Cinta Terhalang

Assalammu’alaikum wbt

Saya terpanggil untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi oleh rakan karib saya berkenaan masalah percintaannya. Kesian juga bila dia ceritakannya kepada saya. Diharapkan ada para pembaca terutamanya yang ‘berpengalaman’ dalam menghadapi masalah ini memberikan sedikit pandangan dan pendapat berkenaan permasalahan rakan saya itu. Beginilah kisahnya:

“Saya adalah lelaki seperti lelaki normal yang lain, mempunyai perasaan dan inginkan kasih sayang daripada seorang wanita. Sudah banyak kali saya putus cinta. Dan akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang cukup baik dan menawan hati serta kedua ibu bapa saya. Malahan ibu kepada wanita pilihan saya pun turut merestui hubungan kami pada mulanya.

Selepas beberapa lama, lebih kurang setahun perhubungan kami ini, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan kami juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan. Dan seterusnya menikah. Namun, disangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. Tiba-tiba ibunya tidak suka pula pada saya. Dia telah hasut seluruh sanak saudara sebelah perempuan supaya membenci saya.

Ibunya itu telah memberi kata dua kepada anak perempuannya yg menjadi teman wanita saya; samada pilih antara saya dan dia (ibu perempuan). Teman wanita saya memilih saya, dan sanggup berbuat apa sahaja janji dapat bersama saya. Di sebabkan pilihannya itu, teman wanita saya telah di ‘buang’ dari keluarganya. Dan sekarang cinta teman wanita saya ini kian menebal, dan dia tinggal berasingan dari keluarganya.

Saya memang benar2 menyintainya sepenuh hati. Dan antara kami semakin hari cinta kami kian tebal dan kami yakin dengan jodoh antara kami. Namun, yang menjadi masalah ialah keluarga sebelah perempuan yang terlalu membenci saya. Khabar yang saya terima dari apa yang diceritakan oleh teman wanita saya ialah ibunya telah terkena sihir. Ada org lain suka pada teman wanita saya. Dia cuba menyihir teman wanita saya, tetapi agaknya di sebabkan amalan zikirrullah teman wanita saya itu menjadi amalan sehariannya, sihir itu tidak mengena. Dan tempiasnya kepada ibunya kerana ibunya kurang amalan agama, katanya.

Yang menyedihkan, saya turut ditumbuk oleh adik lelaki teman wanita saya ketika menghadiri kursus perkahwinan kami. Saya tidak melawan kerana memikirkan adiknya itu, bakal aidik ipar saya juga kelak. Tapi sekiranya kali kedua dia melakukan kesalahan yang sama, sudah semestinya saya tidak akan berdiam diri. Tapi sehingga kini saya masih mampu bersabar walaupun sudah dimalukan.

Apa yang perlu saya buat? Saya menyintai dan ikhlas menyayangi teman wanita saya dan dia pun begitu. Keluarga sebelah saya tiada masalah. Menerima teman wanita saya seadanya. Cumanya keluarga sebelah perempuan pula yang terlalu membenci saya. ”

Itulah di atas serba ringkas masalah yang bergolak dalam hati sahabat karib saya itu. Saya pun tak tau nak nasihatkan apa, keana saya tidak berpengalaman menghadapi kes sebegini. Diharapkan para pembaca dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ‘kronik’ yang dihadapi oleh sahabat karib saya ini. Pandangan dan pendapat Saudara/ Saudari amatlah dialu-alukan. Sekian.

43 Respons

  1. Salaam,

    Saudara Mahmud, saya ni bukan lah arif tentang ni, pengalaman jauh sekali tetapi telah duduk semeja bersama yang pernah mengalami. Jadi izinkan saya share sikit ape yang saya tau.

    Wanita yang belum pernah berkahwin perlu kan WALI apa bila menikah nanti. Jika keluarga pompuan dah membenci bagaimana mau teruskan pernikahan? Mau menikah di luar negeri? Jika teman sdra Mahmud nak go through all the hassle ok lah. But restu ibu dan bapa itu perlu kan? Berapa banyak perkahwinan yang tidak bahagia tanpa restu orang tua.

    Memang benar, kita kalau dah sayang, klau boleh tak mau terfikir tentang perpisahan. Taboo tu. Suruh teman Sdra Mahmud tu take a step back. Jangan terburu2. Ade hikmah disebalik ni semua. Pandang semua ini cara holistic. Dari luaran.

    Pasal sihir tu, mungkin itu hanya andaian. Pikir yang baik aje. Pasti yang baik mendatang. Musyawarah bersama keluarga pompuan tu. Datangi mereka dengan penuh hikmah. Dan yang penting kesabaran. Dan doa.. minta Allah beri yang terbaik utk teman Sdra Mahmud tu. Insya Allah nanti pasti akan terlihat kebesaran Allah.

    Nasi lemak, buah bidara. Sayang selasih hamba lurutkan.
    Buang emak buang saudara. Kerana kasih saya turutkan.

    Sanggup kah teman Sdra Mahmud tu membiarkan kekasih nya mengenepikan keluarga nya?

    Kalau dah jodoh tak kemana. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui.

    Diatas sekadar kongsi pengalaman. Saya insan yang dha’if.

  2. Salaaam alaikum w.b.t… hehe ni sebijik cam kisah saya dulu, cuma saya mendapat larangan dari sebelah abah pompuan tu, sedangkan maknya amat menyukai saya alhamdulillah. Apa pun kami tiada jodoh, walaupun setelah 6 tahun kononnya bercinta, is is is cobaan

    Benar sekali apa yang dikatakan alhikam tu, ada hikmah di sebaliknya. Dan pihak lelaki jangan terburu2,. jangan sampai mengucar kacirkan keluarga orang. Kita mesti ingat , perempuan itu masih dalam hak jagaan emak dan ayahnya, kita masih tiada hak. jangan sampai kita langgar batas2 Islam hanya kerana menurutkan perasaan sayang kita ini.

    Yang perlu dibuat sekarang, cuba selesaikan dulu kes sihir itu., Itu pun jika benar2 emak si wanita itu kena sihir. Pihak lelaki perlu banyak bersabar, adalah lebih baik perkahwinan yang mendapat restu orang tua, seperti mana alhikam berkata, berapa banyak perkahwinan yang tidak bahagia dan musnah kerana tiada restu orang tua. itu kita mesti fikir sebaik mungkin.

    Jika nanti sudah pasti sihir itu semuanya sudah tertolak, maka pastikan betul2 penerimaan emak dan ayah si wanita. Kalau mereka masih tidak setuju, anggap lah sahaja mereka tiada JODOH. Jangan sampai frust menonggeng, keciwa rabak san sebagainya, itu hanyalah bisikan syaitan untuk memusnahkan IMAN kita.

    Saya faham apa yang pihak lelaki itu lalui, kerana kisahnya sama seperti saya. Cuma kisah saya mungkin tidak melibatkan dengan SIHIR, Wallahu a’lam.

    Apa2 pn , nasihat dari saya yang serba dhoif dan kurang ilmu ini, settle kan masalah buatan orang dulu, kemudian bincang betul2 agar masing2 redha dengan perkahwinan tersebut. Terangkan betul2 kepada orang2 tua wanita itu agar memahami keadaan anaknya dan lelaki tersebut. JIka lelaki tersebut benar2 orang yang beragama dan soleh, maka pujuklah orang2 tua itu agar merestui sahaja perkahwinan ini. CUba lah ikhtiar2 dengan ayat2 pelembut hati, zikir, dan berdoalah kepada Allah selalu.

    Kerana perkahwinan dilangsungkan bukan untuk sementara, tetapi untuk selamanya. Restu orang tua adalah perlu untuk mendapat kan keberkatan dari ALLAH S.w.t. Semua ini adalah ujian dariNya, semoga mereka tabah menghadapinya dan dapat menyelesaikan masalah ini, amiin. Wallahu a’lam 🙂

  3. Assalamualaikum..,
    Salam perkenalan semua..saya baru 1st time ni kuar komen kat blog Abang Mahmud Shah..harap2 lepas ni makin bertambahlah ilmu yang boleh saya guna pakai dan amalkan selalu.Insyallah..

    Kalau boleh dalam blog abang Mahmud shah ni dikongsi bersama tentang makanan2 yang baik dan cara2 pemakanan yang sihat mengikut perspektif islam atau daripada amalan2 Rasulullah s.a.w..
    Actually,saya ni jenis yang mementingkan tentang kesihatan.Jadi makanan yang baik adalah penting untuk menjamin kesihatan yang baik juga..

    Ingat kata2 dan pesanan saya ni yek> penyakit akan datang tanpa diduga dan tanpa dirancang.”Jadi mencegah lebih baik daripada mengubati.”Maka renung2kanlah wahai sekalian saudara&saudariku..
    wassalam..

  4. Assalamualaikum…..
    Ops!sorry,saya dah tersilap masuk komen dekat page lain..
    Hehehe..biasalah budak baru belajar..mesti kene belajar daripada kesilapan..

    Hmm..tapi bagus jugak pasal crite CINTA TERLARANG ni..bukan ape adelah serba sedikit yang boleh dikongsi jugak buat sahabat karib abang Mahmud Shah tu..Tapi lain kalilah kot saya berkongsi crite coz besok nak keje..Huhuhu..
    Ok,bye-bye..wassalam:)

  5. Puteri Balqis: Assalamualaikum..,
    Salam perkenalan semua..saya baru 1st time ni kuar komen kat blog Abang Mahmud Shah..harap2 lepas ni makin bertambahlah ilmu yang boleh saya guna pakai dan amalkan selalu.Insyallah..

    Ulasan: Wa’alaikummussalam… InsyaAllah….

  6. Puteri Balqis: Kalau boleh dalam blog abang Mahmud shah ni dikongsi bersama tentang makanan2 yang baik dan cara2 pemakanan yang sihat mengikut perspektif islam atau daripada amalan2 Rasulullah s.a.w..
    Actually,saya ni jenis yang mementingkan tentang kesihatan.Jadi makanan yang baik adalah penting untuk menjamin kesihatan yang baik juga.. Ingat kata2 dan pesanan saya ni yek> penyakit akan datang tanpa diduga dan tanpa dirancang.”Jadi mencegah lebih baik daripada mengubati.”Maka renung2kanlah wahai sekalian saudara&saudariku..
    wassalam..

    Ulasan: Makanan? Ni mesti Puteri ni suka makan makanan yang banyak ni… Hmm.. bagus jugak cadangan tu. Saya akan usahakan. Apa2 pun terima kasih Puteri Balqis🙂

  7. Puteri Balqis: Assalamualaikum…..
    Ops!sorry,saya dah tersilap masuk komen dekat page lain..
    Hehehe..biasalah budak baru belajar..mesti kene belajar daripada kesilapan.. Hmm..tapi bagus jugak pasal crite CINTA TERLARANG ni..bukan ape adelah serba sedikit yang boleh dikongsi jugak buat sahabat karib abang Mahmud Shah tu..Tapi lain kalilah kot saya berkongsi crite coz besok nak keje..Huhuhu..
    Ok,bye-bye..wassalam

    Ulasan: Tak mengapa Puteri Balqis. Mungkin ada cerita yang boleh dijadikan iktibar. Kesah saudari itu adalah amat dialu-alukan. Mana taw boleh selesaikan masalah sahabat saya ini… Terima kasih ya!

  8. Hikmatun: Saya faham apa yang pihak lelaki itu lalui, kerana kisahnya sama seperti saya. Cuma kisah saya mungkin tidak melibatkan dengan SIHIR, Wallahu a’lam. Apa2 pn , nasihat dari saya yang serba dhoif dan kurang ilmu ini, settle kan masalah buatan orang dulu, kemudian bincang betul2 agar masing2 redha dengan perkahwinan tersebut. Terangkan betul2 kepada orang2 tua wanita itu agar memahami keadaan anaknya dan lelaki tersebut. JIka lelaki tersebut benar2 orang yang beragama dan soleh, maka pujuklah orang2 tua itu agar merestui sahaja perkahwinan ini. CUba lah ikhtiar2 dengan ayat2 pelembut hati, zikir, dan berdoalah kepada Allah selalu. Kerana perkahwinan dilangsungkan bukan untuk sementara, tetapi untuk selamanya. Restu orang tua adalah perlu untuk mendapat kan keberkatan dari ALLAH S.w.t. Semua ini adalah ujian dariNya, semoga mereka tabah menghadapinya dan dapat menyelesaikan masalah ini, amiin. Wallahu a’lam

    Ulasan: Hmm… Saudaraku Hikmatun. Bernas sekali pendapat Saudara itu. Tapi tak sangka pula ya, rupa-rupanya saudara ada sejarah yang sama seperti sahabat saya itu. Pastinya amat susah untuk membuat keputusan bukan? Abis tu bagaimana sekarang? Saje nak tau… mana tau boley kongsi pula pengalaman saudara yang saudara lalui….

    Yelah, jodoh ketentuan Tuhan. Kita tidak tahu dengan siapa kita akan kahwin dan menjadi pasanagan kita melainkan dah kawen dulu. Berkenaan wali pula, sepertimana yang saudara katakan, sekiranya wali pihak perempuan enggan pula menjadi wali bagaimana ya? Kalau saya tak silap kita boleh berwalikan hakim. Apakah requirementnya? Dan adakah wali yang enggan jadi wali itu dikategorikan sebagai ‘wali enggan’?

    Terima kasih saudara di atas pandangan saudara itu. Saya fikir ada jugakla kot cerita nak bagitahu sahabat saya tu nanti.. hehe..🙂

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  9. Al-Hikam: Wanita yang belum pernah berkahwin perlu kan WALI apa bila menikah nanti. Jika keluarga pompuan dah membenci bagaimana mau teruskan pernikahan? Mau menikah di luar negeri? Jika teman sdra Mahmud nak go through all the hassle ok lah. But restu ibu dan bapa itu perlu kan? Berapa banyak perkahwinan yang tidak bahagia tanpa restu orang tua.

    Ulasan: Itulah masalah utama sahabat saya itu. Keluarga sebelah perempuan terlalulah membenci sahabat saya itu hingga sanggup pula melakukan kekerasan padanya. Benar sepertimana saudari katakan bahawa jika perkahwinan ini diteruskan pastilah kucar kacir jadinya. Tapi, restu ibu bapa dari pihak lelaki tiada masalah. Hanyalah restu dari keluarga pihak perempuan sahaja bermasalah. Adakah jalan lain sebagai penyelesaian kepada permasalahan ini agaknya?

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  10. Sekali dah macam cerita Hindustan la pulak! He he…🙂

  11. Salaam semua

    Mahmud Shah said : “Hmm… Saudaraku Hikmatun. Bernas sekali pendapat Saudara itu. Tapi tak sangka pula ya, rupa-rupanya saudara ada sejarah yang sama seperti sahabat saya itu. Pastinya amat susah untuk membuat keputusan bukan? Abis tu bagaimana sekarang? Saje nak tau… mana tau boley kongsi pula pengalaman saudara yang saudara lalui….”

    Ulasan –> Sebenarnya peristiwa tu berlaku baru jgak lagi hehe, dalam setahun lebih lepas. Masa tu saya FRUST gila bak kata org2 muda hehe. Macam2 gangguan syaitan datang, cukup lah sekadar saya katakan, saya memahami kenapa sampai ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta ni.

    Tetapi itu lah, IMAN mesti kuat dan kena ada ILMU. Dengan ILMU dan IMAN tu la alhamdulillah dapat bantu kita.

    Saya nasihatkan lelaki itu banyak2 bersabar, kerana dengan kesabaran itu ALLAH akan memberi ganjaran yang lebih lagi nanti. Baiklah saya cerita kan serba sedikit pengalaman saya tu, semoga dapat jd pengiktibaran bersama. Saya tidak akan sebutkan nama mana2 pihak kerana menjaga keaiban masing2.

    Saya ringkas kan. Start masa frust tu saya teramat tertekan, tetapi saya SABAR dan cuba dekatkan diri pada ALLAH. Kemudian dalam beberapa bulan sahaja alhamdulillah, saya dapat bertenang dan melupakan hal tersebut. Saya cuba bersilaturrahim dengan macam2 orang kut internet nih, join MYSPACE dan macam2, perempuan la yang banyaknya hehe

    Sehinggalah ditakdirkan ALLAH ketemukan saya dengan seseorang. Kami hanya berkawan pada mulanya, dan x sangka sama sekali last2 masing2 ada hati rupanyaa huhu. Pendekkan cerita saya mendapat kasih sayang dia, dan insyaALLAH dalam ikhtiar untuk berkahwin x lama lagi. Dan ikhlas saya cakap, ganti dari ALLAH ni merupakan yang tidak saya sangka2 kan dan THE BEST laa. Sedangkan dulu saya rasa tak dpt hidup tanpa si dia yang lama tu, saya rasakan dialah satu2nya dsbnya. Rupa2nya sangkaan tu meleset sama sekali.

    Kalau Mahmud Shah nak tahu, lama selepas kami putus tu (dengan kekasih lama ni), bekas kekasih tu diuji dengan pelbagai ujian, x berjaya berkasih dengan ramai lelaki, dan kahwin juga x lama. Tak perlu lah saya ceritakan banyak2 kisah dia, saya kasihankan juga pada dia. Pendekkan cerita sampai mak dia call saya balik dan pujuk agar kembali kepada dia, dan mak dia beritahu ayah dia pun dah sudi terima saya.

    Tetapi sudah terlambat, kerana saya sudah memiliki ratu hati saya skrg dan saya tidak sanggup utk mengecewakannya. Moto saya, BIAR ORANG BUAT JAHAT PADA KITA DULU, JANGAN KITA BUAT JAHAT KAT ORANG. Maka x manis lah saya menghancurkan harapan wanita yang saya dah jatuh hati ni yang dah betul2 menaruh harapan pada saya ni, x gitu akhi Mahmud? hehe

    Apa pn nasihatkan lah kawan Mahmud tu agar berSABAR. Teruskan memujuk sampai kedua org tua pompuan tu SETUJU. Jika mereka tetap tidak setuju, anggap sahaja tiada jodoh. DEngan berkat kesabaran kawan Mahmud tu, x mustahil ALLAH akan bolak balikkan hati kedua org tua wanita tu, dan nanti mereka pula akan merayu2 kawan Mahmud Shah tu untuk kembali kepada wanita tadi, insyaALLAH.

    SABAR dan SOLAT adalah penolong terbaik kita. InsyaALLAH, ALLAH bersama orang2 yang SABAR 🙂 Wallahu a’lam …….

  12. Salaam,

    Mahmud said: Adakah jalan lain sebagai penyelesaian kepada permasalahan ini agaknya?

    >>> Selain dari kawin lari (elope) rasanya tiada cara lain lah Saudaraku Mahmud selain bersabar, tetapi jika teman sdra tu benar2 cintakan temanita nya itu, dia tidak akan mengambil jalan yang termudah itu. Banyak masa’alah nye seperti ape yang di lalui teman saya. Nikah berwalikan hakim di Australia. Sampai dah beranak pun pihak perempuan masih enggan menerima – menantu dan cucu. Kesian tau. Dan rumahtangga teman saya ni sering berantakan saja. Sampai perkataan cerai tu sering keluar dari mulut sang isteri.. Mana pergi kasih sayang, sanggup hidup semati dulu?? Sape menang? Syetan gak kan?

    >>> Suruh lah teman sdra tu sabar, ikhtiar yang terbaik, doa dan sabar dan terus sabar…. berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul. tak gitu??

    >>> Tabik hormat buat sdra kita Hikmatun. Tak sangka beliau pun ade sejarah pahit nye jugak dan alhamdulillah beliau dapat mengatasinya dengan penuh sabar dan berhikmah. Sama2 lah kita doakan agar impian nya di kabulkan Allah – bahagia, tenang dan kekal jodoh nya dunia akhirat. Amiin..

    >>> Benar kata sdra Hikmatun, BIAR ORANG BUAT KITA, KITA JANGAN BUAT ORANG (isshhhhh.. sama je motto tu dgn motto gue). Insya Allah ada kebaikan dan hikmah di sebalik ni semua sdra Mahmud. Sesungguh nya Allah lah sebaik baik Perancang. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

  13. Salaam dear brother Mahmud Shah,

    Saya baru saje ketemu teman saya pada Hari Ahad lepas. Ni teringat pulak nak tanya. Apa khabar teman Sdra Mahmud yang terhalang cinta nya tu?

    Harap2 dia semakin tenang dalam menghadapi ujian ni. Pun teringat lagu P Ramlee – Kalau dah jodoh tak kemana – cerita Nujum Pak Belalang tak silap nye (kalau salah tu tolong lah betulkan ya). Hee…

  14. assalamualaikum…
    hmmmm berat jgk ye prob kwn abg tu….skang die ok tak???mst bingung kan…cinta tu mmg suatu yg ssh nak di ungkapkan….tak smua cinta tu akan bersatu…kdg2 mmg byk dugaan.cume kite sabar dgn tak je nak face prob ni….tp klu da libatkan both family mmg susah…klu kite nak buat ape pun restu family tu yg pnting…cume skang mslah fmily pmpuan ea?

    klu nak kwin lari mmg bleh….tp mst hdup tak bahagia nnt.lgpun pmpuan mst nak wali kan.better abg suh member abg bsbar….

    byk kan bdoa…insyaallah Tuhan slalu bntu hamba die….
    slain tu abg suh la member abg tu amek ati fmily pmpuan.mmg susah tp nnt lame2 diorg mst terbuka pintu hati nak trime klu btol niat die ikhlas.

    i pray for your member happiness ok….

  15. Salaam ya akhi Mahmud Shah, semoga sihat dan bahagia selalu. Saya pn nak tahu jugak perkembangan kawan saudara tu, apa cerita dah skrg? Boleh la saudara cuba ceritakan perjalanan kisah cinta mereka seterusnya 🙂 Semoga diberkati Allah dan dibantu agar terbuka hati orang tua mereka dan hajat mereka akan tercapai, amiin…….

  16. Al-Hikam: >>> Selain dari kawin lari (elope) rasanya tiada cara lain lah Saudaraku Mahmud selain bersabar, tetapi jika teman sdra tu benar2 cintakan temanita nya itu, dia tidak akan mengambil jalan yang termudah itu. Banyak masa’alah nye seperti ape yang di lalui teman saya. Nikah berwalikan hakim di Australia. Sampai dah beranak pun pihak perempuan masih enggan menerima – menantu dan cucu. Kesian tau. Dan rumahtangga teman saya ni sering berantakan saja. Sampai perkataan cerai tu sering keluar dari mulut sang isteri.. Mana pergi kasih sayang, sanggup hidup semati dulu?? Sape menang? Syetan gak kan?

    Ulasan: Benar jua kata-kata saudari itu. Tapi itu mungkin satu contoh daripada kes2 yg serupa dengan masalah rakan saya itu. Hmm… dah start perkataan cerai2 ni bermasalah jua tu….

  17. Al-Hikam: Suruh lah teman sdra tu sabar, ikhtiar yang terbaik, doa dan sabar dan terus sabar…. berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul. tak gitu??

    Ulasan: Benar itu saudari.. tak caye cuba tanya Saudara Hikmatun kita tu… Dia pun berpengalaman menghadapi situasi yg sama… pasti pedih dan perit menanggungnya…

  18. Al-Hikam: >>> Tabik hormat buat sdra kita Hikmatun. Tak sangka beliau pun ade sejarah pahit nye jugak dan alhamdulillah beliau dapat mengatasinya dengan penuh sabar dan berhikmah. Sama2 lah kita doakan agar impian nya di kabulkan Allah – bahagia, tenang dan kekal jodoh nya dunia akhirat. Amiin..

    Ulasan: InsyaAllah… lihat tu Saudara Hikmatun… sahabat2 kita semuanya mendoakan kesejahteraan saudara dunia akhirat… Alhamdulillah… Semoga kita semuanya bahagia dunia akhirat jua… Aminnn…

  19. Hikmatun: Tetapi itu lah, IMAN mesti kuat dan kena ada ILMU. Dengan ILMU dan IMAN tu la alhamdulillah dapat bantu kita.

    Ulasan: Saya totally agreed. Iman mesti kuat dan kena dgn ilmu. Untuk menghadapi masalah ini kena ada kedua-duanya jua… yela.. kadang2 manusia ini terlalu alpa hingga menjadikan nafsu sebagai raja penyelesaian masalah. Inilah yg mungkin jadi kepada mereka2 yg bunuh diri sebab cinta.. Conthnya, macam cerita hindustan tu… huhu…

  20. Hikmatun: Kalau Mahmud Shah nak tahu, lama selepas kami putus tu (dengan kekasih lama ni), bekas kekasih tu diuji dengan pelbagai ujian, x berjaya berkasih dengan ramai lelaki, dan kahwin juga x lama. Tak perlu lah saya ceritakan banyak2 kisah dia, saya kasihankan juga pada dia. Pendekkan cerita sampai mak dia call saya balik dan pujuk agar kembali kepada dia, dan mak dia beritahu ayah dia pun dah sudi terima saya.

    Ulasan: Hmm.. susah woo nak terima balik org yg pernah ludah kita… saya percaya Saudara Himatun pasti sudah ketemu dengan wanita yg berkali-kali lebih baik drp yg lama bukan? Yela, perempuan itu pun sudah pernah berkahwin, kalau ikutkan logikal akal, takkanla kita nak terima ‘saki baki org’ bukan? Tapi, bak kata org tua-tua jika perkahwinan berdasarkan perasaan kasihan bermasalah jua kan? Hmm…

    Hikmatun: Apa pn nasihatkan lah kawan Mahmud tu agar berSABAR. Teruskan memujuk sampai kedua org tua pompuan tu SETUJU. Jika mereka tetap tidak setuju, anggap sahaja tiada jodoh. DEngan berkat kesabaran kawan Mahmud tu, x mustahil ALLAH akan bolak balikkan hati kedua org tua wanita tu, dan nanti mereka pula akan merayu2 kawan Mahmud Shah tu untuk kembali kepada wanita tadi, insyaALLAH. SABAR dan SOLAT adalah penolong terbaik kita. InsyaALLAH, ALLAH bersama orang2 yang SABAR Wallahu a’lam …….

    Ulasan: Itulah yang cuba dilakukan sekarang ini. Saya sering menyuruh dia bersabar dan bersabar. Dan perbanyakkan solat serta doa kepada Yg Esa. Alhamdulillah, dia nampaknya lebih tabah. Takdela nak frust2 dsb. Dia juga cuba untuk berbaik2 semula dengan ibu teman wanitanya itu. Tak tahulah setara mana pula yang berlaku…

  21. ikin: assalamualaikum…
    hmmmm berat jgk ye prob kwn abg tu….skang die ok tak???mst bingung kan…cinta tu mmg suatu yg ssh nak di ungkapkan….tak smua cinta tu akan bersatu…kdg2 mmg byk dugaan.cume kite sabar dgn tak je nak face prob ni….tp klu da libatkan both family mmg susah…klu kite nak buat ape pun restu family tu yg pnting…cume skang mslah fmily pmpuan ea? klu nak kwin lari mmg bleh….tp mst hdup tak bahagia nnt.lgpun pmpuan mst nak wali kan.better abg suh member abg bsbar….byk kan bdoa…insyaallah Tuhan slalu bntu hamba die….slain tu abg suh la member abg tu amek ati fmily pmpuan.mmg susah tp nnt lame2 diorg mst terbuka pintu hati nak trime klu btol niat die ikhlas.i pray for your member happiness ok….

    Ulasan: Terima kasih saudari ikin. Betul jua tu. Dan itulah yg saya katakan dan nasihatkan kepada rakan saya itu. Agar sentiasa bersabar dan terus bersabar. Tapi yela, sampai bila kan? Cara terbaik, samalah sepertimana yang saudara Hikmatun, saudari ikin dan Al-Hikam kita bagitau… try amik hati keluarga sebelah perempuan. Agak mencabar juga tu… tapi itulah agaknya cara terbaik ya?! Terima kasih saudara saudari sekalian di atas pendapat itu…

  22. Salaam Sdra Mahmud, Sdra Hikmatun dan semua teman2 yang saya hormati,

    Wohhhh.. panjang sungguh ulasan di atas tu. Heee.. Suke tengok cite Hindustan eh sdra Mahmud?? Tikeh..

    Alhamdulillah. Teman sdra Mahmud tu sudah makin tabah dan tidak lah bertindak irrational. Tu lah baik nya jika ada kawan yang sanggup mendengar dan yang boleh menasihati. Kekadang di saat2 terasa hampa dan sedih yang teramat tu lah waktu syetan mengatur strategi nya yang halus dan licik tu.

    Saya pernah kenal seorang ukhti ni masa pengajian dulu, yang sampaikan saya sendiri sedikit iri ngan ilmu dan amalan nya..Masya Allah.. Ukhti ini dihormati kerana keterampilan dan kewibawaan nya. Pendek kan cerita, mungkin ujian nye yang sangat besar ni.. dia jatuh cinta..(head over heels) terantuk benjol dgn seorang lelaki.. tidak pulak saya tahu asal usul lelaki tu… tapi tu lah, ni cinta pertama bagi ukhti ni tadi. Rupa2 nya sang lelaki ni sudah punya isteri dan anak… dia pun bukan lah benar2 cinta.. sekadar nak ‘test’ sebab pada dia ukhti ni ibarat ‘a prized item’ ape kata orang? Semacam a challenge untuk dia. Kesian ukhti ni.. benar2 keciwa. Terakhir yang saya dengar, mereka tidak berkawin dan ukhti ni pun sudah berubah, menjadi ‘man hater’.. dia pulak yang mempermainkan lelaki. Na’udzubillah… Ternyata dia tidak dapat menerima kehampaan dan kekeciwaan yang melanda hidup nya dan dendam nya pada lelaki belum dapat tertebus lagi. Kesian.. Semoga Allah memberi petunjuk pada nya.. Amiin.

    Apa yang nak saya kongsi disini ialah betapa kita ni sentiasa diuji. Dari segala aspek – harta, keluarga, teman2, kesihatan, ilmu dsb. Sedangkan orang yang alim pun di uji, ini kan pulak orang yang koman macam saya ni… Bagi setiap ujian yang telah dapat kita lalui, pengajaran nya lah yang sangat berharga, yang dapat membuat kita menjadi insan yang lebih tabah dan cekal untuk menghadapi ujian2 seterus nya. Ingat al-hikam, peringatan buat kamu jugak ni…

    Lamak, sdra Mahmud… dah panjang lebor ni…. Nak kemana pulak saya ni.. Dah duduk jer diam2…Jangan marah iyyyerrr….

    Buat teman sdra tu, terus sabar dan usaha… sampai bila? Sampai di ketemukan Allah jalan yang terbaik… Amiin..

  23. Assalamualaikum wbt…..Neiji Kunn… dan sumer…🙂

    maaflah tetiberje datang mencelah yer…😀

    MS said:
    Ulasan: Hmm.. susah woo nak terima balik org yg pernah ludah kita… saya percaya Saudara Himatun pasti sudah ketemu dengan wanita yg berkali-kali lebih baik drp yg lama bukan? Yela, perempuan itu pun sudah pernah berkahwin, kalau ikutkan logikal akal, takkanla kita nak terima ’saki baki org’ bukan? Tapi, bak kata org tua-tua jika perkahwinan berdasarkan perasaan kasihan bermasalah jua kan? Hmm…

    My opinion:
    sy agak kureeeng setuju ngan MS ttg ‘saki baki org’ tu…adakah saki baki tu bermaksud wanita yg telah berkahwin yg bercerai ( cerai hidup atau mati) coz..sy berfikiran begini..hmm adakah kite ni istimewa di sisi ALLAH hingga kite perlu terima yg baik2 dan yg fresh sj tak kira lah dalam ape jua rezekipun..( eventhough i know kt perlu pilih yg terbaiklah kan…) tapi mungkin MS bermaksud yg lain yg saya tak dapat tangkap kot..?? WALLAHUALAM…

    MS said:

    Tapi, bak kata org tua-tua jika perkahwinan berdasarkan perasaan kasihan bermasalah jua kan? Hmm…

    nak tanye opinion sesiaperlah..:
    adakah perkahwinan perlu berdasarkan cinte semuanya? coz i dont think so.. but…sy tak tau..tu yg nak menuntut nih heheheh

  24. al-hikam said :
    Apa yang nak saya kongsi disini ialah betapa kita ni sentiasa diuji. Dari segala aspek – harta, keluarga, teman2, kesihatan, ilmu dsb. Sedangkan orang yang alim pun di uji, ini kan pulak orang yang koman macam saya ni… Bagi setiap ujian yang telah dapat kita lalui, pengajaran nya lah yang sangat berharga, yang dapat membuat kita menjadi insan yang lebih tabah dan cekal untuk menghadapi ujian2 seterus nya. Ingat al-hikam, peringatan buat kamu jugak ni…

    SFR:
    saya sangaaaaat setuju ngan al-hikam..
    ujian dari ALLAh bagi org yg mengaku beriman…..untuk merapatkan lagi hubungan kite ngan ALLAh dan merupakan proses tapisan bagi menyedarkan di mana kedudukan kite sebenarnye…

    kite perlu banyak muhasabah diri semula…..mungkin kite mengaku beriman tapi sebenarnye amalan kite tanpa disedari ade tersasar…makanya ALLAH tegur untuk kite kembali bertaut kepada-NYA….

    dalam bercinta..walaupun kite ngaku cinta pada ALLAH yg pertama dan atas sekali….tapi hamba ALLAH yg lemah seperti kite ni tanpa disedari mungkin sedikit sudah tersasar… dan tanpa disedari…telah meletakkan cinta sesama makhluk lebih utama……. KEKASIH kite ….ALLAH….. MAHA CEMBURU…jadi, ditegurnya kite agar meletakkan cinta pada-NYA yg lebih utama…

    jadiknye..kite semua kene sama2 berlapang dada…. memang tak dinafikan periiit terasa lebih lebih lagi yg memikulnye… tapi muhasabah semula…sama2 kite merayu dan meraih semula CINTA-NYA…

    bila sentiasa mengharap CINTA YG SATU
    bertemu tidak akan jemu
    berpisah tidak gelisah..
    malah sentiasa mencambah pahala ibadah
    sentiasalah redha dan berserah…

    nasihat dan teguran terutama yg menyampaikan kata…

    YA ALLAH kepada-MU aku bergantung harap…sentiasalah bimbing dan panduku agar sentiasa berada di jalan-MU..janganlah ENGKAU biarkan aku walau sekadar sekelip mata atau kadar yg lebih cepat dari itu….amiin

  25. Amiin ya robbal ‘alamiin….

    SELF REFLECTION. Memang baik tu SFR. Jika tidak, kita sentiasa tidak sedar akan kesilapan diri kita. Selalu nya pekong orang kita nampak tapi pekong kita sendiri, yang dah membengkak, yang dah busuk melantung, kita tak sedar. Mak ai, peringatan lagi buat si al-hikam niii….

    Lebih tinggi ilmu seseorang itu, lebih hebat ujian yang bakal dilalui nya. Ini yang bakal menaik kan lagi martabat nya di sisi Allah. ALLAHU AKBAR. MAHA SUCI ALLAH.

    Anggap lah setiap ujian dan cobaan itu sebagai hmmmm..ape eh SFR?.. ahh. “a check?” dari Allah untuk kita tidak terus tersasar dari landasan Nya. Allah sayang sesangat pada kita, makanya kita ni diuji. Biar kita jangan lupa diri. Allah tau kita ni madang lupa dan lalai… ALLAHU AKBAR. ALLAH MAHA PENGASIH , MAHA PENYAYANG, MAHA PENGAMPUN… MAHA SEGALA NYA..

    Ooopppss.. Lupa lah…

    Salaam buat semua. Selamat pagi.

    Semoga kita semua termasuk dalam golongan hamba2 Allah yang tabah dan sabar menempuh ape jua rintangan dan ujian hidup ini. Dirahmati dan diberkati dunia akhirat. Dan terkumpul bersama2 mereka yang beriman. Amiin..

  26. Al-Hikam: Wohhhh.. panjang sungguh ulasan di atas tu. Heee.. Suke tengok cite Hindustan eh sdra Mahmud?? Tikeh..

    Ulasan: Weekkkk.. tak sukalah. Apa2 cerita pun tajuk je berbeza. Jalan cerita sama.

    Al-Hikam: Rupa2 nya sang lelaki ni sudah punya isteri dan anak… dia pun bukan lah benar2 cinta.. sekadar nak ‘test’ sebab pada dia ukhti ni ibarat ‘a prized item’ ape kata orang? Semacam a challenge untuk dia. Kesian ukhti ni.. benar2 keciwa. Terakhir yang saya dengar, mereka tidak berkawin dan ukhti ni pun sudah berubah, menjadi ‘man hater’.. dia pulak yang mempermainkan lelaki. Na’udzubillah… Ternyata dia tidak dapat menerima kehampaan dan kekeciwaan yang melanda hidup nya dan dendam nya pada lelaki belum dapat tertebus lagi. Kesian.. Semoga Allah memberi petunjuk pada nya.. Amiin.

    Ulasan: Hmm… silap pilih lelaki la ni kan kawan Saudari ni. He he… Mesti terlalu sgt memilih sehingga terpilih yang órg punya’. Kesian jugak. Pada lelaki, mendapat seorang wanita yang menjadi rebutan serta pujaan ramai mungkin merupakan satu value bg mereka. Seba itulah kadang2 wanita perlu berilmu dalam membuat pemilihan suami. Ilmu2 itu ada pada org2 lama. Di sanalah kita boleh rujuk. Berkenaan rasa kehampaan dan kekecewaan yang terjadi hingga menjadi seorang ‘man hunter’, bagi saya tidaklah baik. Senang cerita wanita itu sendiri yang akan rugi nanti. Lelaki ok je… hehe… Betul ak Saudari Al-Hikam? Doa kami semoga rakan saudari yang ‘man hunter’itu tahu di mana etaknya maruah seorang wanita.

    Al-Hikam: Buat teman sdra tu, terus sabar dan usaha… sampai bila? Sampai di ketemukan Allah jalan yang terbaik… Amiin..

    Ulasan: Terima kasih Saudari… Semoga Allah memayungi saudari dengan berkat dan rahmat-Nya jua hendaknya… InsyaAllah…

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  27. SFR: Assalamualaikum wbt…..Neiji Kunn… dan sumer… maaflah tetiberje datang mencelah yer…

    Ulasan: Waálaikummussalam… Hehe.. kenal saya ek?😉

    SFR: My opinion: sy agak kureeeng setuju ngan MS ttg ’saki baki org’ tu…adakah saki baki tu bermaksud wanita yg telah berkahwin yg bercerai ( cerai hidup atau mati) coz..sy berfikiran begini..hmm adakah kite ni istimewa di sisi ALLAH hingga kite perlu terima yg baik2 dan yg fresh sj tak kira lah dalam ape jua rezekipun..( eventhough i know kt perlu pilih yg terbaiklah kan… tapi mungkin MS bermaksud yg lain yg saya tak dapat tangkap kot..?? WALLAHUALAM…

    Ulasan: Saya minta maaf. Mungkin istilah saki baki tu tak sesuai untuk digunakan. Ya, memang benar maksud saya berkenaan words itu ialah ‘bekas’orang. Bukanlah saya merujuk kepada ‘keistimewaan’kita di sisi Allah, melainkan merujuk semata-mata akan banyaknya pilihan lain yang Allah sediakan di muka bumi ini yang jauh lebih baik. Pada mulanya mungkin pilihan kita itu bagi kita baik, adakah pernah kita fikirkan kehidupan kita yang sepanjang hayat yang mungkin tercemar dek pilihan kita itu? Namun, jika cinta mendalam, InsyaAllah itulah jodoh kita. Saya tertampil untuk melampirkan sebahagian terjemahan dari Surah An-Nur ayat 26:

    [24.26] Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….

    Kita renungkan bersama terjemahan di atas. Allah telah menetapkan sejak azali akan siapa jodoh kita. Bagaimana perbuatan dan perangai kita, maka tentulah jodoh kita itu pun begitu juga. Saya teruja untuk menerangkan di sini bahawa, Allah telah menetapkan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Secara peribadi saya perhatikan, ketetapan Allah ini juga bersangkut paut dengan bersih kotornya hati kita.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  28. SFR: nak tanye opinion sesiaperlah..:
    adakah perkahwinan perlu berdasarkan cinte semuanya? coz i dont think so.. but…sy tak tau..tu yg nak menuntut nih heheheh

    Ulasan: Ya. Tanpa cinta sesuatu institusi perkahwinan akan menjadi hambar. Ada cinta sebelum kahwin (selalu kita temui) dan ada juga cinta selepas kahwin (jarang kita temui). Itu pendapat peribadi sayalah. ‘Perasaan Kasihan’ mungkin akan datang selepasnya perasaan CINTA. Dan mungkin juga sebaliknya. Wallahuálam.

    SFR: dalam bercinta..walaupun kite ngaku cinta pada ALLAH yg pertama dan atas sekali….tapi hamba ALLAH yg lemah seperti kite ni tanpa disedari mungkin sedikit sudah tersasar… dan tanpa disedari…telah meletakkan cinta sesama makhluk lebih utama……. KEKASIH kite ….ALLAH….. MAHA CEMBURU…jadi, ditegurnya kite agar meletakkan cinta pada-NYA yg lebih utama…jadiknye..kite semua kene sama2 berlapang dada…. memang tak dinafikan periiit terasa lebih lebih lagi yg memikulnye… tapi muhasabah semula…sama2 kite merayu dan meraih semula CINTA-NYA…bila sentiasa mengharap CINTA YG SATU
    bertemu tidak akan jemu
    berpisah tidak gelisah..
    malah sentiasa mencambah pahala ibadah
    sentiasalah redha dan berserah…
    nasihat dan teguran terutama yg menyampaikan kata…
    YA ALLAH kepada-MU aku bergantung harap…sentiasalah bimbing dan panduku agar sentiasa berada di jalan-MU..janganlah ENGKAU biarkan aku walau sekadar sekelip mata atau kadar yg lebih cepat dari itu….amiin

    Ulasan: Terima kasih Saudari SFR. Benar itu ujaran saudari. Tiada cinta yang lebih utama selain cinta pada Allah. Tapi, bagaimana kita mahu memupuk Cinta Pada Allah ini agaknya ya? Hmm..

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  29. Al-Hikam: SELF REFLECTION. Memang baik tu SFR. Jika tidak, kita sentiasa tidak sedar akan kesilapan diri kita. Selalu nya pekong orang kita nampak tapi pekong kita sendiri, yang dah membengkak, yang dah busuk melantung, kita tak sedar. Mak ai, peringatan lagi buat si al-hikam niii….

    Ulasan: BENAR. Saya setuju dengan kenyataan ini. Itulah manusia namanya. Sering lupa di mana Dia.

    _______________________________________________

    Al-Hikam: Lebih tinggi ilmu seseorang itu, lebih hebat ujian yang bakal dilalui nya. Ini yang bakal menaik kan lagi martabat nya di sisi Allah. ALLAHU AKBAR. MAHA SUCI ALLAH.

    Ulasan: Alhamdulillah. Benar ini.

    _______________________________________________

    Al-Hikam: Anggap lah setiap ujian dan cobaan itu sebagai hmmmm..ape eh SFR?.. ahh. “a check?” dari Allah untuk kita tidak terus tersasar dari landasan Nya. Allah sayang sesangat pada kita, makanya kita ni diuji. Biar kita jangan lupa diri. Allah tau kita ni madang lupa dan lalai… ALLAHU AKBAR. ALLAH MAHA PENGASIH , MAHA PENYAYANG, MAHA PENGAMPUN… MAHA SEGALA NYA..

    Ulasan: Benar. Hendaklah kita jadikan ujian dan cubaan itu sebagai Pengalaman kita sebenarnya. Pengalaman dalam menempuh onak dan ranjau dalam kehidupan. Sesunguhnya Umat Islam sentiasa diuji terus-menerus untuk membuktikan tebal nipisnya keyakinan kita pada Allah Yang Maha Pemurah. Namun saya secara peribadi percaya bahawa semakin besar ujian yang menimpa kita, maka semakin besar jualah anugerah yang akan kita terima dari Allah. Yang paling penting, kita perlu cari keredhaan Allah dalam kita berhidup.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  30. Assalaamu’alaikum w.b.t.. , Moshi-moshi, ohaiyo gozaimas, konichiwa! tabemashita-ka? Haa kan aku dh speaking Jepang jugak ni huhu

    MS said : “Itulah yang cuba dilakukan sekarang ini. Saya sering menyuruh dia bersabar dan bersabar. Dan perbanyakkan solat serta doa kepada Yg Esa. Alhamdulillah, dia nampaknya lebih tabah. Takdela nak frust2 dsb. Dia juga cuba untuk berbaik2 semula dengan ibu teman wanitanya itu. Tak tahulah setara mana pula yang berlaku…”

    Ulasan –> Alhamdulillah, mujur lah kawan MS tu penyabar , dan semoga dia dapat maintain, amiiin. Apa2 pun jika ada kemajuan atau berita2 hangat sila update ya akhi 🙂

  31. Waálaikummussalam… Ha, sekali Saudara Hikmatun kita kluar Bahasa Jupun versi Ganu la pulak… hahaha… Apa2 pun terima kasih di atas sokongan serta nasihat sahabat2 sekalian. Sahabat saya itu dah baca ulasan Saudara Saudari semua. Dan dia kirim salam ukhwah kepada semuanya.

    Terbaru yang saya ketahui, mereka masih lagi meneruskan perhubungan itu walaupun tentangan keluarga pihak perempuan. Dia bagitahu saya bahawa yang si perempuan telah menanyakan masalah ini dengan seorang kadhi di sana. Alhamdulillah, kadhi itu berkata jika abang si perempuan tidak setju menjadi wali, wali akan jatuh kepada wali enggan. Mereka tetap akan bernikah tapi dengan berwalikan hakim (kadhi itu sendiri). Harap2nya mereka mampu mengharungi onak ranjau kehidupan sekiranya mereka jadi berkahwin.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  32. 1st of all….peribahasa slh ye…should be kusangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tgh ari…make sure u knew it very well b4 using it…
    hehe….nk komen eh?Allah sentiasa temu kn kite dgn org yg slh sblm kite jmpe jodoh kite yg sebenar2 nye….so take the chance to meet varieties of people wif their own personality…so dat u could treat ur ‘mrs right’ based on ur experiences….rite?

  33. Salaam. Ada betulnya juga kata saudara Aphiq kita tu. Apa2 pn semoga mereka berjaya pertahankan iman mereka sudah. Semua orang ada cabaran, yang paling penting iman mesti terjaga. Semoga Allah tetap kan iman kita terhadapNya , amiin.

    Dan kirim salam pada mereka balik ya akhi mahmud Shah , Assalaamu’alaikum w.b.t….. Semoga mereka berbahagia bersama 🙂

  34. Alamak, sekali Saudari Aphiq kita da soundla sbb salah guna penjodoh bilangan.. eh, salah guna pribahasa… huhu.. sbnarnya mmg saya gunakan peribahasa tersebut bagi menunjukkan hujan lagi best dari panas. Ha ha…

    Betul jua tu… jumpa ramai2 orang last2 jumpa yg sepadan kita kawen. Hmm… tapilakan, kadang2 bila terlalu banyak pilihan nanti sampai umo da lanjut tak kawen2… huhu…

    Dan betul jua kata Saudaraku Hikmatun… yang paling penting IMAN.. IMAN kuat InsyaAllah di stulah keberkatan sesebuah perhubungan itu berpaksikan Redha Allah.

    Saya sudah sampaikan salam pada mereka. Mereka pun tak menyangka ramai yang bersimpati… Alhamdulillah..

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  35. wek…poyo…sape soh xpilih dari yg ramai2 2…make ur decision n choose da rite person….

  36. salam…
    cadangan saya buatlah solat istiharah…
    minta petunjuk dari Allah swt…
    dan petunjuk itu bukan hanya datang dalam mimpi..
    mencari keredhaan Allah swt dalam setiap yg kite lakukan di dunia ini.. hidup kerana DIA mati juga kerana DIA…
    Sesiapa yang cinta kerana Allah, marah kerana Allah, menegak kerana Allah maka sesungguhnya telah sempurna IMAN nya~ Abu Daud dan At- Termizi…

    Doa dari Ibu BAPA adalah segalanya di dalam dunia ini..
    Keredhaan IBU BAPA adalah keredhaan yang KUASA…

  37. Salam….
    maaf ttba mncelah….
    mcm mna tu kalo yg mghalang dri kluarga lelaki…??

  38. salam,.
    Pgalaman akn mdewasakn kta…hari ini mgkin kte bahagia,tp bgaimana generasi kte?adkah kta sggup generasi kta dcop sbgai tdak drestui?
    Tujuan perkahwinan y utama adalah,mgeratkn silatulrahim..bkn memutuskan silatulrahim..biarla 2hati terluka
    hari
    ni,jgan 2generasi bersengketa klak..wassallam..

  39. ASssalamualaikum .. sy nak share sikit nie , ,mcm mne pulak kalau parents bf kita xsetuju ngan pilihan die atas alasan jauhhhh . nak area2 dekat uma jer . YaAllah da syg mcm tu ad pulak dugaan yg mcm nie . d’sebabkan dia anak mak , kami trpakse akur atas smue tu . & now , die trpkse amek kputusan we should stop loving each others .

    • Wa’alaikumussalam Saudari neder. Ttg permasalahan saudari itu, bagi penulis sebenarnya si lelakilah yang sepatutnya membuat keputusan. Bukan ibu dan ayahnya yang buat keputusan untuk kehidupan dia. Apa ada hal tentang jarak. Zaman sekarang walau kita duduk di Alaska sekalipun, masih boleh dihubungi melalu Whatsapp, Skype la, dan sebagainya. FOC lagi🙂 Apa pun, secara harfiahnya, si lelaki perlulah menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin, bukan dipimpin terutamanya sebelum berkahwin. Ini dah menyerah kalah sebelum berjuang… bagaimana nak memimpin keluarga nanti tu? InsyaAllah, saudari akan ketemu bakal suami yang lebih baik nanti. Kami mendoakannya.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  40. Assalamualaikum, saya jugak menghadapi masalah yg sama. Saya dan teman lelaki tak la lama sgt knl. Tp lps sya berkawan dgn teman lelaki saya, perangainya yg dulu agak nakal, tp tak sampai tahap jahat kot, dia da berubh. Perubahan tu, dilihat sendiri oleh mak tmn lelaki sya, kawan2 dia. Saya bersyukur sbb lps knl dgn dia, dia bleh berubah kearah kebaikan dan semakin mendekatkan diri dgn Allah.Tp yg menjadi penghalang cinta kami, ibu bapa saya tak izinkan saya berhubung dgn dia. Sbb teman lelaki saya ni, bukan org yg berharta. Nak kata alim tu, jauh skali la. Mereka suruh saya putuskn hubungan. Saya mmg tak sanggup nk tinggal dia lps perubahan yg trjadi pd diri dia. Tp sampai bila saya nk teruskan berhubung tanpa restu ibu bapa saya ? Saya buntu dgn masalah saya skrg ni.

    • Saudari nabilah. Masalah saudari ini senang sahaja untuk menyelesaikannya. Tetapi sebelum itu, kami ingin kongsikan bersama saudari suatu kejadian yang melibatkan sahabat kami (wanita) sepertimana yang pernah diceritakan kepada kami.

      Dia mengenali seorang lelaki yang cukup baik, malahan ibu bapanya juga merupakan imam dan ustazah di sebuah negeri. Serba serbi cukup dari segi makan pakai dan segala yang dimahukan. Semasa dia menuntut di universiti, ibu bapanya sudahpun menjodohkan dirinya dengan seorang lelaki yang cukup budiman, baik budi pekerti malahan pengetahuan agamanya juga dikagumi. Akhirnya mereka berkahwin juga walaupun tiada rasa cinta dan sayang antara satu sama lain atas desakan keluarga. Selepas setahun berkahwin, si lelaki ini sudah menunjukkan perangai sebenarnya. Dia mula berhenti kerja, malahan malas mencari kerja. Yang ditahunya hanya duduk di rumah. menonton tv, chatting dsb. Si isterilah yang bekerja membanting tulang mencari sesuap nasi. Suatu ketika anak mereka sakit dan masuk ward juga, Si suami buat tak tahu, dan hanya mengatakan ‘sibuk’ di rumah. Sudahlah isteri bekerja membanting tulang mencari rezeki, di rumah pula anak2 tidak terurus dgn rumah yang bersepah-sepah. Selain itu, anak2 mereka juga mcm team bola sepak hingga si isteri kehidupan nya tidak terurus hingga tinggal tulang sahaja; tapi si suami bersenang lenang menggunakan duit isterinya untuk membeli rokok dan keperluan dirinya sendiri. Jika si isteri tak berkan, maka isterinya akan dipukul dan dihina.

      Pengajaran yang boleh dilihat dari kes di atas ialah, restu dan pilihan ibu bapa bukanlah yang terbaik untuk kehidupan berumahtangga. Mereka boleh memberikan pendapat, tetapi mereka tidak berhak untuk menentukan jodoh yang terbaik buat kita melainkan diri kita sendiri. Seperti kes di atas, siapakah yang patut dipersalahkan selain dari ibu bapa?

      Kami ingin mengajak saudari nabilah ‘keluar’ dari kepompong pemikiran bahawa ‘cinta’ adalah segalanya. Pasti ada sebab mengapa ibu bapa saudari melarangnya. Dan saudari juga tahu bahwa teman lelaki saudari itu dahulunya ‘jahat’. Jahat yang bagaimana hanya saudari sahaja yang tahu. Rasullullah SAW sudah mengajarkan kepada kita kaedah terbaik dalam memilih suami atau isteri. Yang pertama ialah agamanya, paras rupanya, hartanya dan keturunannya. Kami sarankan saudari menyelidik betul2 teman lelaki saudari itu daripada keempat empat aspek di atas; di mana yang paling utama ialah AGAMA nya. Buatlah solat Istikarah dan mintalah petunjuk dari-Nya. Bercintalah kerana Allah; kerana cinta kerana Allah akan mendapat restu-Nya kerana itulah yang paling utama.

      Di sini, kami tinggalkan amalan yang amat mudah untuk saudari amalkan 40 hari berturut2. Bacalah tasbih subhanallah walhamdulillah wa lailahhaillallah wallahuakbar, sehari 21 kali. Jangan tinggal walau seharipun. InsyaAllah saudari akan ketemu jawapannya pada hari yang ke 40.

      Selamat beramal dan kami doakan saudari mendapat calon yang tepat untuk suami saudari.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: