga mendapat shafaat dan faedah kita bersama dalam mengawal tabiat pemakanan; kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan penyakit adalah berpunca dari perut. Cara pemakanan kita. ;-)

Dari Ibnu Úmar r.a., dari Nabi SAW sabdanya:

“Orang-orang kafir makan dengan tujuh perut, dan orang mukmin makan dengan sebuah perut.”

Gambar makan

Gambar sekadar hiasan

Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Rasulullah SAW kedatangan seorang tamu orang kafir. Rasulullah SAW menyuruh perah seekor kambing untuk sang tamu, lalu diminum habis oleh tamu tersebut. Kemudian, baginda suruh perah seekor lagi, lalu diminumnya habis pula. Kemudian disuruhnya perah seekor lagi, habis pula diminumnya. Sehingga akhirnya dia meminum habis susu tujuh ekor kambing. Keesokkannya, dia masuk Islam. Rasulullah SAW memerintahkan supaya diperah seekor kambing untuknya. Susu itu diminumnya habis. Kemudian disuruh Nabi SAW supaya diperah seekor lagi lalu diberikan pula kepadanya, tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya.

Maka bersabda Rasulullah SAW: “Orang mukmin minum dengan satu perut, dan orang kafir minum dengan tujuh perut”.”

(Terjemahan Hadith Shahih Muslim, Hadith 1969 & 1970)

About these ads

2 Respons

  1. akum…
    menarik gak artikel ni…
    baru tau org kafir ni perut nye banyak..huhu…

  2. Nabi SAW memberi pengajaran secara halus bagaimana diperbandingkan ‘perut’ orang Mukmin dan orang kafir. Tatacara makan Nabi SAW ialah makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Di situlah secara tidak langsung mewujudkan persekitaran yang sihat di dalam perut kita dalam memproseskan makanan. Begitu jualah anjuran Nabi SAW agar mengunyah makan 40 kali agar makanan yang dimakan itu mudah dihadam oleh perut. Begitulah indahnya Islam. Tatacara Nabi SAW memberikan pengajaran buat kita manusia biasa. Semoga mendapat manfaat jua.

    p/s: Perut orang kafir yang banyak itu bukanlah bermaksud zahiriahnya melainkan menunjukkan kawalan nafsu makan dan dan menunjukkan bagaimana zuhudnya para Mukmin dalam menghadapi makanan. InsyaAllah.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 90 other followers

%d bloggers like this: