Membeli/ Menjual LINTAH dan BELUT

Assalammuálaikum warohmatulohiwabarokatuh.

Syukur alhamdulillah dengan tertubuhnya Tanjak & Keris Enterprise;  penulis serta rakan-rakan seperjuangan telah mula mengorak langkah di dalam Industri Lintah dan Belut. Walaupun ramai di kalangan pembaca yang agak geli dan takut akan kedua-dua jenis binatang in; bagi penulis, ia adalah LUBUK DUIT! Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menceburi Industri ini yang dipelopori pada awalnya oleh Art Soulist Agrotech Sdn Bhd, telah berjaya dan tidak kurang juga yang gagal. Bagi penulis semua ini adalah onak ranjau dalam kita menceburi bidang perniagaan. Biasalah untung rugi – semua itu merupakan dugaa dan ujian Allah jua.

Lintahku yang manja

Lintahku yang manja

Dengan tertubuhnya Syarikat ini yang masih baru bertatih, penulis telah merancang beberapa strategi yang secara tidak langsung bercita-cita untuk membawa rakan-rakan serta sahabat-sahabat sekalian dalam meningkatkan ekonomi serta pendapatan. InsyaAllah, semua pengalaman penulis dalam mempermajukan bidang perniagaan ini akan dikongsi bersama kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalam meningkatkan taraf ekonomi. Yelah, bayangkanlah dengan masa sekarang. Kenaikan minyak serta harga barang akan meningkatkan lagi kos sara hidup kita. Jadi, marilah kita bersama-sama mempermajukan Industri ini yang secara tidak langsung merupakan suatu anjakan paradigma dalam membentuk masyarakat yang bukan sahaja kaya ‘dalaman’ malahan ‘luaran’ nya juga. InsyaAllah.

Terlebih dahulu, penulis suka untuk memperkenalkan LUBUK DUIT ini kepada pembaca-pembaca sekalian. Setakat ini penulis telah berjaya menyediakan kolam sebanyak tujuh buah yang berukuran 15′*15′ persegi. Kolam yang penulis buat ini berkonsepkan kolam kanvas di mana penulis suka untuk menyediakan tempat yang sihat dan berkualiti dalam menjamin pembiakan lintah serta belut (akan datang). Sistem yang penulis gunakan sudah pastinya akan penulis kongsikan bersama dengan pembaca sekalian.

Tidak perlu penulis terangkan tentang kegunaan serta biologi lintah. Kerana rasanya penulis telah terangkan di dalam tajuk: Hirudo Medicinalis. Cuma apa yang penulis suka sebut ialah jenis lintah yang diternak ini adalah lintah perut perang serta lintah perut hijau. Kedua-dua spesis ini adalah spesis yang berkualiti dan amat bagus untuk perubatan.

Harga Lintah samada harga jual atau harga beli akan penulis sebutkan di dalam masa yang lain. Cukuplah setakat ini. Jangan lupa untuk melihat sebut harga dalam seminggu dua ini ya! Semoga kita sama-sama membangun serta maju dalam industri yang cukup hangat diperkatakan ini.

-PENULIS
email: shah_arjuna@yahoo.com

29 Comments Add your own

  • 1. Al Hikam  |  November 16, 2008 at 10:48 am

    Salaam ya Sdra Mahmud,

    “LINTAHKU YANG MANJA” eh? Eiiiiiiiii… meremang bulu romaku… hehhehehe…

    Alhamdulillah saya berminat. Dah beritau Sdra kita Hikmatun pun.

    Tapi camna lah saya nak ikut sama klau tengok lintah sekor jer dah kecut dan geli geman eh? Dah lari lintang pukang??

    Hmmmmm…….tak bleh jadi niiiiii…

    Balas
  • 2. MahmudShah  |  November 18, 2008 at 3:02 pm

    Al-Hikam: Alhamdulillah saya berminat. Dah beritau Sdra kita Hikmatun pun.

    Tapi camna lah saya nak ikut sama klau tengok lintah sekor jer dah kecut dan geli geman eh? Dah lari lintang pukang??

    Alhamdulillah. InsyaAllah, saya akan update info2 tentang perniagaan ini di sini dari semasa ke semasa sebagai garis panduan sahabat-sahabat sekalian. Yang terbaru maklumat yang saya perolehi daripada PELINTAH, bekalan lintah di Malaysia masih tidak mencukupi. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini. Mana tahu di sini pula punca rezeki kita kan.

    Ala, mula-mula memangla geli lintah ni.Kita bayangkan seko lintah itu seperti note duit 10.. hmm… dah tak geli lagi dah… haha.. :-)

    Saudari atau mana-mana sahabat kita yang berminat bolehlah pm saya di shah_arjuna@yahoo.com ya!

    Balas
  • 3. Al Hikam  |  November 21, 2008 at 6:13 am

    Salaam,

    Wokey. Kami tunggu ya Sdra Mahmud.

    Harap dapat menghubungi kami bila Sdra udah bersedia untuk meneruskan project selanjutnya. Insya Allah.

    Semuga Allah mengurniakan kemudahan dan kejayaan seterusnya pada Sdra Mahmud dan teman2. Amiin.

    P.S. Tak dapat lah saya nak bayangkan “LINTAH AWAK YANG MANJA” tu seperti duit note 10….Ewwwww…

    Balas
  • 4. Hikmatun  |  Disember 8, 2008 at 12:32 am

    Salam. Hhmmm mcm mana la nk berurusan dengan saudara Mahmud Shah yang jauh di sana nun nnt yerr. Cam x jalan je projek nnt keh3

    Balas
  • 5. MahmudShah  |  Disember 8, 2008 at 1:40 am

    Ala… kejap je kat sini. Sblm bulan 1 saya dah ada di Malaysia semula. InsyaAllah. Plan tetap berjalan seperti yang dirancang. Dun worry eh! :-)

    Balas
  • 6. SFR  |  Disember 10, 2008 at 12:33 pm

    salaam…waa En. mahmud dah kembangkan bisnes ke luar negara ker? dahsyat…kat mana tuh?

    Balas
  • 7. MahmudShah  |  Disember 10, 2008 at 12:43 pm

    He he. Negara yang terkenal ngan Hitler. Erk. :-)

    Balas
  • 8. SFR  |  Disember 10, 2008 at 4:42 pm

    ish ish ish…jauh nye terbang…ape ade situ ek? salji ade….kirimlaah sekilo..gegege…uhuhu…”lintah ku yang manja” tu ikut skali tak?

    haish..nanti dah kembali boleh buat catatan kembara perjalanan …boleh laa kami kat sini kembara sekali…eheh…

    Selamat belaka semuanya…

    Balas
  • 9. Al-Hikam  |  Disember 10, 2008 at 5:05 pm

    Salaam,

    Rasa nya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salaam Aidil Adha pada Sdra Mahmud dan semua teman2 yang lain (walaupun sudah agak basi yer.. huhuhu..)

    Baru nak tanye, Sdri SFR dah lebih duluan tanye. Cepat betul si ikan patin ni.. wah kah kah..

    Kalau lah “lintah yang manja” tu di bawak sama alhamdulillah lah biz Sdra kita tu. Kita disini nunggu jer Sdra Mahmud.

    Hmmm.. klau SFR kirim sekilo salji.. saya pun nak tumpang sekaki bleh tak?

    Saya nak sebijik BMW 7 series tu bleh tak Sdra Mahmud?? Syukran…

    Selamat pulang ke tanah air tercinta… Dan semuga sukses selalu. Amiin..

    Balas
  • 10. Al-Hikam  |  Disember 10, 2008 at 5:17 pm

    Kalau tak larat nak pikul BMW tu the one foot long BRATWURST pun okey gak. Tapi cari yang halal nye k..

    Boleh lah nanti kita kat sini ramai2 korban kan.

    What are frens for kan kan kan????

    “Seien sie nicht verargerter Herr Mahmud….
    Wenn verargertes u, U verkauft wird..”

    Verstehen Sie????

    Balas
  • 11. SFR  |  Disember 10, 2008 at 5:24 pm

    weee…. ape daaaaa ….. tak faham daaa…

    bile bace al hikan tulis.. terkenang gaya bujang lapok bace surat…

    sudin: ku pandang kiri kanan wei..tumpuk-tumpuk… tahi unta…!!”

    translation pls…. :D

    Balas
  • 12. MahmudShah  |  Disember 15, 2008 at 5:10 am

    SFR: haish..nanti dah kembali boleh buat catatan kembara perjalanan …boleh laa kami kat sini kembara sekali…eheh…

    heh heh… boley dipertimbang tarakan. Saya cuba untuk ingat2 balik ape bendenye yg dikembarakan. Huhu… ;-)

    Balas
  • 13. MahmudShah  |  Disember 15, 2008 at 5:15 am

    Al-Hikam: Hmmm.. klau SFR kirim sekilo salji.. saya pun nak tumpang sekaki bleh tak?

    Saya nak sebijik BMW 7 series tu bleh tak Sdra Mahmud?? Syukran…

    Selamat pulang ke tanah air tercinta… Dan semuga sukses selalu. Amiin..

    Salji? boleyboley. Nanti saya amik dari peti ais. Same jek jenis saljinya. Hahaa… Yang permintaan Saudari Al-Hikam ni susah sket nih. Tapi takpe, saya ‘bagi’ gambar. Kira BMW 7 series jugakla tu kan kan?

    Vielen dank di atas doa sahabat2 sekalian. Semoga saudara saudari semua jua success jua dalam apa jua yang dilaksanakan. InsyaAllah… (tapi yang baik2 je ek).

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    Balas
  • 14. SFR  |  Disember 15, 2008 at 12:23 pm

    salaam…
    uhuhuh….. amik dari peti ais? ish ish ish…. mane sama… bentuk molekul diorang lain2..rasenye laa..heheh..
    takpelaa saya pegi keruk sendiri kat peti ais kat umah tuh….

    Vielen dank tu terima kasih ek?..hmmm mane laaa eden tau ..yg eden tau ” slam Dunk” jaa…

    haa nanti catatan kembara tu letak gambar2 sekali tau…mesti feeling punye aku bace hehehe……
    ( slang nogoghi : …..banyak la cito kau SFR…..)

    Balas
  • 15. MahmudShah  |  Disember 16, 2008 at 2:03 am

    Groos got SFR and All,

    Ala same jek salji tuh ngan salji dalam peti ais. Takde beza pun. Bau je kot yang beza. Ha ha. Betulla tu vielen dank tu terima kasih. Terer SFR nih. :-)

    nekh-sten zamstahk ich postwendend Malaysia. Hu hu… InsyaAllah.. kalau ada kesempatan adala nanti saya tulis catatan perjalanan tuh.

    …di mana aku berada di sana ada DIA..

    Balas
  • 16. azrul  |  Disember 17, 2008 at 6:20 pm

    JUALAN LINTAH BESAR-BESARAN !!!!!

    TAWARAN ISTIMEWA !!!!

    menjual lintah (induk).

    1 kg : rm120
    500 kg : rm60,000
    1 tan : rm120,000
    3tan : RM350,000
    5 tan rm580,000
    (Harga masih boleh dirunding)

    * Pembelian 500 kg ke atas penghantaran akan kami diuruskan.
    * Pembelian 500 kg ke bwh di uruskan oleh pembeli itu sendiri.

    (untuk pembelian, hantar sahaja mesej ke no 019-4581963. dan kami akan menelefon anda semula)

    Balas
  • 17. SFR  |  Disember 17, 2008 at 10:06 pm

    salaaamm…

    uikkssss …boleh tahan harga lintah yeeee…..hmmm nampaknye eden pi tangkap sendiri laa lintah tuu kat paya belakang Tesco KB niih….eheh..

    Balas
  • 18. shahhh  |  Februari 1, 2009 at 11:11 pm

    kami menjual benih lintah, induk lintah, lintah kering, dan belut dengan harga yang berpatutan.

    kami juga menjual buku cara menternak lintah secara terjimat dan berkesan.

    lawati kami di http://lintah-malaysia.blogspot.com/

    Balas
  • 19. kuzairy pondan  |  Mac 6, 2009 at 3:31 pm

    Auh..Aduh..Au.. I x reti lah nak jual lintah. Tapi I nak belajar caranyer.. Ahhh Au..Auu..

    Balas
  • 20. kuzairy pondan  |  Mac 6, 2009 at 3:52 pm

    Ahh..hai..ouh..Hei Abang Mahmud Shah. Sedap lah namer you. I suker.. ahh.. You boleh x tolong ajar I mcm maner nak jual lintah. I suker makan daging lintah.. Au.. Rasenyer mcm chewing gum campur jelly lah.. haii..ah.. ah.. ou.. I beli kat Pekan Kuah ah ah ah… Langkawi gitu.. uh..au.. Lintah berasal dari maner ek?? Boleh I pegi tangkap.. ai.. ah.. ou.. uh…

    Balas
  • 21. Mahmud Shah  |  Mac 6, 2009 at 7:31 pm

    Lain macam je si kuzairy ni. Buang tebiat ke ape nak mkn lintah?

    Balas
  • 22. kuzairy pondan  |  Mac 7, 2009 at 12:41 am

    I nie komando tau..Au…Gerup Gerak Khas (GGK). Maser I kursus asas komando peringkat paya selamer seminggu, I diajar mkn ikan belacak, ular, kera dan lintah.. Ou.. Habis seluruh badan I diselaputi dgn lumpur paya..Rimas dibuatnyer.. Sebelum tuh I kener brjalan 160km x bleh lbih dari 3 hari tau..Au..uhh…au… Before that, I seorang tentere darat biaser jeh.. 4 RAMD Kem Tapah.. Auch..Opocot mak kau..ahh..Skang I brtugas di Markas 21 Gerakhas yg baru iaitu di Kem Iskandar, Mersing gituh..Au.. I kini dlm kursus Rigger.. Maklumlah kener dapat Badge Wing.. Stakat nih I dah terjun free fall 4 kali.. Dlm ketinggian 6000 kaki.. Ai..ouh…ahh..au.. Gayat tau.. I gunerkan teknik HALO high altitude low opening..Ai..Kelass gituh.. I blum masuk rejimen komando lagi… Au… Jgn main-main dgn I tau… Tringat lagi maser tuh.. I baru lulus kursus asas komando siri 3/2006 bertempat di Kem Segenting.. Sbelum trima beret hijau, lanyard biru, pisau dan diploma, I dan member-member I kener buat demonstrasi kpder pnonton.. Maser tuh yg hadir parent I… Serangan pesisir pantai.. Tapi guner peluru hidup tau..Ou..
    Maser anugerah tuh Lt General (B) Dato’ Masood Zainal Abidin, maser tuh dia timb. Panglima tentere darat. 85 LLP termasuk I & 5 pegawai lulus kursus..Bukan senang nak jadi komando tau..Au…Kursus tuh 12 minggu.. Peringkat kem 5 minggu, hutan 2 minggu, paya seminggu, laut 2 minggu dan latihan penamat 2 minggu.. Ujian paling getir maser latihan penamat lah.. I dan rakan kener berdayung kanu merentasi Sg Muar sejauh 100km ke kawasan operasi iaitu di Pagoh.. lenguh tangan x terkire lah.. Tapi kami dah lali dgn tu sebelum nih.. Last skali kener Escape & Evasion. 240km !!! Maksud escape evasion nih kener elak dan lari dari ditawan oleh musuh.. Kami survive.. Ader 5 org kener tangkap oleh jurulatih.. Nasib diorang,… dipukul.. Ader yg kater diorang dipakser mkn najis… Jadi, kalau stakat lintah tuh kirer mcm kunyah chewing gum jer lah.. Ingat x isu komando di parlimen? …Yg kener tangkap dan didera tuh maser ditawan dlm latihan penamat.. Memang itu syaratnyer. Sesiaper yg ditawan, akan dilayan seperti tawanan perang. Jadi kenaper lah isi ini diperbesarkan?? Stakat dipukul tuh biaser jeh.. Alah biaser tegal biaser.. Di perngkat sebelumnyer, kami dilanyak lagi teruk..Cumer x dirakam jer..Bayangkan kener brlari 76km siang dan mlm.. X bleh lebih dari 12 jam..maser peringkat kem. Brjalan 25km dan pandu arah 138km merentasi plbagai bntuk muker bumi. Pandu arah hutan 90km dari Segamat ke Mersing.. Itu lah komando.. PASKAL & PASKAU pun gitu jugak.. Cumer paskal training dia lebih trtumpu di kawasan laut..Jiker sesiapa yg prnah lalu di depan kem sg. udang, anda akan nampak trpampangnyer tulisan berbunyi, ” Datangmu tidak diundang, kalau ragu sila pulang “..

    REJIMEN GERAK KHAS TETAP MARA !!!

    Balas
  • 23. kuzairy pondan  |  Mac 7, 2009 at 1:03 am

    sambungan……

    PERINGKAT PAYA (1 week)

    Selepas kami penat berjalan 160km (di akhir peringat hutan) kami diberi rehat di satu kawasan berpaya iaitu di Sg. Buaya Batu Pahat. Seramai 95 orang survive … Di situlah kami memulakan peringkat ini. Bayangkan kami tak tidur 3 hari dlm prjalanan.. Kami diberi air dan pisang jer kalau lapar..Aku muntah 5 kali.. Ada yg mabuk dan terpaksa disingkirkan kerana masalah kesihatan..

    Peringat paya ni merupakan tmpat di mana anggota komando gemar beroperasi. Kami diajar membuat tombak, perangkap dan mencari tmpat tidur yg semamat.. Menyeberangi sungai.. Kami hanya mkn apa yg ada di kawasan tu saja seperti ikan belacak, ular, lintah, kera dan babi hutan.. Minum plak air selut dan sungai… Yg dimasak, tapi tak sempurna.. Maka adalah yg sakit perut dan dikeluarkan.. Seramai 7 pelatih gagal dlm peringkat ini. Sesuatu yg menarik, kami hanya berseluar dlm dan bercawat seperti orang asli.. Kehidupan kami pun mcm org asli.. Kami memburu… Yg dapat kera.. Kebetulan banyak kera di kawasan tu.. Kami penggal kepala kera tu dan tunjuk kepada jurulatih.. Dpat la pointer.. Seluruh tubuh kami diselaputi selut hitam.. Masa tidurlah yg paling teruk.. Bayangkan kami tak berpakaian, malam, diselimuti oleh lumpur, sejuk lagi… Sedang masyarakat di luar sana tidur atas katil yg empuk..Keperitan kami hanya Tuhan yg tahu.. TAK TERPERI… I told you… Namun aku bertahan…. Setiap pelatih ada diorang punya motivasi diri untk terus bertahan.. seperti yg diajarkan

    Peringkat seterusnya ialah laut, selama 2 minggu.. Saudara Mahmud Syah nak saya sambung cerita & pengalaman saya lagi masa kursus???

    Balas
  • 24. kuzairy pondan  |  Mac 7, 2009 at 1:43 am

    Assalamu’alaikum saudara Mahmud Syah..

    Tag line anda …di mana aku berada di sana ada DIA…

    Oleh itu…

    Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di ruang angkasa dan di bumi? Setiap perbicaraan berbisik-bisik antara tiga orang, maka Allah yang keempat dan setiap perbicaraan berbisik-bisik antara lima orang, maka Dialah yang keenam. Perbicaraan antara yang kurang dari (tiga orang) itu atau lebih, Dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu.
    (Surah AL-Mujaadalah, ayat 7)

    Saya suka tag line anda… Teruskan saudara….All the best !!

    Balas
  • 25. Mahmud Shah  |  Mac 9, 2009 at 12:53 pm

    Alhamdulillah… ada yang mengerti… ;-)

    Balas
  • 26. sutan  |  Mei 13, 2009 at 10:08 pm

    salam saya mau jual belut call ke 081397658123

    Balas
  • 27. MahmudShah  |  Mei 22, 2009 at 9:13 pm

    Saudara Sutan, di mana lokasi anda agaknya ya? Brapa sekilo?

    Balas
  • 28. usman  |  Jun 11, 2009 at 4:39 pm

    Slam Saya ada lintah kering untuk di jual harga Rm300/kg.bekalan tetap 50kg tiap2 mingu.

    Berminat hubungi saya 017-6880815 or email:usmannis@gmail.com

    Balas
  • 29. Al Hikam  |  Ogos 7, 2009 at 11:52 pm

    Salaam…

    Hola there ya akhi. Ape khabar? Kita masih tunggu feedback dari awak tauuuuu… pasal lintah2 awak yang manja tu..

    Ape pun semuga awak berjaya selalu dan sentiasa dilindungi dan diberkati Allah.

    Balas

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed